Tuesday, April 27, 2010

♦ dilema majlis pertunangan/ kahwin

mungkin saya bukan orang yang tepat untuk membincangkan topik ni tapi nak cakap jugakkkk..

assalamu'alaikum wbt..

lately ni bila pergi wedding orang atau majlis bertunang, saya menjadi keliru. kalau pegi majlis bertunang, saya keliru "eh ni majlis bertunang ke majlis kawen? ramainya manusia..apesal ade pelamin..?"

bila ke majlis perkahwinan pula saya keliru "ni majlis diraja ke? ke konsert amal? atau disko?"

bila melihat fenomena ni, memang tahu sangatla kenapa ramai orang takut kahwin awal..puncanya, kerja belum lagi, duit takde lagi..sampaikan nak meminang anak orang pun takut sebab majlis pertunangan zaman sekarang nak sama je dengan majlis perkahwinan.hantaran nak berdulang-dulang.pelamin mesti ade. disebabkan majlis dah macam orang kahwin, sebab tu agaknya pasangan yang bertunang ni keliru yang dorg ni dah kahwin sehinggakan selepas bertunang mereka hidup seperti suami isteri.

isu kos yang amat mahal...sedangkan kos untuk kahwin murah je kalau hanya gunakan duit untuk mas kahwin, belanja hantaran yang sederahana dan majlis kenduri..tetapi sekarang ni ditambah pula dengan nak buat pelamin yang grand la, door gift yang mahal la, makanan yang high class la, etc...nak termuntah kalau sebut banyak2...

namun saya juga amat sedar kadang2 pasangan yg terlibat bukannya kesah pun pasal buat majlis besar-besaran..sometimes, budaya dalam masyarakat, pengaruh jirean/kawan2 dan desakan keluarga yang menjadikan majlis itu seperti membazir sahaja.

mungkin boleh terangkan kepada ibu bapa. jelaskan rasional disebalik aktiviti memotong kos perkahwinan..

yang lebih penting ialah hidup setelah akad nikah. kita bukannya kahwin untuk satu hari, iaitu just for the sake dalam majlis wedding saje. belanja bagai nak rak semasa kahwin, esoknya terus muflis. nak bagi anak bini makan ape? makan pasir?(ayat common orang tua)

bersederhanalah..bagi saya personally, majlis pertunangan tu memadai hanya dengan 'menanda' pasangan serta bincang hal ehwal perkahwinan an berkenalan antara dua keluarga. tak perlu tukar rumah jadi istana. tak perlu beli baju bagai puteri raja. tak perlu jemput rakyat jelata. tak perlu dulang2 persembahan diraja.

majlis hanya beberapa jam. tak ke membazir semua tu..majlis kahwin pulak, bersederhanalah jugak. ikut kemampuan masing2. jangan sampai berhutang keliling pinggang. biarlah ade reserve wang simpanan untuk hari selepas majlis perkahwinan. be rational.

  • terkejut gorilla bila tengok majlis kahwin muslim yang ade dancing2 under the moon. camne nak dapat berkat dalam majlis camtu?
  • heran dgn door gift yang smakin pelik2..kebanyakan cantik2 dan mahal2..tapi xde kegunaan sangat pun..buat kumpul habuk di atas rak sahaja. bagilah benda2 yang murah dan praktikal serta relevan. saya ade baca pasangan pengantin yang edarkan risalah doa untuk pegantin supaya boleh dibacakan oleh tetamu. kan bagus, meminta doa restu daripada tetamu. tak pun bagilah buku doa harian ke, buku yasin ke..walaupun dah kumpul berlambak dekat rumah, buku tu pasti berguna bila kita wat kenduri doa selamat nanti.tak pun pass kat anak cucu. kita juga buat brochure sendiri yang mempromote perkahwinan against coupling. design la kasi menarik lagi tertarik kau memang da bomb.
  • majlis pertunangan yang turut disertai bakal suami, lepas tu bergambar bersama seperti majlis kahwin dengan pakaian lengkap seperti pengantin. kalau dah macam ni, jemput tok kadi terus.
tu jela bebelan untuk hari ni. semoga kita sedar dan tidak melakukan kesilapan ini. saya akan cuba memastikan majlis saya adalah termurah sekali di dunia.HAHAHAHA..sedara ramai, kepakaran pun banyak. jimat kos....kan sepupu-sepupi?? hehe....

Sunday, April 25, 2010

♦ ke arah itu

luruskan kiblatmu menuju Allah
tetapkan matlamatmu yang satu
jadikan Islam sebagai peta hidupmu
Al-Quran dan sunnah sebagai panduan
Rasulullah sebagai ikutan

letakkan dunia di tapak kakimu
junjunglah akhirat di kepalamu
perbaharuilah niatmu selalu
kumpulkan kekuatan dan semangatmu
tegapkan fizikalmu
atur langkahmu
bergeraklah mengikut arah itu

arah yang dijejaki para rasul
dan para sahabat serta tabi' tabi'in

melangkahlah di dunia dengan bermatlamatkan akhirat..insyaAllah...

(poem yang tak berapa poem hasil nukilan di tengah malam yang sunyi)

Tuesday, April 20, 2010

♦ persediaan

selesai membaca beberapa chapter daripada buku 'ayat2 Allah di Gaza' (lebih kurangla tajuk ni.tak ingat sangat. published by Alam Raya, dapat masa program utk palestin di pesta buku hari tu)

setiap kali lepas baca buku2 sebegini, akan terbit rasa geram, rasa semangat yang membakar...rasa benci terhadap musuh Islam pulak semakin bertambah-tambah.

mereka bukan manusia, obviously.

lepas tu rasa tertekan sorang2 sebab rasa macam tak buat apa2 je untuk membantu saudara2 di palestin.errgghhh sungguh geram!

walaupun telah mula membuat tekad ini tahun lepas, tahun ini mahu refine dan menguatkan lagi tekad saya ini!

saya mahu mendidik diri sendiri supaya lebih berdisiplin dalam menyumbangkan masa untuk agama Allah. saya akan berusaha sekuat hati untuk kurangkan masa berhibur dan akan membuangkan sisa2 kemalasan! akan cuba mengurangkan waktu tidur! semua ni susah tapi akan cuba gak..InsyaAllah...

saya akan cuba sedaya upaya untuk bergerak ke arah menjadi individu muslim agar saya dapat mendidik anak2 saya untuk belajar berjuang sejak kecil. saya tak mungkin mampu mendidik anak2 menjadi mujahid sejati kalau saya sendiri lembik tak bermaya! mulakan masa depan ummah yang cerah gemilang dgn dirimu sendiri!

saya ingin menjadi seperti ummu ibrahim yang meminang bidadari syurga untuk anaknya dengan menghantar anaknya ke medan jihad bermaharkan kelengkapan2 perang. saya tak mahu anak2 saya jadi leka seperti saya.

saya sedar di masa depan, kehidupan takkan sama seperti sekarang. di masa depan, tiada masa untuk bersenang-lenang. di masa depan, saya tak nampak comfort zone. saya hanya nampak perjuangan untuk menegakkan agama Allah.

sedarlah anak muda, musuh Allah sudah hampir.hari ini rakyat palestin, rakyat afghan, rakyat pakistan, rakyat iraq....esok lusa mungkin kita, rakyat Malaysia.

bangkitlah!

siaplah zionis. pasukan Muhammad sedang mara!

Monday, April 19, 2010

♦ sebelum tidur....

Rasulullah brpesan kpd Aisyah ra : "Ya Aisyah jgn engkau tidur sblm melakukan 4 prkara, iaitu :
1. Sblm khatam Al Qur'an,
2. Sblm membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sblm para muslim meredhai kamu,
4. Sblm kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?"
★ Rasul tersenyum dan brsabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
★ Mmbacalh selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan mmberi syafaat di hari kiamat.
★ Bristighfarlh untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
★ Dan,prbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu tlh melaksanakn ibadah haji dan umrah"

Sunday, April 11, 2010

♦ pengumuman!


salam..mahu mempromote ni. amat menarik sekali. konsert kembara sufi di UTP...klik gambar untuk info lebihan.

p/s: nak ajak abah balik kampung la, lepas tu boleh pegi konsert, lepas tu boleh jumpa najwa sofwani kat UTP kan?? kan wa?? hehe...eh alamak ade MUET la 24 april ni..tp konsert buat malam kn :D...SHOUTUL HAROKAH!

"islam is the way of life. berhiburlah secara islam"

Saturday, April 10, 2010

♦ hutan

salam..

oh sebenarnya teringat cerita tasneem pasal kisahnya tersesat di hutan sampai malam..bestnye..eh bukan bestnye sesat..bestnye jalan2 kat hutan..sangat suka!!!! sangat suka!!! sangat suka!!!

ok abaikan kesukaan saya itu. tahun ini mahu ke hutan lagi. bagaimana? dengan join camping la. tapi msoc camp dibuat beberapa hari sebelum exam :(...sesiapa yang ade tawaran camping, sila bagitahu!!! last time mahu melawat hutan malaysia :P

ok pagi tadi mata ini bengkak lagi. menjawab exam dengan pandangan yang berlari-lari (oh exaggerate je ni)..cakit..ohhh~(gaya sin chan)

lepas tu saya ponteng csu sambil pegi ke klinik kerana sudah tidak tahan. recurrent infection. onset was last friday. sembuh hanya untuk beberapa hari kemudian kembali bengkak. doktor itu sungguh friendly, saya suka :D..beliau kata its chalazion..google la sendiri. saya sudah membuat research sendiri kerana amat risau. ye, tidaklah serius tapi saya tetap risau sbb ia di mata.

"kita sanggup beli masah kaki, masah lutuk..tapi masah mata tak beli padahal mata adalah anugerah paling berharga"-iklan permata hijrah

ye, saya amat sayang mata saya. amat jarang sekali saya dapat eye infection. kalau mata ini rabun pun, saya boleh rasa sedih ok. saya sayang mata saya. eh bukan..saya amat sayang mata saya. kesian dia bengkak.lalu menjejaskan kejelitaannya (ohh..jelita ke~)

kerisauan saya itu sampai saya takut mahu meletakkan eye drop dan eye ointment pemberian doktor. saya amat takut untuk meletak sesuatu ke dalam mata. saya hanya dare to flush my eye with water. tapi untuk benda2 lain, saya amat takut skali. takut ia akan menghilangkan penglihatan saya. sebab itu saya amat fobia melihat orang meletakkan contact lense juga. kerana nampak begitu 'kasim selamat' sekali. sebab itu amat gelisah bila saliva dan darah patient masuk mata saya. sebab itu amat ngeri melihat cerita2 yang mencucuk,mengorek,memotong mahupun melaser mata.

mata..

alhamdulillah saya sakit mata. saya bersyukur sangat2 kerana masih boleh melihat. bayangkan satu hari kita bangun tidur lalu tak nampak apa-apa sudah..sedih sekali..tragis sekali..tapi tentu ada hikmahnya kan..dalam dunia yang serba mencabar pandangan mata ni, mungkin lebih baik untuk tidak melihat apa-apa. kerana pandangan mata lazimnya pembuka nafsu. nafsu makan, nafsu shopping, nafsu syahwat, nafsu macam2 lagi..sebab itu, jagalah pandangan. bukan saja jaga kesihatan mata :)

walaubagiamanapun bersyukurlah kepada yang masih berupaya melihat. jangan kufur nikmat! lihatlah apa yang dihalalkan sahaja. gunakan mata untuk study. untuk menyaksikan keajaiban dan kekuasaan Allah. untuk melahirkan rasa syukur di hati serta mengentalkan iman di hati. untuk menikmati pemandangan di hutan.oh indah sekali~~oolalaa~~

ape kegunaan mata? kenapa Allah ciptakan mata? adakah hanya untuk melihat saja? apa yang boleh dilihat? apa yang tak boleh?

sesungguhnya bersyukurlah dikurniakan mata yang sehat. kerana mata yang sehat itu nikmat yang amat berharga. you cant purchase it anywhere. Allah bagi sejak lahir lagi. secara free. tapi kalau dah rosak, takkan dapat dicari ganti lagi. mungkin boleh dapat corneal transfer tapi tak mungkin sama lagi kan :)

Allah dah bagi secara free tapi camne kita nak syukuri? camne nak hargai?

gunakan mata itu dengan betul!maksimumkan penggunannya ke arah keredhaan Allah.

camne tu? antaranya:

1. jaga kesihatan mata. ingat tak 5 perkara sebelum 5 perkara (lagu raihan tu, demi masa)? one of them is ingatlah sihat sebelum sakit. so kesihatan perlu dijaga termasuk mata!

2. menjaga pandangan. jangan lihat benda2 yang haram. ape yang haram? porn, aurat wanita, wanita yang bukan mahram atau bukan isteri, aurat lelaki,dan melihat perkara2 maksiat. mata itu punca nafsu yang bergelora. punca nafsu syahwat, nafsu makan, nafsu shopping etc.jaga pandangan!

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: `Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat`." (An-Nur:30)

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: `Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya....(cont..)" (An-Nur:31)

3. memerhati ciptaan Allah yang terbentang luas ini seperti langit, bukit2, tumbuh-tumbuhan, binatang2,melawat tempat2 bersejarah..ingat,MEMERHATI!! yakni melibatkan akal fikiran untuk berfikir tentang keajaiban dan kehebatan Allah..bukan hanya melihat sesedap mata. sesungguhnya dalam setiap ciptaaNya ade mesej yang berhikmah :)

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari api neraka.” (Ali-Imran:190-191)

"Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul)." (Al-Nahl:36)

"Maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari dengan itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah buta di mata tetapi ialah yang ada di dada" (Al-Hajj:46)

"Maka apakah mereka tidak mengembara di dunia dan memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Manusia-manusia yang sebelum mereka itu lebih hebat keutamaannya dan (lebih banyak) kesan-kesan peninggalan mereka di dunia ini namun apa yang mereka usahakan itu tidak sedikitpun dapat menolong mereka." (Al-Mu'min:82)


4. membaca :)..rajin2lah membaca bahan2 bacaan yang ilmiah kerana ilmu dapat menjadikan seseorang manusia itu hebat.

"Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang Menciptakan." (Al-'Alaq:1)

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah itu (adalah) dari hamba-hambaNya (dari golongan Ulama') yang berilmu." (Al-Fathir:28)

jadikan mata sebagai pintu ilmu, pintu tamadun, pintu rahmah wa mawaddah bukan pintu nafsu. sampai sini saje :D..kalau ade tambahan sila la tambah. berkongsi ilmu :)

Friday, April 9, 2010

♦ teruskan berada di jalan ini...

hari ini saya telah mengalami emotional breakdown lantaran telah menahan emosi selama berhari-hari..

saya rasa amat lemah setelah berhari-hari menahan kekuatan hati...malang sekali emosi termeletup sehari sebelum hari exam. walaupun result matching menggembirakan, saya masih ade sisa kesedihan di hati. oh result matching tadi telah ditarik semula. mungkin akan rematch. saya sudah dapat 1st choice saya, iaitu otago. namun hasil ketidakpuashatian less than 5 people, rematch terpaksa dilakukan. saya tidak kisah. mana2 pun bersyukur jela. tak faham qada' dan qadar ke..tak faham rezeki ke..rugilah kalau tidak muslim..

ok itu bukan sumber sedih. sumber sedih saya ialah penolakan sahabat2 baik terhadap diri saya. bukanlah tidak pernah ditolak sebelum ni. tapi peristiwa kali ini datang berturut2..lantaran tak mahu terima mesej islamic saya.saya breakdown ok..awalnya saya terima dengan redha. takde satu airmata pun menitik. datang peristiwa kedua esoknya. saya cuba bertahan lagi. tak sempat nak kumpul kekuatan, datang pulak peristiwa ketiga. airmata menjadi seperti air terjun sambil mengadap lecture notes.saya mempersoalkan 'kenapa benda baik pun tak boleh nak digest??'..astaghfirullah!

saya sudah tidak tahan lalu bercerita dengan sepupu tersayang, cik tasneem. juta2 lemon terima kasih kepada beliau atas kata2 yg bersemangat dan menghiburkan hati.saya tahu in future, dugaan pasti lebih berat. cuma saya berdoa agar saya tetap berada di jalan ini. jalan yang diredhai Allah.jalan yang dirintis oleh Rasulullah SAW dan sahabat. jalan dakwah..

bak kata cik tasneem, mungkin Allah sedang bagi peluang untuk saya lebih kreatif memikirkan alternatif lain dlm amar makruf dan nahi mungkar. insyaAllah..moga terus istiqamah!~tabahkan, lapangkan dan besarkan hati!

sesungguhnya ujian ini hanya kecil lebih kecil daripada zarah kalau nak dibandingkan dengan ujian Rasulullah dan para sahabat,ulama', tabi' tabiin..

...ya muqallibul quluub, tsabbit qalbi 'ala diinik....wahai tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam agamaMu~ ameen...

Tuesday, April 6, 2010

♦ hari yang mencabar

salaam..

hari ini saya ada klinik. tapi sesi klinik hari ini berbeza dengan hari-hari sebelumnya. kerana kali ini saya berdepan dengan deep caries. saya treat rakan baik sendiri. lebih mendebarkan. deep caries ialah caries yang extend near the pulp. kalau terlebih drill, mungkin akan ter'expose' pulp. lalu kena buat endodontic treatment (rawatan akar)..itu adalah juga mendebarkan. saya bukan sahaja tak pernah manage kes deep caries di klinik. saya lagila langsung tak pernah membuat rawatan akar. walaupun baru sahaja pass competency test tapi sumpah saya belum expert, masih tidak yakin untuk membuatnya kat patient sebenar. sem ini practical session seperti tidak banyak.lantas kurang practice (common sense la.)

saya mulakan dengan bismillah. denyutan jantung tak usah cakap la. kalah denyutan jantung orang yang bercinta. see, tak perlu bercinta untuk mendapatkan denyutan jantung yang mendebarkan.

kemudian saya buat electric pulp test. pulp masih vital. iaitu pulp masih bernyawa. good. tak perlu endodontic. tapi kalau pulp masih bernyawa tapi terdrill dengan dalam sehingga ter'expose' pulp, still kena buat endo. kesimpulannya, debaran masih ade walaupun tadi rasa sedikit lega. Dr. Seow menyuruh saya memulakan kerja-kerja menggerudi gigi. baiklah.

sebelum kerja bermula, saya kena administer LA, inferior alveolar block. iaitu sejenis teknik bius untuk meng'kebas'kan half of the mandible. ok sekali lagi rasa sungguh berdebar. ingatkan hanya perlu buat infiltration. setelah berbincang dengan dr. seow, rupanya kena buat nerve block. untuk teknik ini, guna jarum panjang. eh, jarum pendek pun belum pernah saya cucuk kepada patient. ini terus guna jarum panjang.oh!!!! (gaya sin chan)

dr. seow bersama saya untuk monitor kelakuan saya mencucuk patient. oh dup dup dup! meletakkan jarum di posisi yang betul, mencucukkan jarum ke dalam soft tissue (eh ini bukan tisu yang lap hingus tu ok) yang terletak di belakang gigi molar terakhir antara jaw atas dan jaw bawah. masukkan jarum sehingga terasa tulang tapi saya tak dapat rasa pun jarum saya mencucuk tulang. lalu dr. seow kata tak apa, inject je local anaesthetic (LA)..maka LA pun saya tekan keluar daripada cartridge. sambil menyuruh patient breath in, breath out, relax, saya pun perlahan2 tekan LA keluar dan kemudian perlahan2 menarik jarum keluar sambil tetap menekan LA keluar untuk disebarkan ke tisu2 berdekatan (heh apela ayat ini)...

setelah itu cucuk di bahagian pipi pula. ehh bukan pipi kat luar ye. pipi belah dalam, near the alveolar bone.tapi jangan pulak terkena bone. ok! siap! fuh lega sekali!alhamdulillah berjaya. patient kata tak sakit. setelah itu dia numb. maka saya pun memakaikan rubber dam. sejenis helaian getah berwarna hijau yang dipakai untuk tujuan moisture control dan isolation gigi (tak reti nak explain kat sini.jadilah patient saya, nanti saya explain :D)..patient tak rasa sakit, maka senang utk memasang rubber dam.

kemudian drill gigi. berjalan lancar. tiada pulp yang ter'expose'. selamat. meaning no endo. yay!! alhamdulillah! akan menampal temporary restoration. sebelum ni praktis dekat lab, senang saja. kejap je dah habis. maka saya amat optimis.

jeng3..dekat klinik....almost sejam saya amik masa untuk temporary restoration! fuh...lining with dycal as the first layer, masalah timbul. dycal mengeras dengan sungguh cepat. 3 kali kami terpaksa ulang semula. kemudian setelah ditolong dr. seow, dycal berjaya. setelah itu tutup dycal dengan GIC (glass ionomer cement) sebagai layer yang kedua. berjalan lancar. suka. hehe..alhamdulillah..

then came the most challenging part. the 3rd layer aka outermost layer yang menggunakan kalzinol(zinc oxide eugenol)..first try, kami guna matrix band. iaitu besi yang guna untuk mengelilingi gigi yg under treatment supaya bentuk gigi yang asal dapat di'restore'.dgn bantuan dr. shahid, boleh kata berjaya la. kemudian saya pegi bukak matrix band sebab saya nak carve bentuk gigi. bukak sahaja, berkecai restoration saya. ini bukan almagam, dhuha..memang la berkecai kerana ia lebih lembut.

takpe saya masih gagah. tanpa buang masa suruh sze yin bancuh lagi kalzinol. kali ni buat tanpa matrix band.nampak sungguh beautiful. berjaya carve dgn cantik. dr. shahid kata trim sikit permukaan atas gigi sebab ia kelihatan tinggi. maka saya pun trim. tiba2 dr. seow datang dan suruh saya check bite. menggunakan articulating paper, saya pun check gigitan patient. elok sahaja dia gigit, restoration itu pecah berkecai sekali lagi.

mata ini bertakung dengan airmata. sungguh stress dan kecewa. lepas tu terus ingat kejayaan2 sebelum ini. injection berjaya. rubber dam berjaya. drilling berjaya. lining the cavity berjaya. takkan nak berhenti di saat akhir. no, saya juga tak boleh menangis depan patient.saya tak boleh la lembik. masa sungguh kritikal. tak boleh membuang masa dengan melayan perasaan.maka setelah motivate diri saya in few seconds, terus suruh sze yin bancuh kalzinol sekali lagi. sudah pukul 5,patutnya dah kena send patient out. sebab nak habis segera, dr. seow amik alih tempat saya dan melakukannya. kejap gila, dia dah berjaya membuat final temporary restoration. kagumnya. saya kecewala tak dapat buat lagi. takpe, next time.

lepas saya hantar patient keluar, saya masih ade sisa kesedihan. dr. shahid memberikan kata2 nasihat dan tips2 berguna kat saya. saya tahu mana silap saya, mana kelemahan saya dan saya akan make sure tidak melakukan kesilapan itu buat kali kedua.

go dhuha go!

p/s: tadi dah sorok laptop. lepas tu terpaksa bukak sebab saya mahu tulis blog.kikiki..sori kepada yang tak faham entry ini. saya telah mencuba untuk membuat anda faham. tapi kalau tak faham jugak, takpela. ni nak buat simpanan koleksi peribadi, merakamkan pengalaman sendiri :D

Saturday, April 3, 2010

♦ kehidupan dan kematian

nasihat Luqmanul Hakim:

"sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. banyak manusia yang karam ke dalamnya. bila engkau inginkan selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang dinamakan taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah."


*****

suatu ketika, Khalifah Umar bin Abd. Aziz menguruskan jenazah keluarganya. Setelah selesai, beliau menghadap orang2 yang bertakziah sambil berkata. "sesungguhnya kuburan ini memanggilku dari belakang. maukah kalian kuberitahu apa yang ia katakan kepadaku?"

mereka jawab "sudah tentu."
Umar pun menyambung "kubur itu memanggilku dan berkata 'wahai Umar, mahukah kuberitahu apa yang akan kuperbuat dengan orang yang kau cintai ini?'" Umar menjawab "tentu."

kata kubur: aku bakar kafannya, kurobek badannya dan kusedut darahnya serta kukunyah dagingnya.maukah kau kuberitahu apa yang kuperbuat dengan anggotanya? aku cabut satu persatu dari telapak tangannya, lalu dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke pundak. lalu kucabut pula lutut dari pehanya. dan peha dari lututnya. kucabut pula lutut itu dari betisnya dan dari betis menuju telapak kakinya.

itulah secebis kisah yang ingin saya kongsikan. di saat kematian menjemput, yang tinggal hanya amal soleh/amal jariah, ilmu bermafaat dan doa daripada anak yang soleh..alhamdulillah sakit yang ditanggung banyak mengingatkan balik tentang hakikat kehidupan dan kematian.

ingatlah dan rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
  • hidup sebelum mati
  • kaya sebelum miskin
  • lapang sebelum sempit
  • muda sebelum tua
  • sihat sebelum sakit
(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

sahabat terbaik adalah kematian.sentiasa ingat mati, insyaAllah kita tak akan tertangguh-tangguh lagi utk berbuat kebaikan. hari ini masih bernafas. namun takde satu jaminan pun yang kita akan hidup esok. anda konfem ke hidup esok? saya pula? kematian adalah sesuatu yang pasti. kematian tak pernah lupakan kita. kematian sentiasa mengejar kita.