Sunday, December 5, 2010

jangan tanyakan aku

jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu



Saturday, December 4, 2010

nostalgia

nantilah tulis pasal holiday eh..banyak sangat. penat den nak cover story 2 minggu percutian. gambar pun penat nak upload (5 GB!). walaupun internet sedang sangat laju akibat dunedin yang kosong, tetap penat nak upload. nak tengok pun penat, berejam2 nak tengok sume gambar sampai habis.

nak cite pasal nostalgia!










hehe nostalgia habislah ketiga-tiga video klip di atas. lagu amy 2 buah tu from drama cinta korporat. arni nazira pulak from drama cinta antara benua. zaman kecik2 dulu, sungguh matang eh tengok drama2 korporat cinta2 ni. huhu.. tak silap saya, masa tonton drama2 ni, umur saya dalam 7-9 tahun la. memang die hard fan tapi jangan tanya saya jalan cerita dia sekarang sebab sesungguhnya sudah melupakannya. huhu..

tak tahu kenapa sungguh bernostalgia di malam2 hari gini.

bila dengar dan tonton video klip di atas, teringat saat2 tunggu babu roti datang depan pintu rumah pastu beli gula2 pebbles tu yang casing dia bentuk 8. huhu..sangat suka azah aziz dan amy mastura dulu, dorang pulak suke pakai lipstick kaler merah mak ngah. maka coklat pebbles yang kaler merah tu saya gune wat lipstik, amik mood tengok drama. ngeng.

ape persamaan drama2 di atas? shooting kat UK! so sebenarnya sangat memberi inspirasi kepada saya untuk fly ke UK! ahaha takpelah. at least sampai NZ. xdela jauh sgt bezanya. bukannya saya sampai India pun kan :P (kalau teringin nak pegi india, mesti inspired by drama 'Salam Taj Mahal' kan)--ini bukan statement racist ye. nasionalis sikit2 je.




tapi drama 'Cinderella' pegi NZ. begitu jugak dengan drama 'Romeo & Juliet' kan? bolehlah inspired jugak tu tapi seriously mase kecik dulu ingat NZ ni area2 UK lah jugak. haha nampak sangat saya ni pengikut setia slot 'Identiti' drama2 daripada Kuasatek Production arahan Mohd Noor Kadir usaha sama dengan Azhar Sulaiman/Ahmad Idham. huhu..

tapi kalau tak silap 'Cinderella' shooting kat christchurch. tak sampai lagi sana :(

bila tengok video2 ni, teringatlah sepupu2. entah kenapalah jugak. mungkin pernah tonton sama2 di hari raya? bukan mungkin, memang pernah pun. mase tu jugak mama baru balik daripada UK, so pernah main talent show nyanyi lagu cinta antara benua. permainan2 ala realiti show ni hanya wujud after family mama pulang ke msia. sape lagi directornye kalau bukan cik hidayah suhaimi. haha..sebelum2 tu kami hanya reti main mak2 je. permainan2 yang lebih bercorak melayu :P

ok, saya nak pasang impian ke UK baliklah.



masa kecik2 dulu minat amy mastura. so lagu2 lama amy mastura amat nostalgic untuk saya.

p/s: cuba tengok fesyen amy mastura di atas. haha..amy remaja kot tapi dah nampak macam makcik je bila berfesyen macam tu. itulah kesan fesyen. bila zaman berubah, akan jadi bahan ketawa. fesyen muslimah? segar sepanjang masa. hehe btw, amy mastura sangat comel ^__^

Saturday, November 27, 2010

senyapku dalam teriakku

excuse me.boleh tak saya nak tulis sesuatu di blog walaupun sedang bercuti?

boleh?

terima kasih.

sekadar satu sesi refleksi diri.

hmm.

saya suka berkali-kali ingatkan diri sendiri.mengata diri sendiri, dhuha.sila mengata diri sendiri. i hate gossip i hate gossips! saya melihat orang sekeliling berubah menjadi seperti yang digosipnya suatu ketika dulu. saya sangat takut, sangat2 takut. takut pada suatu hari nanti giliran saya pula merasa. ya Allah, saya takut. sangat sangat takut. kadang2 saya juga perasan saya seperti ke arah keburukan orang yang pernah dikata suatu ketika dulu.

kadang2 saya sampai penat lelah melawan kejahatan dalam diri. even mengata dalam hati pun akan buat saya emo sepanjang hari. tak boleh!tak boleh! kena purify hati sangat2. walaupun penat,kena jugak berusaha!

di sydney, bila jumpa myra,myra tegur saya "mane dhuha?"..eh eh..aneh tu. saya di depan mata tapi myra boleh tanya di mana saya. myra cakap saya telah menjadi pendiam. saya memang pensenyap orangnya. tapi myra kata ini luar biasa senyap.itu buat saya berfikir. ye saya sedang kawal mulut sambil kawal hati. saya jadi takut untuk berkata-kata. lagu 'bibir merah' sering berkumandang dalam telinga. hadith2 tentang bahana mulut sering appear dalam kotak fikiran.alhamdulillah. masalahnya, saya bukan je kena belajar untuk senyap, tapi kena belajar untuk berkata-kata yang berfaedah juga. supaya saya tidak jadi bisu terus. sila kumpul kebijaksanaan supaya di masa depan engkau bisa mengeluarkan kata-kata bernas lagi berfaedah. selamat maju jaya dhuha.

tentang kesenyapan saya, ia juga dipengaruhi dengan keserikan untuk bercerita sebab cerita saya sering je terbocor. maka kini amat berhati-hati bila bercerita. cerita yang basic je tanpa detail2 yang emosi. yang rahsia, hanya saya dan Allah yang tahu. selebihnya memang saya tak tahu nak cerita apa.

saya selesa untuk senyap, terima kasih. maaf kalau ade yang rasa bosan atau kekok atau sebagainya. nak kutuk artis pun saya sudah takut sekarang ni. berapa ramai yang suatu ketika dahulu membenci dan mengutuk habis-habisan keburukan orang lain dan akhirnya jadi seperti yang dikutuk? cukuplah, saya sampai hari ni begitu takut satu hari nanti tiba giliran saya pula.

orang yang senyap ni bukanlah orang yang fun dibuat kawan. tapi baguslah, saya tak mahu dan tak suka jadi kawan yang dibuat untuk berseronok je.

p/s: tajuk tu cubaan untuk menjadi puitis. HAHAHA

Friday, November 19, 2010

catatan hari ini

tengahari ni kami melawat rumah pina, nak hantar periuk pina. lepas tu nak melawat munir dan ben, our only muslim seniors kat dental school. rumah mereka sebelah rumah pina je. i mean, selang beberapa rumahlah. then sampai2 je, munir dan adrian nak keluar sebab munir nak cari bbq set. maka kami pun turut sertalah. maka tibalah kami ke sebuah kedai yang sgt best. dan jumpa buaian yang sangat best ni jugak. sedang pasang impian mahu membelinya dan hiaskan dekat rumah sendiri nanti :P

setelah itu kami pulang dan beriadah di rumah munir. riadah kami ialah main Wii. haha..lepas tu kena kerah dengan munir untuk sort out dia punye notes sepanjang 5 tahun study. sambil2 tu mewariskan 'harta pusakanya' itu kepada kami. then ben pulang maka kami bergambar bersama untuk kali terakhirnya sebelum mereka berangkat pulang ke malaysia dan menjalankan khidmat sebagai dentist. dan munir pula bakal melangsungkan perkahwinan beliau bulan 6 tahun depan insyaAllah a.k.a tak dapatlah nak menghadirkan diri. selamat maju jaya diucapkan buat mereka berdua dan terima kasih bebanyak atas pertolongan.

kemudian saya masak ketam ni sebab esok dah nak mula travel. maka wajib habiskan inti dalam peti sejuk. ketam tinggal seekor. cuci, belah dua, tergaru-garu, gaulkan dengan kunyit dan garam, tergaru-garu, campak dalam kuali yang telah panas minyaknya. setelah siap goreng, toskan, keluarkan sikit minyaknya kemudian campak bawang merah ke dalam minyak yang sama buat goreng ketam tadi. tumis sehingga wangi, campak pula cili merah yang dah blend. kemudian campak pula serai yang telah dihiris halus. letak sikit garam dan gula secukup rasa. then letak dessicated coconut. sreeettt (goreng2kan bersama). maka siaplah hidangan makan malam kita. ini resepi mak. saya tak jumpa resepi ni dalam internet. by the way mudah je buat ni. sila cuba. terima kasih.

kemudian dengan malas2 pergi packing baju. malas ok. sebab tu main2 ambil gambar, baru rajin. excited nak travel tapi tak sukaaa packing. boleh pulak tak muat beg. tekan2 beg tu, gulung2 sume baju, akhirnye muat.


settle. passport checked. visa checked. tickets checked. luggage checked. handbag checked. quran checked. cash and bankcard checked. camera checked. camera batteries checked. mp3 checked. novels checked.

selamat bercuti, dhuha. have fun! semoga Allah memberkati perjalananku. auckland and sydney, i'm coming!



parcel daripada opah

pagi ini ade orang ketuk pintu kuat-kuat. saya nampak bayang2 parcel bersandar depan pintu. yayyyyy! akhirnye!!! sorak saya dalam hati.

bila bukak wrapping, "wah adekah dapat mini notebook?" haha berangan. sebab pagi td mimpi abah hantar LG touchscreen yg mcm iPhone tu.

saya macam "waaah! klasiknye keropok ikan itu! sudah bertahun2 tidak memakannya!"..lepas tu opah tinggalkan surat disebelah kiri itu. klasiklah opah saya :P

ngeh3..last time saya makan kerepek ubi ialah semasa saya fly ke sini, opah jugak yang sumbatkan kerepek itu dalam beg saya :)

haha..semua kata makanan ni tak sihat. tapi saya mengidam lah. terima kasih sangat2 opah sebab hantar asam. dulu opah hantar asam kat abah, sekarang turn dhuha lak. tp opah bagi syarat, belajar sungguh2! dhuha, sila kawal diri, jaga kesihatan ok!



syairnya orang-orang kuat

Bangun dan tinggalkanlah tidur panjang …
Sungguh Islam telah kembali …
Di jalan Alloh kita telah berjalan dan mengumandangkan jihad …

Kelompok orang mukmin telah bangkit …
Dengan para pemuda yang jujur …
Dalam malam-malam nestapa mereka berjalan …
Di belakang Al Qur’an yang nyata …

Mereka tidak peduli dengan berbagai kesusahan di antara taring-taring zaman …

Bangun dan tinggalkanlah tidur panjang …
Sungguh Islam telah kembali …
Di jalan Alloh kita telah berjalan dan mengumumkan jihad …

Sampaikanlah kabar gembira kepada manusia …
Dengan subuh yang terbit dengan terang …
Wahai malam-malam para pendholim …
Wahai kehinaan orang-orang yang bermain …
Wahai kesia-siaan selama bertahun-tahun …
Telah datang janji yang nyata …
Kami telah datang kepada kalian dengan membawa senapan dan qur’an yang nyata

http://ansharulhaq.blogspot.com/2007/06/syair-nya-orang-orang-kuat.html

Wednesday, November 17, 2010

nothing, really..just a thought. a 2nd thought

hmm..i have a second thought..halal ke sumber duit biasiswaku ini...

Monday, November 15, 2010

tamat 3rd year

alhamdulillah saya telah tamat 3rd year dengan jayanya. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah tak tahu nak kata apelah sebab saya rasa sungguh tertekan kot sem ini. tertekan sikitla akibat nak adapt dengan new environment serta beberapa masalah sampingan. Maha Suci Allah yang memudahkan perjalanan hambaNya.

alhamdulillah jugak walaupun saya tak ikut instruction yang suruh jawab satu soalan per booklet, saya tetap pass exam. huhu ingat dah fail dah. syukur2..

insyaAllah bakal melangkah ke 4th year yang hectic tahun depan. haha rasenye setiap tahun pun saya cakap hectic. hoho.


Saturday, November 13, 2010

sendiri


Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai .........

melayu

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut

Biar mati adat

Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu

Minangkabau memang Melayu

Keturunan Acheh adalah Melayu

Jakun dan Sakai asli Melayu

Arab dan Pakistani, semua Melayu

Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mua’alaf bertakrif Melayu(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal

Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali

Sedang orang mencapai timba

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Segala yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka


--sebuah puisi tua karya Allahyarham Usman Awang yang menyentuh hati.