Thursday, November 5, 2009

♦ sahabat

salam..

terjumpa satu quote yg amat menarik berbunyi:

Raja bin Haiwah berkata: "Barangsiapa bersahabat dengan orang yang menurutnya tidak tercela, akan sedikit shahabat yang dimilikinya. Barangsiapa yang hanya mengharapkan keikhlasan dari sahabatnya, ia akan banyak berdendam. Barangsiapa yang mencela sahabat atas setiap dosa yang dilakukannya, maka ia akan banyak musuh."

p/s: bersahabatlah kerana Allah dan untuk mendapatkan keredhaanNya.pasti itu yang kita akan dapat,insyaAllah....

saya amat rindu teman2 saya di serata dunia =(...tiba2 saya nak cerita pasal sahabat yg saya kenal sejak zaman kanak2 lagi.

my first bestfriend is nur fatin najwa..we knew each other since tadika. then kami berpisah sementara bila saya pindah cheras dan dia pindah australia. dengan izin Allah selepas 8 tahun berpisah, kami ditemukan semula di INTEC..dan kemudian pd tahun yg sama family kami bertemu balik (jejak kasih) kat R&R genting sempah..kat intec dia amik A-level dan sekarang sdg blaja pharmacy di adelaide.maha suci Allah yang menemukan dan memisahkan.sekarang terpisah lg tp at least tak lost contact dah =)

selepas beliau, aku ditemukan lagi dgn ramai sahabat yang baik2 belaka..hihi...alhamdulillah sepanjang hayat aku xpernah lg ditemukan dgn kawan yang jahat2 atau yang ade niat buruk atau yang menikam dari belakang.semoga sampai akhir hayat aku sentiasa dikelilingi kawan2 yang baik =)

my another bestfriend selepas fatin ialah cik amirah abu kassim..seems like she's my forever bestie la since kami asyik bersama je sejak sekolah rendah until now..housemate lagi tuh..tak bolehla nak housemate forever kn sebab nanti dah kawen,lain plak housematenye..haha...saya mengenali beliau sejak darjah 3.mase tu beliau hot stuff di sekolah..mase darjah 4 baru kenal rapat dengan beliau...lepas tu masa form 4 beliau pindah sms muar..kemudian kami pn bertemu semula di INTEC...haih bersejarah sguhla intec kan..tp kalo xde intec pn, kami tetap jumpe memandangkn bdk skolah kami suke wat reunion. kat intec saya sekelas dgn beliau.di zaman itu pegi dating pn sama2 sebab pakwe kami pn kawan sekolah kami berdua...lepas intec,kami masuk IMU sama2 dan duduk umah sama dan duduk bilik sama.boleh kata inila kawan yang paling saya kenal dan masak perangainya =P....saya amat menghargai jasa beliau semasa saya baru breakup awal tahun lepas..saya ibarat hilang arah tuju sebentar di waktu itu...paling dpt byk dpt support from her..saya mungkin x jadi seperti hari ni tanpa sokongan dan dorongan beliau..dan beliaulah yg paling byk tahu masalah saya dan maybe yang paling kenal saya..sape2 nk kenal saya melalui org lain,bolehla directly link dgn dia..muahaha promote pulak....(p/s: saya selalu curi air sejuk dia dlm peti lepas tu xtau refill balik =P)

kemudian ialah cik hazwani tajaluddin. saya satu kelas dengan dia dari darjah 3 sampailah tingkatan 3 lepas tu dia pegi mrsm. sepanjang saya satu kelas dengan dia, saya selalu duduk sebelah dia. ahhahaha..maka kami sangat rapat. saya suke melepak di rumah beliau sejak kecik sampai besar. rumah wani macam sumber entertainment la. nak main internet, saya pegi rumah dia. nak makan masakan nogori pedas2 pegi rumah wani. nak tengok movie best2, pegi rumah wani. projek KH kena jahit apron pun pegi tido rumah wani guna mesin jahit mak wani sebab mesin jahit mak saya dah rosak.hihi..saya jugak suke bergayut telefon dengan dia masa zaman sekolah2 dahulu.

bestie saya lagi ialah cik syazwani soaib dan cik siti ruhaiza..both of them memang saya kenal lama dah..wani darjah 3 dan reiza darjah 5..wani sungguh lively..bercerita dgn dia pasal ape pun,mesti jadi macam drama.haha...dua kali lima dengan reiza..if kami bertiga jumpa,memang pecah bumbung...kami memang banyak bersembang. walaupun jumpa kat sekolah hari-hari, kami boleh pulak bergayut dekat phone lama-lama. banyak betul cerita. kami juga suke melawak bersama dan merayau taman bersama-sama.

myra shorty mana?haha...masa saya rapat dengan beliau,kami dah bukan kanak2 =p.....BUT she's my greatest youngest friend..budak kecik yg byk bg inspirasi serta memberi semangat.myra,ni segmen childhood friend..citer pasal ko xpayah panjang2..lagipun aku pnah wat 1 entry pasal ko kn =)

saya amat bersyukur tak sangka boleh ade kawan jangka masa panjang.yang kenal sejak kecik sampaila ke besar,still bestfriend...kepada sahabat2ku sekalian termasukla yang tak termention di sini,saya saaaayang kamu!kamu semua memang best! thanx for everything! semoga friendship kita lasts forever!insyaAllah..amin~

Wednesday, November 4, 2009

♦ post exam syndrome

alhamdulillah exam dah habis!....err..i mean for this week =D

last monday it was dental practice paper..alhamdulillah soalan boleh jawab..boleh kata senang and direct la soalan dia...namun....di waktu exam ku diserang gastritis. exam started @ 9.30 am...aku mula diserang on the way ke kelas (yup,i had class b4 exam on 8 am..haha..)...so i couldnt pay my full attention on the lecture..luckily i brought along my medications..so mknla histac and buscopan (kalau nk tau,google la sndri)...namun an hour after class perut masih sakit lagi! so dgn terbongkok2 i went to the library n bought a bun from the cafe there..still sakit itu x mahu pergi!! and so i answered exam paper sambil membongkok dan menahan sakit..naseb baek soalan dia direct,so xdela bertambah stress aku nak menjawab soalan..(anything can happen during exam.so jagalah diri anda baik2..)..exam finished at 10.30 am and perut masih sakit. i called abah and abah bawak aku gi spital @ 11 am...begitulah kronologi peristiwanya..hehe.

tadi,iaitu hari ini,iaitu hari rabu, ade exam dental science.SUSAH ok..kami semua start study dental science 2 days b4 exam time because we were so busy studying for dental practice,attending labs and clinics n lectures...then baru kami tahu dental prac punye exam hanya account 2% je of final papers. BUT dental science pulak masuk 10%!!! agak tersalah mengatur langkah la....namun inilah rasenye kita diuji sejauh mana kita bertawakal...xboleh nak kata "alaa...kalau tahu awal2..." kalau dan kalau dan kalau...kita dah berusaha dan buat yg the best, brp percent nk dpt serahkan kpd Allah..by the way, susah2 pun still boleh jawab la...alhamdulillah...soalan senang je...cuma sbb terlupa dan xcukup study sebab tu jadi susah..ade benda yang aku baru je hafal pagi td,bersungguh hafal..lepas tu bila keluar exam sungguh gembira...sekali bila nak jawab, terlupa...terkonfius..kita tahu tapi kita tak tahu...camtu la..hehe..sume benda bila dah mixed,mmg haru la..dah Allah tak bagi kita jawab,xdapat jawab la jugak walaupn bersungguh hafal..mungkin ade la tu silap di mana2 masa tengah study tu...kena reflect balik..muhasabah..

walaupun ade exam lagi di minggu2 akan datang, aku masih gembira.sebab rase ringan sikit kepala ni...and bila dah byk jwb exam, sikit2 confidence level mula meningkat...itulah hikmahnya ade byk exam..kita boleh detect mana silap kita n learn from it..dapat meningkatkan keyakinan diri untuk tackle soalan2 exam juge...and bila ada feedback session dan tahu jwpn yg salah, sampai bila2 kita ingt jwpn yang betul..as in for me, jawapan yang aku lupa tu,sampai bila2 aku akn ingt..cleidocranial dysplasia dan gardner's syndrome can have supernumerary teeth..haha....xsangka betul aku boleh lupa...gardner's sydrome la especially..sebab baru pg td aku cipta formula 'tukang kebun banyak gigi'...sebab gardner sounds like gardener..supernumerary teeth=gigi lebih banyak dr biasa.

weekend ni plan nak keluar ngn housemates..yay!!!sejak masuk sem 4 ni mmg kami x keluar umah la kecuali mase shopping raye dulu..

next=study medical osce all systems!!! next week ade mock osce!! ade mock osce/ospe dental prac juge!!!
next next= study endocrine balik! 2 minggu lagi ade exam medic!! revise juge nervous n renal..

okeh...semoga berjaya semua! semoga Allah bersama kita semua!selamat bermujahadah =)

Friday, October 30, 2009

♦ berita baik!

salam..
saya dapat banyak respon yg mengatakan entry saya tak boleh dikomen.semua pasal masalah word verification itu.ade yang boleh komen tp ade yang xbernasib baik,xdapat post komen.saya pun sedih jugakla sebab saya suka baca komen orang.

makanya..............saya telah ubah setting.no more word verification.jgn buat saya sedih dgn tidak menghantar komen pula.i need comments!! hehe...

yay2!mengharapkan kemasukan komen =)

♦ syubhah dan hati



salam..
terkesan dengan entry jah tadi,maka aku jugak terasa nak berkongsi apa yang aku dpt dari usrah semalam..sebelum aku terlupa,baik dikongsi segera =)..

last night aku ditugaskan untuk menghurai mana2 hadith yang aku rasa menarik. maka aku pilih hadith 6 drpd hadith 40. hadith yg berbunyi:

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

hadith ni mengupas persoalan halal,haram dan syubhah serta peranan hati sebagai seketul daging yang 'sensitif' terhadap unsur2 halal,haram dan syubhah ini. maka hati ibarat nucleus yang menyimpan DNA yang akan menentukan siapa kita.dan unsur2 halal,haram dan syubhah pula ibarat agen mutasi yg mampu mengubah struktur DNA.(analogi ini mungkin dipengaruhi oleh mood study aku skrg)

perkara yang halal itu jelas dan yg haram juga jelas. di tengah2nya ade perkara yang syubhah yang bila kita elak,maka terselamatlah kita.tetapi sekiranya kita masuk ke dalam perkara syubhah,maka kita akan cenderung utk terjerumus ke dalam perkara yang haram..dan sedarkah kita,betapa banyaknya perkara syubhah berlaku di sekeliling kita sekarang.era globalisasi la katakan...era satu malaysia..

jom kita relate kan syubhah dengan benda paling simple tapi most vulnerable iaitu FOOD...makanan..yup...nyum2!makananla..tak payah pegi jauh2 sampai luar negara..kat malaysia sendiri banyak makanan/minuman yang berunsurkan syubhah..kepesatan era sains dan teknologi juga tak terlepas tempiasnya kepada industri makanan..almost everything telah disains dan diteknologikan sekarang.makanan pun dah maju..manusia xperlu berhadapan dengan remeh-temeh memasak di dapur..campak je serbuk perasa,abis cite..xpayah gak nak melalui mcm2 proses rumit untuk memasak..frozen food kan ade..canned food..mcm2 lagi la...untuk melaksanakan teknologi yang memudahkan kerja2 manusia ni,banyak additives/preservatives/chemicals yang perlu dicampur bersama..dan biasanya dilabel dengan nama kimia atau kod2 tertentu yang membuatkan kita xsedar status halal haramnya..ade jugak kes yang berlabel halal tapi hakikatnya tak halal...satu je tips,bila rase ragu2,tinggalkan saja..syubhah la tu..

in a more sensitive way to descibe syubhah pulak ialah entertainment.yang halal itu ialah majlis ilmu/majlis agama..yang haram itu ialah majlis sosial yang melibatkan arak,pergaulan bebas etc..yang syubhah pulak terletak in between. contohnye concert,teater,wayang,etc....memang agak terpanah bila saudari naqibah memberikan contoh2 ni..jalan terbaik ialah setiap kali nak buat something,fikirkan sama ada perkara tersebut bermanfaat dan adakah Allah suka dengan ape yang bakal kita lakukan..adakah Allah redha? fikirkanlah Rabb kita sebelum buat sesuatu.if u love someone,mesti u akan jaga hati dia sangat2 kan..x mahu dia terluka dan yang sewaktu dengannya.maka jika anda kata anda cintakan Allah,please3 think bout how would He feels about what you are going to do.

a mooooore mooore more sensitive way to describe syubhah ialah dalam hubungan sesama manusia. berkahwin itu halal. berzina itu haram. jelas. amat jelas. di tengah2nya ialah coupling. bukan halal bukan jugak haram. tapi syubhah. dan ingatlah perkara syubhah will more likely membawa kita kepada sesuatu yang haram. kalau korang ikut blog aku dari awal sampai akhir,mesti korang akn prasan sesuatu,aku amat particular tentang coupling.suka berulang2 kali sentuh bab ni kan..its because i learnt from my own mistake. dan aku xsuka mengulang kesalahan yang sama dan kalau boleh xnak orang lain buat the same mistake as mine..coupling ialah masalah sosial yang membunuh ketamadunan manusia secara senyap. coupling lebih prone membawa kepada yang haram. and personally aku anggap ia memang haram..sebabnya...(i know i've posted this before but repetition is good to remind us,right?)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan sesuatu jalan yang buruk.” (Al-Isra [17] : 32)

Allah kata jangan mendekati zina..bukannya 'jangan berzina'...isnt it coupling tu jalan ke arah penzinaan..sekalipun faraj x membenarkan,tapi anggota lain membenarkan penzinaan berlaku.Allah kata "Laa taqrabuzzina"..'JANGAN!'..itu perintah Allah..itu larangan Allah..so basically ape yang Allah larang,itu adalah haram..cuma yelah tafsiran couple itu ade berbagai-bagai definisi..couple jarak jauh.couple bagai belangkas.couple xpernah bersua mahupun berhubung.oleh itu,hukum couple tidak dapat di konkritkan.aku ingat lagi zaman kat intec, aku dapat artikel tentang couple itu haram. immediately aku pegi breakup. but it didnt last longer. sebabnya aku x clear dengan perintah 'jangan dekati zina'..i was in a long distance relationship so i thought its ok to continue the relationship as long as we keep in distance..

kenapa couple ialah jalan yang membawa ke arah zina?
  • orang couple akan keluar bersama..they called it a 'date'..mula2 dating beramai2 lepas tu berdua-dua..dan di tengah2 lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang berdua-duaan ialah syaitan. syaitan dah berjanji akan merosakkan dan menyesatkan kaum adam.ingat syaitan tu lupa ke janji dan tugasan mereka.NO.dendam mereka sangat kuat.dan mereka bijak jugak memanipulasikan otak dan hati manusia..'alah keluar je,xpegang ape2.." "alah,pegang tangan je...tak berzina"..lama2..pikir sendirila..syaitan akan buat kita tak perasan pun yang kita sedang follow dia untuk ke neraka.bijakkan syaitan.
Telah berkata Aisyah r.a, “Demi Allah, sekali-kali dia (Rasul) tidak pernah menyentuh tangan wanita (bukan mahram) melainkan dia hanya membai’atnya (mengambil janji) dengan perkataaan.” (HR Bukhari dan Ibnu Majah).

Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).



  • orang couple akan selalu bersembang-sembang.kalau xjumpa,mesti nak sembang kat phone.nak sembang pulak, berjam-jam lamanya sampai panas telinga. lepas tu topik2 lagha belaka.dan peringatan untuk kaum hawa, suara automatik akan jadi lembut dan manja. kita mungkin tak perasan tapi cuba tanya orang sekeliling.mereka pendengar yang peka terhadap perubahan suara kita =)
“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan Yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata Dengan lembut manja (semasa bercakap Dengan lelaki asing) kerana Yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang Yang ada penyakit Dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah Dengan kata-kata Yang baik (sesuai dan sopan).” (Al Ahzab [33] : 32)

  • dalam alam percintaan, selalunya masing2 akan jadi pandai melawa. lelaki melawa xde masalah.tapi kalau perempuan...mula pandai bersolek melampau-lampau..paling tak diingini, daripada menutup aurat,boleh bertukar kepada mendedahkan aurat. dan mereka buat semua tu untuk siapa yang melihatnya? yang pasti, bukanlah untuk sang suami,the only halal muhrim..(kesian bakal suami..)




“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Al-Ahzab [33] : 59)

Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31).

  • mustahil lah orang yang bercinta keluar dating tanpa melihat antara satu sama lain. ini amatlah kontra dengan perintah Allah supaya menundukkan pandangan.
"wanita dan lelaki diperintahkan agar menundukkan pandangan serta memelihara kemaluan." [rujuk surah an-Nur:30-31]



ini adalah beberapa hujah konkrit yang dapat disampaikan malam ni..semoga bermanfaat dan dapat mengajak anda semua berfikir..otak yang rasional dan ada common sense pasti dapat membezakan yang baik dan buruk..

kepada yang masih single,tahniah dan teruskan istiqamah dengan ke'single'an anda.percayalah Allah sayangkan anda,sebab tu Dia jauhkan anda daripada perkara2 couple ni. kepada yang sedang bercouple, seriously tak tahu nak bagi saranan apa selain daripada nikah.itu je jalan yang terbaik kalau anda memang tak nak berpisah dengan kekasih hati.

nak pisahkan pasangan bercinta,macam kejam pulak.lagipun, i know its hard to let go the person we love.tapi cubalah kita letak cinta kita pada Allah melebihi segala-galanya.mesti kita akan lebih kuat untuk keluar daripada belenggu dosa.first n foremost,tanyelah diri kita sendiri,sejauh mana kasih dan sayangnya kita pada Allah. dan kenangkan betapa hebatnya cinta Allah pada hambaNya..cinta sejati itu adalah cinta paling agung dan suci dan semestinya cinta teragung dan tersuci ialah cinta ilahi. renung2kanlah...




namun,kepada yang nak bernikah tolonglah betulkan niat anda...jangan menikah semata-mata nak menghalalkan apa yang dahulunya diharamkan i.e. kerana nafsu semata-mata..tapi menikahla kerana Allah..kerana untuk memelihara maruah,menundukkan nafsu..kerana untuk mengembangkan zuriat sambil menambah populasi umat Islam..kerana untuk menegakkan syiar Islam..menyebarkan dakwah islami..melahirkan dan mendidik generasi ulul albab dan para mujahid mujahidah..insyaAllah, rumahtangga kita bebas daripada naik turun mahkamah syariah =)...everything we do, do it in the name of Allah..insyaAllah diberkati...i think our generation lacks all these things.sebab tu ramai yang kawen macam salin baju.



tentang peranan hati dalam membentuk manusia pula, sekiranya hati kita disuap dengan perkara syubhah,sikit2 noda hitam akan memenuhi hati kita.lambat laun menggelapkan hati. in the end jadilah kita manusia yang takde hati. kadang2 hati kita sendiri akan rase ragu2 dan xsedap serta xtenang hati bila buat sumting..hati yang terang akan sedar itu adalah syubhah,maka tinggalkan je..sumtimes gerak hati memang berkesan.kalau orang soleh/warak pulak most of gerak hati mereka memang betul..

makan makanan haram,buat perkara haram pulak will definitely menggelapkan hati...hati perlu diberi makan selalu..dan makanan paling berkhasiat ialah zikrullah...melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya pula dapat memelihara hati..pernah tak kita rasa satu ketenangan luar biasa bila berbuat baik atau pun masa sedang bermunajat kepada Allah?




Fathul Musyail pernah bertanya kpd seseorang,"Bagaimanakah keadaan seorang yg sedang sakit jika ia tidak diberi makan,minum dan ubat selama 3 hari berturut-turut?".Orang itu menjawab "sudah tentu ia akan mati"..sambung beliau,"begitulah hati,jika ia tidak diberikan hikmat dan ilmu dalam 3 hari,maka ia akan mati krn ilmu dan hikmat adalah makanan hati"...

“Roh kita asalnya `dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkan dari asalnya, dia akan terseksa, kesunyian, dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing. Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya. Bawalah kembali diri kita semua ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah.” (ustaz hasrizal)

p/s: teringat soalan yani pagi td "kenapa artis sekarang bercinta bagai nak rak,awal2 kawen romantik seronok sakan tapi baru anak satu dah bercerai." i said "sebab dorg dah puas berseronok sebelum kawen"..pembetulan:bukan artis je...artis ialah figure tumpuan orang ramai,sebab tu kita asyik dengar berita cerai dorg je. hakikatnya kadar perceraian memang makin tinggi (ini adalah masalah sosial yang besar!! syaitan memang xsuka kita nikah!! kita telah membuat syaitan menari dan melompat gembira!). sebabnya perintah Allah dalam surah al-Isra':32 kita abaikan..sunnah nabi dipandang sepi. Allah murka maka Dia tegur kita dengan cara tu. tepuk dada tanya iman...bersihkan hati,pasti kita terkesan dengan teguran Allah dan nampak betapa relevannya perintah Allah..afterall Dia yang mencipta kita.hmm...aku pulak..agak takut nak kawen bila melihat trend perceraian sekarang...TAPI...perkahwinan kan perintah Allah manakala perceraian ialah suruhan syaitan. maka bila kita ikut Allah, insyaAllah selamat...ikut syaitan, bercerai-berai =)





Wednesday, October 14, 2009

♦ Yusuf Estes

salam..yang ni plak my first piece for as-Shifaa'..rase mcm dah post sblm ni..kat blog lg satu kot..xpela,post la kat sini plak kn..hehe..version as-shifaa' pendek je sbb limited page.yang di post kat sini ialah versi original,unedited by the editor.sebab tu panjang giler.but for my 2nd piece, aku belajar untuk memendekkan karanganku sebab xnak la susahkan encik editor yang ade banyak lagi tugasan nak buat selain mengedit karangan aku.

YUSUF ESTES: DARI SEORANG PENDAKYAH KRISTIAN KEPADA SEORANG PENDAKWAH ISLAM

Allah pernah berfirman:
"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (6:125)

Begitulah kuasa yg ada pada Allah yang menguasai hati-hati manusia. Dia berhak membolak-balikkan hati sesiapa sahaja. Daripada seorang yang zalim kepada seorang yang mulia. Daripada seorang yang mulia kepada seorang yang hina. Hanya Allah yang layak memilih siapa yang dikehendakinya utntuk diberikan taufiq wal hidayah.

Siapa sangka seorang rakyat Amerika yang sering berdakwah memperjuangkan agama kristian serta lahir dalam keluarga kistian yang kuat pegangannya akhirnya dibukakan hati untuk menerima agama Islam yang suci lagi benar.

Seorang hamba Allah telah dilahirkan pada 1 Januari 1944 di Ohio kemudian dibesarkan di Texas. Awalnya dikenali sebagai Skip. Beliau menganut fahaman Gospel, manakala ayahnya merupakan seorang penganut Protestant. Oleh kerana dilahirkan dalam keluarga yang berlatarbelakangkan agama kristian yang teguh, maka sejak kecil hidupnya sentiasa sibuk dengan perjuangan menyebarkan agama samawi itu. Beliau juga merupakan seorang pengarah muzik di gereja sekitar Amerika Syarikat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai delegasi dalam United Nation Peace Conference for Religious Leaders. Kemudian, dia dan bapanya telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang melibatkan bidang hiburan termasuk industri muzik. Akuinya, hidupnya dahulu terlampau sibuk dengan urusan untuk mencapai kejayaan duniawi berserta mengumpul harta kekayaan. Namun jauh di sudut hatinya, terasa seperti ada sesuatu yang masih tidak lengkap. Mindanya masih tidak tenang. Ada keraguan berkenaan agamanya yang bermain-main dalam kepalanya. Konsep ‘Trinity’ yang dipegangnya masih samar-samar walaupun telah diajar supaya mempercayainya. Malahan katanya, perkataan ‘trinity’ juga tidak wujud sama sekali dalam bible. Begitu juga dengan konsep ‘original sins’ yang masih tidak jelas pada pemahamannya. Namun begitu, jiwanya kuat untuk mengenal Tuhan. Maka pencariannya dikuatkan dengan turut mendalami agama-agama lain termasuk pecahan-pecahan fahaman dalam agama kristian seperti The Baptists, Methodists, Episcopalians, Charismatic movements, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God in Christ, Full Gospel, Agape, Catholic, Presbyterian dan macam-macam lagi. Selain itu beliau turut mengkaji bidang Metaphysics. Boleh dikatakan semua kepercayaan.fahaman dan agama di dunia ini beliau terokai. Namun hanya satu agama sahaja yang tidak disentuh langsung olehnya. Islam.

Sebagai rakyat Amerika, beliau sudah biasa disogok dengan ideologi barat yang mengatakan orang Islam itu pengganas. Tambahan pula beliau dibesarkan dalam persekitaran kristian yang amat kuat serta mempunyai sentimen kebencian yang melampau kepada Islam. Maka hal itu melumpuhkan terus minatnya untuk mengenali agama Islam. Mendengar sahaja tentang orang Islam, beliau sudah membayangkan muka mereka yang ganas, berjambang melebihi dada, berserban dan berjubah. Walaubagaimanapun sangkaan ini meleset sama sekali sebaik sahaja beliau diperkenalkan oleh ayahnya kepada seorang ahli perniagaan dari Mesir yang langsung tidak berpenampilan seperti sangkaannya. Ayah beliau mengkehendaki beliau supaya berurusniaga dengan lelaki Mesir tersebut yang beragama Islam. Pada mulanya beliau menolak cadangan ayahnya dengan alasan orang Islam itu adalah pengganas dan tidak layak dijadikan rakan niaga. Namun begitu, setelah dipujuk ayahnya, Beliau akhirnya terpaksa akur. Tetapi jauh di sudut hatinya, beliau telah memasang niat untuk menarik lelaki Mesir itu untuk memeluk agama kristian yang dicintainya. Fikirnya, lelaki Mesir itu harus diselamatkan akidahnya sebelum lebih jauh tersesat dalam agama yang menganjurkan keganasan, Islam.

Hari demi hari terus berlalu. Beliau menjadi semakin akrab dengan rakan niaga Mesir itu yang dipanggil Mohamed. Mereka sering berdiskusi hal-hal keagamaan memandangkan Skip percaya yang Mohamed masih boleh ‘diselamatkan’ memandangkan kepercayaan mereka yang hampir serupa. Pada kali pertama pertemuan, Skip telah bertanya kepada Mohamed tentang beberapa soalan berkenaan kepercayaannya. Dan yang paling beliau terkejut ialah apabila Mohamed mengakui kewujudan Jesus, Kitab Injil dan beberapa nabi lain seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim serta peristiwa Laut Merah yang terbelah dua. Pengakuan Mohamed itu sungguh menggembirakannya. Mereka sentiasa menghabiskan masa bersama sehingga pada suatu hari Skip mengetahui bahawa Mohamed telah berpindah keluar dari rumahnya dan bercadang mahu tinggal di masjid buat sementara waktu. Dengan pantas Skip menawarkan Mohamed supaya tinggal bersama keluarganya. Pada pandangannya, hal ini akan lebih memudahkan ‘operasi’nya untuk membaptiskan Mohamed.

Pada suatu hari kawan Skip telah diserang serangan jantung. Beliau dan Mohamed telah pergi melawatnya di hospital. Takdir Allah telah menemukan mereka dengan seorang tua yang berkerusi roda yang berkongsi bilik wad dengan kawan Skip. Rupanya lelaki tua itu merupakan seorang paderi katolik. Setelah paderi tua itu dikeluarkan dari hospital, Skip dengan murah hatinya mengajak paderi itu untuk tinggal bersama keluarganya. Mereka sering berbincang tentang agama termasuklah agama Islam. Amat memeranjatkan, paderi itu telah memberitahu Skip bahawa sememangnya kebanyakan paderi katolik turut mengkaji Islam sehingga ade yang meraih ijazah kedoktoran untuk tujuan itu.

Skip dan keluarganya termasuk dua ‘ahli keluarga baru’nya juga turut berkongsi tentang ajaran yang terkandung dalam kitab masing-masing. Perbincangan tersebut amat menarik kerana kebanyakan mereka memegang fahaman yang berbeza-beza walaupun mereka beragama kristian. Dalam pada itu, mereka turut memancing Mohamed untuk menganut Islam namun telah ditolaknya dengan cara baik. Mereka juga menjadi tertarik untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang al-Quran. Rasa kagum mereka semakin bertambah apabila mengetahui bahawa al-Quran hanya ade satu versi sahaja sejak beribu tahun dulu, berbeza dengan kitab Injil. Mereka menjadi kagum bagaimana al-Quran telah dihafal sepenuhnya daripada satu generasi kepada satu generasi tanpa ada satu kesilapan pun walaupun satu huruf.

Telah tertulis di Lauh mahfuz yang pada suatu hari, tiba-tiba paderi tua itu ingin Mohamed menemaninya ke masjid untuk memerhatikan sendiri orang Islam beribadat. Hal ini telah menimbulkan kehairanan kepada Skip. Nalurinya juga amat takut dengan tindakan paderi tua itu. Setelah beberapa ketika, mereka pulang ke rumah Skip. Skip telah bertanya kepada paderi tua itu tentang apa yang dilihatnya di masjid. Paderi tersebut hanya memberitahu tiada apa sangat yang dilihatnya selain daripada manusia yang masuk untuk beribadah.dan kemudian pulang. Perkara ini menimbulkan keraguan dalam fikiran Skip. “Tiada nyanyian? Tiada khutbah?” Skip cuba mendapatkan kepastian.

Beberapa hari kemudian paderi tua itu telah sekali lagi meminta Mohamed menemaninya ke masjid. Skip bertambah risau dengan tindakan paderi tua itu. Beliau menunggu di rumah dengan rasa yang berdebar-debar. Akhirnya paderi tua itu pulang sebagai seorang Islam dan amat memeranjatkan Skip. Beliau memberitahu berita ini kepada isterinya dan sekali lagi beliau dikejutkan dengan hasrat hati isterinya yang ingin memeluk Islam juga. Kali ini beliau bingung. Beliau telah mengajak Mohamed untuk berbincang tentang Islam. Akhirnya pada awal pagi esoknya, Skip telah keluar dari rumahnya dan sujud di atas tanah sambil menghadap kiblat umat Islam. Dalam hatinya, beliau bermohon dengan sepenuh pengharapan supaya ditunjuki ke arah jalan yang benar dan lurus. Sesudah sujud, Skip merasakan satu perasaan yang aneh dalam dirinya. Kini hatinya penuh yakin bahawa agama Islam itu benar. Allah itu wujud. Muhammad juga wujud. Terucaplah kalimah syahadah di bibirnya di hadapan bekas paderi tua dan Mohamed. Maka pada tahun 1991, lahirlah seorang Yusof Estes, Muslim yang disegani sehingga ke hari ini. Beberapa minit selepas syahadah diungkap oleh Yusof, isterinya menyusul pula. Beberapa bulan kemudian, ayahnya pula. Kemudian ibu tirinya. Maka berkembanglah Islam di bumi Amerika. Bumi yang memandang hina umat Islam.

Penyertaan Yusof dalam dunia Islam Amerika telah banyak mengubah senario umat Islam di sana. Setelah kembali kepada fitrahnya, iaitu memeluk agama Islam, beliau telah mempelajari bahasa Arab dan mendalami al-Quran di Mesir, Turki dan Maghribi. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi National Muslim Chaplain for American Muslims dan Muslim Chaplain for United States Bureau of Prisons, Washington DC. Sebagaimana beliau bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agamanya dahulu, begitu jugalah semangat yang digenggamnya kini. Cuma perjuangan kali ini lebih bermakna dan lebih membawa kebaikan sejagat. Beliau berdakwah di seluruh pelosok dunia. Beliau juga turut mengadakan beberapa dialog tentang Islam dengan paderi-paderi kristian di seluruh dunia. Beliau juga pernah datang ke Malaysia sebagai sebahagian daripada rangka kerja dakwahnya. Beliau juga aktif dalam menerbitkan dan mengarahkan program-program TV yang berunsurkan Islam. Antaranya ialah rancangan kanak-kanak, Qasas Ul Anbiya (Sirah/Sejarah para nabi). Beliau juga pernah menjadi Imam di Texas. Alhamdulillah, kelahiran barunya sebagai seorang Muslim telah berjaya menyebarkan Islam di bumi Amerika serta sedikit sebanyak membersihkan imej umat Islam yang setelah sekian lama dipandang hina serta dipijak-pijak maruahnya. Di sini dibingkiskan juga sebuah sajak hasil karangan Yusuf Estes yang bertajuk: Before and After Islam;

I see now my quest in life had been in vain.
I desired pleasure and material gain.
For those around me, my goals where plain,
I tried to achieve them all without regard to pain.
I wanted the glitter and glamour this world provides.
I couldn't see the treasures that all this hide.
My 'Quest for wealth' - could never buy what I needed most.
My 'Search for fame' - was like trying to catch a ghost.
But when my prayers were for 'Guidance' from the 'One Above'.
I found success in 'Total Submission' to the Will of Him -- in Love.
I found all the riches, glory and happiness that one might require,
But most of all I discovered my real heart's desire.
I found the which is the secret of Life's Lease,
I found the One Who Gave all, when He gave me PEACE.
It finally came after all those years of trouble and strife
That to do "ISLAM" is the PURPOSE OF LIFE.

Begitulah secebis kisah kehidupan seorang manusia yang pada asalnya jauh daripada landasan Islam , namun hakikat kuasa Allah tidak mungkin dapat dihalang bilamana seseorang yang berpegang kuat kepada agama nenek moyangnya pun akhirnya akur dengan kebenaran al-Quran dan agama Islam.

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: `Jadilah!` maka terjadilah ia.Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."(36:82-83)

Sesungguhnya Allah tidak memandang kedudukan mahupun darjat sesorang dalam memberikan hidayahnya. Dan sebaik-baik manusia ialah mereka yang beriman dengan iman yang teguh dan bertakwa dengan takwa yang sebenar-benarnya. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, meluruskan niat dan memperbaharui iman kita agar kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah. Sesungguhnya Allah jualah yang memegang hati-hati manusia. Berdoalah selalu agar kita semua sentiasa ditetapkan hati dalam Islam.

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu serta dalam mentaatiMu."






reference:
http://www.islamtomorrow.com/yusuf/priests_n_preachers.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Yusuf_Estes

♦ Sheikh Fathi Yakan

Alhamdulillah siap jugak my second piece for ash-Shifaa' IMU..apelagi,let us share the knowledge!!!

Di sebalik pelbagai kemelut yang melanda negara Lubnan, ada permata yang muncul memberi sinaran harapan. Siapa yang tidak kenal dengan Sheikh Dr. Fathi Yakan? Beliau sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan umat islam yang aktif berdakwah dan terlibat dalam gerakan islamiah. Pemilik nama ini merupakan seorang lelaki yang dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Lubnan serta dibesarkan dalam keluarga yang kuat pegangan agamanya. Beliau berkelulusan ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan serta mendapat gelaran doktor bagi bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Beliau telah bertemu jodoh dengan Dr. Mona Haddad dan mendapat 4 orang cahaya mata hasil daripada perkahwinannya dengan Dr. Mona Haddad.

Penglibatannya dalam bidang dakwah bermula sejak beliau masih muda belia lagi. Di awal 20-an beliau telah ditemukan dengan Ketua Ikhwanul Muslimin Syria, iaitu Sheikh Dr. Mustafa Sybaie. Bermula daripada pertemuan itu, Dr. Fathi mula berminat untuk menubuhkan cawangan Ikhwanul Muslimin di Lubnan. Maka pada awal tahun 60-an, tertubuhlah Jemaah Islami Lubnan yang ditubuhkan oleh beliau dan rakan-rakannya. Gerakan tersebut merupakan cawangan Ikhwanul Muslimin Lubnan.

Dr. Fathi bukan sahaja berteori dalam menyampaikan dakwahnya tetapi beliau juga turut sama turun padang untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pendakwah. Dr. Fathi juga telah melibatkan diri dalam bidang politik setelah menerima pilihanraya sebagai salah satu medium untuk meletakkan Islam di tempat yang berautoriti. Pada asalnya beliau tidak bersetuju dengan gerakan Islam yang mengambil cara demokrasi dengan bertanding dalam pilihanraya. Namun setelah melihat perubahan suasana serta cara tindakan merubah kerajaan daripada luar tidak berjaya, beliau akhirnya bertanding untuk memenangi kerusi parlimen pada pilihanraya 1992. Dengan izi Allah SWT, beliau berjaya memenangi kerusi parlimen yang dipertandingkan. Beliau telah menjadi ahli parlimen Lubnan sehingga tahun 1996. Sepanjang menjadi ahli parlimen, banyak yang telah dilakukannya demi mengembalikan semula kegemilangan Islam serta mencapi perpaduan umat.

Perjuangan beliau tidak pernah terhenti sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dengan keberanian dan semangat keislaman yang tinggi, beliau pernah memimpin demonstrasi besar-besaran untuk menggulingkan Perdana Menteri Fuad Siniora yang menjadi tali barut Amerika. Beliau juga pernah dipenjarakan sepertimana pejuang-pejuang Islam yang lain. Beliau telah dipenjarakan kerana tulisan serta pembabitannya dalam gerakan Islam dianggap sebagai mengancam kedudukan dan memerbahayakan pemerintahan. Semasa di penjara, beliau tidak terlepas daripada diseksa dengan zalim. Ada khabar yang memberitakan bahawa seluruh tubuh beliau telah diseterika semasa di penjara.

Selain itu, sepanjang menjadi ahli politik, beliau sering dijemput untuk menghadiri persidangan-persidangan antarabangsa yang berkaitan dengan isu-isu yang melanda dunia. Beliau juga dijemput oleh negara-negara Islam dan gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia untuk menghadiri seminar, muktamar dan pelbagai kegiatan dakwah. Malaysia juga sudah beberapa kali menjemput dan menerima kunjungan beliau dalam hal ini. Gerakan-gerakan Ikhwanul Muslimin daripada seluruh pelosok dunia juga sering merujuk beliau dalam perkara-perkara yang memerlukan ijtihad ulama'. Di samping itu beliau juga turut terlibat dalam usaha mendamaikan krisis dan pergolakan yang berlaku di Lubnan.

Selain pembabitan beliau dalam bidang politik, beliau juga sangat aktif dalam bidang penulisan. Lebih 35 buah buku telah dikarang beliau. Antara hasil karangan beliau yang terkenal di seluruh dunia ialah 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam?'. Buku ini telah dicetak dalam pelbagai bahasa di serata dunia. Buku ini banyak membicarakan tentang ciri-ciri dan sifat-sifat sebenar seorang muslim. Buku ini juga memberikan kefahaman yang mendalam tentang kewajipan beramal dengan ajaran Islam serta kewajipan bergabung dengan gerakan Islam. Buku ini menjadi antara rujukan wajib bagi para pendakwah serta ahli gerakan Islam dan tak lupa juga sebagai teks rujukan usrah pelajar-pelajar universiti. Selain buku tersebut, buku-buku lain yang menjadi bacaan wajib penggerak dakwah ialah 'Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah' dan 'Golongan Yang Tercicir di Sepanjang Jalan Dakwah'.

Selain itu, beliau merupakan pengasas majalah Al-Aman. Beliau juga turut menubuhkan sebuah universiti Islam swasta di Utara Lubnan bersama isterinya, iaitu Universiti Jinan.Universiti ini menerima pelajar dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Menariknya, pelajar Kolej Islam Darul Ulum, Kedah yang ingin melanjutkan pelajaran ke sana mendapat diskaun 90%. Hal ini adalah kerana Dr. Fathi amat rapat dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor. Beliau juga kerap memberi peransang kepada golongan muda supaya kembali kepada Islam. Kepentingan anak muda dalam gerakan Islam amat ditekankannya sehingga tercatat dalam penulisannya yang berbunyi:

"Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam, tetapi hari ini orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. Sesungguhnya masyarakat hari ini penuh sesak dengan pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar; pemuda yang tiada peribadi bersikap seperti kera, pemuda yang tiada akhlak lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh golongan kuffar dan disusun oleh parti-parti kuffar, pemuda pondan yang tiada kebaikan pada mereka. Tetapi keberkatan datang bersama pemuda-pemuda yang tinggi cita-citanya."

Dunia Islam suram dengan hilangnya satu lagi permata berharga yang dikirim Allah untuk memimpin umatNya. Sheikh Fathi Yakan akhirnya menghembuskan nafasnya selepas zuhur pada 13 Jun 1009 yang lalu akibat diserang angin ahmar. Liku-liku kehidupan beliau boleh disimpulkan seperti petikan kata-kata hikmah daripada Ibnu Taimiyah yang berbunyi "Apakah yang diperbuat musuh padaku!.. Aku, terpenjaraku adalah khalwat. Kematianku adalah mati syahid. Terusirku dari negeriku adalah rekreasi."

Semoga pemergian beliau akan diganti dengan berjuta lagi permata yang bakal mengembalikan sinar kegemilangan Islam. InsyaAllah..Semangat dan kegigihan beliau dalam mengembangkan Islam harus dicontohi. Pemuda-pemuda harus bangkit dan kembali kepada Islam serta berani memperjuangkan agama Allah yang hak ini kerana pemudalah yang akan memimpin generasi yang akan datang. Sekiranya para pemuda masih lagi leka dan lalai dengan hal-hal duniawi, maka dimanakah Islam di masa akan datang?

Monday, October 5, 2009

♦demam teater

minggu teater telah berlalu.tapi aku masih berada dalam aura teater walaupun aku hanya penonton.sungguh bestla teater.IMU telah mengadakan malay cultural week last week dan ade 2 teater yg dipersembahkan:
  • bukan legasi lalang(classical theater-bout the descendant of hang jebat)
  • gadis di kuburan(modern theater-bout wanita yang melihat melalui mata yg diderma arwah suaminya)
bukan legasi lalang lah yg paling best bagi aku.mmg teater2 klasik ni lebih menarik sbb prop dan kostumnye yang unik.

and these are the trailers for those two.





p/s: i miss acting on stage =(

Sunday, October 4, 2009

♦ mutiara hidayah

i just wanna share mutiara kata yang aku rase macam dah post sebelum ni tp xpela, untuk peringatan semua dan diri sendiri, xkesahla nk post byk2 kali. mutiara kata ni aku x ingt diambil dari mana tp wat mase ni aku amik daripada kertas yg ditampal kat dinding aku..hehe

"manusia meminta-minta hidayah daripada Allah tapi lupa untuk menyiapkan 'tempat' untuk bersemadinya hidayah itu. Hidayah itu berupa nur dari Allah, maka tempat yang paling layak baginya adalah di hati. Muhasabah diri, adakah kita sudah betul2 menyiapkan hati kita untuk diberi hidayah dari Allah atau kita sekadar melakukannya ala kadar seperti manusia yang meminta-minta lembu tetapi tidak menyediakan kandangnya sehingga lembu2 berkeliaran merata dan akhirnya terjatuh ke dalam parit air. Begitu juga manusia andai dikurnai hidayah dariNya tapi tidak betul2 menghargai dan menjaganya, maka lama kelamaan nur hidayah itu akan pudar.."

marilah menyemai hidayah beramai-ramai.semoga hasilnya dapat dituai di akhirat kelak senyum

p/s: teringin nak baca buku 'di jalan dakwah aku menikah'..tp kt mane ek ade jual?

Wednesday, September 30, 2009

♦ berubah

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekadar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

lirik lagu berubah from edcoustic..

dunia sgt mudah memperdaya.
terlalu kuat godaannya.
mungkin aku tergelincir bila2 masa je.
tetapkan hati..
kuatkan iman..
istiqamah,dhuha!!
jgn dok peratikan org lain yg dah berubah ke sana sini.
jgn sebok nk bersedih ats perubahan org lain.
perhatikan diri sendiri!! sbb diri kita sendiri mungkin akan berubah malah menjadi lebih teruk dari seburuk2 manusia.nauzubillah..

Saturday, September 12, 2009

♦ sesuatu yang tak terluah

ada hadis yg menyebut,
"apabila kamu melihat kemungkaran cegahlah dengan tanganmu.sekiranya tak mampu, cegahlah dengan lisanmu. sekiranya tak mampu juga, maka cegahlah dalam hati sahaja.sesungguhnya itu(mencegah dalam hati) adalah selemah-lemah iman."

sesungguhnya mencegah dengan hati itu adalah selemah-lemah iman. rangkap akhir hadis ni sering wat aku termenung panjang. rangkap yg menghasilkan diam untuk aku.

nampak sangat dengan ketaranya bahawa iman aku berada di tahap terbawah sekali. bila masuk ramadhan ni barulah aku sedar dan perasan yang sungguh rendah iman aku rupanya.aku hanya mampu menegur dengan hati. bukan dengan lidah mahupun perbuatan.

maka di bulan ramadhan yg mulia ni,aku xmo berada di takuk yg lama lg. nak menegur dgn tulisan. di kategori manakah agknya tindakan aku ni? guna lisan atau guna tangan?or still dlm kategori gune hati??tak kesahlah,aku nak tulis jugak.

teguran2 ni untuk diri sendiri dan juga untuk my beloved friends. dlm byk2 org yg nk tegur,tegur best friends la yg plg susah.kenapa ek? takut kna marah? tkut kena reject? takut putus kawan? nk takut ape,dhuha..Allah je yg layak ko rase takut.

sebenarnya dalam bulan puasa ni, aku ade perasaan yg lain dprd sebelum2 ni..sebelum2 ni bila nmpk org buat dosa yg ringan2,aku buat xkesah dan buat xnampak je..tp tahun ini,mmg lain la rasenye.rase mcm 'tolongla! tinggalkan perbuatan kamu ni!'..namun like i said, aku hanya mampu menegur dalam hati. xde tindakan yg dibuat. mcm ustaz hasrizal ckp, walk ur talk.maknenye tunjuk contoh yg baik kat org lain. thats what i did tp kita xtau org nampak dan sedar tak mesej yang kita nak sampaikan.kita hanya mampu doa yg mesej kita sampai.

honestly,bila aku dah asyik menegur dalam hati, aku rase mcm ade lava nak keluar dari mulut.rase nk ckp je..nk tegur guna mulut.tp nampaknya iman masih di tahap terendah. aku xtau nak mulakan camne.xtau nak cakap dgn cara mcm mane.namun di kesempatan ini aku nk meluahkan ape yg tak terluah. sorry kalau ade yang terasa. mmg bertujuan utk membuat org terasa pun.bagusla kalau terasa,maknanya, masih ade kesedaran dan harap2 kesedaran bukan sekadar kesedaran yg dtg dan pergi mcm angin lalu.biarlah kesedaran itu menjadi titik tolak bermulanya penghijrahan ke arah kebaikan.

  1. kenapa ade orang yang elok2 berpakaian menutup aurat dulu,skrg dah xlagi? ape puncanya? even kawan yg aku jdkan role model dulu dlm hal2 menutup aurat sekarang dah xberapa nk tutup? dari segi kain mmg la tutup tp nampak habis sume shape badan.i still remember dlu keluar shopping dgn dia, aku rase dia cerewet. baju2 yg kecik2 sume xnk bli.nak yg labuh2 dan longgar2 je. walaupun aku rase dia cerewet tp aku respect la dia. tp skrg susah aku nak tegur sbb aku dlu mcm tu jugak. lgpun aku expect ilmu dia lg tinggi dr aku xkira la ilmu ape pn,sume ilmu dia melebihi ilmu aku. sbb tu she's kinda role model for me. and aku takut ble tegur,nanti one day aku pun berubah jd cmtu gk..aku takut..smoga Allah protect aku..smoga aku istiqamah.(xsepatutnye ade perasaan takut cmtu kn??hmmm)...aku bukan ape..i love her..aku sebenarnye hrp dia tlg guide aku utk berubah skali.sbb seriusly ilmu aku lg sket dr tempurung kelapa.(kenapa tempurung kelapa??aku dahaga sgt ok.rse nak air kelapa)..i'm not talking bout a friend.i'm talking bout few of them.dan sesiapa yg terasa,i'm talking bout u too =)
  2. kurangkan gosip. kalo boleh zero gosip.aku mmg cuba sdaya upaya nk kunci mulut. tp kdg2 tu terjoin sekaki. malu dgn dri sndri. xkn nak salahkan org lain yg bergosip kn.dri sndri gk yg salah. marilah sama2 berubah. kalo tbe2 korang rase aku cm xlayan korang sembang tu,paham2 jela.bukan nak berkurang ajar.tp tgah berusaha nak kawal dri.self control.kalo xmo org lain gosip,aku sndri jgnla bgosip kn. masalhnye ble aku xbgosip,aku terdengar pulak org lain bgosip..haih..mencabar btol..kan dengar org gosip pn xbleh kn??
  3. kepada muslimah, kalau ade bf, tolong kawal diri..bagusla kalau xberdating langsung di bulan ramadhan ni.harap2 dpt istiqamah sampai dah sah jd suami isteri. yg menggugat iman aku (sbb aku xdpt nk kumpul kekuatan utk tegur dgn lidah atau tangan) ialah bila dgr org bersembang dgn bf kat phone. manja sangat suara. mendayu-dayu. kalau boleh keraskanlah skit..xyah la sampai keras sgt sampai menjerit2..kalau agak2 mcm xboleh jugak sbb dah nature nye cmtu, xyah sembang.mesej je. xpn sembang lpas buka puasa..sian la aku dgn kaum adam ni..dahla diorang tgah berpuasa (yg sepatutnya menjadi senjata utk dorg kawal nafsu dorg), tp dengar pulak suara yg menggugat nafsu mereka. kan kaum adam ni amat sensitif nafsunya dlm hal2 bkaitan wanita. pd kita mungkin xde pape.tp kpd mereka its a big thing,big challenge. sguh kesian mengenangkan mereka mderita menahan nafsu. jgnlah kita kaum muslimah ni seksa diorang lagi.
  4. rajin2 spend mase untuk Allah. bulan ramadhan ni Allah bg byk offer. rebutlah peluang. kenapa ade org yg buat dek je seolah2 ramadhan xwujud pn.same je cm bulan2 lain hidup mereka.terawih pn malas. solat jemaah pn malas. mengaji pun malas. spend utk hiburan sanggup pulak. tp utk Allah? pdhal Allah dah bg umur, bagi masa lapang. hiburan tu pn Allah yg bagi. bersyukur la sket dgn menyumbangkan mase untuk Allah. kalau boleh biarlah mase yg di spend tu lebih daripada biasa dan lebih drpd time spent on entertainment. dan kalau boleh letakkn ibadah as priority. jgn terlampau sebok ngn hal duniawi sampaikan xlarat nk spend mase utk ukhrawi.
  5. kalau sesiapa yang specky, bila baca Quran tolonglah pakai spec. aku heran tgk org yg bila baca buku pakai spec tp bila bc Quran xpakai spec. adekah tulisan dlm Quran lebih clear kalau xpakai spec? entahla,aku xtau..sbb aku bukan specky..tp bila dgr org yg mengaji Quran asyik tersilap baris or huruf, maknanya mata mereka xclear la..why not pakai spec? nk baca love letter Allah tu.its sumting serious.tolong jgn amik ringan.walaupun sedang bertadarus,iaitu akn ade org yg membetulkan,tp xsemua org perasaan kesalahan bacaan anda.kalau baca secara solo,lagila kena pakai spec,ok =)..walaupun da slalu baca dan rase cm dah biasa dgn perkataan2 dlm Quran,xsemestinya x tersalah baca kan..aku yg x specky ni pun masih tersalah baca.
  6. kesempatan untuk berukhwah jgn dilepaskan.kalau kena bayar,xkisah la berapa bayarannya. ape salahnya di spend untuk mengeratkan lg silaturrahim kn..xperlu berkira.kalau nk harapkan mase2 lain,mmg susah nk bergaul mesra. tp bila ade event2 yg melibatkan ramai jemaah,inilah masenye. seperti iftar ke,trawih ke, MABIT ke..
    nabi pernah berpesan:
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
hadith riwayat tarmidzi dan ibnu majah.
p/s: aku ni pn satu, malu sgt ke nk sebut psl ukhwah.kalo org tnye apesal aku join sume2 tu,aku lebih suke ckp sbb makanan..huhu...honestly its not bout food actually.food number dua la..its more bout friendship,ukhwah,habluminannas.

renung2kan dan selamat beramal =)

suggested readings:langitilahi