Monday, February 1, 2010

♦ semulajadi

salam alaykum semuaaaaa :)

nak menulis tentang perihal semulajadi lama dah tp dok rehat2,baru skrg leh tulis :)

terdetik untuk menulis ni bila wat assignmt PBL dental.pasal esthetic dentistry.esthetic dentistry ni ialah cosmetic dentistry la..menekankan aspek kecantikan gigi,melahirkan 'hollywood smile'....

sejak awal dapat offer dentistry, bidang ni la yg saya dok takut2kan..orang asyik kata cosmetic dentistry best,income lumayan,boleh kaya cepat...sesak jiwaku..bila cakap nak jd dentist,immediately orang fikir cantik dan kaya..tp dalam hati masa tu 'berdosa x aku wat keje ni.mengubah ciptaan Allah'...oleh itu,saya campak jauh2 bidang cosmetic dentistry demi menjauhi syubhah..memangla sometimes ia amat penting untuk meningkatkan keyakinan bla bla bla..tp nama pun esthetic,cosmetic..most people mesti nak cantik..kalau saya masuk bidang ni, xde bisnes la jwbnya sbb asyik nasihatkan orang 'bersyukurlah dengan apa yg ada'..

ok2 sebenarnya nak cerita camni..saya cari2 bahan untuk cosmetic dentistry.buat pasal veneer.veneer ni ialah cam kuku palsu la.tampal gigi yg cantik atas lapisan gigi yang asal yang xberapa cantik.sebelum tampal tu,kena la buang sikit lapisan enamel gigi tu supaya nanti gigi tak nampak tebal.prosedur ni biasanya buat kat front teeth je.sebab ianya khas untuk kecantikan dan bila senyum memang gigi depan je yg nampak pun.adela sikit2 gigi belakang tapi tak ketara.veneer biasanya dipakai bagi orang yang giginye terlalu kecik, gigi jarang atau ada discoloured teeth.

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)

lepas tu tgah search2, jumpa la gambar selepas dan sebelum..and tunjuk gambar artis2 hollywood yg wat veneers gak..adela sorang artis ni yang wat veneers untuk panjangkan giginya.kemudian dia diejek sbb nampak macam kuda bila senyum sebab gigi terlampau panjang..pastu dia pun pendekkan balik gigi dia (best ke idup camni..orang kata xcun,ubah lagi,xcun ubah lain pulak sampai org puas hati..??)..bila search dgn mendalam keluar pulak pasal plastic surgery..tengok gambar2 sebelum selepas plastic surgery pulak (gila melencong..)

terus terang, tak lawa pun!!! nampak sgt betapa xde skillnye tgn manusia ni yg ingin mengubah ciptaan tuhan.kalau ade yg lawa pun,mesti nampak cacat di sana sini..pastu muka2 yg wat plastic surgery ni sume nampak cam adik bradik dh..feature muka dorg sama je..pipi stiff dan terlebih uplifted, bibir terlebih plump sampai terlebih besar daripada biasa, mata dah macam firaun, hidung dah kemek semacam..kulit da macam selulit..kalau yg buat botox, bila senyum, nampak terseksa je.akhirnya jadi bahan ketawa dan ejekan orang ramai..

saya rasa sedih bila tengok muka asal dorang sgt cuun dah!! kenapa la gatal2 tangan dan kaki, nak ubah2 smua tu. kan sekarang dah cacat jadinya..pastu saman plastic surgeon.nak saman apenye..bukannya boleh kembali ke muka asal dah pun...in the end, ciptaan Allah juga yang sempurna, yang cantik..

"Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.' (an-Nisa: 117-119)

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .” (at-Tin:4)

bersyukurlah...jangan dikira sangat soal material/kebendaan ni..inner beauty is more more important...manusia berlumba-lumba untuk nampak cantik luaran padahal cantik dalaman itu yang menentukan tempat tinggal kita di akhirat kelak.manusia lebih suka mengejar kepalsuan..bulu mata palsu,kuku palsu,gigi palsu(eh kes ni terkecuali untuk nenek2 atau orang2 yang dah luruh giginya..what i meant here is veneer), dan semua2 yang palsu la..apakah ciptaan asal tuhan yang tinggal pada fizikalmu..

"maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"(Ar-Rahman)

sudah2 la mengejar kecantikan luaran yang tak kekal..takkan habisnya kalau dikejar..trend berubah takkan muka dan badan pun nak berubah..jangan biar nafsu merajai hati..

last but not least, dalam mencari2 bahan tu kena cari pasal golden ratio..teori yg famous dikaitkan dgn karya da vinci..related dgn cosmetic dentistry gak untuk dapatkan golden proprtion pada muka..golden ratio pada wajah akan menghasilkan wajah yang harmoni dan cantik..kecantikan ideal la kiranya..apa yang menariknya pada golden ratio ni, it can be applied to kaabah..saksikan video ini..



subhanallah,wAllahurabbil'alamin..wassalam~

1 comment:

  1. aha, kitorg aritu br ad ckp2 psl golden ratio nih..x sgka bleh jmpe kt sini..hehe, thanx nyway

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~