bismillahirrahmanirrahim..salam :)
menulisnya saya kali ini adalah kerana telah datang jemputan ke IMU Ball yang saya tunggu2 sejak first sem. Ia adalah acara kemuncak setelah 5 semester belajar di IMU. pelajar perubatan dan pergigian semuanya akan graduate phase 1 setelah 5 semester. saya masih punya impian untuk hadir pada awal januari tahun ini.
tema kali ini ialah: casino royale, audacieux (entah ape makna ni saya pun tak tahu dan malas nak google :P)
namun hesitation datang pada hari temanya diumumkan. kemudian barulah saya fikir secara menyeluruh tentang ball ini sama ade worth to go or not. its going to be held on the 9th of April 2010.a day after summative exam.they say go and have fun,enjoy n celebrate after the exam.saya pun tak tahula hati saya rasa something wrong dengan perkara ini.
today saya telah decide sepenuh hati dengan mantapnye yang saya tak mahu pergi.kenapa? saya boleh senaraikan list yang panjang tentang sebab2 mengapa saya tak mahu pergi but one thing for sure and foremost, hati saya merasa tidak aman berada dalam acara begitu. saya tak tahu tang mana nak cari redha Allah kalau pergi acara itu.
saya seorang yang suka acara2 sosial lebih2 lagi yang makan free. saya suka menjalin dan mengeratkan ukhwah.ajakla saya pegi mana2 social event, biasanya most of the time saya akan pergi.tapi kali ini saya menolak untuk hadir. saya teringat satu sesi usrah dengan syafiqah, bila kita nak buat sesuatu fikirlah samada ia sesuai untuk mendapat redha Allah.
"Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara kedua-duanya terdapat sesuatu yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang menjauhi yang syubhah itu maka sesungguhnya ia telah memelihara agama dan maruahnya, manakala sesiapa yang cenderung terlibat dengan syubhah maka ia terlibat dengan melakukan perkara yang haram".
lain orang lain pendapat. ini apa yang saya rasakan personally. saya tak kesah mereka nak kata saya anti-sosial ke ape lepas ni.saya ade ke takde ke dalam event, takkan bagi apa2 impak besar dalam hidup mereka..kata jelah saya anti-sosial when i know i am not. event2 sebelum ni saya attend je. takkan la bila tak pegi ball terus di cop anti-sosial kan..
benarlah merapatkan silaturrahim tu penting tapi saya boleh je berhubungan dgn mereka dalam kelas (kami merupakan batch yang kecil anyway), dalam dental dinner yang setiap sem diadakan dgn bajet yang rendah tapi memuaskan. even dalam PBL pun saya boleh bersosial dengan mereka. untuk mengeratkah hubungan persahabatan dalam event yang menelan belanja rm120 plus kena dress-up lawa2 yang akan menghilangkan lagi duit saya, plus dengan hiburan2 melalaikan, saya rasa tak perlu. saya pun tak sanggup nak laburkan duit saya ke arah itu. bayangkan duit saya juga akan diberi dekat dj yang spin the music, dilaburkan ke arah props untuk majlis tari-menari..satu hal nak cari baju yang ikut tema.haih..royale casino..what do you expect me to wear??? bare-back dress dengan inner shirt kat dalam? knee length dress dengan legging? (please jgn pakai semua ini,muslim ladies yang going to attend!) jubah hitam dan tudung labuh? the latter itu sudah tentu out of theme. saya tak suka jadi orang yang out of theme. better out of the event terus.
saya juga tend to follow good examples shown by my muslim seniors and setakat ni saya tak nampak lagi para naqibah pegi ke event tu dan saya rasa amat bagus untuk meneladani tindakan mereka.
last but not least, saya sedang dalam usaha untuk menjaga hati.memelihara hati.melentur hati.memperbaiki hati. pergi ke ball wont do any good for me and my heart. i am sure banyak perkara yang 'tak diingini' akan dilihat di sana. dengan melihat boleh mendatangkan sakit hati. so better not go. another additional reason not to go! hey, nak seribu daya tak nak seribu dalih..in a nutshell, disadvantages outweighed the advantages.
segala yang ditulis merupakan pendapat saya semata-mata.saya tidak memaksa anda untuk menerima tidak juga untuk menolak. tertulisnya perkara di atas untuk anda memikirkan. kita berada dalam usia muda dan ingatlah yang ditanya kelak di padang mahsyar "apakah yang kamu lakukan di usia mudamu?" "kemanakah hartamu disalurkan?"..soalan bocor ini amat bagus when it comes to making a critical decision about something yang hukumnya tidak jelas.
my answer would be: i just dont belong there.sorry :)
p/s: looking forward to "the cousins picnic"! semoga plan kami jadi kenyataan, ameen..
sgt5 setuju =D
ReplyDeletekalau smpai bab2 bnda tak jelas halal haram ni,antara saya punye indicator,sy tanya diri 'kalau nabi,nabi buat x?'
tapi..byk kali je buat walaupon jawapannya 'tidak' huhuhu
sentiasa masih bina kekuatan..
-faeza