Monday, February 16, 2015

Babai excess weight!

Konversasi semasa di usrah

"Anak kakak naqibah ni berapa bulan." Kata cik A sambil main-main dengan Hariz. Saya bukanlah kakak naqibah tersebut

"Ni anak akak la haha" saya buat pengakuan jujur sangat2 dari hati. 

"Haaa akak dah kahwin ke?" Kwis kwis kwis.. Ye dik. Akak dah beranak pun. Umur akak 27 tahun. 

Alhamdulillah Allah bagi saya tubuh yang kecil dan petite. Orang selalu ingat saya ni budak2. Huhu..apalah pandangan masyarakat ye masa saya bawa perut yang memboyot dulu? Huhu

Untuk pengetahuan, saya jenis yang metabolisma tinggi. Kuat makan tapi susah nak naik berat badan. Keturunan kot. Namun semasa di nz buat pertama kalinya berat naik sampai 2kg tapi saya tak paniklah. Itu berat yang ideal pun untuk saya. Semasa pregnant saya gain 11kg. Panik takut berat susah nak turun. Setelah bersalin, berat saya turun 5kg. A month later turun 2 kg. Dan sekarang alhamdulillah saya ade lagi 1kg untuk dapatkan balik berat badan sebelum mengandung. Tak turun pun takpe kot supaya orang tak ingat saya ni budak2 sangat.

So how did i do it? I did it like a real woman. Haha

1. Berpantang betul2. Makan je lauk berpantang yang boring yang mak masak. Tak payah nak demand2 kfc piza nandos yada yada..
2. Makan jamu untuk kecutkan rahim. Saya minum teh herba tanamera dan ade jgkla pil jamu yang bidan bagi. Tapi stop bila bacaan jaundis hariz naik dengan tingginya
3. Barut jangan tinggal. Saya pakai at least 8 jam sehari
4. Berurut dan sapu minyak/losyen panas
5. Pakai korset. Yang ni saya pakai di akhir pantang sampailah sekarang, hari ke 81.at least 8jamsehari jugak.sebab nak jaga korset maka saya x sapu apa2 la di perut
6. Senaman. Haha..saya tak beranilah nk buat core exercise sebab semasa pregnant saya alami diastesis recti iaitu otot perut terpisah akibat pengembangan rahim. Senaman saya ialah buat kerja2 rumah sambil menggendong Hariz-that is babywearing.*peace!!*
7. Menyusukan anak. Penting ni ok! Rahim cepat kecut dan beratus-ratus kalori terbakar.
8. Makan supplement untuk topup zat2 yang kurang. Jaga baby dan rumah sorang2 sering buat saya tak dapat nak masak dan makan proper meals.Saya makan habbatus sauda dan set penyusuan shaklee

In a nutshell its a joined effects altogether. Tak tau nak pinpoint yang mana satu betul2 menurunkan berat badan. Saya jaga makan jugak sebab nak bf baby tapi dari segi kuantiti saya tak kontrol sebab nak menyusu memang kena makan banyak. Cuma bila ambil ESP shaklee, saya cepat kenyang maka kekerapan makan kurangla iaitu saya jarang snacking in between meals. Kalau dulu memang asyik nak mengunyah je sebab setiap kali lepas menyusu rasa lapar gila2 dan dahaga gila2..oh yes, drink a lot of water also helps to reduce weight :)


Wahwah tak sangka dalam sehari bolehpublish 2 entries! Till the next post! Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~