Remember i promise to write an entry regarding my ups and downs in breastfeeding? Alhamdulillah i have been doing that for almost 3 months now. Still a long way to go but i almost reach my small goal which is to fully breastfeed for 3 months. Next goal: 6 months! (They say u have to set small goals to reach a bigger one. When u complete one after another small goals u will be motivated to reach a bigger one. So dats what im doing now. Of course i am aiming for 2 yrs full breastfeeding with Hariz)
Ok to make my job easier here are the shortforms i'll use in this entry
1. Bf = breastfeeding
2. Ebm= expressed breast milk
3. Fm= formula milk
Menjadi emak2 membuat glosari shortformku semakin bertambah. Eh. Tiba2 berbahasa melayu. Baiklah saya akan merojakkan bahasa,minta maaf sangat2.
Ceritanya begini. Eh. Tiba2 nak bercerita pula. Ekskius me, nama tajuk pun "breastfeeding story". Tolong peka okeh.
Baiklah, ceritanya begini. Semenjak dapat tahu saya pregnant pada bulan april tahun lepas, perkara pertama yang saya teruja selain perkembangan baby ialah breastfeeding. Benda pertama yang dibeli ialah breast pump. Baju baby barang baby semua tu dibeli a few weeks before bersalin, di trimester terakhir. In fact, baby cot dibeli a day after bersalin kwis kwis kwis...
Namun kesemangatan saya dalam penyusuan anak ini langsung tidak mendorong saya untuk menggali ilmu tentang penyusuan bayi. Pada saya, breastfeeding is something yang natural. Saya fikir ala lahir2 je baby nanti terus keluar susu mencurah-curah ke ladang gandum. Saya tak fikir akan ada masalah susu tak cukup la, bengkak susu la dan lain2. I thought breastfeeding is going to be easy padahal ada harimau sedang menunggu di dalam gaung. Apakah? wujud ke peribahasa ni?
Maka kejahilan saya dalam bidang penyusuan itu akhirnya memakan diri dan memakan anakku jua. Baby lahir2 je kena warded sebab nk finish antibiotic treatment. Masa kt wad nurse dh bg formula milk (fm)..husband sy suruh pump susu utk bg kt baby masa dlm wad tapi sy tak bawak pam ke hospital dan terlampau penat masa tu. Bila jumpa anak kat wad dan tengok mulut dia comot susu formula yg meleleh saya rasa envy. Dalam hati berkata "susu siapakah itu?! Berani lembu susukan anak saya?!" Barulah terbit penyesalan kenapalah tak pam susu. Eh by the way masa lepas bersalin tu terus start breastfeeding so saya harap adalah khasiat kolostrum yang diserap oleh hariz. Saya cuba susukan hariz masa dkt wad baby tp saya malu2 sebab mak2 kat situ mcm dah pro je boleh duduk2 sandar2 tengok tv. Saya pulak struggle dengan baby yang menangis macam tak suka nak menyusu. Dia lagi suka tido sebab fm telah mengenyangkannya. Saya hanyalah menganggu kesedapan tidur beliau. Itulah paradigma saya ketika itu.
Hari kedua pegi wad baby untuk cuba breastfeed lagi namun gagal. Dia dah lupa agaknya cara2 nak menyusu. Asal saya pegi wad je dia sedang tidur kekenyangan dengan sisa susu meleleh di pinggiran bibir. Malam itu hariz boleh discharge lalu kami bawa dia pulang. Dia menangis je sepanjang jalan. Dah sampai rumah senyap kejap lepas tu nangis lagi. Dengan bantuan mak dan enda, hariz bwrjaya ditenangkan dan saya diajar cara menyusu. Sambil tu mereka suruh hubby beli susu formula untuk standby. Dengar fm je saya rasa berdebar dah. Malam tu tak boleh tidur langsung sebab hariz menangis macam tak puas menyusu. Esok pagi mak suruh bagi fm. Jeles tengok fm tu berjaya tenangkan hariz. Dia tido berejam lamanya! Saya rasa relakslah lepas tu sebab boleh qadha tidur. Tak terfikir nak kena pam susu untuk banyakkan susu. Saya breastfeed bila hariz terjaga je lepas tu bila dia meragam mak akan topup fm. Esoknya saya mengalami bengkak susu. Yelah, tak pam susu pastu breastfeed jarang2. Macam nak demam rasanya masa bengkak susu tu.
Hari keempat hariz punya bacaan kuning meningkat. Nurse tak kasi saya bg baby fm. Dia suruh saya continue bf. sejak itulah fm tidak pernah lagi diberi kepada hariz. Walaupun dia kerap menangis, saya gagahkan jugak breastfeed almost setiap jam. Stress masa tu sebab baby asyik nak menyusu je. Tp sebab dia ada jaundis maka dia tidur lama jugak kdg2 tu dan masa dia tidur tu saya pun tidur jugak. Memang tak terfikir nak pam. Encik suami berkali-kali ingatkan saya suruh saya pam. Itulah padahnya derhaka cakap suami kan sampai sekarang tak cukup stok *nangis tak berlagu*
Hari kesembilan balik berpantang di rumah mak saya di nilai. Ni memang mencabar la. Hariz kan kuat menyusu. Kuat meragam juga. Mak asyik suruh bagi fm je. Opah pula suruh bagi minum air. Makcik2 juga sarankan bg fm dan air. Stress sungguh masa tu. Rasa stress itulah yang mendorong saya baca banyak2 pasal breastfeeding di internet. Barulah tau macam2. Barulah nk rajin pam itu pun tak rajin sangat sebab rumah 2 tingkat. Leceh pula nak naik turun tangga dengan keadaan masih berpantang. Kedegilan saya menyebabkan saya masih kekal tidak bg fm kepada hariz. Sudah tentulah terima kasih Allah sebab bagi saya kedegilan ini dan sebab bagi saya kekuatan dan kesabaran.
Habis je pantang, saya balik bersama suami ke rumah kami ganu kite. Best sangat masa ni i have freedom to breastfeed n stock up my ebm. Takde kata2 sinis mahupun aura negatif. Namun mencabar jugak nak kumpul stok sebab hariz nak menyusu sokmo. Namun kugagahi jua. Ade lagi sebulan lebih sebelum nak masuk kerja. Masa ni saya rajin google pasal milkbooster. Macam2 milkbooster la saya try. Tak pasal2 air halba yang pahit tu kutelan jua. Banyak belajar teknik pam susu juga. Tp stok sikit jugak dapat. Tinggal 3 minggu lagi nak masuk kerja. Gue udah panik. Buat kira2 macam tak cukup je stok ni. Padan muka sebab jahil sangat masa dalam pantang. Akhirnya berkeputusan untuk extend cuti dengan mengambil cuti jaga anak. Kalau kerja, kena travel jauh ke besut pastu nanti stress pastu nanti susu merudum. Tak mau tak mau, Sgt komited ni nak exclusive bf sampai 6 bln walhal dah xdikira exclusive lg dhuha sebab kau sudah bagi fm awal2 dulu tapi tak kira, saya tak akan bagi fm lagi sekali at least utk 6 bulan ni.
Bila dah amik cuti ni mulalah nak mengelat pam susu hoheh. Tak boleh tak boleh sebab hubby dah belikan upright freezer untuk saya buat stok ebm. Mesti pam jugak untuk masa depan yang tidak pasti lg macam mana.
Masa tengah desperate nak kumpul stok tu saya pun belilah set penyusuan shaklee. Tapi lepas tu saya amik cuti jaga anak dan tak pam susu. So saya tak tahu meningkat ke tak susu saya haha tapi yang pasti saya lebih bertenaga untuk susukan hariz sambil menguruskan rumah dan suami. Penat hokkay menyusu ni. Berkalori2 hilang. Saya rasa volume susu juga meningkat sebab lepas try set tersebut bunyi hariz telan susu makin kuat gulp gulp bunyi dia haha. Nantilah bila saya start pam susu balik, saya akan update perkembangannya. Nak bagi testimonial harus jujur ok. Kalau x tahu cakap tak tahu. Tak berkesan, cakap je tak berkesan.
Apa pun, asalkan baby naik berat badan, membuang air besar dan kecil setiap hari, maksudnya cukuplah susu tu insyaAllah. Saya memang paling hepi nak salin diaper anak yang penuh hehe. Hasil susu mummy tu mestilah happy ^_^
P/s: saya masih belajar lagi bab breastfeeding ni. Not an expert ok tapi berbekalkan pengalaman yang seciput ni harapnya dapat tolong motivate org lain. Rasa nak ambil sijil kepakaran breastfeeding pula eheh..
P/s lagi: sorry takde gambar. I tulis laju2 je ni. Nikmatilah tulisanku.
Oklah up next:
~ another 1kg to reach my pre-pregnancy weight! Apakah rahsianya? Hehe
~ babywearing? Apa tu?
~ attachment parenting. Hmmm mak2 sangat dah kau ni dhuha
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~