ehem ekskiusmi. ini bukan entry jiwang dua insan. ini sambungan drpd entry Jodoh yang ditulis pada tahun 2012.
Benci boleh bertukar jadi rindu kemudian cinta? uhuks geli sedikit di situ
Saya boleh testify bahawa kenyataan tersebut benar.
Ini kisah benci yang semakin hilang. Rindu yang semakin menebal. Dan cinta yang semakin berputik. it's ok. you can vomit if you want.
hampir 4 bulan saya terpisah daripada dia semenjak kami diijabkabulkan akhir tahun yang lepas. Rasa sungguh bebas sebebas-bebasnya. Seronok dan teruja. Tapi dalam masa 4 bulan tu jugak, selalu teringat kat dia.
Sebulan berlalu, saya tertanya-tanya manalah dia ni.
Dua bulan berlalu, saya tertunggu-tunggu dia datang pujuk saya ke, apa ke.
Tiga bulan berlalu, saya resah kalau dia dah lupakan saya.
Saya sendiri hairan kenapa saya rasa rindu. Sebelum ni, rasa rindu tu memang jauh panggang dari api la. Mustahil sungguh nak rindu-rinduan layu-layuan begitu. Saya tanya pada hati, mungkinkah cinta telah tiba? yelah kan, orang tua-tua cakap huhu kesian orang tua jadi mangsa kalau rindu maknanya sayang.
Hampir 4 bulan, akhirnya saya sendiri cari dia. Dan dia sedia mengadakan 'comeback' dalam hidup saya. Setelah berminggu-minggu bersama dia, saya yakin cinta telah hadir. Dan kini saya sedang bahagia bersamanya ^___^
Alhamdulillah, dentistry, I am finally in love with you!
Tak sia-sia saya bersabar dalam memupuk cinta dalam bidang ini. Akhirnya rasa yang saya rasakan macam mustahil nak hadir tu kini dah say hello kepada saya. Saya harap ini bukan hangat-hangat tahi ayam ataupun suam-suam teh O. Sekarang ni tugas saya adalah untuk me'maintain'kan pula rasa cinta tersebut. Semoga Allah kurniakan saya keikhlasan dalam bekerja. Ameen~
I know it's too early to declare love sebab baru mula kerja je kot. but isn't it a good thing to have a good start? kalau dulu berharap selepas tamat kontrak 10 tahun, nak berhenti kerja, sekarang berharap ingin bekerja sampai hujung nyawa.
nak update sikit boleh? Apa? tak boleh? Hello, ini belog saya, suka hati sayalah. tak perlu minta izin pun tapi saje nak bersopan santun dengan pembaca yang dah lama tidak bersua di alam maya.
Alhamdulillah I started with paeds. I used to hate paeds but now i'm loving it. Boss kami sungguh cool dan great. Kami dengan boss macam kawan. Mungkin itu faktor yang buat saya semakin suka paeds jugak. Sebab bila anda ada boss yang best, anda boleh tanya macam-macam soalan tanpa kena marah. Boss pula suka jawab semua soalan dengan penuh keterujaan. Boss juga suka tanya kami soalan yang kalau kami tak dapat jawab takdela kami kena marah. Tak pernah boss muka masam dengan kami. I like.
Apa? kenapa saya tak suka paeds? Sebab saya tak suka budaklah, obvious kot. Yeke?
Apa? saya sungguh tidak kewanitaan dan keibuan kerana tidak suka budak2? Mari saya cerita. Saya sangat suka budak-budak. Sungguh. Tapi budak-budak yang ceria, yang ketawa comel. Bukan budak yang meraung dan throw tantrum. To play with kids, I have no problem. Saya memang suka main dengan budak-budak. Tapi untuk suruh budak bukak mulut sambil kita masukkan jari dalam mulut, korek gigi dan tampal gigi, cucuk sana sini dan cabut gigi mereka, THEY WONT LAUGH OR GIGGLE BUT THEY THROW TANTRUM i tell you. itu yang saya tak suka. First, sakit telinga. Second, kesian kat dorg. Third, saya rasa saya macam pengganas. They made me feel like I am such a bad person in the world. The way they stare at you..fuuhh sepertinya kamu raksasa yang jahat.
Memang ada kanak-kanak yang super duper good dan cooperative tapi tak banyak. Sejak 2 minggu duduk dalam paeds ni, hari-hari tengok patient menangis, menjerit dan lari. ada patient 5 years old mencarut, meludah dan menendang perut saya. Ada yang siap cakap "nanti aku dah besar aku cari mung, aku bunuh mung!" scary mary dapat ugutan bunuh daripada seorang kanak-kanak 5 tahun.
Mencabar. Dan perlukan kesabaran yang tinggi. Serta kena pandai psiko kanak-kanak. memang bab nak psiko kanak-kanak saya fail la. sebab tu saya tak suka paeds. saya bukan tak suka kanak-kanak secara total. tapi saya cuma tak suka paeds. Behaviour managemeny sangat mencabar.
Namun begitu sekarang saya suka paeds. Saya suka cabarannya. Tak kisahlah kanak-kanak tu benci saya, nak bunuh saya ke. They're special in their own way and they can make me smile. Sebab walau macam mana pun budak tu punya perangai, kita akan senyum jugak, tak ambil hati, tak sakit hati dan senang nak maafkan sebab mereka cumalah kanak-kanak yang plain dan innocent.
During paeds ni jugak, saya banyak jumpa pesakit yang istimewa. Syndrome Down terutamanya. Saya tak pernah jumpa kanak-kanak down syndrome secara rapat dan bila dapat jumpa mereka, mereka ni lovely sangat. Walaupun dah nangis-nangis atas dental chair, lepas dah habis treatment mereka boleh senyum dan salam kita. Mungkin jugak saya akan specialize in 'special needs' sebab saya suka dengan pesakit yang 'istimewa'. Golongan-golongan (kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak biasa) ini sukar untuk diuruskan but once u did, level of satisfaction dia hanya Allah yang tahu.
Saya jugak suka buat paeds sebab bidangnya luas daripada speciality yang lain. macam medical punya paeds jugaklah kan, involve anything under the sun. selain tu, boleh masuk OT jugak--saya suka sangat masuk OT. kalau macam rasa tak larat nak handle pesakit kat klinik, saya suka lari pegi OT. sebab kat OT, pesakit sume tidur ^__^
Other speciality yang saya look forward ialah public health. tak payah jumpa pesakit. hehe. tak pun jadi admin je.
ok maaf entry macam rojak. terpaksa gabung 2 tajuk sebab malas nak asingkan. hoho. namun tajuknya takdelah lari jauh kan? kan?
Assalamualaikum dan selamat mengundi!
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~