assalamualaikum wbt =)
alhamdulillah saya telah menamatkan kontrak kerja dengan packhouse. setelah hari-hari menghadap buah ceri dan aprikot, kini saya ada banyak benda lain nak tengok.
pengalaman mendewasakan. transisi tahun 2011 ke tahun 2012 berlaku semasa saya di roxburgh. agak malanglah sebab dekat roxburgh saya dah macam katak bawah tempurung betul, hari dan tarikh semua tak ingat. mana tak nye. saya kerja setiap hari. cuti sikit2. weekend pun kadang2 kerja. so macam tak perasan sangat pn tahun baru. takde bunga api sebagainya.
namun saya punya azam berbeza setelah kembali dari orchard. di sana saya banyak melihat alam, banyak muhasabah, banyak fikir dan banyak lagi tarbiyyah yang Allah beri kepada saya terutama dalam soal hati. 2011 menyaksikan saya banyak mengasingkan diri, banyak bergelut secara dalaman, banyak konflik dalaman, banyak gila berfikir dan banyak jugak jatuh sakit -___-
walaupun bunyinya macam "duh, takde benda lain nak buat ke budak ni?" tapi apa yang terjadi sepanjang 2011 banyak membina kekuatan dalaman saya dan telah banyak yang saya susun untuk dijadikan batu bata dalam dasar hati saya. the foundation of my faith, principals dan tekad serta azam.
maka sekembali daripada orchard, saya bersedia untuk jadi orang baru. apa?? berubah lagi??pelis, saya tak nak jadi air bertakung. saya tak nak saya berdebu sampai akhirnya hilang seri. saya adalah logam dan saya tak mahu ada karat2. saya mahu sentiasa mengilatkan diri saya.
awal tahun 2012, Allah telah gerakkan hati saya membaca novel 'tautan hati' karya fatimah syarha. novel itu sangat istimewa bagi saya sebab ia menjawab segala kekusutan saya tahun lepas. ia adalah novel yang sanggup saya baca banyak kali agar terserap semua unsur2 kebaikan dalam diri saya. bukan taksub tapi hakikatnya itulah yang beri kekuatan, itulah yang menjadi daya penolak. uniknya Allah menghadiahkan tazkirah, kekuatan, jawaban dan semangat serta didikan yang terangkum hanya dalam sebuah novel.
di orchard juga saya telah mempraktikkan beberapa sikap dan amalan yang saya plan untuk praktikkan sepanjang tahun ni dan insyaAllah sepanjang hidup. kalau tahun lepas saya banyak konflik dalaman, begitu juga tahun2 sebelum-sebelum ni yang menyaksikan sedikit amal, banyak konflik dalaman, banyak pula kata2 tapi tahun ni saya berharap sangat segalanya akan dapat diterjemahkan dalam bentuk amal.
but they say do not change abruptly. slowly. one by one. maka saya gariskan beberapa sikap saya yang pelu saya ubah, amalan dan sikap apa yang saya kena praktikkan secara istiqamah. cukuplah peringatan demi peringatan, teguran demi teguran yang tak jemu-jemu Allah titipkan buat saya. saya memang slow memproses teguran dan slow bertindak mengikut teguran juga. saya memang perlukan peringatan dan teguran yang berulang2. so sebab itulah. dah bertahun baru boleh ada daya tolakan untuk berubah.
harapan saya agar semua ni bukan hangat2 tahi ayam. doakan saya kuat melaluinya. the road i'm going is the toughest one. it is the road usually not taken. tapi saya tak nak jadi orang yang rugi. rugilah sebab Allah dah tunjukkan jalan ni tapi saya tak nak pilih pulak. saya melangkah ke arah jalan ini dengan segala kekurangan yang ada. maka saya berdoa pula agar saya menamatkan jalan ini dengan gemilangnya.
p/s: insyaAllah tahun ni saya nak betul2 nak mencapai qawiyyul jismi!jasad yang kuat!
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~