saya tak rasa dengan menukar kerajaan, semuanya akan berubah lebih baik. ada sesuatu yang masih belum selesai dalam jiwa rakyat.
saya sedih melihat rakyat bertikam lidah hanya kerana perbezaan pendapat yang hanyalah berpaksikan parti politik semata-mata. jelas fikrah rakyat masih belum jernih dan masih bias dengan parti-parti tertentu. melihat sesuatu isu daripada neraca partisan semata-mata. sedih.
teringat pesan hasan al-hudaibi "binalah khilafah islam dalam dirimu nescaya tertegaklah khilafah islamiyah di sekelilingmu"
batu-bata islam yakni pendokong2 islam/ individu2 muslim masih belum kukuh binaannya. inilah yang perlu kita dahulukan dan kukuhkan binaannya dahulu sebelum kita membina sistem khilafah.
sikit2 lama2 jadi bukit. kembalikan rakyat kepada akidah yang jelas dan satu. jernihkan fikiran mereka dengan ilmu yang bersih daripada segala unsur politik kotor. bina semula akhlak muslim sejati dalam diri rakyat.
kita takut melihat anak muda yang semakin samseng dalam perlakuan dan kata-kata ini bakal mengambil alih tampuk pimpinan, maka di manakah masa depan negara nanti? pemimpin melambangkan rakyatnya (since pilihan terletak di tangan rakyat) dan rakyat mencerminkan pemimpinnya.
kepada yang bakal mengundi, buatlah pilihan yang terbaik. jangan lupa istikharah.
masalah tak akan selesai dengan hanya menukar luaran. ibarat bekas makanan yang terisi makanan yang basi, makanan itu tak akan jadi elok kalau ditukar bekasnya.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~