Monday, July 26, 2010

♦ winter

salam..

pertukaran cuaca daripada tropika ke musim sejuk telah membawa impak yang agak besar dalam hidup saya. menukar sistem fisiologi tubuh saya, menukar mood saya, menukar selera makan saya dan menukar rutin saya!

secara fisiologi, kulit saya lebih kering daripada biasa, hidung berdarah-darah, perut meragam-ragam, selalu shivering kesejukan sampai badan pun lenguh2 maka rasa cepat letih, selalu ke toilet sebab rasa nak kencing sampai selalu terjaga tengah malam sebab nak urinate.

mood saya jadi lebih tenang tapi kadang2 rasa homesick. tapi secara keseluruhan, mood saya baik je. waktu malam je problem sebab diserang rasa lonely.mungkin ade kena mengena dengan cuaca sejuk?sebab amat2 jarang untuk saya berasa mellow dan lonely.

selera makan bertukar seperti selera beruang. ada tendency untuk menggemuk tapi sebabkan asyik jalan kaki berkilo-kilometer je maka takde tendency kot untuk gemuk. sejuk2 ni, memang sedap kalau makan.

rutin harian pun nak berubah jugak! dan ni lah point saya nak menulis pun. minggu-minggu pertama, mood winter buat rasa nak hibernate je. nak duduk bawah selimut je sebab takut nak gerak mana2 kerana kesejukan. kalau dekat malaysia, takde masalah nak bangun tengah malam. kadang2 sebelum tidur, saje tak buang air supaya saya bangun tengah malam. tapi dekat sini, saya selalu je bangun tengah malam tapi tak reti2 nak solat tahajjud. saya bangun sebab rasa nak membuang air tapi saya sanggup menahannya kerana tak mahu meredah kesejukan kat luar selimut! astaghfirullah. lebih sayang selimut daripada pahala.

kemudian saya pilih option lain. iaitu tidur awal dekat living room. living room ade heat pump. heat pump hanya ditutup bila nak masuk tidur which is usually around 12 am. so saya tidur lepas isyak, dalam pukul 7 pm camtu..kemudian saya bangun semula pukul 11 pm..maka lepas tu saya mestilah akan masuk toilet untuk setelkan hajat, cuci muka, gosok gigi dan berwudhuk. jadi fresh balik dan boleh qiyam. itu alternatif saya yang saya nak share dgn anda semua tapi saya masih lagi biasakan diri dengan rutin tu. walaupun dah sebulan kat sini, saya still ade masalah pengurusan masa dan konfius dengan timing sini.

then i came upon an article tentang benefits of winter.

It is reported from ‘Ubayd b. ‘Umayr {may Allaah have mercy on him} said:"It used to be said when winter came: O people of the Qur`aan, the night has become long so you can pray (more) and the day has become short for you to fast."

- Abu Nu’aym, Hilyat Al-Awliyaa`

astaghfirullah...ruginya saya kalau masih lagging lagi..winter dah nak habis, i better make full use of it before saya terlepas peluang ni. nak jadi mujahidah camne kalau nak redah cuaca sejuk demi Allah pun takut. kalau kesejukan menjadi penghalang qiyam, kau tak layaklah jadi ibu kepada seorang Umar al-Khattab atau Salahudiin Al-Ayubi, wahai dhuha!

go go dhuha! go go all of us! hayya 'alal falah!

2 comments:

  1. ya Allah,terkesannya pada hadith tu.terima kasih atas perkongsian.moga Allah curahkan kekuatan dan semangat menyala2 buat dhuha, bakal ibu pada Umar dan Salahudin.
    sayang3selalu!

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~