Sunday, July 18, 2010

♦ dhuha delite :)

salam dari dunedin :D

sejak kebelakangan ni saya dah jatuh cinta dengan baking. mula2 berjinak2 guna oven dengan membakar potato. dah dua recipe yg saya mengarut dgn potato tapi potato buat masak ape pun sedap kan :D

then saya beli pre-mix muffin. buat muffin pulak. mmg la jadi sebab pre-mix kan..tapi tak puas sebab tak rasa mcm buat sendiri. rasa artificial. rasa kilang. tidak ada rasa home made langsung. insyaAllah next time try.

kemudian saya beranikan diri nak buat brownies walaupun miskin, takde electric mixer. hoho...hypertrophy la biceps saya nanti, menggaul adunan tepung dengan gagah. haha..namun it was a BIG failure yang menyebabkan smoke alarm berbunyi. my brownies rentung and turned into blackies. lupa nak amik gambar sebab masa tu sgt stress kena dengar alarm yang membingitkan serta bersedih dengan kondisi brownies. kisah arwah brownies saya yang pertama ni di blog lagi satu.

esoknya pula nak buat bread pudding. saya agak fobia dengan oven. every 5 minit je saya jenguk oven supaya hasil kerja kali ini tidak rentung lagi. alhamdulillah it was a success. thanx mama for the recipe :)


blueberry bread pudding

malam ini saya menebus kegagalan brownies yang pertama. saya buat brownies lagi! haha yani saspens je takut smoke alarm berbunyi lagi. but alhamdulillah it was asuccess! sangat gembira! berasa teruja melihat brownies masak dengan sempurna tanpa rentung. sepanjang malam tersenyum sambil makan brownies sendiri. lepas ni takde la nak rindu secret recipe lagi :P..saya juga teruja menekan-nekan brownies saya. kenyal,spongy dan fudgy! yum2! hehe..teruknya memuji masakan sendiri. huhu..tapi saya teruja sebab saya dah pernah gagal membuatnya sebelum ni :(

almond and raisin brownies

"dhuha delite"?

inspired by those two delights, saya ingin mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang bakery dan membuka "dhuha delite"..hahahaha...mengada.nanti balik malaysia bawak double degree; dentistry dan baking. bagus kannnn?

p/s: gambar tak berapa bagus krn kamera saya ade masalah :(

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~