Thursday, July 22, 2010

♦ merokok dan kesihatan mulut

assalamualaikum wbt..

sejak tahun pertama dalam bidang dentistry, kami selalu ditekankan dengan perihal 'smoking'. bila masuk tahun kedua, kami dikehendaki menyertai bengkel 'smoking cessation'. di awal tahun ketiga, kami sendiri yang mengendalikan bengkel 'smoking cessation in dental practice'. sebaik sahaja masuk klinik, kami dikehendaki mengenalpasti pesakit yang merokok dan jika boleh memberitahu tentang kesan-kesan sampingan merokok serta mempromosi kepada pesakit supaya berhenti merokok.

namun saya masih belum berpeluang berjumpa dengan pesakit yang merokok. jadi saya belum memainkan lagi peranan dentist dalam smoking cessation. oleh sebab itu saya gunakan medan blogging ini untuk memainkan peranan saya sebagai dentist dalam hal ehwal merokok. hehe..

bukan saja untuk mainkan peranan saya sebagai dentist tapi peranan saya sebagai masyarakat prihatin(ececehh), rakan caring (walaweh) dan semestinya hamba Allah yang memikul tanggungjawab amanah Rasulullah :)

kebetulan pula saya kena present bab "dentist's role in smoking cessation" 13 ogos nanti. jadi kira macam saya praktislah ni :)

ramai yang tidak tahu dentist memainkan peranan besar dalam smoking cessation. especially dekat Malaysia, masih ramai yang memandang kerjaya dentist sebagai 'pelombong', 'penggerudi' dan 'penanggal' gigi. di Malaysia juga dentist masih belum bergerak aktif dalam bidang 'smoking cessation' ini. boleh dikatakan masih baru dan silibus 'smoking cessation' juga baru saja diterapkan dalam kurikulum pergigian malaysia. setakat yang saya tahu, fakulti pergigian UKM sahaja yang aktif dalam bidang ini dan mereka ada 'quit clinic' mereka sendiri.

kenapa dentist terlibat pulak dalam bab2 smoking ni? serah je kat doktor tak boleh ke?
tak baik bebankan doktor banyak2. doktor nak jaga perut, nak jaga jantung, nak jaga paru2 dan banyak lagi (jawapan membodek doktor)..sebenarnya dentist adalah manusia paling banyak melihat mulut orang. dan kalau anda mahu tahu, kawasan mulut menjadi kawasan tumpuan untuk organ2 dalaman menunjukkan perasaan. ia juga melambangkan habit anda.

contohnya kalau anda anemia, lidah anda akan kelihatan pucat. kalau anda jaundice, permukaan lidah menjadi kekuningan. jika anda pregnant, gusi menjadi lebih lembut. jika anda baru masuk alam baligh, gusi juga menjadi lembut,bengkak dan boleh berdarah. sekiranya anda stress, anda mungkin mengalami bruxism dan kesannya boleh dilihat pada permukaan gigi yang rata dan cracked. jika anda ada leukimia, gusi ada kecenderungan untuk berdarah. bila anda on certain medication seperti ubat epilepsy, gusi akan hypertrophy(membesar luar biasa). bila anda merokok?

jeng3..

  1. kurang pendarahan pada gusi. lalu gusi menjadi kehitaman atau pucat. ini akan menyebabkan gusi lambat sembuh apabila tercedera.
  2. tulang alveolar (tulang gusi) semakin berkurang. bone recession dalam bahasa melayu apa? saya cuba menterjemahkan kepada patient saya yang berbangsa indon masa di IMU dulu tapi saya tak tahu nak explain camne. jadi saya harap anda faham apa yang saya bakal katakan. level tulang yang menyokong gigi semakin berkurang, menyebabkan gusi pun turut berkurang lalu mendedahkah sebahagian akar gigi. hal ini akan membawa kepada masalah gigi bergoyang, gigi sensitif, karies di bahagian akar dan masalah estetik (kecantikan gigi)
  3. mulut berbau. rokok tu pun dah busuk apa lagi bau mulut seorang perokok. tapi biasanya bau mulut perokok adalah disebabkan oleh masalah tisu-tisu gusi. jadi bau mulut yang tidak sihat tambah bau rokok, anda tahulah sendiri bagaimana..akibatnya mungkin timbul masalah sosial, masalah komunikasi, masalah self-esteem dan macam2 ada..
  4. masalah gusi. telah dijelaskan di atas. selain itu merokok juga menambahkan keseriusan plak gigi. mengakibatkan timbulnya banyak calculus (plak gigi yang mengeras berupa batu-batu kekuningan atau kehitaman). bila banyak sangat plak dan calculus yang terbentuk, akan menyebabkan gusi semakin berkurang (gum recession) dan titik akhirnya ialah gigi hilang sokongan daripada tisu2 gusi (periodontal ligament) lalu gigi pun bergoyang dan harus dicabut.
  5. gigi kuning. perhatikanlah perokok2 disekeliling anda dan bezakan warna gigi mereka dan anda. menarik sekali untuk dibuat kajian peribadi :D..sebab itu juga muncul ubat gigi khas untuk perokok eg. 'zact'
  6. kanser mulut. inilah yang paling serius. selain merokok, kanser mulut juga boleh disebabkan oleh mengunyah produk tembakau atau mengunyah sirih.
itulah sedikit sebanyak manifestasi oral yang ditunjukkan oleh perokok-perokok seluruh dunia. ada sangat banyak lagi sebenarnya seperti xerostomia(mulut kering) dan masalah kelenjar air liur. dan dentist mainkan peranan yang besar kerana mereka sering berdepan dengan mulut orang. sambil memeriksa mulut, dentist boleh kaitkan secara langsung dengan apa yang sedang berlaku dalam mulut pesakit. contohnya:

"hmm..dari apa yang saya dah check dalam mulut awak tadi, saya tengok macam agak seriuslah. gusi awak bermasalah. 6 bulan yang lepas awak ada gingivitis. dan saya dah suruh awak jaga kebersihan mulut kan. tapi hari ni saya tengok awak dah takde gingivitis ni tapi dah masuk masalah periodontitis. awak tahu periodontitis tu apa?"

"hmm..tak tau pulak saya, doktor."

"gingivitis ni ialah radang gusi yang mana gusi awak sangat lembut dan mudah berdarah disebabkan bakteria2 yang terkumpul dekat gusi. periodontitis ni pulak radang gusi jugak tapi lebih serius sebab dia bukan je melibatkan gusi tapi efek awak punya tisu gusi jugak. dekat gusi kita ada sejenis tisu bernama 'peridontal ligament'..ligament ni lebih kurang macam ikat gusi awak dengan gigilah supaya gigi awak stay dalam gusi, tak bergoyang-goyang atau tak tertanggal keluar.selain gusi awak jadi bengkak-bengkak, gusi awak jugak berdarah dan banyak plak dan kalkulus. poket gusi awak jugak lebih dalam. gusi pun dah semakin berkurang. ini semua disebabkan oleh tindakan bakteria2 yang terkumpul dan kesukaran untuk gusi awak untuk lawan bakteria ni."





periodontitis

gingivitis





"kenapa eh doktor? saya dah gosok gigi dah."

"mengikut rekod ni, awak merokok dah lama, sejak 6 tahun lepas. jadi ini merupakan kesan2 daripada rokok yang awak hisap tu. saya tak boleh nak teruskan treatment selagi awak tak berhenti merokok sebelum treatment. sebab kalau saya rawat awak jugak, takde maknanya sebab 6 bulan akan datang saya akan tengok masalah yang sama atau mungkin lebih teruk."

"saya kena berhenti jugak ke doktor? apa kena mengenanya?"

"banyak kena mengenanya. kalau awak tak berhenti, bahan kimia dalam rokok akan ganggu proses penyembuhan. merokok jugak buat keadaan bertambah teruk dalam gusi dan sistem pembuluh darah awak, jadi mungkin akan sebabkan komplikasi semasa rawatan."

"bukan senang nak berhenti, doktor. saya dah pernah cuba sebelum ni."

"jadi awak memang berniat nak berhenti?"

"ye tapi susah. macam mana nak berhenti ye, doktor?"

bla..bla..bla...that's how a dentist can help in smoking cessation. pesakit yang jumpa dentist biasannya dalam kesakitan. apa yang mereka mahu kebanyakannya ialah untuk meredakan kesakitan dengan segera atau kelihatan cantik (mendapatkan senyuman yang menawan)..jadi mereka sangat concern untuk dapatkan treatment dengan segera demi untuk tidak sakit dan demi untuk cantik.

penyakit gusi adalah penyakit yang kebanyakannya dideritai oleh perokok. dan gusi yang tidak sihat sememangnya boleh mencacatkan penampilan. dengan menasihatkan perokok untuk berhenti merokok, dentist dapat merawat pesakit dengan lebih mudah dan bagi long-term effect kepada pesakit manakala pesakit dapat hilangkan kesakitan dan meningkatkan keyakinan diri, kecantikan senyuman. bukan itu sahaja, secara tidak langsung dentist dapat menolong medical doctors dengan meningkatkan tahap kesihatan perokok yang telah berhenti merokok :D

formula 5A digunakan dalam membantu perokok berhenti merokok. Ask, Advise, Assess, Assist, Arrange.

Ask pesakit sama ada dia merokok atau tidak dan sama ada dia berminat atau tidak untuk berhenti merokok. kalau tak berminat, jangan paksa. bagi dia pamphlet tentang merokok dan ingatkan kesan-kesan buruk merokok. itu saja. pasti biar dia balik.

untuk yang berminat, kita Advise dia. bagi tahu kesan-kesan sampingan. kaitkan juga dengan masalah kesihatan mulut yang dia alami so that kita bagi 'personalised treatment' yang dekat dengan dia.

Assess kesediaan dia untuk berhenti merokok. sejauh mana dia berminat untuk berhenti. tanya dia bila dia nak mulakan prosess pemberhentian merokok. tanya jugak bila agaknya dia harap dia akan terus berhenti. tanya dia berapa bulan dia perlukan untuk berhenti. kalau dia tak sure, kita bagi cadangan kat dia "apa kata saya setkan awak 6 bulan untuk awak berhenti? setuju?" camtulah lebih kurang.

Assist perokok itu untuk berhenti. sediakan plan untuk dia. tetapkan tarik appointment untuk dia jumpa kita untuk discuss masalah2 dan langkah2 untuk mensetelkannya. boleh jugak refer kepada 'quit clinic' atau refer kepada pakar dalam smoking cessation. boleh cadangakn dia untuk melawat laman2 web yang membantu. selain itu dentist boleh bagi nicotine replacement therapy yang turut disediakan di 'quit clinic'. boleh minta kerjasama kawan2 atau ahli keluarga perokok untuk bagi sokongan kepada perokok.

Arrange follow-up untuk mengelak 'relapse', iaitu mengelak perokok kembali ke arena merokok. sememangnya dalam 'theory of change' akan ade relapse tak kiralah berubah dalam arena apa sekalipun. orang yang berubah bertudung mungkin akan kembali tidak bertudung. orang yang berubah menjadi baik mungkin berubah menjadi jahat semula. tendency itu akan sentiasa ada, cumanya terpulang kepada kita untuk mengawalnya dan sentiasa memotivasikan diri untuk terus bergerak menuju arah perubahan yang telah ditetapkan-hopefully perubahan ke arah yang baiklah..

p/s: kerjasama doktor dan dentist adalah sangat diperlukan. dental history dan medical history juga adalah amat berkaitan. sometimes sebelum medical doktor/dentist memulakan prosedur rawatan juga, perbincangan antara keduanya adalah amat diperlukan. ada rawatan dental yang memerlukan campurtangan medical doktor, ada rawatan perubatan yang perlukan campurtangan dentist. sejak masuk modul oral surgery, saya dapat melihat kepentingan ini. jadi, rajin2lah bina network antara dentist dan doktor untuk mengurangkan communication gap between both. we might need to refer to each other in the future :)


No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~