just finished reading novel 'impian palestin'..tapi saya bg 3 star je..sebab in indon language dan saya pun kadang2 bercelaru membacanya sebab macam terlampau banyak dialog yang kurang tersusun, membuatkan saya kena baca balik untuk tahu 'siapa yang tengah cakap sebenarnya ni??'
kisah ini membuatkan saya dapat rasa penderitaan rakyat palestin. oh sungguh tak guna israel!!! sudahlah palestin dah takde dalam google map! bayangkan kita sedang membela palestin, sebuah negara yang takde dalam peta pun! macam mana la generasi akan datang nak kenal palestin?? terbaru, dalam news viva palestina, israel kata by 2012, palestin akan hilang dari dunia! mustahil! semoga Allah menghancurkan bangsa terlaknat ni!
peperangan di dunia islam semakin buntu tak nampak jalan keluar. mustahil israel dan sekutunya amerika nak lepaskan palestin dan negara2 islam yang lain. buatlah berjuta-juta perjanjian damai pun, semua tu hanya lakonan, hanya membazir kertas. dalam ceramah ustaz abdul halim hari tu mengatakan kekuasaan berada di atas peraturan. dan sekarang ni yang ada kuasa ialah israel dan amerika. dengan adanya kuasa, mereka boleh langgar peraturan sesuka hati. kuasa terbesar di dunia sekarang ni terletak di tangan World Security Council, yang dianggotai secara bergilir-gilir oleh setiap negara termasuk Malaysia dan percaya atau tidak, semasa perang di Iraq dulu, malaysia sedang 'menikmati' turn nya dalam security council.
walaupun security council dianggotai secara bergilir-gilir oleh setiap negara, namun ada 5 negara yang langgar rule ni. negara2 ni tetap berada dalam security council setiap tahun. 5 negara ini ialah UK, France, Russia, China dan Amerika. dan kelima-lima negara ini sedang dipegang israel (China sedang diusahakan israel). inilah negara2 yang mempunyai veto dan keahlian tetap.
dan saya marah sebenarnya bila orang yang tak tahu agenda ni senang2 mengatakan "macam mana palestin nak dapat freedom kalau asyik bergaduh dengan fatah?"..memangla tak sepatutnya sesama bangsa bergaduh tapi untuk berdamai dengan tali barut Amerika, tolonglah jangan jadi dayus. jangan hilang maruah. isunya bukan hamas dan fatah tapi sikap umat islam sendiri. fatah yang mengaku penganut islam seharusnya berubah sikap, memalingkan diri daripada amerika dan israel. at least that's what i think. hamas patut stay di jalan yang telah mereka lalui. hamas tak perlukan fatah untuk mencapai keamanan rakyat palestin. apa yang hamas perlukan hanyalah Allah dan ahli2 yang beriman dan bertaqwa dengan sebenar2nya.tak ketinggalan, doa para muslimin dan muslimat.
membaca tentang palestin buat saya sedar kuatnya kuasa cinta. mendengar tentang palestin buat saya faham yang isunya bukanlah 'kebencian' tapi kecintaan. perjuangan mereka atas dasar cinta. bukan benci. cintakan Allah. cintakan Rasulullah. cintakan Islam. cintakan umat Islam. perjuangan mereka atas dasar cinta yang agung, yang suci, yang murni, yang BERMARUAH.
bayangkanlah yang dipertahankan hamas sekarang ni ialah tanah gaza. tahukan anda berapa keluasan gaza tu? sekitar 25 x 10 kilometer persegi saje. tanah sekangkang kera itu yang sedang pahlawan2 Allah ini pertahankan. itulah lambang maruah umat islam. bertahun-tahun mereka mempertahankannya dengan segala kekuatan. apa yang buat mereka sangat gigih dan gagah? tentulah cinta. kuasa cinta..
bila saya renung-renungkan kembali, membelek-belek sejarah lampau, tanah umat islam semakin lama semakin kecik. anda perasan tak? sila tingkatkan kepedulian anda sekiranya anda tak perasan.
dahulu islam menguasai dua pertiga dunia. kini? tak payah tengok jauh2. tengok tanah melayu ni je. singapore dulu dinaungi islam, sekarang no longer. lemahnya kita mempertahankan tanah kita. senang2 je terlepas ke tangan musuh. pulau batu putih juga terlepas kepada singapura. singapore ibarat tanah palestine melayu yang telah dirampas tapi siapa pun tak sedar. siapa peduli? dalam islam, tanah orang islam TIDAK BOLEH diperintah oleh orang bukan islam. sebab itu kita kena pertahankan tanah kita. hak kita. maruah kita.
tahap kepedulian dan keislaman kita (rakyat malaysia) telah terbukti dengan hilangnya kuasa kita ke atas tanah kita sendiri. bukankah jauh gila bezanya dengan rakyat gaza yang mempertahankan tanah mereka dengan nyawa dan jiwa mereka? bukankah tahap kecintaan kita bagai langit dan bumi bila dibandingkan dengan rakyat gaza. di mana cinta kita? di manakah letaknya cinta kita?? saya tahu di mana letaknya cinta saya dan saya sedar saya telah salah letak perasaan itu. mulai hari ini, mulai saat ini, saya akan letakkan cinta itu kepada fitrahnya. dan saya mengajak anda untuk berfikir dan bertindak juga.
cinta lazimnya ade agenda tersendiri. dalam dunia hari ini, cinta kita beragendakan perkahwinan. maksiat. harta dan kuasa. hiburan. kita bercinta dengan manusia untuk kahwin. kita bercinta dengan tv untuk mendapat hiburan. kita bercinta dengan harta untuk kaya dan mendapat kuasa. macam2 alasan orang bercinta sekarang dan agenda mereka kecik. sekecik zarah. tetapi terlampau banyak zarah2nya sampai kabur, tak nampak agenda besar yang sedang menanti kita.
wahai musuh2 Allah, ya, kau punya kuasa. kau menggubal peraturan, kau juga melanggar dan memijaknya. shame on you. tapi ingatlah, Allahlah pemilik kuasa terbesar. Allah juga ada peraturannya yang mana engkau sendiri tertakluk di dalamnya. dan kelak, satu hari nanti kau akan terima akibatnya.
win as mujahidah or die as syahidah. insyaAllah..
p/s: silap salah, saya minta maaf dan amat mengalu-alukan pembetulan dan info2 tambahan anda. terima kasih. beberapa isi dipetik daripada ceramah ustaz abdul halim, isma nz, uni otago, dunedin, 29 July 2010.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~