Wednesday, November 30, 2011

Ragam makabah

Abah: abah dulu depress sepanjang tahun pertama kat US. Xboleh study langsung. Homesick. Benci dengan meja exam yg entah pape
Mak: ha tula abah pernah depress. Mak xretilah depress2 ni
Abah: hmm memanglah. Dia tu kanak2 riang. Mana reti

Hoho comel betul lah mereka BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, November 21, 2011

sweet november

assalamualaikum!

saya kini selamat berada dalam pangkuan keluarga tersayang di Nilai, N9, Malaysia =)

kepulangan saya kali ni sebenarnya satu kejutan buat keluarga. saya balik tanpa inform parents dan adik2. saya cuma bagitahu hajar dan epi. saya terpaksa bagitahu epi sebab nak suruh dia pick up saya di airport jam 11 malam. nak naik teksi malam2 buta, tak beranilah saya. malaysiakan aneh lagi tidak berapa selamat ;p

saya dan epi tercongok depan pintu rumah, mak yang bukak pintu. mak sedang tunggu family uda yang baru balik dari sarawak. tapi tup2 yang muncul depan muka pintu tu saya yang sedang buat muka kerang busuk huhu...berbunga-bungalah telinga ni dengar mak membebel. expected. haha..nu'man sedang tidur masa tu. dia terjaga dek kebisingan suara mak yang sedang membebel. dia buka mata dan pandang saya pastu dalam nada mamai2 dia cakap "betul ke apa yang nu'man nampak ni?" HAHAHAHAHA

and then sarah turun tangga pastu ter'pause' kat atas tangga..."ehhhh???kak yong???? camne boleh sampai sini??" kwang3..sukanya saya surprisekan semua orang.

tak lama pastu family uda pun sampai dari LCCT (nasib baik tak terserempak mereka kat lcct. kalau tak, saya yang sakit jantung ;p)..giliran mereka pulak terkejut tengok saya. kemudian kejutan tu terjangkit kepada sedara mara yang lain pada keesokan harinya bila berita tu tersebar. opah juga turut terkejut sewaktu dia call mak keesokan harinya. saya cakap kat mak, jangan bagitahu abah. saya nak surprisekan abah pula (utk pengetahuan anda, abah fly ke New York pada malam saya tiba di lcct tu). tapi abah call mak pulak, dia cerita dia dah beli souvenir untuk anak2nya. mak tanya "beli kat dhuha tak?" and sadly abah said "buat apa beli. dia takde pun"..huhu pastu mak hint2 saya. saya pun "fine..bagitahulah abah" (gara2 nak souvenir frm new york huhu..org lain dapat, takkan saya nak tengok je kan?

by the way hari ni Emmy Awardnya. semoga saladin pulang dengan sesuatulah. tapi kalau tak menang pun takpe kan. sekurang-kurangnya dah masuk final :)

saya jugak ikut mak pegi taklim kat surau tadi, join geng usrah mak. kekok jugak duduk dalam kelompok makcik2 je semua. first time dengar ceramah dalam loghta nogori. kat tv pun selalunya slang kedah, kelantan and ganu. memang tak pernah dgr ustaz kat tv cakap nogori. mujur mak jadi translator. kalau tak, pening gak saya sebab tak paham.

belajar hadith 7 hari ni, iaitu agama adalah nasihat. ustaz tu updatkena perkembangan politik dan sosial tanah air...istighfar banyak2..serius dan kompleks masalah kat malaysia ni. besar tanggungjawab. anak2 muda semakin ramai yang rosak. pemimpin pula tidak dibekalkan dengan ilmu yang secukupnya untuk membimbing generasi muda. urusan agama dan akhirat dikesampingkan. diketepikan. tidak dijadikan prioriti langsung. saya tak turun KL lagi. tak jelajah bandar2 lagi. rumah saya isolated daripada keriuhan dan keramaian. so setakat ni saya belum nampak dengan mata sendiri secara live. saya masih belum culture shock. tunggulah saya turun KL esok lusa. dahlah musim cuti sekolah. menurut yani, memang beliau sendiri culture shock.

besar eh tanggungjawab. nak didik and besarkan anak2 pun makin susah dah zaman ni. bak kata ustaz, janganlah ragu2 nak spend duit banyak2 untuk pendidikan anak2. biarlah sekolah swasta pun asalkan anak2 dapat exposure yang baik. ok dhuha, tak boleh membazir dan boros dah lepas ni. kena belajar jimat cermat.

Sunday, November 20, 2011

Allah lebih tahu

bukankah itu yang kita minta?

Kita selalu berdoa

Doa itu lah sumber kekuatan, doa itu pengaduan, doa itu curahan hati, doa itu perbualan dengan Rab, bercerita, teresak di sisi Nya

Doa itu, tempat mencurah isi hati. Tempat memberitahu apa-apa yang kita tidak mahu manusia lain tahu. Tempat mengadu segala cerita yang mungkin manusia takkan faham.

Kita minta menjadi seorang yang kuat

Lalu Allah uji dengan bencana

Kita menangis

Kita rasa Allah tak sayang kita

Aduhai sayang

Bukankah kekuatan itu yang kamu minta?

Maka Allah kabulkan permintaanmu

Kita minta menjadi sabar

Lalu Allah uji kita

Kita lembik dan putus asa

Kita terasa itu ujian itu di luar kemampuan kita

Alahai sayang

Bukankah itu jawapan doamu?

Bukankah kesabaran itu yang kamu minta?

Kita memohon menjadi orang yang berlapang dada

Lalu Allah datangkan seseorang yang sangat suka berbuat masalah

Kita rasa kita tak suka

Kita benci perangai dia

Wahai sayangku

Itu kan peluang pahala berlapang dadamu?

Bukankah berlapang dada itu yang kamu minta?

Kita memohon menjadi orang yang ikhlas

Lalu didatangkan ujian dengan ahli rumah yang suka buat sepah

Kita pun tak puas hati

Kenapa asyik kita je yang kena kemas?

Hai sayang

Bukankah keikhlasan itu yang kamu minta?

Kita berdoa untuk menjadi orang yang bersyukur

Lalu Allah hadirkan pada kita kelemahan

Kita merasa sedih

Kenapa orang lain lebih?

Aduhai sayang

Bukankah rasa syukur itu yang kamu minta?

Kita minta untuk jadi orang yang bertawakal

Lalu Allah uji dengan soalan peperiksaan yang susah

Kita balik menangis-nangis telefon mak

Kita rasa tak yakin

Alahai sayang

Bukankah tawakal itu yang kamu minta?

Sayangku

Semua yang berlaku pada kita

Telah tertulis, telah kering penanya

Apa yang hadir pada kita

Tidaklah sia-sia

Kerana bukan standard Allah

Untuk buat sesuatu yang tak berguna

Ujian dan dugaan itu adalah latihan

Dan jawapan yang kepada doa

Sama ada kita muhasabah

Atau tidak..

(quoted)

Saturday, November 12, 2011

kurus

i hate it when people telling me i'm getting thinner. boleh kata selang 2-3 minggu kalau jumpa orang, ada je yang nak tegur saya getting kurus. kat NZ jela mengalami benda macam ni. kat malaysia jarang-jarang. hanya opah yang asyik tegur setiap kali balik kampung yang saya jadi makin kecik sampai akhirnya saya menangis mendengar teguran tersebut.

dan di NZ biasalah bila busy, 2-3 minggu baru meet up ramai-ramai dan time tulah "eh kak dhuha makin kecik ni kenapa?" "kak dhuha makin kuruslah." "kenapa awak shrink ni dhuha?" "you've lost your chubbiness"

huuuuu..T__T

tahu tak bila dikata semakin kurus, terasa macam seorang pesakit yang sangat kasihan..kasihan dia tak cukup makan ke..kasihan dia, tertekan ke...kasihan dia, berpenyakit ke?

saya memang kuruslah. saya memang kecik. saya bermetabolisma tinggi. dan saya sedaya upaya menaikkan berat badan, makan banyak-banyak (itu pun ikut mood lah jugak)..ia sangat menderitakan saya yang mempunyai daya kunyahan yang perlahan tapi nak makan banyak demi menaikkan berat badan, lalu akhirnya ditinggalkan berseorangan di meja makan. ia amat menyeksakan bagi manusia berpenyakit perut macam saya ni untuk telan makanan banyak-banyak demi menaikkan berat badan.

stress bila orang cakap saya makin kurus. stop saying that pelis. saya faham itu ekspresi caring. but i dont need that since i am naturally kecik. dan anda kena faham cik dhuha tinggal atas bukit, setiap hari panjat bukit. bila masa nak gemuk. kat intec dulu pun duduk tingkat lima, setiap hari panjat tangga, bila nak bagi peluang lemak berkumpul. kat imu je berpeluang menternak lemak hingga akhirnya berat cecah 40kg. tu pun sekejap je pastu turun balik.

cuti summer ni mari jadi kentang sofa.

Thursday, November 10, 2011

kemas kini november

alhamdulillah, too many good news. sepanjang 2 minggu bersembunyi daripada arena maya-blog dan fb. belajar mengurus masa, mengurus kehidupan dan menguruskan diri..eh silap. kau dah sedia kurus, dhuha..okeh sambung cerita.. dan belajar mengurus perasaan.

dan sepanjang 2 minggu itu jugalah berita baik sentiasa mengiringi, menghilangkan beban di hati. eceehh berpujangga lara pula.

alhamdulilllah alhamdulillah alhamdulillah. maaf tak mampu nak kongsikan segala berita gembira tersebut. cukuplah disimpan kemas-kemas dalam hati dan dikongsi dengan yang terdekat =)

Wednesday, November 9, 2011

final written exam?

esok adalah peperiksaan bertulis terakhir dalam hidup saya, hopefully. ameen~

adalah sangat berdebar hati ini. pagi semalam bila wani ketuk pintu bilik saya semasa saya sedang tidur, saya terjaga dengan tersangat gelabah kerana saya ingat saya dah lambat nak pegi jawab exam.

padahal exam lagi dua hari -,-"

dhuha gelabah tak bertempat. dan aneh juga. dhuha seorang yang cool dan feelingless tiba-tiba berperasaan gelabah terhadap peperiksaan. mungkin sebab ini adalah paper yang internal marks saya borderline. lalu menyumbang kepada kegelabahan diri ini. serta ditambah pula dengan faktor diri sendiri mahu sangat paper esok menjadi paper terakhir dalam hidup. sudah tidak mahu jawab exam lagi. sudah 19 tahun (minus 4 tahun toddler's life) hidup bergelumang dengan kertas peperiksaan. ia cukup membuat saya akhirnya berasa benar-benar loya dan nak muntah study setelah menginjak ke usia ini. masa zaman sekolah, perasaan 'stadi sampai rasa nak muntah' hanyalah sebuah hiperbola ke'komik'kan. tak sangka, di akhir tahun pengajian, ia menjadi nyata.

semoga Allah permudahkan. ameen :)

p/s: kata lepas ni nak further study bidang lain. mustahil ia akan jadi final exam paper in life hoho..apa2 pun asalkan bukan paper dentistry, saya ok je ;p

Saturday, November 5, 2011

“Bagaimana akan dapat terang hati seorang yang gambar dunia ini terlukis dalam lensa cermin hatinya, atau bagaimana akan pergi menuju kepada Allah padahal ia masih terikat dan terbelenggu oleh syahwat hawa nafsunya, atau bagaimana akan dapat masuk ke hadirat Allah padahal ia belum bersih suci dari kelalaiannya atau bagiannya yang di sini diumpamakan dengan janabatnya mengharap akan mengerti rahasia yang halus padahal ia belum bertobat dari kekeliruan-kekeliruannya”