Friday, August 7, 2009

♦ hijab


i realised that kimdonesia banyak bercerita ttg hijab more than i do. its a problem for me coz i am a muslim since i was born but she just reverted into islam like a year ago and started dakwah immediately. terasa begitu tercabar. aku amik 20 tahun utk berdakwah?? embarassing..n what i thought mse tu "alah ilmu pn xcukup,nk dakwah cmne.." but dakwah itu kn kewajipan, xkirala sikit mne pun ilmu kamu, sampaikanlah selagi kamu tau ianya berada di landasan yg benar. kemudian amik inisiatif utk mengembangkn ilmu itu. peringatan utk diri sendiri dan orang lain =)

*lari tajuk*..ok back to hijab. bismillah.. hijab selalu disalahtafsirkan sbg tudung. TAKE NOTE: ianya bukan tudung tapi merangkumi penutupan seluruh anggota tubuh serta pandangan mata dan menjaga perilaku dgn sewajarnya.

24:31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki, atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan; dan janganlah juga mereka menghentakkan kaki mereka supaya perhiasan mereka yang tersembunyi diketahui. Dan bertaubatlah semua bersama kepada Allah, wahai orang-orang mukmin, agar kamu beruntung.

muslimah seharusnya tahu ape yang dimaksudkan dgn aurat dan hijab ini..aurat ialah bahagian2 yang tak boleh dilihat oleh kaum yang berlainan jantina seperti perempuan xboleh lihat bahagian pusat hingga lutut lelaki dan lelaki pulak xboleh lihat seluruh bahagian tubuh wanita kecuali tapak tangan dan muka. bahkan suara wanita jugak adalah termasuk dalam aurat wanita. hijab pulak biasanya merujuk kepada pakaian wanita yg menutup aurat dan jugak bermaksud tabir/penutup.

ramai muslimah zaman sekarang berpakaian tapi hakikatnye seperti bertelanjang. pakai baju tapi nampak semua 'hint' kat body. kan x proper. asalkan bertudung, mereka rase dah ok la tu daripada xpakai ape2.

berikut ialah fesyen muslimah masa kini yang menyakitkan mata:
  1. memakai tudung yang menampakkan leher dan telinga
  2. pakai tudung dgn short sleeves
  3. pakai tudung dengan baju labuh (dah ok la tu) TAPI...pakai tights?? errkk..name pon tights=ketat..dlm islam, pakaian ketat dilarang ye tuan2 dan puan2
  4. pakai tudung tp pkai baju ketat/jarang dan berseluar skinny.
  5. pakai tudung tapi xmelabuhkan tudung..ingt ape Allah kata?? "labuhkan tudung hingga ke dada"
kesimpulannya: its a BIG NO NO

simple rules for covering the aurah:
  1. tak jarang
  2. tak ketat
  3. tak menampakkan warna tubuh atau bentuk tubuh(err cm same ngn no. 1 dan 2)
  4. xmenyerupai jantina yg berlawanan
  5. tak menyerupai pakaian agama lain
  6. labuh (like kalau pakai tops, biarla labuh melebihi punggung)
  7. menutup aurat yang diwajibkan
dan di zaman ini gak fesyen muslimah ade byk gelaran/label. antaranya (yg aku tahu) ialah:
  • modern/westernised fashion- memakai pakaian yang barat spt sleeveless/short-sleeved tops/dress then padankan ngn long sleeved jacket/inner.
  • saudi fashion -jubah hitam
  • fesyen ustazah (???)- tudung labuh dan baju labuh/jubah
  • fesyen melayu- baju kurung/kebaya/kebarung la pe lagi..
personally aku rase xsalah pun fesyen2 ni sume..cuma jagalah aurat anda =)..DAN kalau pakai baju yg sleeveless/short-sleeved tu, jgn la pakai inner yang ketat. ingat, NO KETAT2 in islam. walaupun hanya tangan yg dibaluti pakaian ketat, tapi tangan pun aurat jugak kan =)..so pikir2kanlah..lagipun nmpka sguh buruk la nampak bentuk tgn yng kaler itam la, ijau la, PINK laa(??!!), merah la...shuh2..buruk!

and nak bagitau jugak, jgnla rase rendah diri atau malu bila org ckp cara bpakaian kita mcm ustazah..huhu...semasa aku mula2 nk berubah, ade gk dipanggil 'ustazah' dan aku amat malu mase tu. teragak2 aku utk berubah. tp bila pk2 blk, hina ke gelaran ustazah tu?? NOT AT ALL! patut bangga la..tp yela, hakikatnye kita bkn ustazah so jgn la jgn dipanggil ustazah. terasa berat tanggungjawab bila digelar ustazah. dan fesyen tu bkn utk ustazah je. its for all the muslimah out there.

itu sahaja, humbly form me =)...peringatan utk diri sendiri dan semua orang. i'm still improving my way of dressing dan cuba utk mendelete westernised muslimah fashion. berbanggalah dgn fesyen islam itu yg tersendiri. kenapa nk terikut2 budaya org lain. kita kn ade budaya yg tersendiri yg high class dan bertamadun =D

oh ye. marilah sharing2..sharing is caring. hehe.. nah additional info, amek ni:
tutuplah aurat anda dgn sempurna kerana aurat yg tak tertutup membuka jalan ke arah zina. ingat tak pesan Allah, laaa taqrabuzzina(jgn kamu DEKATI zina)..dan Allah maha tahu kenapa dia melarang kita membuka aurat. Allah kn pencipta kita. macam jugak kalau korang cipta toaster, korang sendiri yg tau cmne nk operate toaster dgn sempurna, cmne nk jaga toaster supaya xrosak dan cmne nk repair toaster (erkk..kenapakan aku bg contoh toaster?? ngidam roti bakar barangkali.hehe..)

btw, jgn bg alasan, "alah asalkn hati baik sudeh..." "belum bersedia la..iman belum cukup tebal"...ingtlah menutup aurat ialah kewajipan semua umat islam. bnda yg wajib, WAJIBLAH didulukan. psl hati yg baik sume tu, korg konfem ke hati korang baik? konfem ke Allah dah syg korang? konfem ke dijamin msuk syurga? drpd buat benda yg belum tentu diterima Allah, baiklah didulukan yg wajib dulu...at least, akn membuka jalan ke arah mendapatkan hidayah Allah.

p/s: bertambah kagum dgn kimdonesia. beliau sgt mudah terima kritikan dan nasihat. dan sgt ade smgt utk berubah mnjadi a better muslimah.

No comments:

Post a Comment

komenla ape sahaja~♥~