salam.
rasa sungguh teruja menyambut ketibaan ramadhan.wee~
tadi aku tengok cerita 'Qamar Bani Hasyim' kat astro oasis. drama berepisod yg mengisahkan tentang sirah nabi Muhammah SAW. xtau kenapa hati rase lain macam.rase mcm sebak yg xtau nk ckp mcm mane.walaupun xde langsung wajah nabi dan dialog nabi, mendengar psl baginda je buat aku rase overwhelmed. nak nangis tapi tertahan2.nanti adik2 aku pelik pulak apesal aku nangis sbb xde babak sedih pun.tapi...entah..aku rindukan baginda rasulullah SAW..hmm...pjg lg episodnya tp umah kat bukit jalil xde astro ;(
masa aku pegi kempen ABJZ(anda bijak jauhi zina), ummi mengutarakan soalan kat kami, kenapa budak2 remaja begitu tergila-gilakan cerita korea dan hero korea? "SWEET! LOVING! CARING!" jawab budak2 tu. ummi pun tanya kami "baginda nabi junjungan kita pula mcm mane? ade x kamu puja baginda mcm mane kamu puja hero2 korea tu? baginda lebih loving,caring dan sweet."..dewan menjadi sepi.
let me share you a story about Rasulullah SAW told by ummi during ABJZ.
Semasa zaman pemerintahan Rasulullah SAW, Rasulullah selalu memberi makan kepada seorang buta. sebaik sahaja Rasulullah meninggal, Sayyidina Abu Bakar mengambil alih tampuk pimpinan Rasulullah. Satu hari baginda bertanya kepada anakandanya Aisyah "apakah yg baginda rasul buat tapi ayahanda masih belum lakukan?"..lantas Aisyah menjawab "Baginda selalu memberi makanan seorang buta di hujung kampung." Mendengar perkara tersebut, Abu Bakar terus berangkat untuk menemui orang buta tersebut.
Semasa Abu Bakar sampai di rumah si buta, beliau melihat si buta asyik menyumpah-nyumpah dan memaki-hamun Rasulullah. tanpa mempedulikan perkataan si buta, Abu Bakar terus menyuapkan makanan ke mulut orang buta.
"siapa kamu. kamu sungguh berbeza dengan orang yang selalu memberiku makan."tanya si buta itu.
"kenapa dengan orang itu?" soal Abu Bakar.
"dia menyuapku dengan penuh kasih sayang. aku dapat merasa kasih sayangnya hanya melalui suapannya. namun sudah agak lama orang itu tidak menjengukku."
"tahukah kamu siapa dia?" soal Abu Bakar
"siapa?" si buta bertanya kembali
"dialah orang yg kamu maki2 serta menyumpah seranah tadi." mendengar jawapan Abu Bakar, si buta terus menangis.
rindu..rasa rindu sangat kat baginda..pelik..xpernah jumpa tapi rindu..bestnya kalau baginda masih hidup..
begitulah rasul junjungan kita, Muhammad SAW. lebih loving,caring dan sweet daripada semua manusia di muka bumi. kenapa perlu mengambil manusia lain sbg idola sedangkan nabi kita cukup sempurna akhlaknya.selawat ke atas nabi Muhammad SAW.
dan sempena ramadhan jugak, saya nk share mesej yg diberi oleh bee tadi =)
"Jika seluruh umur adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT lah ubatnya. jika seluruh harta adalah RACUN, maka ZAKAT lah penawarnya dan jika seluruh bulan adalah NODA, maka RAMADHAN lah pemutihnya. selamat menyambut Ramdhan 1430 H."
dikesempatan ini, nak mintak maaf jugak kat sume readers yg dikasihi =)
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~