dhuha is currently reading Dasar-dasar Islam hasil tulisan Abul A'la al-Maududi.
saya masih lagi membaca bab Iman, the foundation of Islam. oleh itu saya nak berkongsi hasil pembacaan saya dalm bentuk summary. kalau nak baca lebih lanjut, belilah buku tersebut atau download sahaja. ilmu di hujung jari je zaman ni :)
setelah penulis mengupas tentang 'iman' dalam buku beliau, saya dapat simpulkan bahawa Islam ini mudah. hanya dengan lafaz syahadah itu sudah memadai untuk kita mejadi muslim.
untuk menjadi seorang muslim yang taat, teras yang paling kukuh yang perlu ada ialah keimanan kepada Allah dan Rasulullah yang telah terkandung dalam rukun islam yang pertama, iaitu kalimah syahadah, "Laa ilaahaillallah Muhammadurrasulullah" yang bermaksud "tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah".
sekiranya akidah kita betul2 kukuh, kita benar2 percaya dan yakin dengan Allah sebagai Tuhan yang Satu dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah, kita benar-benar seorang muslim.
malangnya, ramai antara kita yang tak sedar kepentingan syahadah dan tanggungjawab yang perlu kita pikul setelah kita melafazkan syahadah. lafaz syahadah bagi kebanyakan kita hanyalah sekadar lafaz. sekadar percaya di mulut bahawa Allah itu satu dan Muhammad itu pesuruh Allah. jika disemak dalam hati, betulkah kita benar2 percaya Allah dan Rasulullah? perbuatan kita pula?
iman ialah membenarkan dengan lidah, hati dan perbuatan. berimankah kita sekiranya kepercayaan kita kepada Allah dan Rasul tidak melingkupi ketiga-tiga komponen tersebut?
kepercayaan yang disandarkan itu juga tidak dibajai dan dikayakan dengan ilmu. lafaz membuta tuli tanpa faham makna dan tanggungjawab yang terkandung dalam lafaz itu menjadikan muslim hari ini muslim yang keliru. muslim yang bingung.
apa sebenarnya lafaz syahadah itu? menurut al-Maududi, lafaz syahadah merupakan janji yang termeterai di antara kita dan Allah. setiap hari dalam solat pun kita melafazkan syahadah, bermakna setiap hari beberapa kali sehari kita telah berjanji melalui lafaz syahadah.
janji apa tu?
janji bahawasanya Allah itu Tuhan yang satu dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah, yang indirectly membawa maksud, kita menyerahkan diri kita secara TOTAL kepada Allah, berjanji akan menjadi hamba Allah yang TAAT dan berjanji yang kita akan MENGIKUT ajaran yang disampaikan Allah melalui Rasul-Nya.
(jangan main-main! kita telah berjanji kepada Allah!)
dan untuk membantu kita memenuhi tanggungjawab ke atas lafaz syahadah kita, Allah telah turunkan al-Quran dan Rasulullah telah meninggalkan sunnahnya kepada kita. al-Quran merangkumi kalam-kalam Allah dan as-Sunnah pula merangkumi perbuatan, perkataan dan amalan2 nabi Muhammad SAW.
"Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, iaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw." (HR.Muslim)
Islam itu sendiri bermaksud menyerahkan diri secara total kepada Allah. oleh itu segala yang disampaikan oleh Allah dalam kitabNya dan melalui RasulNya wajib kita patuhi secara total tanpa pilih-pilih ikut kesesuaian zamanlah, chemistry lah ape lah. al-Quran dan as-Sunnah ialah manual hidup orang islam, pegangan utama umat islam yang evergreen, segar sepanjang zaman.
dengan al-Quran dan sunnah nabi, kita akan terpandu ke arah jalan yang lurus. tahu beza halal dan haram. tahu ibadah yang sahih. tahu adab bersosial sesama manusia. tahu bezakan yang baik dan buruk. tahu erti redha, tawakkal, sabar dan ikhlas. tahu banyak lagi dan yang penting beramal dengan apa yang kita tahu melalui dua sumber yang authentic itu, al-Quran dan sunnah.
jadi, muslimkah kita sekiranya diabaikan al-Quran dan as-Sunnah? muslimkah kita kalau solat tapi masih bermaksiat? muslimkah kita kalau berpuasa tapi tak solat? muslimkah kita kalau kita tunaikan semua rukun islam tapi amalkan riba'? logik ke kita kata kita muslim tapi at the same time kita tak bangga dengan islam, balik-balik gaya hidup barat juga yang kita pilih sebagai cara hidup. kita kata kita muslim tapi kita buat perkara yang Allah dan Rasulullah benci. logik ke eh?
fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.
(Surah ali-Imran: Ayat 19).
p/s: sempena syawal yg menjelang segala silap dan salah yang terkandung dlm tulisan ini harap diampun (xde kena mengena dgn syawal pun). segala tambahan yang bermanfaat amat digalakkan. tulisan ini juga untuk tazkirah diri sendiri, insyaAllah :)
penulisan yg bagus! terima kasih kerana sentiasa mengingatkan:) thnx sis!
ReplyDeletemohon share artikel awak. -kiki-
ReplyDelete