seorang adik telah bertanya satu soalan dalam status facebooknya "kenapa kalau kita buat kerja, masa berlalu dengan cepatnya tapi bila bermalasan, lama sungguh masa berlalu?" lebih kurangla soalannya.
oh sebelum tu, assalamualaikum my dear readers! haish tak sopan betul tiba-tiba bukak cerita tanpa bagi salam. sudah lama tidak hapdet (baca: update) belog ini kan. almaklumlah patik semakin sibuk sempena menuju ke hari-hari terakhir sebagai budak universiti.
okeh berbalik kepada persoalan adik tersebut, saya juga setuju. dan bila sebut pasal masa ni saya teringat teori relativiti (perhubungan/hubung kait) pakcik Eistein. dulu saya pernah tanya abah, "apasal kereta lain nampak macam laju gila, kereta kita macam statik je, lajula sikit abah?". abah pun jawab "itulah malas lagi belajar fizik. inilah yang dikatakan teori relativiti yang diperkenalkan oleh pakcik Einstein."
hoho encik abah ni. memangla kita malas belajar fizik tapi dalam fizik mana ada belajar teori tu. eh? ada ke? huhu tengok, dasar budak pemalas fizik.
kemudian bila saya dah besar sikit secara usianya (fizikal mana pernah nak besar), maka saya terbaca satu artikel ni tak hengat dah artikel apa dan siapa yang tulis, tapi dia cerita pasal dunia akhir zaman yang masanya dah semakin laju berputar, manusia kelihatannya seperti terkejar-kejar cik masa. dia pun sebut tentang teori relativiti encik einstein. hah, macam pernah dengar teori itu?
katanya masa berputar dengan laju kerana manusia sudah semakin maju dengan teknologi-teknologi maka itu membuatkan macam-macam kerja manusia boleh buat dalam masa satu hari. ada vakum, 5 minit je dah habis 'sapu rumah'. so ada banyak lagi free time ni nak wat apa, masakla pulak. ada dapur gas/letrik. 15 minit je dok tung tang tung tang kat dapur pastu tinggal je lauk masak sendiri atas dapur atau dalam oven. tak payah nak jaga-jaga api sangat. pastu still ada free time. nak buat apa pulak ni? hmm basuh baju la pulak. dengan mesin basuh, tak sampai seminit je kita mengerjakan kain, campak-campak dalam mesin pastu tinggal je keje tu kat mesin, biar mesin yang uruskan. sambil tunggu mesin tu mengerjakan kain kita, kita buat kerja sekolah pulak. bila mesin dah panggil tandanya kain dah habis basuh, campak pulak dalam dryer, biar dryer yg keringkan kain baju. see, teknologi mempercepatkan urusan kerja. so kita ada baaaanyaaaaaak pleeennttyyyy of time. dan kita tend untuk isi masa-masa tu dengan macam-macam benda yang mensibukkan kita.
berbanding dengan orang zaman dulu. nak masak mungkin dah ambil masa sejam dua. tu belum masak sambal tumis. kalau masak rendang lagilah. bak kata seorang teman "patutlah orang melayu ni tak maju-maju. lama sangat menyumbang masa di dapur." nak masak, kena cari kayu api dulu, nak tunggu kuali panas dululah etc. etc. basuh kain pun lama, nak jalan gi sungailah, nak memberus mengetuk kain lagi.
terima kasih kepada teknologi, terima kasih kepada Allah yang telah mengurniakan akal fikiran kepada manusia senhingga berjaya membongkar rahsia-rahsia ciptaan dan sunnah Allah also known as "sains".
dan sekarang nampak tak hubung kait dengan persoalan adik tu kat facebook tadi?
belum lagi? oh memang saya niatkan untuk tidak terangkan lagi pon. huhu itu baru mukadimah. yelah, terhadap manusia-manusia era "fast food" ni, kita kena buat comparison dulu dunia zaman dahulu dan zaman sekarang. to lay a foundation bak kata omputih. sebelum pakai mekap, kena pakai foundation dulu kan. sebelum belaja gigi, kena belaja health science dulu kan. hah, begitulah.
bila adik tu post status kat FB, terus nak jawab pasal teori tu tapi jap eh. nanti. karang terbagi maklumat salah, terfitnah diri sendiri juga. kita google dulu teori pakcik eistein. setelah baca-baca, heh pening haku tak faham ni. dah lama tak belaja fizik, terus hilang sense of understanding towards physics term. tengok bidio la, mungkin lebih faham. atau baca teori relativiti untuk si dummy.
lepas tu ternyata alhamdulillah sudah grasp the basic and the gist of it barulah komen kat adik tu "theory of relativity :)" dengan yakinnya.
terima kasih adik syasya, kerana kamu, bertambah lagi ilmu saya.
so, apa kaitannya? teori tu menyatakan bahawa masa dan kelajuan adalah relatif kepada observer/pemerhatinya. masa juga adalah relatif kepada kelajuan/pecutan/acceleration. begitu juga sebaliknya. kiranya nak senang cakap, semua tu berkait rapat dan berhubung kait. ini mungkin tidak berapa accurate tapi insyaAllah lebih relevan dengan apa yang nak saya sampaikan. lagi-lagi dok cakap in bahasa melayu, ingat senang ke nak terjemah? tak pasal2 hari ni saya jadi penterjemah buku teks fizik nanti. nak tahu detail2 pasal teori tu, bacalah sendiri dan tengoklah vidionya.
seperti kaitan dengan masa yang pantas berlalu di zaman akhir zaman ini, samalah jugak macam masa-masa yang kita habiskan dalam sisa-sisa kehidupan kita ini. kalau kita banyak isi masa kita dengan buat kerja itu ini, maka nanti lajulah masa tu berlalu. bukan salah masa. tapi salah kitalah yang bagi masa tu laju. hah? haha..terbalik pulak, kalau kita bermalas-malasan, duduk termenung, jalan lenggang lenggok di kaki lima, usha sana usha sini, maka perlahanlahhhh masa tu kita rasakan. sebab tu orang yang bercinta selalu cakap camni "bila aku bertemu kau, kurasakan masa seolah-olah terhenti" (eh ni ayat drama swasta tau). sebabnya orang yang bercinta tu tak buat apa-apa pun, dok tenung sesama sendiri memanglah masa pun tak lalu nak layan mereka. ataupun "tak jumpa sehari kurasakan bagai setahun", sebabnya duduk termenung ingat kat orang yang tersayang je, maka masa dibuang sia-sia walaupun rasa panjang. tak ke rugi?
pelikkan? masa yang laju itu biasanya produktif dan kalau masa yang lembap itu lumrahnya tak produktiflah tu.
sebab itu Allah cakap dalam surah Al-Asr,
“demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kepada kesabaran”
kerana hakikatnya orang yang berpesan-pesan itu adalah seorang pendakwah yang menyeru orang ramai maka masanya sentiasa disibukkan dengan amalan-amalan kebajikan. sunnahnya pendakwah itu kan memang busy all the time. kalau tak busy tu, bukan pendakwah namanya *gulp*.. maka pendakwah itu masanya berjalan dengan sangat laju dan sudah pasti tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi. nak jadikan masa kita produktif, jadilah pendakwah yang sebenar-benar pendakwah yang menyeru ke jalan kebenaran dan kesabaran :)
wallahu'alam.
maka marilah penuhi masa-masa kita dengan kerja-kerja kebajikan dan amalan-amalan yang diniatkan kerana Allah agar segalanya menjadi ibadah di mata Allah. well we don't have the same amount of time, you know.
menariknya teori ini, ia juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan manusia secara psikologinya. memanglah tak berkait secara fiziknya tapi boleh diambil iktibar. apakah iktibarnya?
the one who observed can never understand the one who experienced
maka orang yang mengalaminya hanya ada Allah sahaja yang Maha Memahami :)
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment
komenla ape sahaja~♥~