Friday, May 14, 2010

♦ 62 tahun nakbah palestin

Salam ‘alaikum..
Size doesn’t matter..familiar kah anda dengan statement ini?
Indeed, size doesn’t matter. Kita pernah tengok orang yang bersaiz besar ditewaskan dengan orang bersaiz kecil. Sedangkan gajah pula takutkan tikus. Nyamuk seekor pula mampu membunuh manusia.

Tetapi realitinya bukanlah nyamuk yang membunuh manusia. Tetapi nyamuk membawa bersamanya tentera yang paaaling halus. Itulah virus. Tahukah anda berapa saiz sebenar virus? Google lah sendiri ye..yang pasti virus teramat halus sehingga takkan terlihat oleh naked eyes mahupun light microscope. Untuk melihat virus, harus melihatnya melalui mikroskop elektron. Begitu halusnya makhluk Allah yang satu ini.

Namun sehalus-halus virus, impak yang dibawanya terlampau besar. Besar sehingga boleh membawa manusia ke liang lahad. masyaAllah...bagaimana makhluk sehalus ini mampu menghancurkan sistem badan manusia? Bukankah manusia itu berjuta kali ganda lebih besar daripada virus? Bukankah manusia telah dilengkapi sistem pertahanan diri yang mantap?bukankah manusia mempunyai sistem penyelenggaraan badan yang canggih?

Strategi. Itulah senjata utama virus. Virus memasuki badan manusia secara senyap melalui saluran darah. Mempunyai sistem penyamaran yang hebat. Menceroboh masuk ke dalam sel-sel manusia dan menyalin salinan data manusia melalui nukleus lalu mengadaptasikan dirinya dalam sel manusia. Setelah itu melipatgandakan bilangannya dalam tubuh manusia secara pantas sekali dan terus bertindak agresif memusnahkan data2 penting tubuh manusia. Tubuh manusia hilang pertahanan, menjadi lemah.
Lets not get so detail into this scientific process.

Mukadimah yang panjang. Saya nak anda relate dengan sejenis virus yang lebih halus daripada rotavirus, rhinovirus, herpes virus dan segala jenis virus yang ada di dunia ni. Virus yang mikroskop elektron pun tak boleh nak detect.

Virus yang menghanyutkan umat Islam. ‘Nyamuk’nya sudah tentulah zionis. Tok ketuanya pastilah syaitan. Disuntik kita semua ni dengan virus ni sampai tak nampak dah isu dunia yang menimpa dunia Islam sekarang ni. Sindrom ‘akutidakpedulism’ ialah salah satu penyakit yang dibawa oleh virus ini. Melumpuhkan pancaindera kita dengan menjadikan kita buta,tuli dan bisu. Membekukan otak kita dengan hiburan-hiburan yang melalaikan. Menghitamkan hati kita dengan maksiat-maksiat. Itulah sindrom umat islam serata dunia.

Yang dibiarkan terus menderita siapa? Tu, saudara-mara kita kat palestin! Pakistan! Afghanistan! Iraq! Somalia! Lubnan! Umat Islam yang lain buat ape? Yang kat malaysia ni buat ape? Yang kat indonesia? Kat mesir? Kat jordan? Kat emirates?

Di sini saya fokuskan isu rakyat Malaysia dan Palestin je lah ye..saya sebagai pencinta palestin menyeru rakan-rakan sekalian pandanglah palestin. Itulah isu paling utama kita sekarang ni. Bukan isu nak cari pasangan hidup. Bukan isu putus cinta. Bukan isu nak final exam. Bukan isu merempit. Bukan isu world cup. Bukan isu perbalahan mazhab. bukan. Bukan. Bukan!

Why should we care so much about palestine? Masjid al-Aqsa, iaitu masjid ketiga paling suci terletak di palestin. ia adalah kiblat pertama kita. Palestin ialah tanah suci kita. Palestin ialah tempat persinggahan terakhir Rasulullah sebelum baginda diangkat ke langit dalam peristiwa isra’ dan mikraj. Palestin ialah tanah kelahiran dan tanah kematian nabi-nabi sebelum nabi kita. Palestin ialah tanah jihad, tempat tumpah darah banyaknya pejuang2 agama kita. Negara syuhada fi sabilillah (pejuang agama Allah). Dan di situlah nanti turun nabi Isa. Disitu jugalah keluarnya dajjal. Kemenangan terakhir islam ialah di palestin. wallahu’alam..

Paling penting, palestin ialah negara pertama di dunia yang dirampas secara terang-terangan dan dijadikan penjara terbesar di atas muka bumi ini. Penjara yang memenjarakan rakyat palestin sendiri. Rakyat asal negara palestin! apa yang terjadi di palestin melambangkan kuasa dunia yang langsung tidak adil! Kuasa dunia yang menidakkan hak kemanusiaan. Kuasa besar dunia yang zalim!

Bulan ini bulan May dan tahukah anda pada bulan ini berlaku peristiwa bersejarah dunia islam? 15 may 1948 mencatatkan tarikh penuh luka buat rakyat palestin. negara mereka dirampas dengan 2/3 tanah mereka diserahkan kepada israel. dan hingga kini things are not getting better in any ways. Pada tarikh itu, Israel declared their country. Mengisytiharkan negara haram mereka! Negara yang dibina atas dasar penindasan. Dibina atas pertumpahan darah anak2 jati palestin. Pada 21 Ogos 1969 pula masjid al-Aqsa yang suci telah dibakar oleh zionis bedebah itu. Ini hanya beberapa rentetan sejarah luka palestin.

Pada hari ini, keganasan israel terus bermaharajalela di tanah palestin. tembok besar dibina memisahkan rakyat palestin dengan rakyat israel (racist giler). Rakyat palestin disekat bekalan makanan, minuman dan ubat-ubatan sementara peralatan senjata israel bebas keluar masuk negara. Adilkah? namun masyarakat dunia umumnya hanya membisu. Malah ada yang tidak tahu langsung isu ini. Mana pergi kepedulian kamu wahai manusia especially the muslims? Berapa ramai yang ambil peduli isu ini? Ada yang bersedih namun tidak melakukan apa-apa untuk membantu rakyat Palestin. airmatamu langsung tidak membantu. Do something!

Isu palestin ialah isu umat islam sejagat. Jangan nak lari daripada isu ini. Umat islam itu hakikatnya bersaudara antara satu sama lain. Sehinggakan Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang muslim itu ialah ibarat satu satu jasad yang apabila salah satu bahagian disakiti maka seluruhnya akan merasa sakit. Apabila rakan muslimnya menderita, dia juga turut menderita sehingga demam. Derita rakyat palestin ialah derita kita semua. Kemenangan palestin ialah kemenangan kita semua.

Wahai rakan-rakan, maruah islam tercalar dengan amat dasyat dek permainan kotor yahudi. Sistem khalifah tumpas di turki dan setelah itu satu2 wilayah islam dijajah, dipecahkan dan diperintahnya. Anasir2 kufur diserapkan dalam sistem politik, sistem sosial, sistem ekonomi dan sistem pendidikan. Menjadikan orang islam hilang identiti. Menjadikan kita buta sejarah. Menjadikan kita lemah daya fikir, menjadikan kita buta hati. Menjadikan kita leka dan mementingkan diri sendiri. Menjadikan kita tidak peduli sesama kita lagi.

Kawan buat dosa, kita hanya memandang. Nak advance sikit, mengumpat di belakang macamlah diri sendiri baik sangat. Jiran buat maksiat, kita senyap. Buat topik gosip pulak. Sedara masuk lokap, kita tak mahu mengaku sedare. Kita tak peduli. “Kau susah aku peduli apa”. “Kau masuk neraka sorang2 lah”..”kubur kau dengan kubur aku lain2, nak kisah apa”..”rakyat palestin menderita?ah palestin tu pun aku tak tau kat celah mana. Banyak lagi masalah hidup aku nak selesaikan.”

Di akhirat nanti hak2 masing2 pasti akan dituntut. Anak2 palestin akan mengadu kepada Allah “kami menderita di tanah sendiri. Dimanakan umat islam yang lain di saat saudara mereka memerlukan? Mereka tak buat apa2, ya Allah..malah mereka turut menyumbang kepada penderitaan kami”

Sesungguhnya umat Islam itu saling bersaudara. Sesungguhnya derita mereka ialah derita kita. Bangun dari tidur dan bantulah mereka. Daripada membuang masa berhibur, gunakan duit itu untuk menderma kepada mereka. Bukak website2 palestin, pasti ada tabung derma. Pasti ada aktiviti2 mereka. Joinlah aktiviti2 mereka.sebarkan isu palestin kepada dunia. Tulis dalam blog. Tulis dalam emel. Sebarkan. Biar semua tahu. Daripada forward emel2 mengarut, inilah masanya untuk menambah saham untuk akhirat.

Tulislah skrip drama tentang isu palestin. tulislah lagu tentang isu palestin. lakonkanlah filem/drama berkualiti yang dapat meningkatkan kesedaran umat Islam. Adakanlah konsert2 amal yang menyeru ke arah perpaduan umat islam sambil menyumbang kepada palestin. sebarkan flyers2 tentang palestin. dedahkan isu ini kepada kanak2 melalui pertandingan mewarna, bersajak, menulis cerpen dan lain2..banyak lagi..tak terkira..nak seribu daya..tak mahu seribu dalih..

Selain itu putuskan hubungan dengan israel. Jangan fikir langsung nak berdamai dengan mereka kerana hakikatnya takde perkataan damai dalam kamus zionis. Berapa perjanjian yang mereka dah buat dan mungkiri? Damn israel. BOIKOT barangan2 mereka. These few companies are the core contributors towards israel movement: McDonalds, Starbucks, Loreal, Coca Cola, Nestle (maggi,milo etc)..boleh mulakan boikot those brands sekarang. Boycott can really make a difference. Just check the history la..tinggal lagi kita nak atau tak. Tak nak seribu dalih, nak seribu daya..sanggup ke anda makan McD sementara duit yang anda bayar tu diguna untuk bunuh kanak2 palestin? fikirkanlah..rakyat antarabangsa pun boikot israel inikan pula muslim sendiri..bersatulah dan lets make a difference. Sekalipun terasa macam tak berbaloi je boikot tu, insyaAllah ia jadi saham berharga di akhirat nanti. Menjadi hujjah untuk berdepan dengan saudara2 palestin yang teraniaya.

Paling penting jangan lupa doakan rakyat palestin dan seluruh umat islam yang tertindas. Jangan berhenti doakan mereka. Baca qunut nazilah untuk memohon bantuan Allah. Sensitiflah terhadap masalah ummah. Janganlah kita mementingkan diri sendiri.

Sekalipun kita tak mampu menyertai jihad mereka di tanah palestin, sumbangkanlah sesuatu untuk membantu mereka sekalipun hanya sebaris doa. Tapi saya pasti kita semua pasti nak buat sumting yang lebih kan :)..insyaAllah islam akan menang..palestin pasti jadi milik kita suatu hari nanti! Allahuakbar! jom kita sama2 doa..

“Ya Allah, bukakanlah pintu untuk para pejuang. Hilangkanlah kesulitan dari mereka. Selamatkanlah mereka dari tipu daya yang menjerat dan dari semua orang yang munafik dan pendusta. Ya Allah, himpunkanlah hati-hati mereka dengan kekuatan-Mu wahai Rabb Pemberi Nikmat. Ya Allah, ikatkanlah antara hati-hati mereka, kukuhkanlah hati-hati mereka, tepatkanlah tembakan mereka, luruskankanlah pandangan mereka dan jadikanlah untuk mereka jalan keluar dari setiap kesulitan.Ya Allah, campakkanlah perasaan takut dalam hati musuh-musuh kami dan datangkanlah bantuan daripada tentera-tentera-Mu...ameen..”


Segala silap dan salah harap diampun..wassalamu’alaikum wbt..

4 comments:

  1. wahhhhhhhhhhh...
    entri yg sgt pjg yg sgt terkesan..
    ya, sy terfikir apa yg rkyt msia buat(trmasuk saya) ktka saudara di sana masih menderita..
    dan ttba sy teringatkan cerita "ten minutes"

    ReplyDelete
  2. yes "10 minutes"...kita sdg sibuk cuci gambar (based on that film)

    ReplyDelete
  3. teruskan menulis dhuha!!!
    saye suka =)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..insyaAllah :)

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~