Friday, February 20, 2009

♦ 6 perkara yg disembunyikan Allah

this article has been sent by my aunt thru email n i juz wanna share it with all the readers

6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi dikhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilahJibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat
jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan............

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung didalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


HATI AKAN MENJADI TENANG........

Hati akan menjadi tenang andai jasa ibubapa sentiasa dihargai

Hati akan menjadi tenang andai ikhlas mencurah bakti
Hati akan menjadi tenang andai amanah dalam mencari rezeki

Hati akan menjadi tenang andai menyedari kekurangan diri
Hati akan menjadi tenang andai tiada niat untuk memuji diri
Hati akan menjadi tenang andai tanggungjawab dilakukan tanpa mengharapkan dipuji
Hati akan menjadi tenang andai sikap cemburu, hasad dengki dan iri hati ditolak ke tepi
Hati akan menjadi tenang andai jiwa tidak memberontak tidak puashati
Hati akan menjadi tenang andai rakan sekerja dianggap saudara sendiri
Hati akan menjadi tenang andai sedar diri hanya pinjaman dibumi ini
Hati akan menjadi tenang andai mengetahui semua insan tidak sempurna diri
Hati akan menjadi tenang andai mampu bersyukur dengan apa yang diperolehi
Hati akan menjadi tenang andai sedar kemampuan diri
Hati akan menjadi tenang andai dapat mengawal emosi
Hati akan menjadi tenang andai kognitif sentiasa bersih dan murni
Hati akan menjadi tenang andai ada rakan yang begitu empati
Hati akan menjadi tenang andai diri tidak lagi disalah erti
Hati akan menjadi tenang andai terluah apa terbuku di hati

HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.......

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat
kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

2 comments:

  1. satu informasi berguna..
    mintak nak copy nak post kat my blog
    thanks

    ReplyDelete
  2. salam..good post..
    minta pinjam nak post kat my blog

    ReplyDelete

komenla ape sahaja~♥~