Wednesday, December 31, 2008

♦ couple, love n marriage part 3

hari ni aku tlah meronda-ronda lagi internet ke tempat2 lepakku, iluvislam.com utk mencari-cari info tentang hal ni. terlampau banyak yg aku rase nk share ngn korg sume smpai aku xtau nk tulis mcm mane. aku cadangkan korg g la jenguk2 artikel yg aku baca ni n renung2kanlah. artikel2 yang sungguh menginsafkan dan membuat diri merasa penuh dosa. so marilah kita same2 melakukan pembersihan diri mulai sekarang. i repeat, SEKARANG! jangan ditangguh-tangguh lagi. sila klik mane2 link di bawah for further info regarding this issue.

  1. anda sedang bercouple ya..?
  2. pengakuan lelaki terhadap wanita
  3. nak 'couple' boleh tak??
  4. ketahuilah wanita lelaki teransang 30 kali sehari
  5. bagaimana bercinta cara islam?
  6. menginstall iman akibat virus merah jambu
  7. risalah vs cinta
  8. ibadah itu cinta
p/s: artikel2 kat iluvislam.com sgt la menarik.sila2 la rajinkan diri utk melepak di sane sengihnampakgigi..ni je yg aku sempat baca today. so yg ni je yg aku leh link kan wat mase ni..kalau korg nk baca lebih2, leh bukak archive artikel kat website iluvislam..jgn lupa bc gak komen2 kat sne.best! insyaAllah klu aku baca artikel2 menarik kat mne2 lg, aku akn link kn kat sini.

♦ couple, love n marriage part 2

dalam part 2 ni plak aku nk share artikel yg seingat aku, aku dpt mase bulan aug 2007 from buletin friendster. artikel ni ialah artikel pertama yg menyedarkan aku ttg hakikat couple. ape yg aku dah alami lebih kurangla mcm artikel ni.

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."



******



Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.



*******



Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya..


itu saje utk entry kali ni. insyaAllah akn bersambung ke part seterusnya.semoga aku istiqamah dlm hal ni. wassalam..

♦ couple, love n marriage part 1

salam..
wahaiii...topik ni topik yg subjektif yg kalo boleh aku nk elak. namun lately ni asyik la terserempak ngn artikel2 cmni so aku rse aku mesti share sblm ilmu itu hilang...

1st; soal bercouple in islam. da staun lbih aku membuat research dlm bidang ni. agk2 ley dpt phd x?? ahaha..aku bkn la wat research gempak2 seperti mencari buku2 or journal..aku jz membaca-baca artikel then membuat pemerhatian ke ats dri sendri n org lain..aku berfikir-fikir sendiri..menimbang-nimbang mcm2 views from many parties..n finally aku dapat menyimpulkan yg xde istilah bercouple in islam, bercouple ni tak menarik, xbagus, xdigalakkan..aku xbrani nk kata haram sbb sape la aku utk mnetapkan hukum hakam ni. lgpun definisi couple tu sendri masih kabur. ade org kata mereka couple tp xpernah jumpe, call2 mahupun msj2..cuma mereka berhubungan utk ke arah perkahwinan. aku xrase itu dipanggil couple. itu dipanggil bertunang. tp yela mungkin mereka xbertunang secara rasmi. so pedulikan la kes2 terpencil tu. yg penting aktiviti yg menghampiri zina adalah dilarang n xmembawa kebaikan pn. aku sbg org yg pernah terjebak mmg da nmpak la kesan2nye itu.

Allah pernah berfirman, di antara lelaki dan perempuan itu, ade syaitan di tgah2nye. cakapla iman korang kuat macammanepun, korg ttp akn digoda. ingatlah, smakin kuat iman seseorang, smakin kuatlah ia digoda. takkan boleh dielak la.mungkin korang bernasib baik dlm pertemuan ptama yg mana korg xde body contact langsung. namun syaitan akn menggoda anda utk mengadakan pertemuan kdua,ketiga dan strusnya..and korang ingat syaitan tu maintain je ke usaha dorg? NO! mereka akn melipatgandakan usaha mereka ok. waktu itu korg akn jadi lalai. lupa tuhan. korang rase dunia tu korg yg punya. hati korg berbunga-bunga dgn cinta terhadap psgn msg2. utk tahu dgn lbih detail lg tanda2 org yg dah jatuh cinta ni, aku hnya memetik tulisan ibnu qayyim al-jauziyyah dlm bukunya yg berjudul 'taman orang2 yang jatuh cinta dan memendam rindu'. buku ni aku xbaca lg. aku cuma memetik.
Pertama biasanya ia selalu menghujamkan pandangan matanya pada orang yang dicintainya, kedua malu-malu jika orang yang dicintainya memandangnya. Ketiga ia akan banyak mengingat, membicarakan dan menyebut nama orang yang dicintainya. Kemudian ia tunduk pada perintah orang yang dicintai dan mendahulukan kepentingannya daripada kepentingannya sendiri. Lalu orang yang mencinta bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai, memperhatikan perkataan orang yang dicintai dan mendengarkannya, mencintai tempat dan rumah sang kekasih, segera menghampiri yang dicintai bila dipanggil.

Selanjutnya ia akan ikut mencintai apapun yang dicintai sang kekasih. Jika akan mengunjungi orang yang dicintai jalan yang dilalui terasa pendek meskipun jaraknya jauh sekali. Dan biasanya ia akan salah tingkah jika sedang mengunjungi atau sedang dikunjungi orang yang dicintai. Lalu ia akan gemetar tatkala berhadapan dengan orang yang dicintai atau tatkala mendengar namanya disebut. Jika ada orang lain yang membahasnya ia akan merasa cemburu. Menyenangi apapun yang menyenangkan orang yang dicintai meskipun sebenarnya kita tidak menyukainya. Ini merupakan salah satu keharusan kerana sedikit berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai, rasanya merupakan kewajiban.

Ciri-ciri orang yang sedang jatuh cinta selain yang disebut diatas adalah ia akan mempunyai kebiasaan baru iaitu suka menyendiri dan helaan nafas panjang yang kerap dilakukan. Dan tentunya ia akan selalu berusaha untuk menghindari hal-hal yang akan meregangkan hubungan kerana yang dicari pastilah kecocokan antara orang yang mencintai dan orang yang dicintai. Pada akhirnya ia akan tunduk dan patuh pada orang yang dicintai.

jadi nilaikanlah sendiri. alhamdulillah demi membuat entry ni, aku tlah tjumpe petikan ni so sgt membantu utk aku memahami perasaan sendiri n skrg aku da phm..anyway, bersyukurlah korg klu korg ade perasaan ni sbb mmg indah sgt perasaan ni. cuma berhati-hatilah jgn smpai keindahan dan kesuciannya dicemari dgn noda2 hina. tp bila manusia mula merasa perasaan cinta ni, di mana cintanya terhadap Sang Pemilik cinta ni? yakni khaliqnya? baguslah kalau korg bersyukur n tak melupakan cinta Allah. tp seringkali manusia terlupa. lupa tuhan kerana cinta kpd manusia yg lain.

ye aku tau ade yg ttp solat n melakukan sume aktiviti2 agama yg membuktikan mereka ni xlupa tuhan. tp bukan ke solat leh mengelak maksiat? klu da solat tp still wat maksiat, ape maknenye tu? mknenye solat korg x ditrima la. solat yg xckup ikhlas. sia2 je wat. nauzubillah..kita mengorbankan masa dan tenaga utk solat tp alangkah ruginya kalau solat kita x diterima.

solat tu ade 9 pringkat. pringkat tertinggi ialah bila ia bjaya mencegah manusia drpd sgala maksiat. itulah solat yg khusyuk. xramai yg boleh capai peringkat tu. solat peringkat yg terendah ialah solat org2 fasik yg masih bergelumang dgn dosa. hrp2 kita semua bkn dlm golongan ni. renung2kanlah..utk info lanjut pasal peringkat2 solat ni, sila singgah di blog saudari zahraannur. dan sebenarnye sebelum ni aku hnya tau ade 3 je pringkat solat. disebabkan nak tulis entry ni, aku kna la make sure btol2 bab peringkat solat ni maka aku tlah wat research n jumpe 9 peringkat n details nye skali. alhamdulillah skali lg aku dpt input. n sedar solat aku masih di thp x cukup sifat lg. nampaknya aku kna improve kualiti solat lepas ni. jomlah kita same2 mningkatkn kualiti solat kita. ingatlah solat itu tiang agama.

back to the issue, lazimnya cinta sesama manusia yg bukan muhrim akan diporak-perandakan syaitan. tp manusia tak pernah sedar mereka sdg diporak-perandakan malah mereka rase seronok, bahagia, dilamun cinta la katakan. makin lama makin jauh mereka dr tuhan mereka. tanpa sedar hati dorg pun da gelap. nasihatlah mcm mane pun bhw couple ni x elok, dorg mesti akn cari seribu satu alasan utk menegakkan benang yg basah. kawan2, perasaan cinta ni kalau dilayan selalu maka jadilah cinta buta. sume tentang pasangan nampak elok sampai hal2 agama pun da xsudi nak endah. kalau bgtau pasangannya curang pun, haramla mereka ni nak percaya. mcm nk bergegar bumi dorg defend pasangan msg2. kita yg tukang tengok ni sedih jugak. mampu doa je supaya satu hari mereka sedar. setan pulak syok je wat standing ovation kat manusia2 yg dah tenggelam dek cinta nafsu ni. mereka bertepuk tangan tahap giga sbb usaha utk menyesatkan manusia semakin membuahkan hasil. tlg la jgn bg setan2 ni gembira.

meminjam petikan artikel drpd laman web iluvislam,ade 6 perkara yg perlu korg fikirkan sebelum melangkah ke alam percintaan ni.
  1. sudahkah anda bersedia utk bercinta?iaitu bersedia dgn risiko2nye.korg mesti kna amik tahu risiko2 bercinta.
  2. apa matlamat anda bercita? pastikan matlamat itu suci bersih yakni menuju ke arah perkahwinan.kalo sekadar nk suka2 puaskan nafsu sendiri or sje2 nk memberi harapan palsu kat org lain,sila hentikan niat anda. bak kata org, bila anda dh menunjukkan minat anda kt seseorang tu, korang da menanamkan satu harapan dlm diri org tersebut. pandai2 tanam harapan, pandai2 la suburkannya sampai berhasil ok.
  3. mengapa anda bercinta? tolong pastikan niat anda bersih.
  4. apa modal utk bercinta? kata2? tulisan? maruah diri?
  5. berapa lama anda nak bercinta? slama-lamanya? oh tolongla..
  6. kos cinta:- prepaid, postpaid, bil letrik, minyak kereta, hati, bla2...
so nak bercinta? terpulanglah. jgn menyesal..bermain cinta ibarat bermain api. risikonye, diri sendiri akan terbakar.matlamatnya?ape matlamat main api? main2..suke2..mengapa main api?api itu cantik..bila berjaya mnyalakan api,trase hebat..seronok tgk benda dimakan api.apa modal utk main api? mancis,lighter,minyak tanah yakni benda2 yg membakar..berapa lama nak main api? selama-lamanya?xkanlah...api akn terpadam jugak bila tiba masanya.mestilah sekejap je nk main api.kos main api?duit,mase,airmata..

2nd; sebab2 yg menjadikan couple ni tak dibolehkan ade 5.tu yg aku jumpe la. mungkin readers could add some more.
  1. niat yg xbaik. contohnya, hanya nak bersuka-suka sbb kwn2 yg lain pn ade partner msg2. ade jugak org yg bercouple sbb nak puaskan nafsu sndiri. nak treat pasangan mcm isteri sndiri without ikatan yg sah. atau saje2 suke tgk hati dan perasaan org lain dipermainkan. all in all, sume niat ni hanya berlandaskan nafsu semata-mata. hubungan bukan muhrim ni ptut ditujukan ke arah marriage.dats all. as simple as dat. dan mestilah disegerakan sblum syaitan dpt mnghanyutkan korg lg.
  2. melampaui syariat agama. tahukah korg batas2 pergaulan lelaki dan perempuan dlm islam? batas2 ni diwujudkan demi menjaga maruah masing2 n kesucian islam itu sendiri. xboleh berdua lelaki dan perempuan melainkan ade org lain yg teman. tp zmn skrg ni tukang teman (chaperone) pn xle nk prevent kapel2 ni frm melanggar batas2 pergaulan. so aku pun rse cm xde fungsi je kalo teman org dating. kalo cmtu lebih baik korg x ikut mereka drpd korg ikut n dikategorikan sbg bersubahat dgn mereka. aku rse dlm hal2 ni kalau perlu nak kluar ngn psgn, lebih baikla bwk parents sendiri. atau kwn yg btol2 strict dlm agama. no dating. no touching. no talking with 'manja' voice. no staring. JAGA. TOLONG JAGA. bnda2 yg kecik ni ssguhnya leh mbawa bncana yg besar dlm hidup korg.tlg dgr kata2 drpd org yg da nampak sume ni. i'm not talking facts semata-mata..i'm talking based on what i see, what i experienced n what i heard. bila kita menggunakan sume deria tmasuk the sixth sense iaitu mata hati, barulah kita nampak. firman Allah, "laa taqrobuzzinaa.." iaitu jgnlah kamu dekati zina. zina is obviously haram. dan Allah juga melarang manusia buat bnda2 yg mendekati zina. diulang, Allah MELARANG. kalau kita buat bnda yg Allah larang, tentulah Allah murka dan tentulah buruk akibatnya. dan aku berpegang pada kata2 ni: yg haram tetap haram. stop questioning it.Allah maha mengetahui akn ape yg dikerjakan-Nya.
  3. menjatuhkan peribadi/maruah wanita. dengan bercouple, akan ade la aktiviti2 berdating ke sana sini. girlfriend akn diusung merata-rata. dan yg menjadi mangsa fitnah ialah wanita. wanita lebih senang difitnah. org2 akn mula bercakap-cakap belakang. tak malu ke perempuan ni dgn bangganye membonceng motor sipolan2..tak malu ke perempuan ni berkepit spjg mase ngn sipolan2..parents dia x ajar ke?ini adalah kata2 belakang yg sering didengar. n kdg2 org akn ingat pompuan ni dah dimiliki laki tu. so bila da breakup, org akn wat mcm2 assumption. suci lg ke pompuan ni? nape pompuan ni ditinggalkan? n mcm2 lg la. kalau yg bertudung,lagila teruk dikata org.pompuan ni pakai je tudung tp mcm xblaja agame je.(sorry if sume kata2 td kedengaran agak kasar.mmg itu realitinya.)sume ni hanya menjatuhkan maruah wanita. dlm islam, Allah memelihara martabat kaum wanita, sbb tula diwujudkan batas2 pergaulan ni. n secara xlangsung, menutup mulut org drpd bercakap-cakap buruk ni. selain dpt elak dosa kat diri sendiri,dpt gak tlg org lain kurangkan dosa peace
  4. membazirkan wang ke arah yang tidak wajar. aku rase sume org sedia maklum la hal ni. berapa byk duit kita yg habis disebabkan nak menjayakan aktiviti couple ni. berbaloi ke? berkat ke harta yg dibelanja tu? lebih baikla diderma kat tabung2 masjid ke, kebajikan ke..xpun dilaburkan utk menuntut ilmu. atau belanja utk family ke..or belanja utk menghiburkan diri sendiri je cam beli buku2,novel2,laptop dll jelir [p/s: jgn mbazir lak.mbazir itu prangai syaitan-aku xtau ape yg syaitan bazirkan sbnrnye.mungkin mase dan tenanganya yg dibazirkan ke arah sesuatu yg sia2?wallahualam..]
  5. membuang masa ke arah perkara yang tak wajar. yang ni lebih kurang sama cam reason number 4. drpd mase tu digunakan utk dating,calling2 di tgah2 mlm buta..lebih baikla guna mase tu utk study or solat2 sunat..or at least guna utk diri sendiri contohnya muhasabah diri..ataupun mengeratkan silaturrahim bersama rakan2..kenyit
adakah kalau anda xde melakukan perkara2 di atas, anda boleh bercouple? pd pandangan aku, kalau xde perkara2 di atas ni, bukan kapel namenye. nway fikir2kanlah..pandai2 la wat pertimbagan sendiri. hujah2 da ade. info2 da ade. ape yg patut disampaikan dah terlukis di depan mata. tinggal lg diri sendiri utk membuat decision yg tepat.

aku cuma nak berkongsi pengalaman aku selepas aku quit drpd alam couple. yes aku nampak kebenarannya kenapa couple ni xdigalakkan n aku nampak akibatnya bila aku ignore dakwah yg menghalang couple. masa tgah couple, aku diberikan hidayah tentang hal ni so aku quit couple. namun manusia mudah lupa. manusia xterlepas drpd mbuat ksilapan. n aku tersilap langkah bila aku revert ke alam couple. bila 'wahyu' dah sampai n kita ignore 'wahyu' tu, tunggulah balasan Allah pasti sampai. aku terima balasan tu walaupun sakit utk diterima. padan muka aku. tp aku bersyukur. dah single ni la aku dpt gunakan masa aku sebaik2nya utk muhasabah diri, baiki ape yg patut, belajar erti redha,kasih sayang, sabar, ikhlas, tabah, pengorbanan, dan jugak lebih mengenal Allah dan Islam. nikmat jd muslimah lebih trase. percayalah. rase mcm dpt satu kebebasan. bebas drpd belenggu dosa, bebas drpd perasaan ragu2. sbb mase couple dulu aku slalu rase ragu2 dgn relationship tu. i mean after dgr psl 'pengharaman' couple tu, aku xsng duduk la. runsing je. nak sebarkan kt org,rase serba salah lak sbb diri sendiri still bercouple.asyik suh boyfren msuk mminang n nikah cpat je. resah gelisah la pendek kata. nak ajak bf convert,satu hal. sampaikan nk tutup aurat secara proper pun trase serba salah sbb yela nak kua dating tp pkai cm ustazah.cam kontra semacam je.jd keinginan aku utk brubah time tu cm tersekat-sekat. nk jd muslimah sejati tp couple? camne tu? nak lepaskan boyfren,trase sayang. mmg la aku dlm dilema waktu tu. akhirnya boyfren yg tinggalkan aku..baguslah..Allah tlg aku.Dia makbulkan doa aku supaya permudahkan jalan aku utk berubah ke arah yg diredhainya.aku hanya paham sume tu bila aku dah single. itulah hikmah terbesar.sungguh, Allah maha mengetahui.

jam menunjukkan 5 pagi. azan subuh akan berkumandang xlama lg. tp xde isu marriage lg kat sini. izinkan aku mengundur diri dulu. azam baru aku,nk segerakan solat!hehe..ade byk lg yg aku nk kongsi actly. insyaAllah akn bersambung di part 2.

akhir kalam, maafkan ketersasulan n kekasaran bahasa aku. maafkan jugak kalau aku tersilap cakap ke,tersilap eja ke,terbuat org trasa hati ke..aku hnya manusia biasa yg xlepas drpd mlakukan kesilapan. apa yg baik, harap disebarkan dan dibuat renungan. ape yg kurang, hrp diperbetulkan. aku hnyalah amateur dlm pnulisan berbaur islamik/dakwah ni.(agak segan utk menggelar hasil tulisan aku as dakwah sbb aku xde rupe mahupun ilmu seorang dai'e..huhu.oleh itu aku ltak under kategori motivasi.hrp maklum.)

wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Tuesday, December 30, 2008

♦ top 10 questions regarding hijab


my friend td tlah forward dis video n its hilarious!silalah menontonnya.

Wednesday, December 24, 2008

♦ penawar qolbu..

currently melayan lagu2 di bawah..sje nak share ngn korang sume videos ni..best2..silekan layan..penawar hati jiwa dan raga serta bakul...hehe..









Wednesday, December 10, 2008

Reiza nk cmpur tgn

assalammualaikum w.b.t..
sebagai rakan admin, aku rase bersalah x post ape2 kat blog ni dhu!haha.perjalanan novel aku msh di bab 1 lg.
hehehe
thanx la dhu coz jemput aku jd admin.aku pon br wat blog gak
hu..
hmm..aper nk citer ek?
td aku g jln2 ngn family kat lowyart(betulkn cam akak aku), times square(bli bj yg comel 2 helai!) then g klcc, coz along aku kene g ofis jap di sebabkn dier memonteng keje ari neh.
hu...sesungguhnyer, like sister,like sister.haha
ujan sgt la kuat n lebat td, smpai kepala pon dh pening skang neh, migrain lg.
well, skang neh aku der agenda baru. aku nk improve diri aku yg sggh byk kekurgan dr pelbagai segi. dat's y kalu der mase aku akn on9, carik info2 yg bergune tk idup neh.
kawan2, doa2kn la reiza berjaya improve diri..nk kalahkn dhu gak. nk jd calon isteri yg perfect r almost pun ok la dr sudut Islam. aku bc pasal wanita pertama masuk ke syurga. pergh! gler ah nk jd isteri mcm tu. sedgkn arahan mama pn aku byk lggr.hu...bu nothin' is impossible rite?
hu...
k la. sbagai permulaan tuk promote diri.
salam.....