hari ini 27 may 2010...tinggal lagi 19 hari untuk meninggalkan bumi malaysia. cepatnya masa meninggalkan saya padahal saya rasa macam saya masih lagi berusia 20 tahun. ceh..seolah-olah saya tak bergerak langsung-langsung. hanya masa yang memintas saya bagai pedang memintas mangsanya.
tapi bila flashback balik kehidupan ini since 2.5 years ago, i have actually made a big move in my life. i was no longer the same as i was before entering IMU..i have changed with time..like almost every aspects in my life have changed.
bila packing-packing barang dan terjumpa item-item lama sambil terjumpa tulisan hati yang tertulis di merata-rata kertas dan buku serta entry2 lama dalam blog, yes dalam masa 2.5 years banyak yang saya dah ubah dalam diri dan luar diri.
HIJRAH. itu yang saya buat dan saya belajar paling banyak di IMU. melakukan penghijrahan dalam hidup. penghijrahan dari segi segalanya dalam diri. anjakan paradigma, social circle, hati dan perasaan, spirituality, penampilan etc..
saya menjejakkan kaki ke IMU pada 25 februari 2008 as a simple childish little girl yang otak sarat dengan kisah2 cinta korea, muzik2 punk emo gothic, angan2 menggunung, fashion stuff, pendek kata i have my own sweet world inside my mind..i dont care so much about others. i was so much detached from reality. i was spoiled. but i was very thankful at that moment sebab finally saya dapat jugak masuk universiti setelah berhempas pulas mencari tempat untuk further study.
i stepped into the faculty of dentistry just for the sake of fulfilling my parent's dream and my sponsor's expectation. but of course being a first semester student, i was so enthusiastic although i dont have the passion. pelik gak la tapi sangat2 enthu di waktu itu..the first week of IMU, sangat rajin pegi library. baca buku anatomy & physiology (marieb) secara rambang. sebelum lecture start dah prepare awal2 dengan membaca marieb. huhu..
walaupun tiada minat dan tiada cita-cita nak jadi seorang dentist, di masa itu i made a promise to myself 'i will graduate as a dentist and i will make mak and abah proud of me. if along the journey i failed, i will standup again on my own and will never give up'..itulah janji-janji manis yang dibuat oleh diri sendiri pada semester 1..sebab saya tak dapat placement kat mana-mana australian universities setelah tamat AUSMAT, saya berasa amat bersalah kepada mak dan abah. sebab tu saya akan make sure saya takkan kecewakan mereka lagi.
namun saya hanya enthu pada minggu pertama. kemudian saya dilanda sakit hati yang dahsyat bila ditinggalkan kekasih hati. sakitnya berlangsung selama lapan bulan lah secara totalnya. saya lupa segala janji pada diri dan sibuk menagih janji kat orang lain pulak. like hello2!! janji kat diri sendiri pun diabaikan..dhuha dhuha...semangat untuk belajar jatuh merudum..skipped lectures like almost two months. kalau pergi pun, hanya jasad je dalam lecture hall.
April 2008. this was when i met a new society. IMU Muslim Society (MSOC). saya join orientation msoc untuk melupakan segala kesedihan. masa tu saya rasa macam saya di dunia baru. dunia yang semuanya baik-baik. muka semua orang nampak sungguh menenangkan. especially kakak-kakak seniors. saya rasa macam..tak boleh explain....sejak itu saya rajin ikut program msoc..walaupun tiada satu manusia pun dalam msoc yang tahu masalah hati saya yang kritikal itu, tapi Allah tahu lalu Allah membukakan hati saya untuk setia ikut program msoc dan melalui program msoc, sikit2 hati saya healed. seperti kata mak 'awak kena join the right people, the right jamaah of good people supaya awak tak tersasar'
hati adalah medan peperangan antara good dan evil. antara syaitan dan malaikat. dan waktu sedih dan marah merupakan the most fragile condition untuk peperangan ini. kalau exposurenya baik, hati memang akan cenderung sangat untuk ke arah kebaikan. tapi kalau exposurenya tak baik, nauzubillah hati amat cenderung ke arah kejahatan. alhamdulillah saya amat bertuah kerana dikelilingi orang yang baik2 semasa saya punya hati sedang dalam keadaan fragile.saya sedih dan marah at the same time for a period of time.
setelah lapan bulan, hati saya tenang dan lembut semula. saya mula fokus kembali. saya mula ceria balik. saya dah tahu tujuan hidup saya. dah nampak haluan saya yang seterusnya. saya dah nampak jalan bahagia. saya mula susun jalan hidup saya. mula berniat dan bertekad untuk berhijrah, melakukan satu turning point dalam hidup ini. sepanjang lapan bulan mencari arah tuju, saya amat rapat sangat dengan Tuhan saya. saya rasa seperti mati hidup semula. saya rasa ada roh baru dalam diri. saya rasa seperti seorang hamba yang baru mengenal Tuhannya. saya klasifikasikan diri saya masa tu sebagai seorang muallaf sebab serius saya punya pengetahuan tentang Islam dan tentang Allah amatlah rendah rupanya.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu; dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus, ayat 57)
Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
"Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama."
"Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama."
2009 merupakan tahun yang saya melangkah dengan yakin. saya mula menjadikan taklim di surau sebagai rutin. menjadikan membaca bahan-bahan agama sebagai rutin. mendidik diri supaya istiqamah dalam melakukan ibadah sunat. mula refresh balik hafazan al-Quran. saya paksa diri untuk solat di awal waktu. saya cuba berdisiplin dalam menguruskan masa tapi yang ini memang selalu terkucil. saya paksa diri untuk rajin study. tapi selalu je syahid semasa study. huhu..saya juga mula mengenal dakwah pada tahun ini. saya juga mula perlahan-perlahan untuk menutup aurat dengan sempurna pada tahun ini. selain itu saya juga mula meninggalkan muzik2 lagha yang saya selalu layan dulu. mendidik diri untuk selalu dengar muzik/lagu yang ada unsur-unsur ketuhanan/nasihat. saya tak minat nasyid, seriously..but bermula dengan paksaan diri beserta azam untuk berhijrah, lama2 bila dah selalu dengar, saya pun jatuh cinta.tadaaaa...!! di mana ada kemahuan di situ ada jalan. saya banyak jumpa insan2 soleh dan solehah pada tahun ini. alhamdulillah they inspired me.
2010 tak banyak untuk diperkatakan sebab baru halfway thru. may 2010 berakhirla sesi pembelajaran dekat IMU. tak banyak perubahan yang dibuat pada tahun 2010. lebih kepada improving what have been done and cuba sedaya upaya untuk istiqamah. setelah banyak berhijrah dari segi dalaman, akhirnya jun 2010 akan berhijrah secara perpindahan tempat pulak. harapan saya semoga saya menjadi hamba Allah yang lebih baik setelah kembali ke tanah air. saya ingin belajar lagi dan memperbaiki diri lagi. yang bakal dirindui giler2 tentang IMU ialah kawan2,patients,lecturers dan MSOC semestinya!
subhanallah walhamdulillah setiap yang Allah jadikan itu penuh hikmahnya..bila saya kira-kira balik, sungguh tak terbilang dengan jari mahupun kalkulator! Apa yang Allah tarik, pasti Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. saya amat2 percaya dengan janji Allah itu. Allah tak bagi saya fly aussie, tapi Dia bagi saya fly new zealand. lebih best, insyaAllah! Allah tak bagi saya fly pada tahun 2008 tapi Dia bagi saya fly tahun 2010. sebab mungkin iman saya belum cukup tebal untuk ke luar negara. Allah sayang saya. Dia nak saya kuat akidah sebelum pergi. kalau saya fly 2008, mungkin saya akan tersasar sebab pada tahun itu juga saya breakup. alhamdulillah..Allah takdirkan saya breakup supaya saya tak couple lagi. Allah sayang saya dan mahu pelihara saya. mungkin kalau saya terus bercouple, saya akan buat dosa besar.nauzubillah..saya percaya Allah dah sediakan suami terbaik buat saya. jadi saya tak runsing langsung kalau tak bercinta sebelum nikah.
dikesempatan ini saya nak ucapkan juataan lemon terima kasih buat sahabat2 yang sentiasa berada di sisi, bagi nasihat, bagi semangat secara langsung atau tidak langsung. orang2 kuat MSOC, terima kasih untuk segala program yang diadakan. anda mungkin tak sedar yang aktiviti2 anda sungguh banyak membantu saya walaupun sepanjang saya kat IMU dah 3 kali tukar presiden :)..anda juga mungkin tak sedar yang diri anda sendiri telah banyak bagi inspiration kat saya. akhlak dan contoh tauladan merupakan medan dakwah yang berkesankan...
last but not least, akhirnya di kawasan minority muslim, Islam betul-betul hadir dalam jiwa ini..subhanallah~
"Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman." (Surah al-An’am, ayat 125)
”Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”(QS. Al-Ankabuut [29]: 69).