Sunday, June 5, 2011

kisah arnab dan kura-kura

ok hari ni mari kita story telling. sape ingat kisah arnab dan kura-kura ni? cerita femes kot! siapa yang tak ingat memang nak kena lah ni. kalau tak tahu takpe tapi kalau tak ingat, memang tak boleh dimaafkan! Baiklah mari kita mulakan!

Paaaada suatu hariiiii...(dengan nada common pertandingan bercerita peringkat sekolah rendah) sang arnab yang angkuh mengajak sang kura-kura untuk berlumba lari dengannya. Sang arnab yakin dia pasti menang kerana sang kura-kura memang lambat pergerakannya. Sang kura-kura pula walaupun tahu sang arnab itu pantas berlari dan menyedari kelemahan dirinya namun masih berani menyahut cabaran sang arnab.

maka hari yang ditunggu-tunggu pun telah tiba. perlumbaan disaksikan seluruh warga kampung mereka. sang arnab penuh yakin manakala sang kura-kura penuh optimis. "on your mark, get set...GO!!" maka bermulalah perlumbaan antara keduanya. Sang arnab terus memecut laju bagai kilat manakala sang kura-kura bergerak slow and steady.
sedang mereka berlumba-lumba, arnab yang angkuh itu pun mula terasa penat dan lelah lalu mengambil keputusan untuk berehat sebentar tanpa risau sang kura-kura akan memintasnya kerana pada hematnya sang kura-kura itu terlalu lembap untuk memintasnya sekalipun dia tertidur. Sang kura-kura pula masih gigih melangkah dengan penuh usaha demi untuk sampai ke garisan penamat.

di tengah jalan, terlihatlah akan sang kura-kura perihal sang arnab yang sedang tidur di tengah jalan. sang kura-kura hanya tersenyum kura-kura. Dia terus melajukan langkahnya meninggalkan sang arnab di belakang. semakin dia berjalan, semakin jauh sang arnab di belakangnya.

sang arnab terjaga daripada tidurnya. Dia ketawa seorang diri kerana masih tidak kelihatan sang kura-kura di depan mahupun di belakangnya "huh lembap betul sang kura-kura ni. aku dah bangun daripada tidur pun masih lagi belum kelihatan di sini" apabila semakin menghampiri garisan penamat, alangkah terkejutnya dia bila mendapati sang kura-kura telah tiba di garisan penamat tanpa sempat sang arnab memintasnya. Maka kecewalah sang arnab, keangkuhannya ditewaskan oleh kegigihan sang kura-kura.

errr..eeh...ehh.. apa pakcik ni buat kat sini..err pendekar penyu, anda tak terlibat dalam story ni. kami sedang mendengar cerita tentang kura-kura. bukannya penyu ye.

pendekar penyu: errr yeke? ooohh ok ok *mula melangkah pergi*
me: *sigh sambil lap peluh di dahi yang tak ada pun*

begitulah adik-adik (duh saya takdelah tua sangat di sini.)..ok ok, start again.

begitulah para pembaca sekalian, kisah teladan haiwan yang boleh dijadikan bahan kajian untuk kita renungkan, muhasabahkan dan gali moralnya. teringat masa kecil dulu memang suka baca buku-buku kisah teladan yang berasaskan haiwan. Paling favourite ialah Aesop's Fables.

saya bukan nak mengulas dengan panjang lebar tentang moral of the story yang dah common kita dengar iaitu "jangan bongkak, angkuh dan sombong", "jangan berputus asa", "biar lambat asal selamat"

saya nak mengajak anda semua, ye KORANG SEMUA, kaitkan kisah ini dengan dakwah dan tarbiyyah :)

oh wait wait! what rabbit and tortoise got to do with this serious matter of dakwah dan tarbiyyah?

ok lets leave behind those animals and focus on the essence of the story.

pertama sekali apakah dakwah dan tarbiyyah itu? dakwah bermaksud mengajak atau menyeru. dalam konteks yang lebih senang difahami, menyeru ke arah kebaikan dan mencegah ke arah kemungkaran. dakwah merupakan tanggungjawab utama kita, sebaga manifestasi terhadap syahadatul haq yang kita ucapkan berkali-kali setiap hari dalam solat. oh kejap, apa itu syahadatul haq? syahadatul haq ialah kesaksian yang benar yakni terhadap kalimah:

"Laa ilaaha illallah wa muhammadurrasulullah"

"tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

"There is no God but Allah and Muhammad is His messenger."

jika kita benar-benar yakin dengan kalimah ini maka kita tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab yang terkandung disebaliknya iaitu menyampaikan risalah ini kepada seluruh manusia di seluruh dunia dalam apa jua cara yang dihalalkan syarak. maka jangan culas dalam berdakwah! kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah dan seluruh manusia yang menyalahkan kita atas ketidaksampaian kalimah suci ini kepada mereka.

ok now what is tarbiyyah? tarbiyyah ialah pendidikan but not merely pendidikan. paling tepat ia merupakan satu proses. satu proses penyiapan manusia yang soleh yang merangkumi seluruh kehidupannya agar tercapai keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan dan tindakannya secara keseluruhan. senang kata tarbiyyah merupakan method paling berkesan untuk melahirkan modal insan. tarbiyyah merupakan jalan Rasulullah dan para sahabat. Kalau kita selusuri kembali perjalanan sirah baginda, kita akan dapati bahawa Rasulullah menanamkan dan mengukir risalah/ wahyu Allah di dalam hati para sahabat, membentuk peribadi yang mulia dalam kalangan pengikutnya sehingga kalau dicampak para sahabat ke mana-mana pun, Islam pasti boleh survive dan berkembang. Itulah kuasa modal insan sebenar! yang melahirkan Qaedah Sulbah (tulang punggung) yakni pendokong, the core of the followers, the pure muslim! the 313 people who were fully submitted to Allah and join the army of Badr despite their lack of training and weapons!

Dakwah tanpa tarbiyyah ibarat kereta yang terus membawa penumpang tanpa mengisi minyaknya. Terus memecut menghantar penumpang ke destinasi sedang diri sendiri lelah dan semput, tiada sumber pembakar yang akhirnya membawa dirinya kehilangan tenaga lalu mati begitu sahaja tanpa sampai ke destinasi sendiri. sayang, seribu kali sayang. Maka tarbiyyah amat penting buat para pendakwah untuk terus menjadi bekalannya di sepanjang jalan dakwah yang penuh berliku dan beronak duri.

alahai, mana kaitan dengan cerita arnab dan kura-kura ni?

nantilah. sabarlah. nak cerita dah ni.

so apa kaitannya?

first of all, silalah ketahui bahawa dakwah dan tarbiyyah (D&T) ada tiga karakter dasar:
  1. sukar tapi kukuh (sha'bun-thabit)
  2. panjang tapi asli (thawil-ashil)
  3. lambat tapi terjamin (bathi'-ma'mun)
ok jom kita tengok satu persatu dalam ketiga-tiga karakter ni!

1. sukar tapi kukuh- jalan dakwah bukan mudah. sesiapa yang menggalas tugas yang besar ini, ujiannya pastilah juga besar. bukan calang-calang orang yang sanggup memikul tugasan ini. Rasulullah sendiri terbukti sebagai orang yang paling kuat diuji sekalipun baginda seorang nabi. namun ianya jalan yang kukuh. melalui tarbiyyah, the core people dilahirkan. yang sanggup menggadai apa sahaja demi Allah. lahirnya individu-individu yang kukuh iman dan peribadinya merupakan indikator penting ke arah terlaksananya 7 maratib amal ke arah merealisasikan pertabalan khalifah dunia islam seterusnya menjadikan Islam sebagai rujukan utama seluruh alam (ustaziatul alam)

proses D&T ni juga boleh diibaratkan sebagai menanam sebatang pokok. kena sentiasa disiram airnya, bajanya, kena trim-trim, monitor tumbesarannya, protect dia daripada serangan haiwan-haiwan perosak. Selain itu pokok tu pun tak terkecuali daripada terkena hujan, ribut taufan, snow, hujan batu, panas terik dan macam-macam kerenah alam lagi. namun segala cabaran yang dilalui oleh sang pokok ini membuatnya terus menjadi kuat dan hanya yang kuat akan survive, berputik, berbunga seterusnya melahirkan buah yang berkualiti yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh anggota ekosistem.

macam dalam cerita kura-kura dan arnab ni, kura-kura dah sangat kenal dengan arnab. dia tahu kepantasan arnab namun dia berani menerima cabaran sang arnab. dia kuat menghadapi serangan psikologi daripada sang arnab sehingga dia mampu optimis dengan kemampuannya. sekalipun berjalan perlahan namun sang kura-kura tidak sekali-kali berhenti tapi terus melangkah dan melangkah.

2. panjang tapi asli- seringkali kita diuji dengan sebuah perjalanan yang amat panjang sehingga akhirnya kita tidak pasti ke mana hala tuju kita dan di mana jalan yang panjang ini akan berakhir. kemudian kita berhenti bergerak dan beralih arah. namun berlainan pula halnya dengan D&T. jalannya memang panjang. Untuk islam mencapai zaman kemuncaknya, bukanlah mengambil masa sehari dua. malah generasi saling berganti generasi. Namun yang pasti jalannya mengikut jalan yang asli yang dirintis Rasulullah dan para sahabat. Jalan yang panjang ini terbukti menuju redha Allah, menggapai cita-cita Islam yang tinggi iaitu untuk menakluki dunia. Rasulullah pernah memberikan khabar gembira kepada para sahabat yang Istanbul akan dimiliki oleh umat Islam. Semua sahabat berlumba-lumba untuk menjadi orang yang membuka kota Istanbul. Sehingga beratus-ratus tahun lamanya, akhirnya kota Istanbul berjaya dibuka oleh orang Islam di zaman Turki Uthmaniyyah. Perjalanan yang mengikut manhaj dan fikrahasli ini telah melahirkan manusia-manusia yang sangat berkualiti dan tinggi keazaman sehingga Islam berjaya memayungi 2/3 bumi.

Same goes with para pejuang Islam yang teguh menegakkan kebenaran dan menjalankan tugasnya sebagai da'ie di muka bumi, mereka disiksa, dipenjarakan malah dibunuh namun mereka masih teguh dengan pendirian mereka, masih mampu menulis dalam penjara. sekalipun telah mati mereka telah meninggalkan anak-anak didik yang masih tegar menyambung perjuangan mereka sehingga kita dapat menikmati Islam itu pada hari ini. Subhanallah..Semua ini terjadi kerana mengikut sunnah nabi yakni berdasarkan manhaj dan fikrah yang tulen.

seperti kura-kura tadi, dia tahu dengan pergerakannya yang slow itu, dia akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke garisan penamat. namun bukanlah kelajuan/ tempoh masa yang menjadi perkara utama tapi matlamat utamanya, iaitu sampai ke destinasi. strateginya mudah, tidak melayan ejekan sang arnab dan meneruskan usahanya tanpa putus asa.

3. lambat tapi terjamin- dakwah ibarat marathon, bukan sprint. ia memerlukan nafas yang panjang. matlamatnya besar maka asas binaannya mesti kukuh supaya tak mudah roboh. menurut maratib amal, ia harus dimulakan dengan pembentukan individu yang soleh dan bertaqwa. individu yang berkualiti ibarat batu-bata yang berkualiti. dengan batu-bata yang berkualiti, simen yang berkualiti, akhirnya akan melahirkan bangunan yang kukuh. jalan ini juga memerlukan kepada istiqamah dalam apa jua ibadah yang kita lakukan. hanya dengan istiqamah, akan menjadikan kita lebih kuat daripada orang lain kerana istiqamah menjamin kita sentiasa mengingati Allah setiap hari, setiap masa. mesti diiringi dengan kesabaran, ketabahan dan kekuatan fizikal, mental dan emosi serta harus sentiasa sedar kelemahan diri dan tidak takut untuk melakukan perubahan dan pembaikan diri.

jalan yang tulen ini menjamin keutuhan dan long life-span kepada kerajaan islam yang bakal dibina. ini sangat berlainan dengan jalan siasi (politik) yang lebih bersikap terjun segera kepada matlamat besar dengan mengabaikan aspek pembentukan individu2 muslim yang berkualiti. kita dapat lihat melalui sejarah sekiranya pembetukan batu-bata yang berkualiti diabaikan dalam sesebuah pembangunan, maka kehancurannya juga segera sebagaiman segeranya ia berjaya dibangunkan. (pehe dok ni?)

mari kembali kepada kisah arnab dan kura-kura. kita dapat lihat betapa lambatnya kura-kura berjalan. tapi kura-kura tak pernah berhenti berjalan. terus sabar dan tabah melalui perjalanannya. bagai larian marathon yang memerlukan nafas panjang. kura-kura tahu kawalan nafas amat penting dalam menuju matlamat maka kura-kura tidak tergesa-gesa menuju ke garisan penamat. dia tidak mahu kemampuannya untuk terus bergerak dikalahkan oleh nafsunya dengan mengabaikan kawalan pernafasannya. sebaliknya cer lihat sang arnab. memecut untuk menuju perjalanan yang panjang bukanlah langkah yang bijak. akhirnya badan mula merasa overloaded lalu menjadi pancit dan lelah. berhenti berlari dan berehat, akhirnya tertidur. terlambat bangun dan terlambat pick-up lalu kalah dalam perjuangan. ditambah pula dengan kangkuhannya, memang kalahla.

maka kesimpulannya di sini, marilah melalui jalan dakwah dan tarbiyyah ini. inilah satu-satunya jalan yang terjamin masa depannya. yang dilalui oleh Rasulullah sendiri kemudian dirintis para sahabat dan generasi seterusnya. ianya masih berjalan tapi bak kisah arnab dan kura-kura, perlahan, panjang, tapi insyaAllah akan sampai juga. marilah kita pinjam trait sang kura-kura yang sabar, tabah, optimis, istiqamah, kuat, bijak, dan tahu matlamatnya!

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar. (AQ 3:146)

Dan sesungguhnya inilah jalanKu (singular) yang lurus, maka hendaklah kamu mengikutinya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (plural) lain kerana itu mencerai beraikan kamu dari jalan allah, yang demikian itu allah mewasiatkan kamu supaya bertaqwa ( AQ 6:153)

1 comment:

komenla ape sahaja~♥~