Showing posts with label .motivasi.. Show all posts
Showing posts with label .motivasi.. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Dhuha DD







A characteristic of the normal child is he doesn't act that way very often



Ahah, title di atas bermaksud Dhuha Dental Doctor. Guiguigui..Inspired by username tweeter cik nawal, NawalMD juga nama belog enda, endaMD. Juga HouseMD...MD stands for medical doctor, in case you don't know. Saya pun dengki, "MD je? DD takde ke?"


Begitulah selok belok kisah Dhuha DD.

Baiklah, kenapalah gedik sangat mahu bertajukkan nama dan title ittew? Kerana today I feel like a REAL dentist.

Hari ini kali pertama saya ditempatkan di Waha Ora. Waha Ora ialah semacam klinik komuniti tapi hanya untuk kanak-kanak sekolah sahaja. Kat NZ, free dental treatment hanya untuk kanak-kanak atau remaja-remaji sekolah sahaja.

Waha Ora tak ramai staff. Tak ada dentist juga. Hanya ada dental therapist dan dental assistant sahaja. Tapi dental therapist yang kerja kat situ adalah seorang dentist cuma diaorang belum didaftarkan lagi sebagai dentist. Diorang tu pasangan baru berkahwin berasal daripada Fiji. Katanya nak daftar jadi dentist kat NZ sangat mahal maka diorang pun daftar sebagai dental therapist je dulu, kerja dan kumpul duit sambil kumpul pengalaman, nanti barulah daftar sebagai dentist. Comel kan mereka ini.

Makanya, saya diberi tugas untuk berjumpa dan merawat pesakit-pesakit cilik ini sementara cik dentist itu tadi jadi assistant saya. Saya pun berasa segan sambil suruh dialah jadi dentist. Haruslah, dia dah graduate 3 tahun dah, saya baru final year dentistry. Apakehe nya saya nak jadi dentist, dia jadi assistant pulak?

Tapi cik dentist sangat humble dan sweet. Sambil tersenyum dia kata "saya dibayar untuk jadi assistant je kat sini. Awak bolehlah praktis jadi dentist." Akhirnya saya terima watikah pelantikan tidak rasmi itu.


Terus saya seronok. Walaupun cik dentist membantu, tapi dia tak bertindak sebagai supervisor. So saya rasa konfiden nak buat kerja tanpa supervision gaya maharaja. Saya jenis yang tak boleh orang perhatikan saya buat kerja lepas tu nak interfere sokmo itu tak kena ini tak kena. Saya selalu boleh pergi salah (can go wrong) bila saya diperhatikan. U know, macam kalau kita diperhatikan seorang jejaka ganteng kita akan jadi seperti cacing kepanasan, terus berubah personaliti 360 darjah. Bukan sayalah, mungkin anda yang sedang membacalah kot.

*cute grin*

Saya berterima kasih kepada cik dentist kerana memberikan saya perasaan selesa untuk bekerja sendiri lagak seorang dentist. Saya yang buat keputusan, saya yang bertanggungjawab, saya yang tulis rekod dan saya terima pesakit dengan banyaknya dalam satu-satu tempoh masa. Wah, inikah profesion dentist yang sebenar. Memang tidak salah lagi pilihanku. Namun sakit otot-ototku. Penat. Lenguh.

Dekat sekolah gigi, dalam masa 3 jam, kami hanya boleh jumpa 2 pesakit. Selalunya masa akan dihabiskan dalam klinik untuk menunggu supervisor yang sibuk direbut pelajar lain. Kalau dapat supervisor yang suka bercakap, lagilah penat nak tunggu. Kadang-kadang saya rasa frust dan ridiculous sangat bila pesakit berjaya dirawat dalam masa setengah jam tapi kena tunggu supervisor sampai sejam. Sungguh tak seronok.

Maka di Waha Ora ini, saya sangat mendapat kepuasan bekerja. Lagipula, di sini kami merawat kanak-kanak. Untuk pengetahuan, kami hanya rawat kanak-kanak tahun lepas sahaja semasa di sekolah pergigian, itupun seminggu sekali. Hari ni saya rasa jumlah pesakit yang saya rawat tadi sama je dengan jumlah pesakit kanak-kanak yang saya rawat sepanjang tahun lepas. You know how satisfying is that? Puas ke tahap petala jutaan.

Saya juga telah diberi authority untuk masuk ke dalam sistem rekod pesakit saya sendiri sebagai dental provider. How cool is that? Sejuk!

Saya nak jadi dentist dan saya tak sabar untuk jadi dentist! Walaupun ini mungkin akan jadi hangat-hangat tahi ayam tapi cukuplah di waktu ini ia menjadi booster saya. I really need a booster hokkay.

Saya nak kongsi pengalaman merawat kanak-kanak sebenarnya. Lihatlah betapa Dhuha DD ialah seorang kaki lencong. Silakan setiap kali anda terserempak dengannya, nyalakan lampu "Awas, lencongan di hadapan!"



Kanak-kanak adalah subjek yang menarik. Dahulu saya agak-agak bahawa diri saya ini pencinta kanak-kanak lalu saya menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian kanak-kanak. Namun, bila dah jumpa pesakit kanak-kanak di dunia sebenar semasa tahun lepas, Dhuha DD terus tersentak dihempuk kenyataan.

Bahawa kanak-kanak adalah makhluk aneh lagi menakutkan. Makhluk ini bisa menempik di muka anda dengan tiba-tiba. Saya tak pernah kena tempik lagilah tapi melihat pengalaman rakan-rakan lain, ngeri dibuatnya. Setakat ini pesakit paling susah yang saya dapat pun ialah pesakit yang tak mahu bercakap serta sentiasa berwajah monyok.



Bahawa kanak-kanak ini adalah makhluk yang tak boleh duduk diam. Kena diingatkan banyak-banyak kali "buka mulut!!!!"..Bayangkan objek yang berada dalam mulut mereka tu dahlah tajam, mereka boleh pula sesuka hati nak tutup mulut, karang tercucuk segala objek tajam dalam mulut, baru tahu lelangit engkorang tu tinggi mana.

Lepas tu time kita nak buat kerjalah, dia pun nak buat kerja. Nak belek peralatan kita, nak tekan sana sini, nak tanya itu ini. Time tu jugaklah nak garu sana sini, nak goyang sana sini, nak bersin nak batuk. Haihlah budak-budak...Bukan kerja senang tahu. Itu baru jadi dentist kepada kanak-kanak. Belum lagi jadi mak budak.



Tapi the best part is, merawat kanak-kanak memberikan kepuasan yang luar biasa. Setelah susah payah kita terbongkok-bongkok nak menyelamatkan gigi mereka, setelah susah payah menanam tebu di bibir demi nak memujuk mereka, setelah susah payah melayan kerenah dan pertanyaan mereka, akhirnya bila selesai rawatan mereka akan tersenyum gembira. Rasuah sahaja dengan sticker Ben10 mahupun sticker Disney Princess, mereka akan peluk cium kita. Itu adalah...itu adalah...itulah yang dipanggil kepuasan sebenar.




Ye, kanak-kanak adalah makhluk aneh lagi menakutkan. Tapi itu adalah kerana mereka adalah makhluk ajaib. Mereka mampu mengubah suasana, mampu mengubah perasaan sekeliling. Mereka adalah makhluk suci ibarat kain putih :)

Dan saya truly appreciate pesakit kanak-kanak yang saaaaaaangaaaaattttt bertoleransi, yang boleh duduk diam, yang ikut je kata saya sebab saya tahu bukan mudah untuk mereka behave macam tu tapi mereka terlalu comel bila berjaya behave camtu. Bukan senang nak buka mulut lama-lama dan duduk atas dental chair lama-lama, saya tahu. Jadi saya sangat menghargai pesakit kanak-kanak yang sanggup bertahan dengan saya yang terhegeh-hegeh buat kerja. At the end of the appointment you just feel like rewarding them with something because they behaved so welll!


They test my patience and they are the best patients!


p/s: in a way saya rasa kenapa saya masih belum kena tempik dengan pesakit kanak-kanak adalah mungkin kerana saya kelihatan "comel-comel" seperti kaum mereka juga *uhuk uhuk*

Monday, June 18, 2012

dengarkanlah!






"Sesungguhnya mahluk bergerak yang bernyawa yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang tuli dan bisu yang tidak mengerti apa-apapun. Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar.” (Al-Anfal [8]: 22-23)


hari ni kami belajar tentang resolusi konflik atau dalam bahasa indahnya "negosiasi hasil". ahhh apekah yang gue terjemah ini.

conflict resolution or negotiating outcomes.

penyelesaian konflik atau merundingkan hasil haha masih gagal menterjemah negotiating outcomes.

pendek cerita itulah tajuk perbincangan kami. iaitu bila berdepan dengan konflik, kenapa timbul konflik?apa kena buat? macam mana nak buat?

menarik tajuk ini sebab konflik adalah benda yang kita hadapi hari-hari. macam juga cornflake yang kita makan hari-hari cumanya cornflake itu sedap dan konflik itu tak berapa sedap (contoh analogi yang gagal)

kenapa timbul konflik?

kerana manusia diciptakan rambut sama hitam, hati lain-lain warna (teringat zaman SPM, tak sah karangan kalau tak tak letak peribahasa kat setiap perenggan. sebab itulah jadi pelajar terbaik BM ;p)






Penting untuk kita sentiasa sedar hakikat ini. Kita tak boleh nak harapkan semua orang sama macam kita, semua orang fikir macam kita, semua orang suka dengan pemikiran kita dan semua orang ada kemampuan yang sama macam kita. Kalau macam itulah kita fikir, mari kita namakan planet ini dengan nama sendiri. Katakan selamat tinggal kepada nama bumi. Ini planet dhuha. Semua makhluk adalah dhuha.

Maka setiap perbezaan yang timbul itu selalunya menghadirkan konflik yang tegang antara kedua pihak akibat tidak mampu untuk menyambut baik peribahasa 'rambut sama hitam, hati warna pelangi'.

warna-warna pelangi personaliti

Warna hati yang bermacam-macam itu juga dipengaruhi latar belakang hidup masing-masing. Setiap orang didedahkan dengan suasana kehidupan yang berbeza yang mempengaruhi personaliti masing-masing. Orang yang hidup susah biasanya lebih kuat dan cekal. Orang yang membesar dengan hanya "petik jari semua dapat" biasanya manja. Orang yang hidupnya asyik dibuli biasanya ada masalah rendah diri yang kritikal. Orang yang sering ditekan dan ditindas biasanya akan jadi penggarang etcetera etcetera. Tu belum masuk faktor dia anak ke berapa dalam keluarga. Hah, kompleksnya manusia itu. Shopping complex pun tidak sekompleks itu.

hi pavi! i miss your foodcourt!

Dalam budaya kerja antara berbeza professional (interprofessional) pula, setiap orang ada falsafah atau pemikiran atau prinsip tersendiri. Doktor mungkin lebih kritis soal penyakit, jururawat mungkin lebih cenderung tentang pesakit, doktor gigi pula dengan gigi-giginya, ahli farmasi dengan ubat-ubatnya dadidaa..maka wajiblah akan berlaku konflik di situ dalam memberikan yang terbaik buat pesakit dan diri sendiri.kwiskwiskwis..


Ok ok kemudian? Nak buat camne kat si konflik ni?

Kita makan dia! Om nom nom. Eh serius ni. Ingat tak saya cerita pasal pakcik Patch Adams tu? Dalam cerita tu saya tekankan tentang falsafah 4 jari. Jangan memfokuskan 4 jari tapi lihatlah melangkaui itu. Anda akan nampak 8 jari. Tadi Dr. Patrick starfish pun ada cakap, "what you pay attention to grows stronger!"

Anda bagi tumpuan kat masalah, masalah jadi lebih besar. Anda bagi tumpuan kat penyelesaian, maka masalah pun jadi kecik. Eh, nampak tak perkataan 'kecik' tu? Tak nampak? Baguslah, dah sampai tak nampak dah masalah. *tepuk tepuk tepuk*


 Selain itu kena kenalah memahami. Pada setiap perlakuan itu ada perasaan dibawahnya. Pada setiap perasaan itu, ada keperluan disebaliknya. Ecewahhh rasa macam ahli saikoloji (euw loji saiko jepun mana tu?)


behaviour----> feeling-----> need

mengamuk sebab geram. geram sebab tak dapat gula-gula.

Maka kalau nak faham apakah yang terjadi di sebalik perlakuan pesakit yang tak mahu berhenti merokok, kenalah jadi pendengar yang baik dan aktif supaya kita dapat gali, kenapa dia tak mahu berhenti? Apa perasaan dia terhadap cadangan memberhentikan hobi merokok? Apa yang dia mahu sebenarnya? 



Dan seterusnya kami juga bincang apa itu mendengar dengan aktif dan bagaimana. 70-80% daripada kesan mendengar yang baik ialah datang daripada bahasa tubuh seseorang. Masa kita mendengar, kenalah pandang orang yang meluahkan perasaan tu. Janganlah pula time orang nak ceritalah kita sibuk nak menulis, nak membaca dan nak menunjuk 'aku pakai gajet canggih'. Time orang sedang bercakap juga, kita janganlah duduk berpeluk tubuh sambil bersandar di sofa empuk, sebaliknya kita cuba menunjukkan kita berminat dengar cerita dia dengan cara lean your body towards that person. Heh, janganlah rapat sangat. Skinship betullah. Cukuplah sekadar nak tunjukkan "oh menarik ni. tak dengar sangat kalau duduk jauh-jauh, kena dekatkan sikit telinga ni"..Sambil orang bercerita, angguk-angguklah, bagi respon dan akhir sekali clarify balik cerita dia dengan cara paraphrase.

mulakan dengan merasa/mendalami. merespon adalah perkara terakhir dalam mendengar i.e bagi pendapat atau nasihat.




Contoh:

Wanita Anggun: Saya ada masalah jerawat ni. Betul-betul mengganggu kehidupan saya. Nak keluar pun malu. Sebab tu kadang-kadang saya terpaksa ambil cuti sakit sebab masalah jerawat yang tidak dapat dibendung lagi. Saya tertekan betullah.

Wanita Memahami: Oh, jadi masalah jerawat cik puan ni susah nak diubati ye. Dan cik puan rasa ia menganggu kehidupan cik puan seharian?

Wanita Anggun: Oh, tepat sekali! Macam mana cik boleh tahu sampai camtu sekali. Akhirnya ada orang yang memahami saya! Sayangnya Wanita Memahami! *menangis keharuan sambil memeluk si pendengar yang baik*

Wanita Memahami: Eh, saya ulang balik je kata-kata cik puan tadi *tersipu-sipu malu*



Lagi tips nak jadi pendengar yang baik:
  • jangan melompat ke dalam konklusi hanya bila melihat perangai orang sahaja.Dalam erti kata lain, jangan menghakimi buku daripada kulitnyalah.
  • jangan menyampuk semasa orang sedang bercerita. Bagi dia perabih dulu segala kata-katanya
Kemudian buat pertama kalinya saya dengar falsafah ini "chunk up chunk down"

Ia bermaksud, dalam kita mendengar masalah orang lepas tu kita tak memotivasikannya, kita kenalah mengingatkan dia tentang gol besarnya. Tapi lepas tu kita tekankan balik bahawa takkan dapat gol besar kalau gol kecik kita tak buat.

Contoh:

Perokok Tegar: Susahlah nak berhenti merokok ni. Asyik terbayang-bayang je wajah rokok. Kalau tak hisap sehari, rasa bagaikan setahun. Mulalah rasa tak sihat badan ini mengenangkan perpisahan kami. Apakan daya~

usahlah membakar kehidupan anda dengan rokok. tiada apa yang tinggal nanti. ayuh bakar semangat untuk menjadi lebih bagus!


Penasihat Berjaya: Ish ish ish.. macam orang putus cinta ya. Dahsyat betul kesannya, baru saya tahu. Tapi hari tu awak kata isteri awak mengandung. Awak tak nak bayi dalam kandungan dia dapat kesan buruk daripada tabiat rokok awak tu kan? Awak sendiri pun yang kata awak insaf lepas Majlis Fatwa Kebangsaan bagitahu merokok itu haram kan? Awak nak berubah jadi suami dan ayah yang lebih soleh dan mithali, itu yang awak beritahu saya hari tu. Mana lagi yang awak sayang dan cinta sekarang ni? (Chunk Up)

Perokok Tegar: Gulp~ oh terima kasih ingatkan saya. Saya ni mudah lupa. Tapi susah sangatlah Encik Penasihat Bejaya.

Penasihat Berjaya: Nak tak nak, awak kena melalui semua tu. Awak kena ingat misi besar awak ni. Awak perlu berkorban. Inilah pengorbanan awak yang paling besar untuk diri awak sendiri dan juga keluarga awak. Suatu hari nanti awak akan kenang pengorbanan ini sebagai kenangan manis awak. Tapi sebelum ia jadi kenangan manis, awak kenalah lalui kepahitan ni semua. Saya akan bantu awak. Kita ada banyak lagi rawatan-rawatan susulan. Awak kena cuba untuk jadi pesakit setia saya dan saya juga akan cuba jadi penasihat dan pembantu setia untuk awak. (Chunk down)

Perokok Tegar: Terharu~

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan. Kebanyakan konflik terjadi bila kita tak mahu faham. Kita tak boleh faham sebab kita tak mahu mendengar. To listen is the key. Masalah rumahtangga pun banyak yang berpunca dengan ketidaksediaan sesebuah pihak untuk mendengar. Ingat tak dalam surah Abasa, bila Rasulullah menolak untuk mendengar luahan Abdullah Ibnu Maktum, maka Allah telah menegurnya. Betapa setiap orang punya hak untuk didengari dengan saksama.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf [7]: 179)


Malulah, sedangkan Allah pun mendengar setiap luahan hamba-hambaNya. Benar, kita bukan tuhan. Jadi kenapa kita berlagak tuhan di depan makhluk? 



pandang ke bawah





"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan."

pemandangan dari atas Bukit Kaiti. Laut. Hah..Birunya laut birunya langit..Haahh~ (bukan sy ambil gambar ni. google je nih. saya tak expect makcik tu nak bawak naik bukit ni kalau tak mesti saya dah bawa kamera)

Hari ni merupakan minggu terakhir saya di Gisborne. Maka saya dan Yee Phang mengambil kesempatan ini untuk meronda kota Gisborne. Kami di bawa jalan-jalan oleh kawan church Yee Phang. Heh kelakar pulak nak panggil kawan sebab hakikatnya kawan yang dimaksudkan itu ialah seorang makcik dan anaknya.

Oh ye saya akui saya jeles dengan Yee Phang yang setiap minggu boleh 'berukhwah' dan 'berusrah' dengan rakan-rakan churchnya. Jumpa-jumpa dan makan-makan. Oh i miss that. Masa saya dapat usrah melalui skype itu hari, saya pun dengan bangganya bagitau Yee Phang "I had my special meeting too. Through Skype *senyum kerang busuk*"

Hep biasa ni! suka melencong! Sambung cerita.

Kami ikut makcik tu beli belah barangan rumah dan dapur. Kemudian kami menghabiskan masa di kedai buku. Kalau dulu saya suka duduk dekat seksyen buku-buku fiksi, sekarang saya duduk dekat seksyen 18. Eh silap. Itu kolej saya dekat INTEC dulu.

Saya suka duduk dekat bahagian buku-buku non-fiksi. Terutamanya buku-buku sejarah dan buku-buku falsafah. Ada satu buku tu dia kupas dengan mendalam falsafah-falsafah kuno dan moden. WAHHH saya macam nak telan itu buku.

Saya rasa saya sudah tua dan semakin matang (erk baru je kena marah dengan mak "awak ni tak matang lagi tau tak" sebab saya minta tolong dia call orang untuk saya. gugugu)..okeyla saya tak matang lagi, Fine. Tapi mungkin saya sedang berubah menjadi orang yang bosan. Yang suka baca kisah-kisah lampau (baca: sejarah) dan baca kata-kata falsafah dan pemikiran orang lain. Biarlah orang bosan dengan saya asalkan saya tak bosan dengan diri sendiri. I love you, dhuha. Seriously, you are not boring at all.

Dah habis menjamu mata, kami bercadang mahu menjamu mata lagi di atas bukit. Wah saya suka panjat bukit. Tapi kali ni kami panjat bukit dengan kereta. Hujan turun gerimis-gerimis. Takkan nak panjat guna kaki, lagipun kami sedang menumpang seorang makcik. By the way minggu depan kawan-kawan seprogram saya ni akan panjat Gunung Hikurangi. Ingat tak saya pernah cerita Gunung Hikurangi tu ikon east coast. Gunung pertama yang menyambut kedatangan matahari di setiap permulaan hari. Teringin nak tengok sunset kat sana! Namun saya melepaslah sebab dah nak balik Dunedin Sabtu ni.

Tengok, melecong lagi.

Kita panjat BUKIT Kaiti je tadi. Dalam mimpilah nak panjat GUNUNG Hikurangi. Apa-apa pun, i love being in high place. Saya suka tengok pemandangan dari kawasan yang tinggi. Adalah menakjubkan, hanya dengan memandang ke bawah, hati menjadi aman.

lagi pemandangan dari atas Kaiti Hill. nampak tak air dan jambatan tu. Air laut yang nak ke sungai lah kot. Kat situlah kami ber'waka ama' hari tu. (gambar google)

Hanya dengan memandang ke bawah, segala keserabutan dalam hati hilang sebentar. Segala masalah jadi kecik, kacang goreng je. Itu yang buat saya suka duduk atas bukit. Berumah di atas Bukit York di Dunedin adalah perkara yang paling saya syukuri. Tinggal di rumah Janis semasa kerja di Orchard Roxburgh juga adalah perkara yang paling disyukuri sebab bila-bila masa boleh panjat bukit di belakang rumah.

Duduk di atas bukit buat saya rasa macam raja yang sedang memerhati rakyat jelata. "Inilah kerajaan beta" walaweh..bukan. bukan. walaupun adalah sikit-sikit tapi bukan sepenuhnya kerana itu.





"Letakkanlah dunia di tapak tanganmu"


Ya, kerana kata-kata itu. Pandanglah dunia dari atas, kita akan nampak "ah betapa kecilnya dunia ini. Lihatlah manusia. Begitu mini seperti semut. Kalau beta panjat ke atas sikit, satu manusia pun beta tak boleh nak nampak. Lihatlah bangunan-bangunan ini semua. Beta rasa seperti otromen (ataupun raksasa musuh otromen), mahu pijak-pijak je semua nih. Betapa dunia ini hanyalah debu-deban sahaja."

Dan istimewanya Kaiti Hill ini ialah kerana ia dekat dengan laut (sama macam rumah saya di Dunedin juga cuma di Dunedin lautnya adalah kawasan teluk so pandangan tertakluk kepada teluk yang terhad sahaja). Maka saya lihat betapa luasnya laut. Luasnyaaaaa!! Macam dalam kayangan. Cuma dalam kayangan dikelilingi awan tapi di bumi, dikelilingi laut. Tak rasa meremang ke, kita ni duduk di kelilingi air yang luasnya lebih luas daripada kerak bumi sendiri. Merendahlah manusia. Bila dilihat dari atas, bumi ini kecil sahaja. Lebih menginsafkan lagi, kawasan darat itu jauh lebih sedikit daripada kawasan laut. Bila-bila masa sahaja kita boleh ditenggelami air laut ini.

Betapa debu-debannya kita ini. Patutlah disuruh letak dunia di tapak tangan sahaja. 

Menambahkan rasa insaf di kalbu bila sedar betapa terhadnya penglihatan ini. Bila naik ke atas tempat tinggi, satu manusia pun tak boleh nak nampak dah. Tapi Allah itu Maha Melihat. Satu makhluk pun Dia tak terlepas pandang. Takde satu perbuatan, lintasan hati dan kata-kata pun yang terlepas daripada kiraanNya. Sedangkan tak ada satu daun yang gugur pun yang berada di luar pengetahuanNya. Merendahlah wahai sahabat manusiaku sekalian. Betapa kita ini hanya makhluk.


To be on top is such a relief. But do not forget to look down. Banyak hikmahnya kenapa kita mata boleh pandang ke bawah.

saya selalu berimpian nak tengok sunrise yang keluar dari laut. dan saya berjaya menengoknya beberapa minggu lepas semasa on the way nak ke Ruatoria. Kami bertolak sebelum matahari naik. So masa lalu kat tepi pantai, sunrise pun berlaku. Saya macam "oh no dream comes true!" gedebak gedebuk bawak keluar kamera, rupanya takde memori card -,-"..tapi simpan dalam camera punya memory stick. tapi still gambar tak lawa sebab ambil dari dalam kereta, which nampak cermin kereta kotor -,-"...maka ini bukan gambar yang saya capture, sekali lagi, saya google. pemandangan ini memang diambil dari tempat yang saya yang saya nampak so nak berkongsi the same pemandangan. maaf ayat sedikit keling di situ.

Friday, June 15, 2012

small is BIG





"You cannot discover oceans unless you have the courage to leave the shore."


Hari ni saya belajar sesuatu. Sesuatu yang berharga.

Saya dah tak ingat macam mana saya boleh tiba-tiba sampai kepada sebuah konklusi tapi pendek cerita, saya mendapat konklusi a.k.a falsafah baru. Iaitu....

Dalam mencapai matlamat hidup yang besar dan nun jauh ke hadapan (long-term), kita kena ada matlamat-matlamat kecil.

Oh ye! Saya dah ingat macam mana saya boleh sampai kepada konklusi ini. Sebab kami bincang pasal lifestyle changes for better health. Dan untuk buat perubahan, kena ada matlamat. Contoh, aku nak kurus. So kena ada litlle goals untuk menuju kepada kekurusan fizikal. Bulan pertama, kena turun 2 kg (contoh). Bulan kedua kena turun 3 kg dan jadi pelanggan setia kat gym (another contoh)..and so forth.

Sebenarnya gol-gol kecil inilah yang menjadikan kita berstamina untuk sampai kepada goal besar kita. Saya baru sedar kepentingannya ok. Saya ingat gol kecil ni hanya sekadar gol jelah.

Bayangkan kalau kita panjat gunung tanpa checkpoint. Terasa penat, terasa macam tak nampak penghujung, tak tahu nak tuju, hilang arah dan terasa macam tak cukup stamina. Lalu kita putus asa dan berhenti di tengah jalan.

Big dream cannot be achieved in a blink of eyes. Mari bagi contoh diri sendiri. Saya selalu cakap dekat diri sendiri saya nak jadi better muslimah. Saya pun definelah apa better muslimah is. Solat kena cukup, bangun sebelum subuh dan jangan tidur balik, rajin buat kerja, menepati masa, menepati janji dan bla bla bla. Too many. At one point (well dah banyak point pun sebenarnya), saya rasa penat. Saya rasa macam "ohh bila nak jadi muslimah yang bagus dan disayangi Allah ni. Lamanya rasa..Lambatnya aku nak berubah..Macam takde progress je ni bla bla bla.."

You know, mula ada prasangka-prasangka selepas itu "eh boleh ke aku jadi muslimah yang baik ini?"

Jangan hilang stamina!

Arakian (heh baru pertama kali guna ini perkataan tapi sebenarnya tak tahu makna tapi macam kedengaran sedap jek), kalau nak daki gunung pun selalunya disediakan checkpoints untuk kita berehat, tarik nafas dalam-dalam, mengumpul semangat dan untuk melihat balik sejauh mana dan setinggi manakah kita telah daki supaya kita tidak mudah berputus asa dan dapat memotivasi diri sendiri "oh dah jauh aku berjalan dah ni, takkan nak berhenti." atau "oh dah tak jauh daripada destinasi dah ni. sikit je lagi. bertahan!"

So berbalik kepada goal untuk menjadi muslimah yang lebih disayangi Allah, heh alang-alang dah nak masuk ramadhan, silakan masuk gear sekali. Ayuh aim untuk banyakkan berpuasa sunat sepanjang syaaban (hep, dah ganti puasa ke belum?). Ayuh aim by the end of ramadhan, dapat khatamkan al-Quran. Ayuh aim tidak tidur selepas subuh at least seminggu sekali sebelum masiuk ramadhan dan sebaik sahaja masuk ramadhan, aim untuk kerapkan lagi frekuensi tidak tidur selepas subuh.

Berikut adalah contoh-contoh gol berkala yang boleh dibuat dan pernah saya buat tapi biasalah kadang-kadang tergelincir. Ia semacam jadual kehidupanlah jugak.

Gol harian: 

  • solat 5 waktu tepat pada masanya
  • bangun sebelum subuh, tidur selepas isyak
  • bersenam sekurang-kurangnya 20 minit
  • baca 1 buku
  • baca al-Quran sekurang-kurangnya 1 mukasurat
Gol mingguan:
  • Baca al-kahfi setiap jumaat
  • puasa sunat at least seminggu sekali
  • hafal sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran
  • siapkan assignment
  • call ibubapa untuk tanya khabar
  • hadiri bulatan gembira
Gol Bulanan:
  • khatam al-Quran
  • hafal satu surah


do one thing at a time. small steps make big changes. So jangan takut dan ragu-ragu untuk mengambil langkah-langkah bayi itu! dan jangan lupa muhasabah (reflect) dan mutabaah (check/monitor) amalan kita selalu!


akhir kata tapi bukan akhir sekali, jagalah stamina dalam mencapai matlamat okeh! Selamat tiba ke destinasi masing-masing! ^__^

Monday, June 11, 2012

berubah itu perit. tapi...




You can impress people at a distance. But you can impact them only up close. -Howard Hendrick

Berubah itu perit?

Entry ini khas buat yang ingin berubah.



Hep, yang nak berubah jadi bad girl atau bad boy, this is not for you. Tapi anda boleh kekal di belog ini, semoga mendapat hidayah :)

Alhamdulillah saya perhatikan ramai yang semakin mahu berubah. Ini sama sekali tak menunjukkan semakin ramai yang mendapat hidayah. Saya yakin zaman dahulu atau sekarang, Allah sentiasa pemurah memberikan hidayahNya. Namun yang membezakan zaman dahulu dan sekarang ialah zaman dahulu orang tidak ada kekuatan untuk menerima hidayah.

tanya sama pokok apa sebab goyang

Ya hidayah itu ada di mana-mana. Anda tengok pokok, lepas itu pokok itu bergoyang. Bukankah satu keajaiban buat orang yang berfikir, bahawa ada kuasa yang mampu menggerakkan sesuatu yang statik? Ya kuasa angin. Dari mana datang angin?

Dulu saya sentiasa rasa angin itu adalah sesuatu yang ajaib. Sampai sekarang juga saya rasa begitu. Kita boleh rasa angin itu. Tapi kita tak boleh pegang,tak boleh nampak. Kalau angin tak bergerak, kita tak akan rasa apa-apa tapi kalau angin bergerak, wow nyamannyaaaa~~~ dari mana datang angin?

Hidayah adalah untuk orang yang berfikir? Setuju?

Pernah tak suatu hari anda tertanya-tanya tentang sesuatu lepas tu bila anda buka tv, hoh ada jawapannya dalam tv! Allah mendengar isi hati kita. Dan Allah sentiasa menjawabnya sama ada sekarang, esok lusa, tahun depan atau bila dah mati nanti. Bila suatu hari kita bertanya "apa yang kurang dalam hidup aku ni?" "kenapa aku diciptakan?", bermakna kita sedang mencari sesuatu.

Hidayah adalah untuk orang mencari jawapan? Setuju?

Bila sampai suatu ketika dalam kehidupan kita ini, kita akan bertemu dengan dilema. Tersepit antara pilihan-pilihan. Kita akan menimbangkan-nimbangkan baik buruk setiap pilihan. Kita mengharapkan kita buat pilihan yang tepat.



Hidayah untuk orang yang mencari kebenaran. Betul?

Di mana-mana pun orang akan bertemu dengan makcik hidayah ini. Dan macam-macam cara orang sambut makcik hidayah ni.

Situasi 1:

"Makcik Hidayah! Allah..terharunya jumpa makcik hidayah! Sok sek sok sek. Oh dah malam dah ni, oklah jumpa lagi makcik hidayah! babai!"

Situasi 2:

"Makcik Hidayah! Allah..terharunya jumpa makcik hidayah! Jemput masuk meh meh! buat macam rumah sendiri. sok sek sok sek eh suami saya nak balik kejap lagi. Nanti jumpa lagi! Semelekum!"

Situasi 3:

"Makcik Hidayah! Allah..terharunya jumpa makcik hidayah! Masuk masuk! buat macam rumah sendiri. nanti saya pergi buatkan air. Eh, nak balik dah ke? Janganlah, bukan senang nak jumpa makcik hidayah. tidur sini meh. Saya ada bilik kosong tu. Eh suami dah bagi izin dah."

Cukuplah bagi situasi. Karang tambah-tambah situasi, jadi novel nanti.

So korang nampak tak, ada layanan yang berbeza terhadap makcik hidayah. Hidayah ibarat haiwan ternakan yang mesti dipagarkan, kalau tidak nanti dia pergi berkeliaran, susah nak cari balik. Bukan boleh telepong telepong dia. Nak guna friend finder lagilah tak boleh. Jadi kita kena berusaha untuk kekalkan hidayah.

Cara untuk pelihara hidayah adalah dengan membanyakkan doa dan amal. Teruskan berubah dan berubah ke arah kebaikan, jangan berhenti hanya kepada satu kebaikan sahaja.

Tapi, berubah itu perit.


Memanglah perit nak buang apa yang dah jadi kebiasaan kita.Cuba korang cabut satu gigi korang tanpa cucuk ubat bius, mau sakit sampai demam-demam. Sebab? Gigi tu dah lama hidup dengan kita, dah jadi sebahagian daripada diri kita.

Usah terlampau memaksa diri. Bukan semua gigi yang perlu dibuang. Ada yang masih boleh diselamatkan dengan menampal, membuat crown, membuat rawatan akar dan sebagainya. Yang sudah mereput itu kena buang. Yang masih bagus itu, jaga dia sampai sihat, cantik dan berkilat-kilat. Dan yang nak cabut tu juga, janganlah main cabut je. Cabut dengan berhikmah, guna ubat bius, suruh dentist cabutkan, barulah ada teknik yang tak menyakitkan, malah melegakan. Dah habis cabut, makanlah ubat tahan sakit supaya tak terasa sakitnya.

siapalah yang amik gambar ni. penggunaan forcep yang salah!

OK, ni bukan post gigi. Hanya menggunakan analogi gigi. Maklumlah pelajar pergigian. Beginilah nasibnya.

Pernah dengar hadith logam?











"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."


Contoh yang paling popular yang boleh dikaitkan dengan hadith logam ialah Sayyidina Umar. Di zaman jahiliyyahnya, beliau hebat menentang Islam dengan bakat kepimpinan yang tegas dan bakat kepahlawanan yang gagah perkasa. Setelah menerima Islam, beliau gunakan bakatnya untuk mengembangkan Islam.

So kalau kita di zaman jahiliyyah sangat suka muzik, bila dah terima makcik hidayah, dengarlah muzik berunsurkan islam (analogi: baiki gigi).

Tak perlu buang terus kegemaran itu. Kalau kita di zaman jahiliyyah suka melawa, kawal kegemaran itu, hanya melawa di hadapan mahram atau pun suami (analogi: baiki gigi).

Kalau kita di zaman jahiliyyah suka buang masa, kita cuba ubah sikap kita itu dengan usaha yang berterusan. Janganlah hari ni terima hidayah, esok terus nak penuhkan jadual dengan aktiviti-aktiviti amal, dakwah dan kemasyarakatan. Semput nanti dik oi. Sentiasa perbaharui niat dan solat taubat (analogi: cabut gigi oleh dentist dan guna ubat bius. serta makan ubat tahan sakit)

Kalau kita di zaman jahiliyyah berbakat dalam penulisan, selalu tulis novel-novel berklasifikasi C untuk cinta, gunakan bakat itu untuk islam setelah menerima hidayah. Tulislah novel-novel berklasifikasi D untuk dakwah pula (analogi: jaga gigi sampai berkilat dan sihat)

Usah gopoh. Kita ini manusia biasa je. Kita belajar daripada kesilapan. Kesempurnaan itu bukanlah destinasi tapi perjalanan. Kalaulah kesempurnaan itu destinasi, kita tak akan sampai kepadanya. Tapi kalau ia adalah perjalanan, kita akan sampai kepada sejauh mana kita berjalan menujunya.

Eh, kamu faham ke ni? Kita dah mula masuk fasa falsafah tahap petala kesembilan belas dah ni. Tak faham, jangan malu bertanya. Malu bertanya, sesat jalan.

Akhir kata, tapi bukan akhir sekali, selalunya gigi semulajadi yang ada rongak-rongak dan tampal-tampal itu lebih baik daripada memiliki satu set gigi palsu yang berkilauan menyilaukan mata.

ikhlas tapi jauh,
lagi-6-bulan-nak-jadi-doktor-gigi



Sunday, June 10, 2012

best ke boikot ni?






No individual raindrop ever considers itself responsible for the flood. Change starts with you


Pertama kali dengar perkataan boikot ialah bila abah cakap "takyahlah tengok tv3. boikot tv3"..di waktu itu saya sedang riang-riang hendak menonton movie di tv3. Terpinga-pinga dibuatnya kenapa nak boikot tv? Boikot tu apa?

Kemudian apabila dah habis SPM, keluar meronggeng bersama rakan-rakan sekolah di Sunway Pyramid. Hati gembira nak makan McD. Lepas tu bee cakap "aku tak makan McD. aku boikot McD. Sebab McD produk israel." Saya macam..err there goes my McD double cheeseburger. Kami terus tukar haluan ke A&W. Terpaksa makan burger tanpa rasa di A&W.

alah tak tempting pun. banyak lagi burger yang sedap di dunia ini. burger ramly pun ok ape.

Kenapa orang nak boikot2 ni? Dapat apa?


sedarkah anda palestin sudah tiada dalam peta dunia sekarang ni? cepat, sedarlah sekarang!

Semasa di Intec, saya telah mendengar ceramah tentang Palestin. Masa tu airmata mencurah-curah ke ladang gandum. Rasa marah sangat dengan isreal dan kesian sangat dekat Palestin. Tamat presentation, dilancarkan kempen boikot israel. Maka di waktu itu tanpa banyak tanya, atas dasar kemarahan yang melampau terhadap israel, saya terus melancarkan 'perang' boikot terhadap israel. Oh lupa, masa tu israel sedang melancarkan perang ke atas palestin.


Saya berjaya menahan diri daripada makan McD selama hampir 1 tahun setengah. Selama itu juga saya tak minum coke. Walaupun di waktu itu encik boyfren suka McD, saya akan divert jugak dia makan tempat lain sebagai subtitute contohnya Burger King. Tapi dia tetap juga makan McD kalau saya takde.

First year in IMU, saya mendengar khabar Israel dah stop perang dengan Palestin. I mean berita kematian rakyat Palestin dah semakin berkurang maka saya pun start makan McD balik. Tapi cuba mengurangkannya jugaklah sebab jauh di sudut hati, saya rasa bersalah. Kemudian saya terjumpa artikel yang mengingatkan bahawa kekejaman israel takkan berakhir dan tak sepatutnya boikot atau huha huha pasal palestin hanya bila keluar kat news yang israel sedang perang dengan palestin. Omo! Saya tersedar lalu perasaan bersalah menggamit jiwa.



Kemudian mode boikot israel kembali activated. Kali ni lebih meluaskannya. Tukar jenama handset terus daripada nokia ke sony. Kopi Starbucks yang lazat saya tinggalkan. Makanan nestle yang ruji saya katakan babai. Babai to milo. Babai to kitkat. Babai to maggi. Babai to almost everything sebab sebenarnya hampir 100% barang yang biasa kita beli ialah produk israel. Saya turut babai kat Loreal, Maybelline, CK dan Lancome. Sebab banyak sangat komestik yang berasal daripada israel akhirnya saya pun pakai Silky Girl (alah terasa girly  nya). Namun bagus jugaklah penghijrahan saya seiring dengan kempen boikot, lalu tidak lagi berminat dengan kosmestik. Tapi kat NZ ni gila perfume tiba-tiba. Kena berhati-hati jugaklah nak beli perfume sebab kadang-kadang nama perfume tu overshadow nama brand. Contohnya perasankah anda perfume paling best 'Miracle' tuh rupanya Lancome? Walaubagaimanapun most of the perfume brands adalah brand yang wajib boikot.

walaupun hari-hari tengok perfume ni dan hari-hari tempting nak beli, alhamdulillah tak terbeli lagi

Yusuf Al-Qardhawi telah pun keluarkan fatwa bahawa boikot barangan israel itu wajib. Haram membeli barangan mereka. Dan statistik juga menunjukkan perlakuan memboikot barangan mereka telah menganggu ekonomi zionis. Tetapi di waktu saya mula memboikot, saya tak tahu pun ada fatwa dan saya tak minat nak tahu berkesan ke tidak boikot ini.

Yang saya cuma kisah di waktu itu ialah saya tak nak langsung menyumbang ke arah penderitaan saudara mara saya di palestin. Sudahlah saya bersenang lenang di Malaysia, ada ke patut saya tambah lagi kesukaran hidup mereka dengan nafsu membeli saya ini? TIDAK. Apakah maknanya saya menderma ke tabung palestin tapi at the same time saya menyumbang dana untuk israel beli peluru untuk bedil palestin? TIDAK!

Pada awalnya, memanglah saya rasa susah betul nak boikot ni sebab hampir segala barangan yang saya dan keluarga selalu beli, pakai dan makan itu adalah barangan israel. Sebab produk merekalah yang femes, yang murah dan easily available dan accessible hatta di kedai runcit sekalipun. Tengoklah McD, murah, ada di mana-mana sahaja, ade drive thru lagi tuh siap ada yang 24 jam dibuka! Tengoklah KitKat, kedai Jains pun ada (oh kedai tu ialah kedai runcit mamak feveret saya sewaktu tinggal di BTHO dulu)

Namun, hakikatnya banyak lagi pilihan lain di luar sana. Kalau nak yang murah, ada yang laaagi murah, barang buatan malaysia contohnya. Belilah megi cap 'PAMA' ke, mi Ruski ke.  Mekap Silky girl kan ada. Kopi sehebat starbucks pun ada je. Ada satu lori yang jual kopi camtu kat Pasar Jalan TAR. Tak pun minulah Coffee Beans (ok rindu kopi black forest kesukaanku). Tak payah beli nescafe, beli kopi Cap Kapal Api. Eh lagi pun tak elok minum kopi banyak-banyak ni. Baik minum Teh Boh atau bubble tea kat Cha Time ke (eh tapi saya baru dapat maklumat tak elok juga minum bubble tea banyak2)..Paling best, minum je air kosong.

tak pernah rasa lagi ni

Saya dulu, banyak cari substitute lah untuk ganti kegemaran saya kepada produk israel. Itu antara langkah awal. Ada orang memang tak boleh langsung nak terima substitute ni sebab menurut mereka tiada yang lebih bombastik daripada McD contohnya. Err..belum cuba belum tahu, memandai je kan kata McD itu yang the best.

Maka sebelum cari substitute tu, kena tanam dalam hati dan fikiran bahawa TIADA YANG LEBIH PENTING DARIPADA SAUDARA SEAKIDAHKU YANG DIANIAYA DI SELURUH DUNIA.

Engkorang ingat boikot israel tu hanya dapat tolong rakyat Palestin ke? TIDAK! malahan dapat tolong seluruh umat islam kat dunia termasuklah kat Malaysia tanah air tercintamu sendiri. Ingatlah, Israel yang sedang kontrol ekonomi dunia sekarang. Dan Israel juga yang sibuk melancarkan perang sana sini. Kita tahan ekonomi mereka, mereka akan handicap lah.

Jom kita renung kembali kisah Nabi Ibrahim yang dicampak ke dalam api. kemudian ada seekor burung kecil yang berulang alik membawa air dalam paruh kecilnya, cuba untuk memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim ketika itu. Burung itu telah digelak-guling-gulingkan oleh binatang-binatang lain yang hanya menjadi penonton atau tukang sorak. Apakah pengajaran daripada kisah ini


  1. Burung itu tahu dirinya kecil malah sedar mungkin ia tak mampu pun untuk padamkan api tersebut. Namun itulah usaha yang paling maksimum yang boleh dia lakukan.
  2. Burung itu tahu yang terbakar itu nabi Allah dan sudah pastilah Allah akan menolong baginda. Namun si burung kecil tetap mahu membantu. Kerana apa? Agar dia boleh menjawab di hadapan Allah akan usaha yang cuba dilakukannya. 
  3. Burung tersebut dikecam, dikutuk dan diketawakan dengan hebatnya namun itu tidak mematahkan semangatnya. Lebih baik buat sesauatu daripada hanya menjadi pembazir air liur.
Ambillah ibrah daripada kisah burung tersebut. Allah melihat kepada usaha dan bukanlah hasilnya. Maka berusahalah sehabis baik, semaksima mungkin. And I tell you, memboikot produk palestin bukanlah usaha yang sia-sia. Mujahadah yang sangat tinggi diperlukan. Dan lama-lama you'll get used to it. 




Saturday, June 9, 2012

ketuaan. huh?







A good leader inspires people to have confidence in the leader, a great leader inspires people to have confidence in themselves. (Anonymous)

ok apekah leadership dalam bahasa melayu?



ketua...an! haha..itu yang saya nak ceritakan hari ni. tentang menjadi ketua. bukan menjadi tua.

seperti biasa hari jumaat ialah hari untuk case presentation sejak saya berada di Gisborne ini. Hari Jumaat juga merupakan hari sharing. Hari Jumaat juga ialah hari untuk kita membaca al-kahfi. oops peringatan sikit di situ :)



hep! kamu! ye, kamu lah sape lagi?! takkan le kucin kamu! lagi-lagi kalo kamu lelaki, ate dah g masjid ke belom? 
yours sincerely, pemilik restoran mamak kat Parit, Perak.

Kes kami pada minggu ini ialah tentang chronic condition. Apakah itu chronic condition? Chronic condition ialah kondisi yang kronik. daaa~ haruslah kan. Kondisi yang kronik itu apa? Kondisi yang berpanjangan. Contohnya, diabetes. Diabetes bukanlah penyakit yang hari tu kena diagnose, hari tu juga akan muntah-muntah darah, dehydration atau paling teruk, mati. Bukan. Diabetes mengambil masa yang paaaaaanjang untuk menunjukkan kepada tuan punya body yang "hey hey sayalah diabetes yang awak takutkan tu".

Ha, begitulah. Setelah bertahun-tahun, barulah perasan omo gula dalam darah dah tinggi, omo! asyik rasa nak terkucil aje. omo! sakit buah pinggang. omo! omo! Ya Allah, apa aku buat selama ni, tak jaga makan T___T  <---kondisi kronik juga sangat berkaitan dengan gaya hidup.



Wuu saya selalu ada naluri mengatakan saya pesakit diabetes kerana saya ada keturunan diabetes. Dan saya juga mudah penat serta luka pembedahan tempohari saya juga lambat nak sembuh. Namun biasalah, ada simptom sikit je, nak diagnose lebih-lebih. itulah nasib seorang pelajar pergigian yang juga belajar perubatan. Bagus juga, saya lebih aware dan lebih bersungguh nak jaga pemakanan, nak menyiapkan bekal untuk mati juga. Aiseh jaga makan itu yang susah. Saya suka baking dan saya juga suka makan apa yang saya baking dan orang lain baking. Dan apa yang kami bake? KEK! CHEESECAKE! BROWNIES! APPLE CRUMBLES! Semuanya yang resepi-resepinya memerlukan selori gula tumpah ke dalam adunan. Pendek kata saya seorang dentist yang mempunyai sweet tooth. Ya, sila rasa gigi saya yang manis itu.

Lah, sudah terpesong daripada jalan yang benar.

Kembali kepada kondisi kronik. Kes yang kami dapat ialah obesiti. Di samping obesiti, ada jugalah masalah-masalah kronik yang lain. Biasalah masalah yang kronik ini biasanya datang dengan pakej 'beli satu percuma satu atau percuma dua tiga atau dua puluh tiga'. Orang yang obesiti cenderung untuk ada masalah sleep apnea, iaitu masalah tidur yang terganggu dek kerana suka berdengkur maka kurang oksigen. Pesakit itu juga ada masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kehidupan yang sungguh kompleks. Maka itu yang bincangkan tadi, iaitu macam mana nak handle kes itu dan tolong patient itu.

Kemudian we had a short lecture about leadership. Ok, anehnya dah berperenggan-perenggan, barulah masuk tajuk utama. Saya tidak dapat menolong ini (I just can't help it)

ya, ketua...an!

slide pertama, "what is leadership?"

slide kedua, "leadership is totally different from management"..what say you guys?

slide ketiga, tadaaa!


that.... really blew me away *shiung shiung* (bunyi angin yang hebat)- biasalah cik dhuha memang suka kata-kata berbunyi falsafah ini.

saya teringat seseorang yang super hebat.

ok, next slide, leadership is to inspire.

saya teringat seseorang yang super hebat.

next slide, leadership is about walk the talk.

saya teringat seseorang yang super hebat.

kerana teringatkan seseorang yang super hebat ini, saya ter'inspired' untuk menyampaikan sepatah kata-katanya kepada para hadirin.

i said "to be a leader is to be a role model."



Salallahu 'alaihi wasalam. It's my prophet. The greatest leader in the world. The one who inspired so many people around him and EVEN those who NEVER see him. What a great leader he was and  he IS. True, a leader is not a manager. He, my prophet did not only manage things. But he made himself being seen as an example.

Demi sesungguhnya bagi Rasulallah itu contoh tauladan yang terbaik

and then phoebe said "it is not fair to let people judge us and expect us to be perfect when we are actually not." itu dalam konteks profesion kamilah, sebagai duta kesihatan. Apa yang dimaksudkan phoebe ialah sebagai health professional, tak bolehlah nak expect semua doktor mengamalkan gaya hidup sihat. Tak boleh expect semua dentist berus gigi dan flossing setiap hari. Tak boleh expect farmasis telan ubat dengan betul setiap hari.

kemudian natasha (the head nurse yang juga merangkap lecturer kami petang tadi) pun cakap "betul, kita tak boleh nak hidup menurut pengharapan (ekspetasi/expectation) mereka. Tapi kita sendiri kena cuba untuk menampilkan diri kita sebagai contoh. Sebab orang akan sentiasa memandang tinggi ke arah kita dan menjadikan kita contoh sebab kita berada dalam kerjaya yang dihormati masyarakat a.k.a kerjaya mulia. kita dulu kena buat apa yang kita sarankan dekat orang lain."


very well said, natasha. Di waktu itu saya rasa saya sedang berada dalam sesi usrah. Tapi dengan non-muslim. Apa yang diajar pada petang tadi semuanya adalah islamik bagi saya. Hakikatnya, apa yang saya belajar sepanjang kat Gisborne ini sebenarnya memang islamik cuma mereka je tak tahu yang semua itu islamik. Saya je yang syok sendiri kat sini. Hakikatnya bidang kesihatan ini adalah sangat mulia dan apa-apa yang dipelajari daripadanya juga islamik sebab untuk menjadi sihat, kita kena kembali kepada fitrah kan? Itu islam. Apa yang ekstrim atau yang kurang haruslah dijauhkan, kena sederhana. Itu juga islam. Jangan merokok, jangan minum alkohol, jangan minum coke. Itu islam.



oh yang coke tu tak pasal-pasal je kan. haha memanglah. coke itu sangat tidak sihat dan at the same time kena boikot jugak sebab itu alat zionis. Dentist kat sini memerangi coke habis-habisan sebab sangat buruk untuk kesihatan mulut (asid yang kuat dalam coke mampu menghakis gigi). Doktor perangi coke habis-habisan sebab ia tak elok untuk kesihatan sebab terlalu banyak gula. Orang islam perangi coke habis-habisan sebab ia digunakan buat beli peluru untuk bunuh rakyat Palestin.

Say NO to Coca Cola!
(walaupun rindu jugak nk minum coke huhu. sedap kot. haish that's why sometimes i resort to A&W rootbeer bila terasa nak minum sesuatu seperti coke. saya rasa saya dah terbiasa dengan rasa rootbeer sampai saya tak ingat dah bagaimana rasa coke. Pernah dulu bila orang serve coke, saya try minum, saya dah tak boleh nak telan macam dulu sebab too strong. you see, nak boikot sangat perlukan mujahadah yang tinggi sampaikan kena cari substitute. anda rasa Allah akan pandang sepi je ke mujahadah kita tu?)

Amazing. Fantastik bombastik mr. loba-loba.

Saya suka berada di Gisborne sebab saya belajar pasal islam sebenarnya. Dan saya suka bila saya semakin kerap kaitkan semua benda dengan islam. Islam itu kan syumul. Kenapa mesti disempitkan skopnya?

Saya suka berada di Gisborne sebab saya lebih menghargai nikmat islam yang Allah bagi. Betapa beruntungnya kita faham islam bila orang sekeliling clueless pasal islam. Mereka mencari solusi kepada permasalahan, cuba itu ini. sedangkan islam dah ada pun solusinya. Mereka mencari 'meaning' dalam kehidupan dan kerjaya dan apa yang mereka lakukan tapi islam dah ada pun 'meaning'nya.

Now, saya rasa beban di bahu amat besar. How can i spread the message of islam here? I have another 2 weeks left here yet i'm still dormant.

leadership is role model, that's what i said (oh terasa macam dalam kuch-kuch hota hai bila mrs briganza tanya rahul 'what is love'..rahul said 'love is friendship')

maka saya kena terus jadi role model kat sini. Apa yang saya buat pun, kena cakap 'islam yang ajar'. hoh, tahu pung ekau. tapi ekau tak buek pung. (err sorry mix pulak slang nogori dengan ganu)

p/s: leadership is kepimpinan in malay! kepimpinan is handling hands in english ;p (no joke here. think think!)