Showing posts with label .tazkirah.. Show all posts
Showing posts with label .tazkirah.. Show all posts

Monday, June 18, 2012

istikharah bukan magik




Kalau tak nak kahwin, baik kita jangan kawan




Dulu masa sekolah agama madrasah lagi ustazah dah ajar solat istikharah. Pada waktu itu saya rasa solat istikharah itu solat miracle. Dulu saya juga rasa ia solat yang paling susah nak buat.

Saya masih ingat ustazah kata kalau nak solat istikharah, kena tidur malam dulu. Lepas tu kena jaga daripada tidur. Dah terjaga, cepat-cepat kena ingat untuk solat. Lepas dah solat dan doa sungguh-sungguh, cepat-cepat kena tidur supaya nanti lebih berkesan. Ustazah kata nanti Allah bagi jawapan dalam mimpi.

Disebabkan saya percaya macam tu, maka saya rasa walaweh magiknya solat ini, dapat petunjuk dalam mimpi. Saya cuba untuk buat solat ini tapi saya putus asa di tengah jalan. Sebab saya tak boleh bangkit tengah malam. Dan kalau terjaga dan berjaya solat pun, saya susah nak tidur semula. Maka waktu saya rasa lecehlah nak buat solat istikharah ni.

Saya pun tak pernah menunaikan solat istikharah sampailah saya habis SPM, saya updated tentang solat istikharah ini lagi. Bahawa tak perlu tidur dan jaga semula pun untuk menunaikannya. Dan juga petunjuk tak semestinya datang dalam mimpi so tak perlu rush untuk tidur setelah melakukannya. Maka saya menjadi ringan untuk menunaikan solat istikharah tak kira dalam apa hal sekalipun. Nak exam, nak pilih jemaah, nak pilih course pengajian dan sebagainya.

Tapi di waktu itu saya masih ada konsep istikharah itu magik. Saya rasa bahawa segalanya yang ditunjuk kepada saya melalui istikharah itu adalah yang terbaik dan saya akan selamat serta tak akan melalui kesusahan melaluinya.

Hanya tahun ini baru saya tersedar.



Saya melakukan istikharah untuk memilih bidang pengajian. Hati saya kuat memilih bidang pergigian dalam saya tidak menyukainya. Saya ditekan dan tertekan sepanjang melalui tahun-tahun gigi ini tapi saya diam dan berfikir "kenapa Allah kuatkan saya untuk pilih jalan ini walaupun saya rasa macam suffer sungguh nak buat kerja-kerja gigi ini"..maka saya fikir mesti ada hikmahnya so saya redah ajer. Saya yakin saya tak tersilap pilih. Ini kes selamat. Kes yang saya terlepas pandang.

Tahun ini saya buat istikharah yang paling panjang dalam hayat saya setakat ini. Tentang soal masa depan. Hati saya sangat yakin dengan tindakan itu. Tidak salah lagi. Saya terus bertindak dan merasa tenang selepasnya. Saya tenang untuk beberapa bulan sambil dalam hati gembira, "saya tak tersilap pilih"..kemudian setelah lama berasa selesa dan tenang, seakan ada ticking bomb dalam hati yang bersedia untuk meletup bila-bila masa saja. Seakan ada tumor yang sedang membesar dan bersedia untuk bermetastasis.

Dan dalam tempoh itu saya rasa sungguh tidak tenang dan berserabut. Dan saya tanya diri saya sendiri "aku salah pilih ke? tapi aku buat istikharah." jeng jeng jeng. Ini kes tidak selamat.


  1. mula tidak yakin dengan tindakan sendiri yang dibuat berpandukan petunjuk istikharah. 
  2. sort of berbunyi seperti sebuah penyesalan
  3. menganggap keputusan istikharah itu tidak akan menimbulkan musibah
Allah suka menguji hamba-hambaNya. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan pelbagai cara. Allah memankbulkan doa hambaNya dengan caraNya tersendiri. Istikharah bukan jaminan bahawa kita akan terlepas daripada masalah. Bukan jaminan kita akan hidup happily ever after setelah membuat pilihan yang tepat.

Pilihan yang tepat itu sendiri bukanlah pilihan yang menjamin keamanan pemilihnya. Orang yang memilih antara nak buat bisnes sendiri atau kerja makan gaji, kedua-dua pilihan ada buruk baiknya tersendiri. Memilih untuk bekerja sendiri mendedahkannya kepada risiko-risiko tertentu. Memilih untuk untuk kerja makan gaji pun mendedahkannya kepada risiko-risiko tersendiri. Dan risiko atau musibah itu semua bukanlah semestinya buruk untuk kita malah ia adalah sebuah proses untuk menjadikan kita 'seseorang'.



I've learned my lesson. 

That my decision is right but it comes with a consequence. That I have nothing to regret (ber'kalau-kalau' itu perangai syaitan). I was free from the consequence for months and only now that I'm receiving it. Allah nak uji sejauh mana kita redha, sejauh mana kita yakin dan sejauh mana kita masih merendah sebagai hamba yang lemah dan tak berdaya.



Sumpah ia adalah konsekuensi yang maha perit. Yang saya tidak menjangka langsung. Yang mustahil untuk saya undurkan balik. Yang saya dah tak boleh nak mencapainya semula. Tapi penerimaan saya lebih baik daripada penerimaan di waktu jahiliyyah dahulu dan saya percaya kalau saya bertahan, saya akan lebih kuat di masa akan datang.

I've learned my lesson
Been down that road before
I've learned my lesson
And the message is you'll never fly
'Til you learn how to fall
It seemed to me there was a ring of truth
In what the old man said
jump back take a look at your life
You learn a lot about living when you're on the edge
Your wounds will heal,you gotta give it time
And though your troubles may be real
it's just a state of mind
(a song lyric) 






pandang ke bawah





"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan."

pemandangan dari atas Bukit Kaiti. Laut. Hah..Birunya laut birunya langit..Haahh~ (bukan sy ambil gambar ni. google je nih. saya tak expect makcik tu nak bawak naik bukit ni kalau tak mesti saya dah bawa kamera)

Hari ni merupakan minggu terakhir saya di Gisborne. Maka saya dan Yee Phang mengambil kesempatan ini untuk meronda kota Gisborne. Kami di bawa jalan-jalan oleh kawan church Yee Phang. Heh kelakar pulak nak panggil kawan sebab hakikatnya kawan yang dimaksudkan itu ialah seorang makcik dan anaknya.

Oh ye saya akui saya jeles dengan Yee Phang yang setiap minggu boleh 'berukhwah' dan 'berusrah' dengan rakan-rakan churchnya. Jumpa-jumpa dan makan-makan. Oh i miss that. Masa saya dapat usrah melalui skype itu hari, saya pun dengan bangganya bagitau Yee Phang "I had my special meeting too. Through Skype *senyum kerang busuk*"

Hep biasa ni! suka melencong! Sambung cerita.

Kami ikut makcik tu beli belah barangan rumah dan dapur. Kemudian kami menghabiskan masa di kedai buku. Kalau dulu saya suka duduk dekat seksyen buku-buku fiksi, sekarang saya duduk dekat seksyen 18. Eh silap. Itu kolej saya dekat INTEC dulu.

Saya suka duduk dekat bahagian buku-buku non-fiksi. Terutamanya buku-buku sejarah dan buku-buku falsafah. Ada satu buku tu dia kupas dengan mendalam falsafah-falsafah kuno dan moden. WAHHH saya macam nak telan itu buku.

Saya rasa saya sudah tua dan semakin matang (erk baru je kena marah dengan mak "awak ni tak matang lagi tau tak" sebab saya minta tolong dia call orang untuk saya. gugugu)..okeyla saya tak matang lagi, Fine. Tapi mungkin saya sedang berubah menjadi orang yang bosan. Yang suka baca kisah-kisah lampau (baca: sejarah) dan baca kata-kata falsafah dan pemikiran orang lain. Biarlah orang bosan dengan saya asalkan saya tak bosan dengan diri sendiri. I love you, dhuha. Seriously, you are not boring at all.

Dah habis menjamu mata, kami bercadang mahu menjamu mata lagi di atas bukit. Wah saya suka panjat bukit. Tapi kali ni kami panjat bukit dengan kereta. Hujan turun gerimis-gerimis. Takkan nak panjat guna kaki, lagipun kami sedang menumpang seorang makcik. By the way minggu depan kawan-kawan seprogram saya ni akan panjat Gunung Hikurangi. Ingat tak saya pernah cerita Gunung Hikurangi tu ikon east coast. Gunung pertama yang menyambut kedatangan matahari di setiap permulaan hari. Teringin nak tengok sunset kat sana! Namun saya melepaslah sebab dah nak balik Dunedin Sabtu ni.

Tengok, melecong lagi.

Kita panjat BUKIT Kaiti je tadi. Dalam mimpilah nak panjat GUNUNG Hikurangi. Apa-apa pun, i love being in high place. Saya suka tengok pemandangan dari kawasan yang tinggi. Adalah menakjubkan, hanya dengan memandang ke bawah, hati menjadi aman.

lagi pemandangan dari atas Kaiti Hill. nampak tak air dan jambatan tu. Air laut yang nak ke sungai lah kot. Kat situlah kami ber'waka ama' hari tu. (gambar google)

Hanya dengan memandang ke bawah, segala keserabutan dalam hati hilang sebentar. Segala masalah jadi kecik, kacang goreng je. Itu yang buat saya suka duduk atas bukit. Berumah di atas Bukit York di Dunedin adalah perkara yang paling saya syukuri. Tinggal di rumah Janis semasa kerja di Orchard Roxburgh juga adalah perkara yang paling disyukuri sebab bila-bila masa boleh panjat bukit di belakang rumah.

Duduk di atas bukit buat saya rasa macam raja yang sedang memerhati rakyat jelata. "Inilah kerajaan beta" walaweh..bukan. bukan. walaupun adalah sikit-sikit tapi bukan sepenuhnya kerana itu.





"Letakkanlah dunia di tapak tanganmu"


Ya, kerana kata-kata itu. Pandanglah dunia dari atas, kita akan nampak "ah betapa kecilnya dunia ini. Lihatlah manusia. Begitu mini seperti semut. Kalau beta panjat ke atas sikit, satu manusia pun beta tak boleh nak nampak. Lihatlah bangunan-bangunan ini semua. Beta rasa seperti otromen (ataupun raksasa musuh otromen), mahu pijak-pijak je semua nih. Betapa dunia ini hanyalah debu-deban sahaja."

Dan istimewanya Kaiti Hill ini ialah kerana ia dekat dengan laut (sama macam rumah saya di Dunedin juga cuma di Dunedin lautnya adalah kawasan teluk so pandangan tertakluk kepada teluk yang terhad sahaja). Maka saya lihat betapa luasnya laut. Luasnyaaaaa!! Macam dalam kayangan. Cuma dalam kayangan dikelilingi awan tapi di bumi, dikelilingi laut. Tak rasa meremang ke, kita ni duduk di kelilingi air yang luasnya lebih luas daripada kerak bumi sendiri. Merendahlah manusia. Bila dilihat dari atas, bumi ini kecil sahaja. Lebih menginsafkan lagi, kawasan darat itu jauh lebih sedikit daripada kawasan laut. Bila-bila masa sahaja kita boleh ditenggelami air laut ini.

Betapa debu-debannya kita ini. Patutlah disuruh letak dunia di tapak tangan sahaja. 

Menambahkan rasa insaf di kalbu bila sedar betapa terhadnya penglihatan ini. Bila naik ke atas tempat tinggi, satu manusia pun tak boleh nak nampak dah. Tapi Allah itu Maha Melihat. Satu makhluk pun Dia tak terlepas pandang. Takde satu perbuatan, lintasan hati dan kata-kata pun yang terlepas daripada kiraanNya. Sedangkan tak ada satu daun yang gugur pun yang berada di luar pengetahuanNya. Merendahlah wahai sahabat manusiaku sekalian. Betapa kita ini hanya makhluk.


To be on top is such a relief. But do not forget to look down. Banyak hikmahnya kenapa kita mata boleh pandang ke bawah.

saya selalu berimpian nak tengok sunrise yang keluar dari laut. dan saya berjaya menengoknya beberapa minggu lepas semasa on the way nak ke Ruatoria. Kami bertolak sebelum matahari naik. So masa lalu kat tepi pantai, sunrise pun berlaku. Saya macam "oh no dream comes true!" gedebak gedebuk bawak keluar kamera, rupanya takde memori card -,-"..tapi simpan dalam camera punya memory stick. tapi still gambar tak lawa sebab ambil dari dalam kereta, which nampak cermin kereta kotor -,-"...maka ini bukan gambar yang saya capture, sekali lagi, saya google. pemandangan ini memang diambil dari tempat yang saya yang saya nampak so nak berkongsi the same pemandangan. maaf ayat sedikit keling di situ.

Friday, June 15, 2012

small is BIG





"You cannot discover oceans unless you have the courage to leave the shore."


Hari ni saya belajar sesuatu. Sesuatu yang berharga.

Saya dah tak ingat macam mana saya boleh tiba-tiba sampai kepada sebuah konklusi tapi pendek cerita, saya mendapat konklusi a.k.a falsafah baru. Iaitu....

Dalam mencapai matlamat hidup yang besar dan nun jauh ke hadapan (long-term), kita kena ada matlamat-matlamat kecil.

Oh ye! Saya dah ingat macam mana saya boleh sampai kepada konklusi ini. Sebab kami bincang pasal lifestyle changes for better health. Dan untuk buat perubahan, kena ada matlamat. Contoh, aku nak kurus. So kena ada litlle goals untuk menuju kepada kekurusan fizikal. Bulan pertama, kena turun 2 kg (contoh). Bulan kedua kena turun 3 kg dan jadi pelanggan setia kat gym (another contoh)..and so forth.

Sebenarnya gol-gol kecil inilah yang menjadikan kita berstamina untuk sampai kepada goal besar kita. Saya baru sedar kepentingannya ok. Saya ingat gol kecil ni hanya sekadar gol jelah.

Bayangkan kalau kita panjat gunung tanpa checkpoint. Terasa penat, terasa macam tak nampak penghujung, tak tahu nak tuju, hilang arah dan terasa macam tak cukup stamina. Lalu kita putus asa dan berhenti di tengah jalan.

Big dream cannot be achieved in a blink of eyes. Mari bagi contoh diri sendiri. Saya selalu cakap dekat diri sendiri saya nak jadi better muslimah. Saya pun definelah apa better muslimah is. Solat kena cukup, bangun sebelum subuh dan jangan tidur balik, rajin buat kerja, menepati masa, menepati janji dan bla bla bla. Too many. At one point (well dah banyak point pun sebenarnya), saya rasa penat. Saya rasa macam "ohh bila nak jadi muslimah yang bagus dan disayangi Allah ni. Lamanya rasa..Lambatnya aku nak berubah..Macam takde progress je ni bla bla bla.."

You know, mula ada prasangka-prasangka selepas itu "eh boleh ke aku jadi muslimah yang baik ini?"

Jangan hilang stamina!

Arakian (heh baru pertama kali guna ini perkataan tapi sebenarnya tak tahu makna tapi macam kedengaran sedap jek), kalau nak daki gunung pun selalunya disediakan checkpoints untuk kita berehat, tarik nafas dalam-dalam, mengumpul semangat dan untuk melihat balik sejauh mana dan setinggi manakah kita telah daki supaya kita tidak mudah berputus asa dan dapat memotivasi diri sendiri "oh dah jauh aku berjalan dah ni, takkan nak berhenti." atau "oh dah tak jauh daripada destinasi dah ni. sikit je lagi. bertahan!"

So berbalik kepada goal untuk menjadi muslimah yang lebih disayangi Allah, heh alang-alang dah nak masuk ramadhan, silakan masuk gear sekali. Ayuh aim untuk banyakkan berpuasa sunat sepanjang syaaban (hep, dah ganti puasa ke belum?). Ayuh aim by the end of ramadhan, dapat khatamkan al-Quran. Ayuh aim tidak tidur selepas subuh at least seminggu sekali sebelum masiuk ramadhan dan sebaik sahaja masuk ramadhan, aim untuk kerapkan lagi frekuensi tidak tidur selepas subuh.

Berikut adalah contoh-contoh gol berkala yang boleh dibuat dan pernah saya buat tapi biasalah kadang-kadang tergelincir. Ia semacam jadual kehidupanlah jugak.

Gol harian: 

  • solat 5 waktu tepat pada masanya
  • bangun sebelum subuh, tidur selepas isyak
  • bersenam sekurang-kurangnya 20 minit
  • baca 1 buku
  • baca al-Quran sekurang-kurangnya 1 mukasurat
Gol mingguan:
  • Baca al-kahfi setiap jumaat
  • puasa sunat at least seminggu sekali
  • hafal sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran
  • siapkan assignment
  • call ibubapa untuk tanya khabar
  • hadiri bulatan gembira
Gol Bulanan:
  • khatam al-Quran
  • hafal satu surah


do one thing at a time. small steps make big changes. So jangan takut dan ragu-ragu untuk mengambil langkah-langkah bayi itu! dan jangan lupa muhasabah (reflect) dan mutabaah (check/monitor) amalan kita selalu!


akhir kata tapi bukan akhir sekali, jagalah stamina dalam mencapai matlamat okeh! Selamat tiba ke destinasi masing-masing! ^__^

Monday, June 11, 2012

berubah itu perit. tapi...




You can impress people at a distance. But you can impact them only up close. -Howard Hendrick

Berubah itu perit?

Entry ini khas buat yang ingin berubah.



Hep, yang nak berubah jadi bad girl atau bad boy, this is not for you. Tapi anda boleh kekal di belog ini, semoga mendapat hidayah :)

Alhamdulillah saya perhatikan ramai yang semakin mahu berubah. Ini sama sekali tak menunjukkan semakin ramai yang mendapat hidayah. Saya yakin zaman dahulu atau sekarang, Allah sentiasa pemurah memberikan hidayahNya. Namun yang membezakan zaman dahulu dan sekarang ialah zaman dahulu orang tidak ada kekuatan untuk menerima hidayah.

tanya sama pokok apa sebab goyang

Ya hidayah itu ada di mana-mana. Anda tengok pokok, lepas itu pokok itu bergoyang. Bukankah satu keajaiban buat orang yang berfikir, bahawa ada kuasa yang mampu menggerakkan sesuatu yang statik? Ya kuasa angin. Dari mana datang angin?

Dulu saya sentiasa rasa angin itu adalah sesuatu yang ajaib. Sampai sekarang juga saya rasa begitu. Kita boleh rasa angin itu. Tapi kita tak boleh pegang,tak boleh nampak. Kalau angin tak bergerak, kita tak akan rasa apa-apa tapi kalau angin bergerak, wow nyamannyaaaa~~~ dari mana datang angin?

Hidayah adalah untuk orang yang berfikir? Setuju?

Pernah tak suatu hari anda tertanya-tanya tentang sesuatu lepas tu bila anda buka tv, hoh ada jawapannya dalam tv! Allah mendengar isi hati kita. Dan Allah sentiasa menjawabnya sama ada sekarang, esok lusa, tahun depan atau bila dah mati nanti. Bila suatu hari kita bertanya "apa yang kurang dalam hidup aku ni?" "kenapa aku diciptakan?", bermakna kita sedang mencari sesuatu.

Hidayah adalah untuk orang mencari jawapan? Setuju?

Bila sampai suatu ketika dalam kehidupan kita ini, kita akan bertemu dengan dilema. Tersepit antara pilihan-pilihan. Kita akan menimbangkan-nimbangkan baik buruk setiap pilihan. Kita mengharapkan kita buat pilihan yang tepat.



Hidayah untuk orang yang mencari kebenaran. Betul?

Di mana-mana pun orang akan bertemu dengan makcik hidayah ini. Dan macam-macam cara orang sambut makcik hidayah ni.

Situasi 1:

"Makcik Hidayah! Allah..terharunya jumpa makcik hidayah! Sok sek sok sek. Oh dah malam dah ni, oklah jumpa lagi makcik hidayah! babai!"

Situasi 2:

"Makcik Hidayah! Allah..terharunya jumpa makcik hidayah! Jemput masuk meh meh! buat macam rumah sendiri. sok sek sok sek eh suami saya nak balik kejap lagi. Nanti jumpa lagi! Semelekum!"

Situasi 3:

"Makcik Hidayah! Allah..terharunya jumpa makcik hidayah! Masuk masuk! buat macam rumah sendiri. nanti saya pergi buatkan air. Eh, nak balik dah ke? Janganlah, bukan senang nak jumpa makcik hidayah. tidur sini meh. Saya ada bilik kosong tu. Eh suami dah bagi izin dah."

Cukuplah bagi situasi. Karang tambah-tambah situasi, jadi novel nanti.

So korang nampak tak, ada layanan yang berbeza terhadap makcik hidayah. Hidayah ibarat haiwan ternakan yang mesti dipagarkan, kalau tidak nanti dia pergi berkeliaran, susah nak cari balik. Bukan boleh telepong telepong dia. Nak guna friend finder lagilah tak boleh. Jadi kita kena berusaha untuk kekalkan hidayah.

Cara untuk pelihara hidayah adalah dengan membanyakkan doa dan amal. Teruskan berubah dan berubah ke arah kebaikan, jangan berhenti hanya kepada satu kebaikan sahaja.

Tapi, berubah itu perit.


Memanglah perit nak buang apa yang dah jadi kebiasaan kita.Cuba korang cabut satu gigi korang tanpa cucuk ubat bius, mau sakit sampai demam-demam. Sebab? Gigi tu dah lama hidup dengan kita, dah jadi sebahagian daripada diri kita.

Usah terlampau memaksa diri. Bukan semua gigi yang perlu dibuang. Ada yang masih boleh diselamatkan dengan menampal, membuat crown, membuat rawatan akar dan sebagainya. Yang sudah mereput itu kena buang. Yang masih bagus itu, jaga dia sampai sihat, cantik dan berkilat-kilat. Dan yang nak cabut tu juga, janganlah main cabut je. Cabut dengan berhikmah, guna ubat bius, suruh dentist cabutkan, barulah ada teknik yang tak menyakitkan, malah melegakan. Dah habis cabut, makanlah ubat tahan sakit supaya tak terasa sakitnya.

siapalah yang amik gambar ni. penggunaan forcep yang salah!

OK, ni bukan post gigi. Hanya menggunakan analogi gigi. Maklumlah pelajar pergigian. Beginilah nasibnya.

Pernah dengar hadith logam?











"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."


Contoh yang paling popular yang boleh dikaitkan dengan hadith logam ialah Sayyidina Umar. Di zaman jahiliyyahnya, beliau hebat menentang Islam dengan bakat kepimpinan yang tegas dan bakat kepahlawanan yang gagah perkasa. Setelah menerima Islam, beliau gunakan bakatnya untuk mengembangkan Islam.

So kalau kita di zaman jahiliyyah sangat suka muzik, bila dah terima makcik hidayah, dengarlah muzik berunsurkan islam (analogi: baiki gigi).

Tak perlu buang terus kegemaran itu. Kalau kita di zaman jahiliyyah suka melawa, kawal kegemaran itu, hanya melawa di hadapan mahram atau pun suami (analogi: baiki gigi).

Kalau kita di zaman jahiliyyah suka buang masa, kita cuba ubah sikap kita itu dengan usaha yang berterusan. Janganlah hari ni terima hidayah, esok terus nak penuhkan jadual dengan aktiviti-aktiviti amal, dakwah dan kemasyarakatan. Semput nanti dik oi. Sentiasa perbaharui niat dan solat taubat (analogi: cabut gigi oleh dentist dan guna ubat bius. serta makan ubat tahan sakit)

Kalau kita di zaman jahiliyyah berbakat dalam penulisan, selalu tulis novel-novel berklasifikasi C untuk cinta, gunakan bakat itu untuk islam setelah menerima hidayah. Tulislah novel-novel berklasifikasi D untuk dakwah pula (analogi: jaga gigi sampai berkilat dan sihat)

Usah gopoh. Kita ini manusia biasa je. Kita belajar daripada kesilapan. Kesempurnaan itu bukanlah destinasi tapi perjalanan. Kalaulah kesempurnaan itu destinasi, kita tak akan sampai kepadanya. Tapi kalau ia adalah perjalanan, kita akan sampai kepada sejauh mana kita berjalan menujunya.

Eh, kamu faham ke ni? Kita dah mula masuk fasa falsafah tahap petala kesembilan belas dah ni. Tak faham, jangan malu bertanya. Malu bertanya, sesat jalan.

Akhir kata, tapi bukan akhir sekali, selalunya gigi semulajadi yang ada rongak-rongak dan tampal-tampal itu lebih baik daripada memiliki satu set gigi palsu yang berkilauan menyilaukan mata.

ikhlas tapi jauh,
lagi-6-bulan-nak-jadi-doktor-gigi



Sunday, June 10, 2012

best ke boikot ni?






No individual raindrop ever considers itself responsible for the flood. Change starts with you


Pertama kali dengar perkataan boikot ialah bila abah cakap "takyahlah tengok tv3. boikot tv3"..di waktu itu saya sedang riang-riang hendak menonton movie di tv3. Terpinga-pinga dibuatnya kenapa nak boikot tv? Boikot tu apa?

Kemudian apabila dah habis SPM, keluar meronggeng bersama rakan-rakan sekolah di Sunway Pyramid. Hati gembira nak makan McD. Lepas tu bee cakap "aku tak makan McD. aku boikot McD. Sebab McD produk israel." Saya macam..err there goes my McD double cheeseburger. Kami terus tukar haluan ke A&W. Terpaksa makan burger tanpa rasa di A&W.

alah tak tempting pun. banyak lagi burger yang sedap di dunia ini. burger ramly pun ok ape.

Kenapa orang nak boikot2 ni? Dapat apa?


sedarkah anda palestin sudah tiada dalam peta dunia sekarang ni? cepat, sedarlah sekarang!

Semasa di Intec, saya telah mendengar ceramah tentang Palestin. Masa tu airmata mencurah-curah ke ladang gandum. Rasa marah sangat dengan isreal dan kesian sangat dekat Palestin. Tamat presentation, dilancarkan kempen boikot israel. Maka di waktu itu tanpa banyak tanya, atas dasar kemarahan yang melampau terhadap israel, saya terus melancarkan 'perang' boikot terhadap israel. Oh lupa, masa tu israel sedang melancarkan perang ke atas palestin.


Saya berjaya menahan diri daripada makan McD selama hampir 1 tahun setengah. Selama itu juga saya tak minum coke. Walaupun di waktu itu encik boyfren suka McD, saya akan divert jugak dia makan tempat lain sebagai subtitute contohnya Burger King. Tapi dia tetap juga makan McD kalau saya takde.

First year in IMU, saya mendengar khabar Israel dah stop perang dengan Palestin. I mean berita kematian rakyat Palestin dah semakin berkurang maka saya pun start makan McD balik. Tapi cuba mengurangkannya jugaklah sebab jauh di sudut hati, saya rasa bersalah. Kemudian saya terjumpa artikel yang mengingatkan bahawa kekejaman israel takkan berakhir dan tak sepatutnya boikot atau huha huha pasal palestin hanya bila keluar kat news yang israel sedang perang dengan palestin. Omo! Saya tersedar lalu perasaan bersalah menggamit jiwa.



Kemudian mode boikot israel kembali activated. Kali ni lebih meluaskannya. Tukar jenama handset terus daripada nokia ke sony. Kopi Starbucks yang lazat saya tinggalkan. Makanan nestle yang ruji saya katakan babai. Babai to milo. Babai to kitkat. Babai to maggi. Babai to almost everything sebab sebenarnya hampir 100% barang yang biasa kita beli ialah produk israel. Saya turut babai kat Loreal, Maybelline, CK dan Lancome. Sebab banyak sangat komestik yang berasal daripada israel akhirnya saya pun pakai Silky Girl (alah terasa girly  nya). Namun bagus jugaklah penghijrahan saya seiring dengan kempen boikot, lalu tidak lagi berminat dengan kosmestik. Tapi kat NZ ni gila perfume tiba-tiba. Kena berhati-hati jugaklah nak beli perfume sebab kadang-kadang nama perfume tu overshadow nama brand. Contohnya perasankah anda perfume paling best 'Miracle' tuh rupanya Lancome? Walaubagaimanapun most of the perfume brands adalah brand yang wajib boikot.

walaupun hari-hari tengok perfume ni dan hari-hari tempting nak beli, alhamdulillah tak terbeli lagi

Yusuf Al-Qardhawi telah pun keluarkan fatwa bahawa boikot barangan israel itu wajib. Haram membeli barangan mereka. Dan statistik juga menunjukkan perlakuan memboikot barangan mereka telah menganggu ekonomi zionis. Tetapi di waktu saya mula memboikot, saya tak tahu pun ada fatwa dan saya tak minat nak tahu berkesan ke tidak boikot ini.

Yang saya cuma kisah di waktu itu ialah saya tak nak langsung menyumbang ke arah penderitaan saudara mara saya di palestin. Sudahlah saya bersenang lenang di Malaysia, ada ke patut saya tambah lagi kesukaran hidup mereka dengan nafsu membeli saya ini? TIDAK. Apakah maknanya saya menderma ke tabung palestin tapi at the same time saya menyumbang dana untuk israel beli peluru untuk bedil palestin? TIDAK!

Pada awalnya, memanglah saya rasa susah betul nak boikot ni sebab hampir segala barangan yang saya dan keluarga selalu beli, pakai dan makan itu adalah barangan israel. Sebab produk merekalah yang femes, yang murah dan easily available dan accessible hatta di kedai runcit sekalipun. Tengoklah McD, murah, ada di mana-mana sahaja, ade drive thru lagi tuh siap ada yang 24 jam dibuka! Tengoklah KitKat, kedai Jains pun ada (oh kedai tu ialah kedai runcit mamak feveret saya sewaktu tinggal di BTHO dulu)

Namun, hakikatnya banyak lagi pilihan lain di luar sana. Kalau nak yang murah, ada yang laaagi murah, barang buatan malaysia contohnya. Belilah megi cap 'PAMA' ke, mi Ruski ke.  Mekap Silky girl kan ada. Kopi sehebat starbucks pun ada je. Ada satu lori yang jual kopi camtu kat Pasar Jalan TAR. Tak pun minulah Coffee Beans (ok rindu kopi black forest kesukaanku). Tak payah beli nescafe, beli kopi Cap Kapal Api. Eh lagi pun tak elok minum kopi banyak-banyak ni. Baik minum Teh Boh atau bubble tea kat Cha Time ke (eh tapi saya baru dapat maklumat tak elok juga minum bubble tea banyak2)..Paling best, minum je air kosong.

tak pernah rasa lagi ni

Saya dulu, banyak cari substitute lah untuk ganti kegemaran saya kepada produk israel. Itu antara langkah awal. Ada orang memang tak boleh langsung nak terima substitute ni sebab menurut mereka tiada yang lebih bombastik daripada McD contohnya. Err..belum cuba belum tahu, memandai je kan kata McD itu yang the best.

Maka sebelum cari substitute tu, kena tanam dalam hati dan fikiran bahawa TIADA YANG LEBIH PENTING DARIPADA SAUDARA SEAKIDAHKU YANG DIANIAYA DI SELURUH DUNIA.

Engkorang ingat boikot israel tu hanya dapat tolong rakyat Palestin ke? TIDAK! malahan dapat tolong seluruh umat islam kat dunia termasuklah kat Malaysia tanah air tercintamu sendiri. Ingatlah, Israel yang sedang kontrol ekonomi dunia sekarang. Dan Israel juga yang sibuk melancarkan perang sana sini. Kita tahan ekonomi mereka, mereka akan handicap lah.

Jom kita renung kembali kisah Nabi Ibrahim yang dicampak ke dalam api. kemudian ada seekor burung kecil yang berulang alik membawa air dalam paruh kecilnya, cuba untuk memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim ketika itu. Burung itu telah digelak-guling-gulingkan oleh binatang-binatang lain yang hanya menjadi penonton atau tukang sorak. Apakah pengajaran daripada kisah ini


  1. Burung itu tahu dirinya kecil malah sedar mungkin ia tak mampu pun untuk padamkan api tersebut. Namun itulah usaha yang paling maksimum yang boleh dia lakukan.
  2. Burung itu tahu yang terbakar itu nabi Allah dan sudah pastilah Allah akan menolong baginda. Namun si burung kecil tetap mahu membantu. Kerana apa? Agar dia boleh menjawab di hadapan Allah akan usaha yang cuba dilakukannya. 
  3. Burung tersebut dikecam, dikutuk dan diketawakan dengan hebatnya namun itu tidak mematahkan semangatnya. Lebih baik buat sesauatu daripada hanya menjadi pembazir air liur.
Ambillah ibrah daripada kisah burung tersebut. Allah melihat kepada usaha dan bukanlah hasilnya. Maka berusahalah sehabis baik, semaksima mungkin. And I tell you, memboikot produk palestin bukanlah usaha yang sia-sia. Mujahadah yang sangat tinggi diperlukan. Dan lama-lama you'll get used to it. 




Saturday, June 9, 2012

ketuaan. huh?







A good leader inspires people to have confidence in the leader, a great leader inspires people to have confidence in themselves. (Anonymous)

ok apekah leadership dalam bahasa melayu?



ketua...an! haha..itu yang saya nak ceritakan hari ni. tentang menjadi ketua. bukan menjadi tua.

seperti biasa hari jumaat ialah hari untuk case presentation sejak saya berada di Gisborne ini. Hari Jumaat juga merupakan hari sharing. Hari Jumaat juga ialah hari untuk kita membaca al-kahfi. oops peringatan sikit di situ :)



hep! kamu! ye, kamu lah sape lagi?! takkan le kucin kamu! lagi-lagi kalo kamu lelaki, ate dah g masjid ke belom? 
yours sincerely, pemilik restoran mamak kat Parit, Perak.

Kes kami pada minggu ini ialah tentang chronic condition. Apakah itu chronic condition? Chronic condition ialah kondisi yang kronik. daaa~ haruslah kan. Kondisi yang kronik itu apa? Kondisi yang berpanjangan. Contohnya, diabetes. Diabetes bukanlah penyakit yang hari tu kena diagnose, hari tu juga akan muntah-muntah darah, dehydration atau paling teruk, mati. Bukan. Diabetes mengambil masa yang paaaaaanjang untuk menunjukkan kepada tuan punya body yang "hey hey sayalah diabetes yang awak takutkan tu".

Ha, begitulah. Setelah bertahun-tahun, barulah perasan omo gula dalam darah dah tinggi, omo! asyik rasa nak terkucil aje. omo! sakit buah pinggang. omo! omo! Ya Allah, apa aku buat selama ni, tak jaga makan T___T  <---kondisi kronik juga sangat berkaitan dengan gaya hidup.



Wuu saya selalu ada naluri mengatakan saya pesakit diabetes kerana saya ada keturunan diabetes. Dan saya juga mudah penat serta luka pembedahan tempohari saya juga lambat nak sembuh. Namun biasalah, ada simptom sikit je, nak diagnose lebih-lebih. itulah nasib seorang pelajar pergigian yang juga belajar perubatan. Bagus juga, saya lebih aware dan lebih bersungguh nak jaga pemakanan, nak menyiapkan bekal untuk mati juga. Aiseh jaga makan itu yang susah. Saya suka baking dan saya juga suka makan apa yang saya baking dan orang lain baking. Dan apa yang kami bake? KEK! CHEESECAKE! BROWNIES! APPLE CRUMBLES! Semuanya yang resepi-resepinya memerlukan selori gula tumpah ke dalam adunan. Pendek kata saya seorang dentist yang mempunyai sweet tooth. Ya, sila rasa gigi saya yang manis itu.

Lah, sudah terpesong daripada jalan yang benar.

Kembali kepada kondisi kronik. Kes yang kami dapat ialah obesiti. Di samping obesiti, ada jugalah masalah-masalah kronik yang lain. Biasalah masalah yang kronik ini biasanya datang dengan pakej 'beli satu percuma satu atau percuma dua tiga atau dua puluh tiga'. Orang yang obesiti cenderung untuk ada masalah sleep apnea, iaitu masalah tidur yang terganggu dek kerana suka berdengkur maka kurang oksigen. Pesakit itu juga ada masalah kewangan, masalah keluarga, masalah kehidupan yang sungguh kompleks. Maka itu yang bincangkan tadi, iaitu macam mana nak handle kes itu dan tolong patient itu.

Kemudian we had a short lecture about leadership. Ok, anehnya dah berperenggan-perenggan, barulah masuk tajuk utama. Saya tidak dapat menolong ini (I just can't help it)

ya, ketua...an!

slide pertama, "what is leadership?"

slide kedua, "leadership is totally different from management"..what say you guys?

slide ketiga, tadaaa!


that.... really blew me away *shiung shiung* (bunyi angin yang hebat)- biasalah cik dhuha memang suka kata-kata berbunyi falsafah ini.

saya teringat seseorang yang super hebat.

ok, next slide, leadership is to inspire.

saya teringat seseorang yang super hebat.

next slide, leadership is about walk the talk.

saya teringat seseorang yang super hebat.

kerana teringatkan seseorang yang super hebat ini, saya ter'inspired' untuk menyampaikan sepatah kata-katanya kepada para hadirin.

i said "to be a leader is to be a role model."



Salallahu 'alaihi wasalam. It's my prophet. The greatest leader in the world. The one who inspired so many people around him and EVEN those who NEVER see him. What a great leader he was and  he IS. True, a leader is not a manager. He, my prophet did not only manage things. But he made himself being seen as an example.

Demi sesungguhnya bagi Rasulallah itu contoh tauladan yang terbaik

and then phoebe said "it is not fair to let people judge us and expect us to be perfect when we are actually not." itu dalam konteks profesion kamilah, sebagai duta kesihatan. Apa yang dimaksudkan phoebe ialah sebagai health professional, tak bolehlah nak expect semua doktor mengamalkan gaya hidup sihat. Tak boleh expect semua dentist berus gigi dan flossing setiap hari. Tak boleh expect farmasis telan ubat dengan betul setiap hari.

kemudian natasha (the head nurse yang juga merangkap lecturer kami petang tadi) pun cakap "betul, kita tak boleh nak hidup menurut pengharapan (ekspetasi/expectation) mereka. Tapi kita sendiri kena cuba untuk menampilkan diri kita sebagai contoh. Sebab orang akan sentiasa memandang tinggi ke arah kita dan menjadikan kita contoh sebab kita berada dalam kerjaya yang dihormati masyarakat a.k.a kerjaya mulia. kita dulu kena buat apa yang kita sarankan dekat orang lain."


very well said, natasha. Di waktu itu saya rasa saya sedang berada dalam sesi usrah. Tapi dengan non-muslim. Apa yang diajar pada petang tadi semuanya adalah islamik bagi saya. Hakikatnya, apa yang saya belajar sepanjang kat Gisborne ini sebenarnya memang islamik cuma mereka je tak tahu yang semua itu islamik. Saya je yang syok sendiri kat sini. Hakikatnya bidang kesihatan ini adalah sangat mulia dan apa-apa yang dipelajari daripadanya juga islamik sebab untuk menjadi sihat, kita kena kembali kepada fitrah kan? Itu islam. Apa yang ekstrim atau yang kurang haruslah dijauhkan, kena sederhana. Itu juga islam. Jangan merokok, jangan minum alkohol, jangan minum coke. Itu islam.



oh yang coke tu tak pasal-pasal je kan. haha memanglah. coke itu sangat tidak sihat dan at the same time kena boikot jugak sebab itu alat zionis. Dentist kat sini memerangi coke habis-habisan sebab sangat buruk untuk kesihatan mulut (asid yang kuat dalam coke mampu menghakis gigi). Doktor perangi coke habis-habisan sebab ia tak elok untuk kesihatan sebab terlalu banyak gula. Orang islam perangi coke habis-habisan sebab ia digunakan buat beli peluru untuk bunuh rakyat Palestin.

Say NO to Coca Cola!
(walaupun rindu jugak nk minum coke huhu. sedap kot. haish that's why sometimes i resort to A&W rootbeer bila terasa nak minum sesuatu seperti coke. saya rasa saya dah terbiasa dengan rasa rootbeer sampai saya tak ingat dah bagaimana rasa coke. Pernah dulu bila orang serve coke, saya try minum, saya dah tak boleh nak telan macam dulu sebab too strong. you see, nak boikot sangat perlukan mujahadah yang tinggi sampaikan kena cari substitute. anda rasa Allah akan pandang sepi je ke mujahadah kita tu?)

Amazing. Fantastik bombastik mr. loba-loba.

Saya suka berada di Gisborne sebab saya belajar pasal islam sebenarnya. Dan saya suka bila saya semakin kerap kaitkan semua benda dengan islam. Islam itu kan syumul. Kenapa mesti disempitkan skopnya?

Saya suka berada di Gisborne sebab saya lebih menghargai nikmat islam yang Allah bagi. Betapa beruntungnya kita faham islam bila orang sekeliling clueless pasal islam. Mereka mencari solusi kepada permasalahan, cuba itu ini. sedangkan islam dah ada pun solusinya. Mereka mencari 'meaning' dalam kehidupan dan kerjaya dan apa yang mereka lakukan tapi islam dah ada pun 'meaning'nya.

Now, saya rasa beban di bahu amat besar. How can i spread the message of islam here? I have another 2 weeks left here yet i'm still dormant.

leadership is role model, that's what i said (oh terasa macam dalam kuch-kuch hota hai bila mrs briganza tanya rahul 'what is love'..rahul said 'love is friendship')

maka saya kena terus jadi role model kat sini. Apa yang saya buat pun, kena cakap 'islam yang ajar'. hoh, tahu pung ekau. tapi ekau tak buek pung. (err sorry mix pulak slang nogori dengan ganu)

p/s: leadership is kepimpinan in malay! kepimpinan is handling hands in english ;p (no joke here. think think!)

Tuesday, June 5, 2012

tepuk sebelah tangan takkan berbunyi







premis 1: kita pasti mati
premis 2: islam pasti menang
kesimpulan: kita pasti menang kalau mati dalam islam
(dhuhalahni)

warning: some gross pictures might come into your sight

Assalamualaikum y'all! How are u, iman, mental, emotion, social and body?

Semoga korang semua sihat dari segenap segi. Kerana sihat itu bukan sekadar bebas daripada penyakit =)

Sejak berada dalam program IPE ini, saya lebih faham tentang kesihatan. perhatikan situasi ini.

Seorang pesakit yang tak pernah jumpa doktor gigi seumur hidupnya telah mendatangi klinik gigi. Sudah dua hari dia menderita sakit gigi yang teramat sangat melampau.

Pesakit: Aduh, sakit gigiku. Doktor gigi, tolong saya. 

Doktor Gigi: Gigi mana yang sakit tu? Bak sini tunjuk sikit.

Pesakit: Gigi yang ni haa (sambil jari bersungguh menunjuk sang gigi durjana yang menyusahkan tuannya)

Doktor Gigi: Ohh...berlubang besar ni ha. Memang le sakit, lubang dah sangat dalam sampai ke urat sarafnya. Ni kena buat ujian pulpa gigi. Untuk lihat sama ada pulpa itu masih hidup ke tak.


yang kaler merah pekat kat bahagian tengah dalam gigi tu pulpa gigi. yang kaler merah seciput kat hujung akar tuh jangkitan yang dah merebak ke luar gigi.

Pesakit: Loh, ape benda pulak tu pulpa? Pulpa kayu saya tahula.

Doktor Gigi: Pusat saraf gigi. Dalamnya terkandung salur darah dan saraf. 

Pesakit: Oh ok..ujian macam mana pulak tu yang nak dibuat dekat pulpa?

Doktor Gigi: Ujian pertengahan tahun.

Pesakit: Haa??

Doktor Gigi: I gurau je you. (pesakit: menggulung biji mata, not faneih).. Ujian tu ujian letrik. Kalau awak rasa macam terkena renjatan letrik, pulpa awak hidup lagilah tu tapi mungkin dah tak berapa sihat.

Pesakit: Uih, renjatan letrik. Selamat tak ujian ni?

Doktor Gigi: Selamat, jangan risau.

Pesakit: Aduh!! 

Doktor Gigi: Ok, hidup lagi gigi ni. Sekarang pegi amik x-ray gigi dengan jururawat tu.

Tak berapa lama kemudian...

Doktor Gigi: Ok, saya akan tampal gigi awak ni. Di masa hadapan awak mungkin perlukan rawatan akar, iaitu kita akan buang segala benda yang terdapat dalam akar gigi termasuklah urat saraf tu. Tapi buat masa ni saya akan tenangkan pulpa tu dengan ubat penenang. 

inilah rawatan akar gigi


Pesakit mengangguk akur. 

(wah not bad BM saya kehkeh. ingat senang ke nak terjemah benda yang 5 tahun belajar dalam english kepada malay. i am not being poyo but its the truth)

Sebulan kemudian....

Pesakit: Aduh sakit gigiku lagi! Gigi yang sama doktor.

Doktor Gigi: Alahai dah pecah tampalannya. Apa awak buat sampai pecah tampalan yang saya buat lawa-lawa ni?

Pesakit: Saya tak buat apa-apa doktor. Saya bangun-bangun tidur je terasa seperti mengunyah sesuatu yang keras. Rupanya sebijik benda besi ni terkeluar daripada mulut saya.

Doktor Gigi: (ohh..bruxist ke--grinding teeth at night aka melagakan gigi di waktu malam (oh perfect malay!))

Dua bulan kemudian...

Pesakit: Sakit gigi lagi doktorku........!!! Gusi berdarah, bengkak dan sakit jugak!! Ni siap ada nanah lagi hah!

Doktor Gigi: (geleng-geleng kepala)

Remember what Patch Adams said, " You treat a disease, you win, you loose. You treat a person, I guarantee you, you'll win, no matter what the outcome. "

Ada dua model yang digunakan untuk merawat pesakit. Biomedical approach atau biopsychosocial approach.

As the names imply, biomedical approach memfokuskan kondisi biologi dan penyakit yang dihidapi pesakit. Biopsychosocial approach pula melarikan fokus daripada 'penyakit' dan cuba memandang pesakit sebagai manusia dengan mengambil berat tentang kondisi biologi, psikologi dan sosial pesakit.

Seorang pesakit yang mempunyai masalah kewangan mungkin tidak akan dapat menjalani rawatan secara intensif atau berkala. Seperti kes gigi yang diceritakan dengan panjang lebar di atas, doktor gigi tidak cuba menggali informasi daripada pesakit untuk mencari punca. Sebaliknya doktor gigi itu hanya fokus untuk merawat simptom (iaitu sakit gigi) dan mencari punca daripada bukti yang saitifik (x-ray, ujian pulpa)..sedangkan pesakitnya bukanlah bahan ujikaji saintifik pon. Pesakitnya adalah seorang manusia yang sudah tentu punya kisah suka duka di sebalik kesakitan giginya.

ini hasilnya apabila rajin dan tegar melagakan gigi di waktu malam sewaktu tidur

Dia mungkin ada tabiat melagakan gigi yang dasyat sehingga giginya terhakis lalu mendatangkan rasa sakit. Pesakitnya juga mungkin tidak merasakan kesihatan mulut itu penting, sebab tu hanya jumpa doktor gigi bila sakit sahaja. Maka bila pesakit rasa kesihatan mulut tidak penting, maka dia tidak kisah sangat untuk jaga kebersihan mulut. bila kebersihan mulut tak dijaga, maka dia akan ada masalah gusi dan masalah gigi. Pesakit macam ni perlu diberi kesedaran yang mantap dahulu sebelum diberi rawatan. Perlu berusaha ajak pesakit untuk ubah gaya hidup, amalkan rutin kebersihan mulut dan ajak juga keluarganya turut serta sebab perubahan tak mungkin dapat dilaksanakn seorang diri. Bayangkan dia seorang je dalam rumah yang gosok gigi sedangkan orang lain bergembira hidup tanpa berus gigi. Mana aci! So, penting untuk masukkan seluruh ahli rumah dalam sesi pembelajaran penjagaan kesihatan ini.



Rawatan tak akan berjaya kalau doktor sahaja yang mainkan peranan. Anda ingat tak peribahasa 'tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi'? Hah, maka doktor-doktor sekalian hentikanlah main tepuk-tepuk angin ok? Jom ajak pesakit main tepuk tangan dengan anda sekali. Barulah meriah ada bunyi sep sep sep tom tom tom.

Perhatikan situasi di bawah pula.

Pesakit: Aduh sakit gigiku! Doktor gigi, tolong saya!

Doktor Gigi: Sakit macam mana tu? Story sikit dengan doktor. Macam mana boleh sakit ni?

Pesakit: Sakit macam berdenyut-denyut. Kejap-kejap rasa macam gigi ni. Lepas tu gigi yang ni pulak (sambil tunjuk-tunjuk kat hampir semua gigi yang ada). Saya tak pastilah macam mana boleh sakit. Mungkin berlubang kot. Eh, tapi bila bangun tidur je mesti sakit jugak. Eh. Ha! Kalau makan atau ketap gigi pun sakit jugak.

Doktor Gigi: Adoi siannya awak. Sejak bila sakitnya?

Pesakit: Since foreverlah doktor. Tapi sejak seminggu dua ni bertambah-tambah sakitnya, tu yang datang jumpa doktor ni. Kalau tak, jangan haraplah. Orang kata mahal jumpa doktor gigi ni. Lagipun gigi je, saya rasa tak mustahaklah. Bukan boleh bawak mati pun sakit gigi ni kan.

Doktor Gigi: (sakit since forever menunjukkan sakit ni kronik, iaitu berpanjangan. bermaksud ada kena mengena dengan tabiat. sakit kronik susah dirawat tapi boleh diurus (manage) dengan sesi kounseling, ubah gaya hidup dan beri kesedaran melalui education..hm....tapi susah ni sebab dia tak rasa penting pun jaga kesihatan mulut)

Doktor gigi pun memulakan pemeriksaan dalam mulut. 

Doktor Gigi: Gigi awak ada yang berlubang, dan hampir semua gigi terhakis dengan teruk. Nampaknya awak selalu melagakan gigi masa tidur ni. Kebersihan mulut tak memuaskanlah. Awak berus gigi tak?

Pesakit: Hehe kadang-kadang

Doktor Gigi: Ok. Awak tahu kan kebersihan itu separuh daripada iman. Orang yang beriman kena jaga kebersihan termasuklah kebersihan mulut. Rasulullah SAW pernah cakap kalaulah bersugi tu tak menyusahkan umatnya, sudah pastilah dia mewajibkan umatnya bersugi setiap kali sebelum solat. 

Pesakit: Ooo.. (alamak aku kena dakwahlah)

Doktor Gigi: Gigi-gigi yang reput ni juga berpunca daripada kebersihan mulut yang tak dijaga. Boleh juga disebabkan makan banyak sangat karbohidrat dan gula. Ingat tak Rasulullah SAW pernah berpesan berhenti makan sebelum kenyang. Bersederhalah dalam apa jua. Nak makan apa pun, makanlah asalkan halal dan berkhasiat. Dan antara yang berkhasiat itu adalah bila diambil dalam kuantiti yang sederhana. 

Pesakit: (garu-garu kepala) tak pernah terfikir pun nak kaitkan dengan pesan-pesan Rasulullah sebelum ni.

Doktor Gigi: Haa itulah, agama kita ni syumul. Sempurna setiap aspek. Bukan hanya untuk dijadikan ritual tapi dipraktiskan dalam setiap urusan kehidupan. Bila kita pisahkan urusan agama dengan urusan kehidupan, sebab itulah kita tak pernah terfikir pun nak kaitkan agama dengan hidup kita.

Pesakit: (errkk..sentap sentap)

Doktor Gigi: Awak tahu tak orang yang berpenyakit gusi ni boleh jugak hidap penyakit jantung? Kalau awak mengandung, anak dalam kandungan boleh jadi kurang berat badan, boleh gugur jugak tau.

Pesakit: err...tipulah doktor.

Doktor Gigi: Eh, saya tak tipulah. Meh sini, tengok saya google benda ni. Ha, see.. betul apa. Evidence based nih. Saya bukan saja-saja nak takutkan awak.

Pesakit: (rahang terjatuh)


Doktor Gigi: Hari ni saya legakan rasa sakit awak dulu. Lepas ni kita kena jumpa selalu untuk bincang pasal tabiat awak, cara hidup semua tu. Kalau awak tak ubah gaya hidup, rawatan apa pun yang saya buat kat awak tak akan berkesan. Kalau awak tak boleh datang klinik saya, bagitahu saya. Saya akan cuba buat appointment hari lain, tempat lain. Nak buat kat rumah awak pun boleh (ehem, sila offer ini hanya kepada kaum sejantina dengan anda)



Pesakit: Sampai camtu sekali doktor?

Doktor: Saya tak nak rawat sakit gigi awak tu je. Saya nak awak ada kualiti hidup yang bagus sebagai seorang manusia dan lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim (okeh, dah dapat mad'u)

walaupun saya berlubang tapi saya gembira sebab dentist saya baekkk punya. i'm in safe hands.

*ini hanya situasi rekaan. hanyalah contoh. kalau nak cuba, silakan tapi risiko tanggung sendiri. mungkin tidak berapa ideal, mungkin akan buat anda kehilangan pesakit daadidaadidaaaa...setiap pesakit itu berbeza so pandai-pandailah ye~


pesakit didahulukan, penyakit dikemudiankan. pengurusan diutamakan, rawatan dikeduakan.





ok, maka dalam cengkerangkacangnya, pay attention to the person not the disease. dan sebagai doktor muslim, jadilah luarbiasa dengan menjadikan sesi rawatan sebagai peluang berdakwah. saya belum apply lagi sebab bukan senang nak apply dialog di atas dengan minah saleh. tapi insyaAllah akan mencubanya sekembali ke Malaysia nanti. Kak Diha pernah cakap dentist bertuah, senang nak berdakwah. Suruh je pesakit buka mulut, pastu bebel je kat dia. Dia tak boleh nak balas sangat sebab tangan kita dalam mulut dia. tapi mesti ada dua tiga ayat yang masuk dalam fikiran insyaAllah. Tak mustahil salah seorang pesakit kita boleh jadi adik usrah kita, lepas tu nanti dia akan jadi permata islam yang bling bling *0 * <-- untuk pengetahuan, i'm drawing permata yang bling bling.

Dan sekali lagi islam itu syumul, boleh aplikasikan untuk macam-macam urusan kehidupan. Saya rasa kalau orang betul-betul ikut cara hidup islam pun dah cukup untuk menjadikan kadar penyakit menurun. 

Berikut adalah saranan Rasulullah dan impak yang boleh dihasilkan dalam arena kesihatan.

Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang akan hindarkan umat islam daripada penyakit-penyakit berkaitan makanan. 
Suka menuntut ilmu akan jadikan umat islam sedar tentang penyakit-penyakit yang ada dan bagaimana untuk mengelak penyakit. 
Kurangkan tidur di waktu malam menjadikan hidup lebih berkualiti dan menguatkan tubuh badan manusia



Dan pendek kata perintah 'bersederhalah kamu dalam segala hal' adalah saranan yang terbaik untuk kehidupan termasuklah dalam memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Seriously, memadailah dengan sekadar bersederhana! 

Pesanan ini dibawakan khas dari Gisborne untuk anda oleh a dentist-to-be-in-6-months-insyaAllah




Monday, June 4, 2012

the uprising





“Wahai saudaraku, janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya putus asa itu bukan akhlaq orang-orang yang beriman. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalammu dan impianmu hari ini bakal menjadi realiti esokmu. Ruang masa itu masih luas terbentang dan anasir-anasir Islam masih kukuh dan agung di dalam jiwa umatmu biar seganas mana pun ribut kerosakan yang melanda. Yang lemah tidak akan terus lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat tidak akan kuat selama-lamanya!” (Hasan Al-Banna)  

dan saya juga telah membaca berita yang hosni mubarak akan dipenjarakan seumur hidup.

you see, jangan putus asa dan bermimpilah serta berusahalah menggapai mimpi itu.

kalau dihayati kisah perjuangan ikhwanul muslimin, berpuluhan tahun disekat pergerakannya namun hari ini mimpi mereka semakin menjadi kenyataan. sebab? they never give up. disekat, diharamkan, dibunuh, dipenjarakan namun semangat mereka melangkaui segala apa yang menghalangnya. dan keistimewannya pastilah hubungan dengan Allah.

i cried in happiness dan keharuan bila hosni mubarak decided to step down last year. mengenangkan pemergian imam hasan al-banna yang tragis, musuh pasti fikir 'ikhwanul muslimin dah kalah'. hakikatnya perjuangan tidak terhenti dengan hanya kematian seorang ahli teras. yang dipenjara tidak lemah, yang disekat tidak berhenti bekerja. sebelum pemergian pengasas ikhwan, pemikirannya terlebih dahulu telah menular ke dalam hati dan fikiran ratusan atau mungkin ribuan muslimin di seluruh dunia termasuk di malaysia. itulah yang tidak berjaya disekat pemerintah yang zalim walaupun ada tindakan membakar risalah-risalah ikhwan.

Allah menjanjikan kemenangan islam dan sudah tentu Allah mengizinkannya kepada mereka yang benar-benar tulen memperjuangkan islam.

why do i care so much about the Muslim Brotherhood? kerana saya percaya masa depan kegemilangan islam bermula dengan mereka. anda patut tahu betapa terancangnya organisasi ini. sistem usrah/bulatan gembira/ halaqah pun mula disuburkan oleh pengasas ikhwan untuk melahirkan kembali individu-individu muslim yang berkualiti. bermuala dengan individu yang berkualiti akan menjadikan mereka memilih pasangan hidup yang berkualiti lalu melahirkan keluarga yang berkualiti seterusnya membentuk masyarakat yang berkualiti. masyarakat yang berkualiti yang tahu hala tuju kehidupan ini akan menyeru kepada pembentukan kerajaan yang berkualiti, akhirnya membangunkan semula sistem khalifah dan akhirnya makmurlah bumi dengan islam. 

sebab itulah, tidak tertegak islam di dunia jika islam tidak tegak dalam dirimu dahulu.

Hamas yang merupakan cabang ikhwan memulakan jalan kemenangan buat umat islam. dan kali ini dapat melihat betapa besarnya pengaruh ikhwanul muslimin di mesir, maka tidak mustahil untuk melihat mesir diperintah oleh ikhwanul muslimin. ini pada saya adalah signal kebangkitan islam. kerana mesir adalah salah satu kunci penting untuk pembebasan palestin. dan palestin adalah tanah umat islam dan tempat bermaharajalelanya kuasa zionis. apabila palestin bebas, zionis hancur..and guess what's next?

a lot of things are happening in this world and we are almost coming to the end. islam telah Allah janjikan kemenangannya sebelum kiamat tiba. islam tidak perlukan kita untuk menang. kitalah yang rugi jika kita tidak terlibat dalam jentera memenangkan islam.

wallahualam, segala pendapat yang diluahkan hanyalah pendapat peribadi.

in a nut shell, usah pandang ke timur (jepun) lagi. pandanglah ke timur tengah ^__^