Showing posts with label .memory.. Show all posts
Showing posts with label .memory.. Show all posts

Tuesday, May 29, 2012

riang ria persiapan majelis

ini adalah entry kenangan. saya seriously takde idea nak letak tajuk apa.

my cousin alin twit pasal kejelesannya terhadap gambar2 persiapan kahwin kak nuha yang sedang dijalankan di rumah che di KB.

okayh...i cannot access fb from here so i cannot look at the pictures. walaupun tidak melihat gambar, saya dapat merasa kejelesan di kejauhan. untuk menambahkan rasa jeles itu saya telah suruh alin share semua gambar2 di twitter. bukanlah nak tambahkan rasa jeles. cuma mahu berasa berada bersama yang tersayang di hari bahagia. ceh apakah. hari bahagia engkaukah, dhuha?

zaman kanak-kanak saya dipenuhi dengan perkahwinan-perkahwinan. rasanya macam setiap tahun sibuk buat persiapan kahwin. adik beradik mak ada 10 orang. adik beradik abah ada 6 orang. semasa saya kanak-kanak saya telah melihat dan terlibat dalam persiapan 11 perkahwinan adik beradik mak abah.

terlibat? haha peranan kecil jela sebab masa tu kan kanak-kanak. seperti tukang angkat hadiah-hadiah, tukang menyibuk, menyembit dan tukang buat bising. tukang bungkus bunga telur dan gula-gula.

disebabkan geng sepupus adalah daripada sebelah mak maka setting yang bakal saya ceritakan juga berada di kota bharu kelantan.

kami sangat suka wedding. bukan setakat kami para sepupu je malah aunties juga suka. bila ada majlis macam inilah seluruh keluarga berkumpul. tidur berlambakan, dan kami selaku anak-anak muda yang hyper memilih untuk tidak tidur. sebaliknya kami menumbuk inai, pakai inai, sembang-sembang sampai inai kering. kalau inai masih tak merah dijari, kami tumbuk dan topup lagi. punyalah gigih.

SEBELUM MAJLIS

selalunya majlis nikah di buat pada waktu malam. maka sehari sebelum tu akan sibuk pasang cadar pengantin, hias bilik pengantin. bilik pengantin adalah segalanya. tempat bersolek, berinai, bergambar, tempat bersanding, tempat upacara menyarung cincin. itulah main focus. kami tak ada pelamin. cuma majlis kahwin suli (2004) je yang ada pelamin. yang tu lebih jakun lah buat kami yang tak pernah tengok orang pasang pelamin ni. sehari sebelum majlis semua orang dah bergaya, bergusti, berguling sakan atas pelamin itu. maklumlah kanak-kanak ramai.

selain itu bergotong royong siapkan hantaran. saya suka part itu. suka tengok hiasan-hiasan yang bergemerlapan. hanya tangan yang gentle dan berseni je yang dibenarkan tolong. disebabkan masa tu kanak-kanak lagi, terpaksala tengok je sambil mulut ternganga. kami hanya isikan gula-gula dalam kotaknya, balut telur dalam bunga telur, ikat riben, gam kan riben, pintal-pintal dawai. sementara itu di dapur juga sibuk buat juadah untuk tetamu yang datang masa nikah. dan masa bersanding tu tak ingat pulak. biasanya untuk bersanding panggil katerer tapi itu yang latestla. zaman dulu tak pakai katerer kot. gotong royong kot. huhu nampak sangat tak masuk dapur ni.

pastu waktu malam biasanya berinai beramai-ramai sambil bersembang. selalunya kami suka bercerita tentang kisah-kisah seram. kami juga cerita pasal sekolah masing-masing. dulu kami tak ada komputer apatah lagi laptop so kami tak main games. tapi kami rekod-rekod suara ataupun video recording sesama sendiri.

SEMASA MAJELIS
di pagi hari perkahwinan ibarat pagi raya buat kami. pagi-pagi lagi dah mandi dan pakai baju lawa-lawa. sangat suka bau makanan-makanan dan lauk-pauk pengantin yang mula semerbak menjelang tengahari. suka juga menyempit di bilik pengantin, tengok pengantin bersolek. saya suka bau alat solek. juga saya sangat suka bidang persolekan ni dulu. saya akan observe kemudian bila ada peluang dan kelengkapan, saya tirulah. hoho. sebab itu semasa di zaman jahiliyyah, saya banyak kumpul alat solek. tak pernah pakai sampai habis pun, membazir saja. sekarang semua dah expired kot. apa khabar entah. bertahun dah tak melawat kotak alat solek.

bersama sepupus kami akan jadi flower girls. tapi bukan flower girls yang disolek lawa-lawa buat hiasan tu. lebih kepada flower girls yang dikerah untuk bekerja. haha.. kami kena bagi bunga telur dan kotak gula-gula kepada tetamu. but we enjoyed it. rasa macam orang pentinglah. pastu kami juga mengawal stok doorgifts untuk tetamu. pernah ada beberapa kanak-kanak naik ke tingkat atas, masuk ke kubu doorgift kami. habis dicurinya beberapa kotak. bengang habislah. masa tu era kalau-orang-buat-kita-marah-kita-bagi-jelingan-paling-tajam-kat-dia. memang rasa macam nak juling mata bagi jelingan tajam kat budak-budak yang over the limit itu. kami pun terpaksa kunci bilik kubu kitorang. dan kena ada orang guard tangga. betapa orang pentingnya kami ini. kalau takde kami, habislah tetamu balik tangan kosong. kanak-kanak, biasalah. seronok dapat menjadi orang penting ini.

SELEPAS MAJELIS

  • inilah part yang paling best. lauk pengantin seakan seperti tidak pernah disentuh. apa lagi, masuk perut kamilah. meratah-ratah bagai orang yang dah tak makan selama setahun. sedap sangat *entering cephalic phase*
  • khemah kenduri kosong, takde tetamu. inilah masanya kami menyusun-nyusun kerusi, main bas-baslah, keretapi-keretapilah, musical chairlah..macam-macam games..
  • bergambar atas pelamin yang dah 100% siap. pasangan-pasangan pengantin lama (yang semuanya tak sempat merasa nak bersanding) pun turut bersanding.
  • upacara membuka hadiah oleh pasangan pengantin. memang semua orang setia menonton sampai semua hadiah habis dibuka. ibu-ibu yang beranak kecil pun sanggup menyusukan dan mendodoikan anak-anak di tempat kejadian sampai tertidur-tidur semua anak-anak kecil. seronok tengok hadiah yang bertimbun-timbun, macam-macam gaya balutan hadiah dan paling best ialah teruja nak tengok apa isi hadiah. biasanya kami akan teka-teka isi hadiah dan sangat seronok apabila tekaan tersebut tepat. well semangat2 teka dengan tepat pun, still no present for us. hahaha tapi itulah keriuh-rendahan yang menggembirakan dalam keluarga. teringat kami kenakan suli (one of mak sedara) masa upacara buka hadiah. kami letak semua bunga telur yang extra yang dah takde telur tu dalam sebuah kotak. kami balut kotak tu lawa-lawa lepas tu letak dalam timbunan hadiah. haha waktu suli bukak hadiah tu kami menjeling sesama sendiri. what to do kami budak sekolah lagi, xde duit nak beli hadiah kahwin.
  • upacara potong kek oleh pasangan pengantin baru. acara ini among family je jadi sangat seronoklah sebab dapat merasa kek.

sekian sahaja kenangan. rinduuuuu zaman itu! teringin mengulang kenangan itu. sedih sangat masa suli kahwin sebab lepas tu dah tak ada wedding di rumah che lagi sebab suli anak bongsu. namun sangat seronok bila dapat tahu kak nuha nak buat majelis kat rumah che. masa itu saya sudah berkira-kira nak pulang ke malaysia untuk majelis kahwin kak nuha. namun terpaksa menghadiri program IPE ini. pastu dapat tahu pula most of geng sepupus yang lain pun tak dapat pegi sebab tak dapat cuti. maka tak rasa terkilan sangatla. but still...missing those days. saya juga dulu bercita-cita untuk buat majlis kat rumah che. tapi we'll see..




Monday, January 4, 2010

♦ malam yang hujan

at times like this, saya amat merindui para sepupu :(

tah kenapala sentimental pulak malam ini.dengan mood yang tunggang langgang.hari ini ku tidak melakukan apa-apa.hanya membuang masa lalu menambahkan lagi kekacauan jiwa akibat menyesal kerana membuang masa.assigment di depan mata hanya ditenung sepi.tak rasa nak buat pun.buku-buku yang belum habis dibaca ditolak tepi.tak rasa nak membaca juga.makan tengahari seciput aje.makan malam kutinggalkan.mujur tak diserang gastrik (berkeriuk-keriuk jugak perut ni sekarang)..

takkanla rindu epi pulak.gila.adikku itu bekas musuh yang tegar.haha..seronok rasanya tengok dia rela hati nak pegi sekolah tahfiz tu.semangat pulak nak beli jubah dan memakai semutar(tok ayoh panggil semutar which is serban la..or ketayap?whateverla..asalkan ianya benda yang lilit2/putar2 kat kepala tu) ingatkan dia akan bermati-matian tak mau pegi sekolah tahfiz.maklumla adikku yang seorang itu rockers metallover yang sejati.agak-agaknya balik nanti dia berubah tak?tiba-tiba compose lagu nasyid pulak.whatever it is,aku sokong je apa dia buat.asalkan tak melampaui batas.

at times like this, i couldnt help myself.rasa macam nak melepak je.takde mood untuk buat apa2 pun.dan saya juga tak memahami diri sendiri when it comes to a time like this.

i miss my cousins(kenyataan kedua dah ni)

bila compare masa kanak2 dan masa dewasa, kami lebih kerap berjumpa semasa dewasa sbb sume dah pindah KL.dulu masa kecik2 kami jumpa masa raya dan cuti panjang je.berkumpul kat umah che.kadang2 ade gakla melawat rumah each other.dan bila ada event besar seperti wedding,kami pun akan berkumpul.

tapi bila fikir2 balik,masa yang dihabiskan bersama sewaktu kanak-kanak lebih precious dan lebih mantop.sebab we really spent time together.mana taknya,tidur makan main dan mandi sumenye bersama. we hardly get separated. kalau bercuti seminggu tu,mmg habis-habisan guna masa seminggu tu.

as compared to this time, kitorang dah tak mandi sama2.so terbuang la masa sket.lepas tu masing2 ada handphone dan laptop so bila takde topik nak sembang, masing2 layan perasaan dengan alat elektronik masing2.lepas tu kitorang dah tak main.ganti dgn aktiviti tgk movies tak pun record video.kiranya masa yang dihabiskan tak semantop masa yang dulu la.ade masa kami berpisah buat hal masing2.lepas tu bila dah balik rumah,rindu la pulak.ala,nyesal tak buat itu ini hari tu.

bertambah sayu pulak bila fikir aku bakal fly.nanti i missed A LOT of events!! dahla cuti raya cina mak kata tak balik umah che.bila pulak nak jumpa para sepupu ni.wahai geng anak dara 1st class,silalah kumpul duit.bulan 5 nanti kita outing eh.kalo tak nak,korang kena ikut aku fly.ngeh3..(still kena kumpul duit.edd tengah kumpul tuh :P)

last few days saya travel ke kelantan melalui pahang dan terengganu. we stayed at cherating pastu jalan2 kat ganu termasuk melawat rumah tante.sepanjang perjalanan tu mmg rase sentimental la mengenang kisah kanak2.dulu family tasneem duduk kuantan.family dee duduk tganu.so along the way tu dapat berjumpa cousin,mmg bestla.sebelum sampai kelantan akan overnight rumah sepupu.tapi kali ni,xde rumah dah untuk overnite.i mean rumah anak dara 1st class la.so keseronokan travel ikut jalan tu dah berkurang.

dulu jugak kalo convoy ikut jalan tu mmg syok habis.banyak kali gakla convoy tu tp yang plg aku ingat masa balik dari wedding enda kat besut. bila orang lalu jalan tu,mesti akan singgah beberapa rumah kat terengganu dan pahang sebab ramai sedara mara kat situ.kadang2 singgah rumah sedara yang xkenal pun.paling seronok kalau singgah rumah pok su.hehe..rumah pok su terletak di kerteh,kat kawasan perumahan barat.rumah2 kat situ cantik2 belaka design ala2 western punya rumah.dekat dengan laut.sampai aku menyimpan impian nak beli rumah kat situ satu hari nanti.

ok berbalik kepada rumah pok su. selain rumah yang cantik dan besar, kami amat suka pegi rumah poksu sebab ade satu bilik tu dipenuhi dengan barbie dolls beserta set2nya!!wehee!! pemilik barbie sume tu ialah wani,mak sepupu kami yang muda 4 tahun dari aku.kitorang pulak mane la ade set2 barbie se'grand' itu,maka mcm jakun la main kat rumah orang.nak panggil balik pun susah sbb terlampau asyik bermain barbie doll.as for me,seumur hidup tak pernah merasa ada barbie sendiri.maka kalau jumpa barbie kat rumah orang,akan kulayan seperti barbie sendiri :D..sekarang poksu dah pindah subang dan rumah dia still ade collection barbie tapi kami tak pandang dah.anak dara 2nd class pulak yang mnjadi 'intruder' di bilik barbie.

lepas rumah poksu biasanya destinasi seterusnya ialah rumah ateh kat kuantan.rumah cik tasneem dan hanan la.dalam banyak2 rumah mereka kat kuantan, saya paling suka rumah panjang.rumah itu dipanggil rumah panjang kerana bentuknya panjang.takde kena-mengena dgn rumah panjang sarawak.saya suka rumah itu sebab bilik tasneem dan hannan agak luas lepas tu ada almari yang built-in (jakun sketla ble tgk almari dalam dinding)..lepas tu mereka pn suke bwk kami jalan2 kat area rumah yang sguh fun.g taman la.lalu kubur la..lalu jalan raya la..ada angsa sebelah rumahla.

on the way dari terengganu ke kuantan,akan lalu kat planet alien. tempat tu ialah tempat orang proses minyak tu.kat kerteh dan paka.saya ingat lagi masa kecik2 kalo lalu kat situ waktu malam,kami mcm orang jakun tengok api menyala-nyala dan bangunan yang plek2.sebab tula dipanggil planet asing.rasa macam kat dunia lain.kalo waktu siang tak terasa sangat.kami akan bising melihat api berkibar-kibar megah di udara(hiperbola je ayat ni)..tu pun kalo kami berada dalam kereta yang sama la.kalo sesama adik beradik saya,xdela sebising dan sekecoh itu.

oh itula yang saya rindu tentang kehidupan masa kecilku bersama para sepupu.nak cerita lagi tapi dah ngantuk pulak.untuk destinasi tganu,rumah enda dan che ngoh tak masuk lagi dalam zon masa tersebut kerana mereka belum menetap di terengganu masa tu.rumah tante pulak saya tak berapa ingat.

pendek kata,saya nak tidur.assalamualaikum..