Friday, August 31, 2012

malaysia merdeka tahun ke-55



salam kemerdekaan.mari hayati erti kemerdekaan sebenar. apa guna  merdeka negara jika jiwa masih dibelenggu jahiliyyah?

Friday, August 17, 2012

ramadhan dont leave me


Ramadhan, dont leave me.
Is Allah satisfied with me at this point?
Will He forgive all my sins?
Am I a winner?
Or a loser?

Ramadhan, dont leave me yet.
some goals i made before ramadhan were left unattended
with some I struggle with
and few failures I met with

Ramadhan, please dont leave me yet.
i'm afraid i wont see you again next year
or i might see u as a different person next year who didnt appreciate ur presence

Ramadhan,
no matter how hard i beg u
you are meant to go when the time comes
it must be me who did not spend quality times with u
that's why i'm begging

Thursday, August 2, 2012

Jodoh

Kamu tahu jodoh itu apa?

"jodoh itu rahasia Allah, Fahri" heh baru lepas tonton Ayat-Ayat Cinta. Nope, bukan jodoh itu yang saya maksudkan sangat pun.

Pada saya jodoh itu bila kita bertemu dan tak dapat lari daripada dia.

Itulah dia jodoh saya. Yang sekuat mana pun saya berlari jauh daripadanya, walau segagah mana saya cuba menafikan kehadirannya, separuh mati menolaknya, hakikatnya ia kini sudah sebati dalam jiwa selama hampir 5 tahun. Ye, lama lah jugak tu. Dia adalah saya dan saya adalah dia.

Kami bertemu secara tidak sengaja. Dalam iklan surat khabar. Sebuah pertemuan yang kebetulan. Kebetulan yang bukanlah kebetulan. Tapi ketentuan.

Pertemuan kami..sungguh bitter. Sumpah tak ada rasa cinta langsung. Malah rasa benci menguasai. Saya tak faham kenapalah saya kena jumpa dia hari-hari. Ada masa saya memang dapat menjauhkan diri daripada dia. Tapi kebanyakan masa, dia sentiasa bersama saya. Ah, saya buntu. Macam-macam cara yang saya buat untuk saya lari daripada dia. Tapi Tuhan nak kami bersama. Dan kini saya terpaksa terima hakikat yang saya akan terima kehadiran dia dalam hidup saya tak lama lagi. Akhir tahun ini, kami akan diikat dengan ikatan yang dimaksudkan untuk sepanjang hayat.

Ah kisah apakah ini?

Kisah belajar bercinta dalam benci.
Kisah bersabar dalam ketidaksukaan.
Kisah bertahan dalam rintangan.
Kisah meredah hujan badai.

Kisah cinta saya dan dia mungkin dapat mengalahkan kisah cinta korea. Yang kalau saya filemkan, pasti box office!

Semakin dekat ketibaan hari itu, semakin berdebar rasanya. Jujurnya, rasa cinta masih tak kunjung tiba. Mungkin cuma hanya rasa suka sahaja. Namun kalau sudah jodoh, saya yakin soal rasa itu biar Allah sahaja yang jelmakan. Saya harap jodoh kami akan berpanjangan.

Saya dan dentistry, kami tak pernah bercinta. Kami bertemu tanpa sengaja.

Saturday, July 28, 2012

peristiwa penuh trauma

iatrogenic injury itu ialah sejenis injury yang dilakukan oleh clinician.

contohnya seperti Dhuha DD terlukakan lidah pesakitnya. kemudian kepada pesakit yang sama Dhuha DD telah menggores bawah lidah pesakitnya (floor of the mouth) dengan begitu panjang sekali. nampak begitu bergaya dan kool tetapi amat traumatik buat Dhuha DD. pesakitnya menjerit sekejap kemudian pandai-pandai je si Dhuha DD mentenangkan pesakitnya "sikit je ni cik puan."

ini dental drill. matanya itu dipanggil bur. bur digunakan untuk potong gigi/asah gigi/trim gigi. pendek kata ia alat pemotong gigi. ia berfungsi secara rotation yang maha laju untuk memotong permukaan gigi. bila bur ini berputar dengan sangat laju, kalau dilalukan kat kapas, kapas pasti berpintal-pintal. apa yang terjadi kepada pesakit saya ialah, bur ini terkena bawah lidahnya yang sedang aktif bergerak itu. kena sikit je tapi sebab bur itu sedang berputar laju, dia macam mentarik-tarik strands of soft tissue lalu berpintal-pintal dekat bur tuh. laju-laju saya tarik drill tersebut away. mujurlah pesakit boleh rasa sakit sikit maka dia boleh menjerit. kalau dia tak menjerit, mungkin saya tak sedar pun saya dah mencederakan mulutnya dengan sangat dahsyat.


Secara gelabah namun masih mahu berlagak kool, Dhuha DD ambil segulung kapas lalu menyumbatnya di bawah permukaan lidah agar pendarahan berhenti. Tak sampai seminit, pendarahan dah berhenti. wah sangat laju. Dhuha DD terus mengucap syukur. Dia mula membelek-belek kawasan kecederaan. masyaAllah dahsyatnya! macam sangat sakit dan macam teruk sangat je ni. macam dah koyak rabak. aigooo aigoo...hati Dhuha DD penuh debaran. terbayang dirinya akan disaman pesakit. Dhuha DD tidak dapat fokus lagi terhadap kerja-kerja mengambil crown impressionnya. fikiran sangat terganggu. mahu nangis, ditahan-tahan. macam ni lah nak jadi dentist, setiap kali rasa nak nangis, kena tahan. nanti airmata jatuh atas muka pesakit. 3 jam appointment, 3 kali ambil impression, ketiga-tiganya gagal. pesakit dihantar keluar tanpa sebarang hasil. pesakit membuang masa 3 jam bersama saya hanya untuk mendapatkan kecederaan. saya membayangkan betapa ketika kesan ubat bisu hilang nanti, pesakit akan menjerit kesakitan, mengahdapi kesukaran untuk makan dan bercakap. ah bercelarunya fikiran ini.

lepas dah habis klinik, saya berjalan ke masjid dengan cara jalan orang putus cinta. u know, jalan tak bermaya dan seperti bangkai bernyawa. saya tak dapat mengeluarkan peristiwa itu daripada kepala saya. sesampainya di masjid saya meluru kepada yani dan berkata "ABU!ABU!" yani pandang heran, apa yang abu? siapa abu?

"Allah Bagi Ujian!" saya pun cerita semuanya dengan penuh emosi. rerakan lain yang lalu lalang got interested lalu bertanya saya. Saya pun cerita lagi, kali ini dengan mata yang berkaca-kaca. mereka yang mendengar pula, mendengar dengan wajah ngeri. pasti tiada siapa mahu pergi klinik saya nanti.

"doa banyak-banyak supaya patient awak sembuh. ni kan bulan ramadhan." izati mencelah. huh! Tinggal 10 minit lagi nak berbuka. Nasib baik izati ingatkan, teruslah saya berdoa sepenuh hati. sepanjang malam itu, hanya peristiwa itu yang bermain dalam fikiran. doa saya hanyalah untuk pesakit itu. saya habis menggoogle segala gambar kecederaan, membaca kadar sembuh kecederaan tersebut. katanya kawasan lidah dan sekitar mulut senang nak sembuh kerana banyak blood supply. saya lega sikit kemudian baru boleh tidur.

to tell you the truth, saya lebih trauma daripada pesakit kerana saya nampak sendiri kejadian tersebut bagaimana soft tissue di bawah lidah itu berpintal-pintal. dan saya nampak sendiri betapa besarnya luka yang telah saya sebabkan. i became sick. psychologically and emotionally sick. saya cancel patient keesokan harinya dan juga untuk lusa. sebab saya tak boleh berdepan dengan pesakit, saya hilang konfiden, saya trauma dan saya takut. macam-macam perasaanlah. mungkin lebih kurang sama dengan perasaan menyebabkan kematian orang lain.

alhamdulillah pesakit saya dah sembuh bila saya call dia tadi. Sangat2 bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doa sekaligus mententeramkan hati saya. dia kedengaran gembira dan siap beri motivasi lagi kepada saya. saya kini lebih bersemangat untuk jumpa pesakit hari isnin ni. harapnya trauma telah pergi dan keyakinan kembali pulih.

berhati-hatilah lain kali Dhuha DD.

Sunday, July 8, 2012

sungguh ironis

teringat sepotong hadith:

Nabi SAW bersabda: "Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang laki-laki di waktu pagi mukmin dan di waktu sore telah kafir, dan di waktu sore beriman dan pagi menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia." (AHMAD - 8493)

takut.

hari ni saya rasa saya telah memulakan hari dengan produktif sekali. tidak tidur selepas subuh, membaca al-quran, ma'thurat, menonton video ceramah agama, menyediakan sarapan pagi kemudian membaca beberapa bahan bacaan. Setelah itu saya qailulah. alhamdulillah itulah rutin saya semenjak pulang daripada Gisborne yang berjaya saya kekalkan. Sungguh gembira bukan kepalang sebab berjaya mengawal diri.

Maka pada hari ini sekali lagi saya yakin saya akan berjaya meneruskan rutin. Namun setelah saya bangkit daripada qailulah, saya jatuh bedebak bedebuk. Bukan, bukan jatuh betul-betul. maksud saya iman menurun. Saya membuang masa sampai ke malam. Langsung tak hormat dan tak hargai masa. Ni baru tersedarlah ni. Aduhai ironis sungguh, di pagi hari sungguh baik, petangnya macam..macam..huu sedihla.

Ingatlah kawan-kawan, jangan mudah terleka. Jangan jatuh bedebak bedebuk seperti saya. alangkah malangnya kalau in the middle Allah tarik nyawa saya. NAUZUBILLAH.

Dhuhaaaaaaaa kau kenapa?? Apa yang kau fikir?? Apa yang kau lalui sekarang ni, aku sendiri tidak faham.

rasa devastated dengan diri sendiri. kenapa nak berubah tu susah sangat. kenapa bila rasa macam dah berada dalam zon selamat tiba-tiba boleh tergelincir lagiiiii...lepas tu kena mula dari awal balik atau mula di pertengahan balik lepas tu tergelincir lagiiiii lepas tu start balik dan tergelincir lagiiii..lemahnya daku sebagai seorang hamba...

kena istighfar selalu dan solat taubat selalu. saya tahu tapi at one point saya rasa macam penat dah sebab saya tak boleh betul-betul berubah walaupun saya mahu. masih ada sisi-sisi dan karat-karat jahiliyyah dalam diri. sungguh kecewa dengan diri sendiri. apa yang saya harap ialah saya akan kekal berteguh di jalan ini, tak putus asa dan teruskan berusaha.

ini adalah entry dukacita. tak ada mood nak letak gambar-gambar, lawak-lawak tepi mahupun hias-hias quotation. mood sugguh ke bawah.

Saturday, June 30, 2012

tentang hati dan perasaan


“The greatest wealth is Health.”  ~Unknown




amaran: mungkin akan lari tajuk
.
.
.
sebab seriously tak tahu nak letak tajuk apa.

kebelakangan ini angin bertiup semakin kencang di dunedin. kencangnya sehingga membangunkan saya daripada alam mimpi. kencangnya sampai terbang penyidai baju yani sedangkan penyidai baju saya masih kukuh berdiri. kencangnya sampai berbunyi aneh-aneh di luar rumah.

angin.

angin adalah makhluk yang saya sangat kagumi. teringat kisah sayyidina Umar r.a yang ketika sedang dalam perjalanan, menghadapi suasana berangin. Lalu beliau meminta sahabat-sahabatnya quote hadith nabi yang ada menyebut tentang angin. namun tak ada seorang yang ingat apa-apa tentang hadith nabi berkaitan angin. khabar ini sampai kepada Abu Hurairah lalu Abu Hurairah dengan penuh keterujaan berjumpa dengan sayyidina Umar dan quote hadith nabi berkaitan angin yang berbunyi "angin itu adalah roh daripada Allah. ia membawa rahmat dan ia membawa siksaan. maka janganlah engkau mengutuknya sebaliknya mintalah daripada Allah manfaat/kebaikan daripadanya dan mintalah perlindungan Allah/keselamatan daripada terkena musibahnya."<---saya jumpa hadith ini dalam bahasa inggeris maka aseef kalau terjemahannya berbunyi aneh.

angin seperti perasaan. tak ke?

perasaan itu kita tak boleh nampak, tapi kita boleh rasa. perasaan juga boleh datang dalam bentuk yang boleh kita lihat melalui kesannya kepada pihak lain. contoh, kalau orang marah, orang baling-baling periuk belanga. itu, kita boleh nampak. marahnya. kalau orang sedih, dia nangis-nangis mendayu-dayu. itu, kita boleh nampak. sedihnya. kalau A sayang B, dia berkorban masanya. itu kita boleh nampak. sayangnya sampai tak boleh berenggang sikit pun haih *lap peluh*.

angin?

angin tak boleh nampak juga. tapi boleh rasa. dan kalau cukup kuat, kita boleh nampak kesannya. angin yang sangat kencang boleh tumbangkan pokok. angin yang sangat kencang boleh mambawa ombak besar tsunami. itu kita boleh nampak. angin yang sepoi-sepoi bahasa boleh mendamaikan perasaan. itu kita boleh rasa. boleh nampak jugak melalui daun-daun yang melambai-lambai *heh, i feel creepy here*


angin dan perasaan juga sama dari segi dinamiknya. ke kinetik? atau inertia? momentum? dadada~ jawapannya semua sekali hoho.

maksud saya, perasaan dan angin adalah unsur yang boleh bergerak. perasaan bergerak? mestilah. pernah ke manusia tu hidup dengan satu perasaan je? sedangkan pesakit mental pun hidup dalam kepelbagaian perasaan (memanglah. sebab dia sakit mental, bukan sakit perasaan. apelah dhuha, bagi contoh tak kena konteks)

angin mudah berubah ikut musim. musim monsun timur lautlah, monsun barat dayalah, musim gales lah, south westerly lah, polar blast lah etc. etc. etc. perasaan juga berubah ikut musim. musim exam, musim PMS, musim percintaan, musim kematian, musim durian dan musim rambutan. eh?

nyum!!

maka wajarlah saya mensimpulkan angin itu adalah perasaan dan perasaan itu adalah angin. Hah, kalau nak bina rumah, stabil tak kalau buat atas angin?



hai, kalau gitu kejap anda berumah di new zealand, kejap lagi berumah di india, tak lama lagi berumah di atas gunung kemudian tenggelam di laut. silap haribulan angin hilang, rumah pun tak sempat nak berhijrah, sudah terhempas hancur berkecai.



maka janganlah membina rumah tangga hanya atas dasar perasaan ye adik kakok sekalian :) -pesanan penaja sempena musim kahwin.

ok habis tajuk satu.

pembaca: hah? ada banyak tajuk lagi ke?

yelah, ini namanya cost effective. menjimatkan masa dan tenaga serta jimat mukasurat. sudah seminggu tak tulis, ada banyak lagi nak sampaikan ni.

pulang-pulang je saya dari Gisborne, saya dihidangkan dengan pelbagai rancangan bualbicara tentang isu semasa di malaysia. to be spesific, isu politiklah *pandangan mula berpinar-pinar*



ada 3 rancangan bualbicara yang saya dah tonton.

1. tak ingat tajuk
2. tak ingat tajuk
3. tak ingat tajuk

-,-" baik tak yah tulis dhuha, buang dakwat je.

kenapa saya tak ingat? sebab isinya lebih kurang sama je. mari saya panggil ketiga-tiganya 'korang nak undi PAS ke UMNO? BN ke PKR? baik pilih sekarang!"

hah, sebab ketiga-tiganya melibatkan wakil setiap parti politik. membincangkan tentang percaturan pilihanraya umum ke-13, tentang kuasa ketiga, tentang slogan dan manifesto parti dan yang berkenaan dan bersangkutan dengannya.

kenapa sekarang baru saya tulis? sebab saya tak rasa nak tulis pun asalnya sebab saya rasa tak perlulah saya memberi pandangan, bukannya orang dengar pun. siapalah saya. saya juga takut tersilap sebut nanti wat malu diri sendiri atau wat malu ibubapa, penaja mahupun organisasi sahaja. dan paling saya takut, karang tertabur fitnah pula. lebih bahaya daripada tertabur ajinomoto.

tidak sihat. boleh membunuh secara perlahan-lahan. tapi fitnah membunuh secara laju. 

so kenapa nak tulis pula ni?

saya tak ada apa nak komen atau ulas pasal perbincangan tersebut. biarlah saya terus mendengar dan mendengar dengan saksama daripada semua pihak. perbincangan dibuat dengan orang yang seronok dibincangkan je.

saya cuma nak bagi nasihat dan peringatan sahajalah. mungkinlah tak seberapa pun tapi layan jelah. zaaass!


  1. janganlah taksub kepada sesuatu pihak dan bersedia untuk mendengar dengan saksama apa yang hendak di kata. walaupun kita tak suka orang tu tapi cuba kita dengar apa yang orang tu nak kata. kalau tak bermanfaat langsung pun buat kita, at least kita dah tunaikan hak dia untuk didengari. lebih-lebih lagi saudara seislam kita. dan pada saya setiap orang ada point tersendiri dan mesti ada yang boleh kita kutip buat jadi pedoman hidup. contohnya, saya tak suka ustaz fathul bari. namun pada perbincangan tersebut, saya tiada masalah nak dengar point dia dan saya dapati ada benarnya juga kata-kata beliau. dan pandai juga beliau uruskan audience yang emosional bersama perasaannya yang tenang itu. 
  2. tahniah kerajaan kelantan sebab bagi peluang rakyat kelantan serta seluruh rakyat malaysia untuk dengar arguments daripada pelbagai pihak terutama parti lawan. ini menunjukkan keterbukaan kerajaan kelantan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyatnya secara berilmiah dan seimbang (walaupun masih banyak lagi aspek yang boleh diperbaiki). saya rasa pihak kerajaan pusat juga perlulah bersikap terbuka seperti ini dengan membenarkan suara-suara selainnya berkumandang di radio mahupun di media-media utama yang lain. berikan rakyat peluang untuk menilai sendiri. tak ada apa yang perlu disorok jika kita berada di pihak yang benar. daripada 'menidurkan' rakyat dengan rancangan-rancangan dan projek-projek hiburan, perbincangan sebegini sepatutnya diperbanyakkan lagi biar rakyat rasa pening macam saya..ohoho tapi pening in a good way, yakni cuba berfikir dan memproses maklumat dengan lebih berkesan.
  3. wahai rakan seakidahku, jagalah akhlak. lebih-lebih lagi jika kita bernaung di bawah parti/organisasi islam. apalah nak di 'boo'kan sesama saudara sendiri. buat apa menyakitkan tekak sendiri dengan meninggikan suara sesama saudara. pakcik ah seng dan pakcik mutusami pasti tergelak sinis memandang kita nanti. haish malulah. satu dunia tengok ni. macam ni ke akhlak muslim? kalau Rasulullah masih bersama kita, agak-agak baginda sedih tak tengok panorama begini? ish tak sanggup nak bagi Rasulullah sedih.
  4. teman seislamku, biar kita berbeza jalan tapi jangan kita berbeza matlamat. biarpun jalan kita berbeza, tak seharusnya kita saling memburukkan dan menyalahkan. biarpun kita berbeza jalan, itu bukan passport untuk kita bertekak. ingatlah, tak sempurna iman seorang muslim itu jika dia tidak menyayangi saudaranya melebihi dirinya. kita berbeza pendapat, ya. tapi kita mesti saling sayang menyayangi ok :)
  5. bila kita yakin dengan jalan yang kita ambil, teruskan bekerja di dalamnya dan teruskan berdoa agar Allah sentiasa menunjukkan kita jalan yang lurus dan menjernihkan hati kita agar boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. usah mendabik dada merasakan kita sahaja yang betul dan orang lain yang salah, orang lain tak cukup ilmu, orang lain masih mentah. sedangkan kebenaran dan pengetahuan hanya milik Allah. berusahalah, sesungguhnya usaha itu yang dipandang Allah, bukanlah natijahnya. usah buang masa berdebat tentang yang mana salah atau yang mana betul sampaikan kita tidak punya masa yang banyak lagi untuk bekerja. 
  6. Allah memang jadikan manusia ini lain-lain, sambutlah perbezaan itu dan fokuskan kepada apa yang kita yakin berdasarkan petunjuk Allah. perbezaan pendapat dicipta supaya manusia menjadi lebih matang dan banyak lagi hikmahnya. jangan sampai perbezaan antara kita ini dijadikan peluang oleh pihak musuh untuk mengalahkan kita. belajar daripada sejarah ok? *heh ingat lagi ke pun sejarah tuuu?*
  7. usahlah rigid sangat dalam membuat dan menyediakan pilihan. bagus kita fikir undi mana yang datangkan pahala tapi rasanya pahala undi itu bukan terhad kepada parti politik sahaja tapi niat yang tersemat di hati. luruskan niat ketika mengundi bahawa kita benar-benar mengundi untuk memenangkan islam, menegakkan islam, menyokong perjuangan islam, menyelamatkan islam dan segala niat-niat yang murni dan tulus ikhlas kerana islam. janganlah pulak mengundi kerana nak harta duniawi/material. contohnya "aku ngundi si polan si polan ni/ parti ni sebab aku nak royalti minyak, aku nak subsidi, aku nak hub hiburan bertaraf antarabangsa, aku nak dapat banyak bonus, aku takut kena buang kerja dadidaadidaa~" ingat, pahala itu Allah yang bagi dan berdasarkan niat dan amalan kita yang parallel. "Akidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari anggota tapi dua2 pun penting" (Usul 20_asas ke-17)
  8. jangan terlalu cepat melompat kepada konklusi dengan hanya mendengar daripada sebelah pihak sahaja atau dengan hanya mendengar slogan sahaja. dalam usul 20 kan imam hasan al-banna dah pernah berpesan "mesti mengukur hakikat sesuatu benda dan bukanlah kepada nama/slogan yang diberikan" (Usul 20_ asas ke-16)
  9. jangan cepat melenting. bak kata dalam caption gambar:


serendah-rendah ukhuwwah itu kan berlapang dada :)

ok itu sahaja yang boleh difikir dan diingat buat masa ni. wallahu'alam. yang baik datang daripada Allah, yang tak baik tu, yang salah, buruk dan cacat tu daripada diri saya sendiri. 

apa yang penting? kerjaaasama! usah berpecah saudaraku sekalian. orang tua bergaduh, anak-anak yang terkena tempiasnya. sama juga, pemimpin bertekak, tengoklah apa jadi kepada rakyat hari ini, keliru dan celaru. hilang minat terus nak ambil tahu soal negara dan politik negara kerana muak dengan 'kisah cerai-berai rumahtangga porak-peranda ini', maka kuranglah peratusan yang keluar mengundi. bukan anak-anak muda je, abah i pun tak suka nak mengundi hokkay. katanya baru sekali dua je dia mengundi sepanjang usianya kwis kwis kwis.

please see: ini hanyalah luahan hati rakyat marhaen sahaja. dalam hati rakyat marhaen ini alhamdulillah so far masih bersih daripada kemelut dan caca marba politik negara. rakyat marhaen ini bukan makhluk biru mahupun hijau, dacing mahupun roket dan bulan-bulan. rakyat marhaen ini makhluk pink. pink is healthy. healthy brain, healthy heart, healthy gums :)

Wednesday, June 20, 2012

budak comel








Truly wonderful the mind of a child is.(YODA, Star Wars Episode II: Attack of the Clones)



Tadi telah datang seorang pesakit cilik yang sangat menggelikan hati. Terima kasih adik kerana telah berjaya menggeletek hati saya di pagi yang biru.

Begini kisahnya, seorang kanak-kanak lelaki berT-shirt Ben10, berkulit putih, berpipi dan berbibir merah jambu serta berambut perang telah melangkah masuk dengan penuh yakin ke bilik rawatan saya yang cosy itu.
ini mungkin pemandangan budak itu semasa dia mula-mula melangkah masuk ke dalam bilik rawatan saya. Itu dia Dhuha DD sedang sibuk main game. Eh, tidak. sila perhatikan betul-betul, saya sedang sibuk meneliti desktop wallpaper. Nampak sangat poser di situ. Betapa gelabahnya si DD ni berlari-lari ke tempat duduk setelah menekan timer 10sec supaya sempat di 'capture' kamera. Hampir terseliuh pinggang. Tula, datang klinik awal sangat, xde orang dan tak tau nak buat apa. By the way, saya tidak menggemuk. Apa yang anda lihat hanyalah ilusi optik.
(AWAS, LENCONGAN DI HADAPAN)

Sori2, termelencong lebih-lebih dalam segmen apresiasi gambar. Mari sambung cerita.

Kanak-kanak itu nama Mason (ceh macam freemason je. nasib baik muka inesen)..Muka dia blur-blur je. Duduk duduk je atas dental chair, dia terus gapai sunglass dengan penuh gaya. Aik budak ni. Dia tak tahu ke saya ni makhluk menyeramkan yang ketagih gigi? Untuk pengetahuan semua, dentist memang kena provide sunglass kat pesakit. kalau tidak, mata pesakit mungkin silau atau menghampiri buta sebab terkena panahan lampu dental chair.

biasanya bila berada atas dental chair, pesakit akan bertukar menjadi stylo begini. (kredit:google)


"Berapa tahun adik Mason ni?" Saya mula beramah mesra. Nak pancing hati pesakit.

"6 tahun." Alolo tomey tomey. 6 tahun. Budak ni dari segi gaya sebijik macam my little cousin Haziq. Nampak bijak, bergaya dan blur at the same time.

"Tahu tak kenapa adik datang sini hari ni?" Budak tu pun menggeleng-gelengkan kepalanya. Dalam buku rekod, Mason datang untuk menampal gigi susunya yang berlubang (kenapa panggil gigi susu ye? Nak kata sebab gigi tu terdedah dengan terlampau banyak susu, gigi saya sekarang pun banyak merasa susu)..Habislah. Biasanya budak yang tak tahu kenapa dia jumpa dentist akan tantrum bila dapat tahu. Itulah yang patient saya yang sebelumnya buat. Nanti saya cerita sat lagi. Tak nak melencong-lencong dah. Satu-satu.

"Ok nanti makcik (ofkos tak bahasakan diri aunty) tengok mulut adik dulu pastu kita buat keputusan nak buat apa." Pandailah saya menanam tebu di tepi bibir. Mason angguk je dengan penuh pasrah.

*berlakon-berlakon terkejut* "oh nampaknya adik punya gigi berlubang! nak kena tampal ni." Sambil saya tunggu reaksi Mason dengan penuh debar kot kot nanti nak kena tempik kat muka ke, nak kena cakar muka ke.



"Ok." Mason angguk-angguk. Amboi cool sungguh adik ni.

"Bagus. Untuk cabut gigi ni, makcik kena letak sleepy juice (ubat bius/LA) supaya gigi adik tidur. Nanti baru adik tak rasa apa-apa masa gigi adik kena cabut. Tapi sebelum makcik letak sleepy juice tu, makcik akan letak sleepy gel dulu kat tempat nak cucuk supaya adik tak rasa jarum tu mencucuk adik. Ok, deal?" Itu adalah skrip skema semua pelajar pergigian Otago. Mason mengangguk-angguk akur seolah-olah sedang kata kat saya "no biggie!!"

"Pernah rasa dapat sleepy juice tak?" Saya tanya Mason untuk dapatkan kepastian sebab dia betul-betul cool tak padan dengan umur dan badan yang kecik itu. Mason geleng-geleng. Ok.

"Dulu adik pernah jumpa dentist ke?" Mason geleng-geleng. Patutlah. So dia tak ada pendedahan kepada dunia dentist yang scary itu. Baiklah, sayalah dentist pertama dalam hidupnya, pelakar sejarah dalam hidupnya, orang penting dalam memorinya. Eceh. Kamu masih ingat lagi siapa dentist pertama kamu dan apa yang dia buat kat kamu? Saya merasa bangga dentist pertama Mason ialah seorang muslim (me!me!). Nanti dah besar dia boleh cerita kat kawan-kawan dia. huihuihui. Harap-harap saya tidak menjadi penyebab dia benci dentist seumur hidup.

"Masa makcik nak cucuk nanti, adik rasa macam kena cubit sikit. Nanti lepas kena cucuk ubat bius, adik akan rasa kebas." Saya cuba bagi gambaran awal dulu supaya budak tu tahu nak expect apa. Barulah di masa kejadian, dia tidak berasa aneh lalu berasa dalam bahaya lalu melalak-lalak. Walaupun adik Mason tak tanya dan kelihatan macam tak kesah je, tapi informed consent adalah penting.

Adik Mason mengangguk redha.

Saya pun menyapu gel pengebas (hui buruk benar bunyinya! dah macam pengebas suami orang jek) kat kawasan yang akan saya cucuk ubat bius nanti.  Yang kelakarnya, dia sangat patuh cakap saya. Saya suruh buka mulut, dia buka je. Sampaikan air liur sendiri pun tak tertelan, lalu melimpah-limpahlah airliurnya sehingga membasahi bajunya.

"Adik boleh telan airliur lain kali ye." Huu nasib baik airliur tak kena baju saya. Tapi budak-budak takpe lagi. Ini, seluar saya pernah terkena air liur pesakit dewasa, geli hokkay! Dapat rasa airliur tu tembus sampai ke kulit. Balik rumah terus mandi. Kenapalah geli sangat perkejaanku ini.

Setelah gel itu menyerap, saya pun mula mencucuk kawasan tersebut.

"Ouch!" Kata Mason.

"Ouch!" Kata saya pula. Konon nak tunjuk empati.

"Makcik faham. Terkejut kan? Rasa macam kena cubit sikit je, lepas ni dah tak rasa apa-apa. Mungkin akan rasa kelakar (baca: funny feeling) sekejap, lepas tu ok balik." Mason mengangguk-angguk masa saya sedang mencucuknya. Dia kekal tenang je lepas tu. Macho betul. Sepanjang proses mencucukkan ubat bius, saya menanamlah tebu di bibir "adik kuat, adik berani, adik bagus, adik memang sesuai kawan dengan Ben10, adik hero bla bla bla"..itu namanya positivie reinforcement. Supaya budak itu tetap teguh dengan ketenangannya dan bertahan dalam deritanya. Heh ayat...

"Dah siap!" Saya bersorak supaya dia gembira dia berjaya melaluinya. Mason senyap. Mulutnya masih ternganga padahal saya dah bersandar dah ni ha. Saya pandang je dia. Pastu dia pandang saya.

"Eh? Dah siap?" Muka dia terkejut. Haha, melamun ke apa budak ni. Cepat-cepat di bangun dari tempat duduknya pastu turun kerusi. Saya dan cik dentist yang merangkap assistant saya memandang antara satu sama lain. Dah kenapa budak ni?

lebih kurang macam ni lah muka adik Mason tu tadi. tak saya tak google nama dia. i was looking for a 'blur' face.semangat.

"Eh, nak pergi mana tu?" Kami bertanya.

"Kata dah siap? Nak baliklah." Selambayaya je dia. Haha. Gigi dia tak sentuh pun lagi, baru cucuk ubat bius. Dah tak sabar-sabar nak balik nampaknya. Comel sangatlah. Tak tahan lalu tergelak. Kalau ikutkan rasa nak guling-guling tepuk-tepuk lantai je gelak. Eh muslimah jangan buat gaya bebas tak senonoh tu lagi-lagi depan budak2!

Saya pun panggil dia semula. Rawatan tampalan diteruskan. Saya pun gerudi gigi Mason, membersihkan segala kekotoran. Kejap kejap dia tanya "dah siap ke?" haii ate tak sabor benor nak ninggalkan klinik makcik nih.

"Ok dah siap dah bersihkan kuman dalam gigi!" Saya bersorak lagi.

"Dah siap dah?" Alamak saya tak patut gunakan perkataan dah siap. Nanti dia bangun dari kerusi lagi hahaha.

"Eh, tak. Makcik maksudkan, dah siap cuci gigi. Sekarang kena tampal. Kalau tak tampal, nanti kuman masuk lagi dalam gigi adik." Mason angguk-angguk setuju.

"Sakit ke tampal?" Haha ini lawak ok. Masa nak kena cucuk, tak tanya pun sakit ke tak. Masa nak tampal baru tanya. Tampal gigi adalah sesuatu yang paling tak menyakitkan kerana tiada objek tajam pun digunakan. Macam nak sumbat gabus dalam lubang botol je.

Dah siap tampal apa semua, maka barulah habis temujanji.

"Sekarang barulah kita dah betul-betul habis. Tadi tak sabar-sabar sangat nak balik kan, ha sekarang dah boleh balik." Heh, sebetulnya rasa bersalah sebab asyik cakap "we're done" je sampaikan macam bagi harapan palsu beberapa kali lak kat Mason.

Mason pun turun daripada kerusi dental dengan gembira. Berjalan dengan macho sambil memakai sunglasses.

"Eh, nak bawak pergi mana cermin mata kitorang tu." Tegur saya.

"Eh, terlupa hehe" Adik Mason pun serahkan sunglasses dan berlalu meninggalkan kami. Oh dia adalah pesakit paling comel setakat ini. Walaupun blur dan kecil, tapi sangat berani dan macho.

Saya berharap saya telah bagi kenangan baik untuk dia. Saya harap dia tak benci dentist seumur hidup. First impression itu penting. Kenapa saya tak takut dentist masa kanak-kanak? Sebab dentist pertama saya sangat osem. Seorang wanita punjabi. Bersuara dan bernada lembut. Tak ingat langsung dah kesakitan yang dirasa. Tapi saya juga berpesonaliti berani. Masa tu memang nak cabut gigi dan tak kesah rasa sakit ke hape yang penting, mahu gigi baru yang lebih cantik tumbuh. Saya juga budak pemberani yang memang suka kena cucuk. Kawan-kawan semua nangis kena cucuk masa darjah satu, saya masih boleh ketawa-ketawa kegelian masa kena cucuk. Mungkin masa saya kanak-kanak dulu, saya jenis macam Mason. Mesti dentist dan jururawat2 gembira gila dapat pesakit macam saya dan adored saya sangat sangat lalu mendoakan gigi saya sehat, sebab itulah saya bebas kaviti hingga kini guiguigui.

Sebelum Mason, saya dapat pesakit yang totally opposite dengan Mason. Budak perempuan berusia 8 tahun. Dia cakap dia datang jumpa saya untuk dapatkan tampalan. Tapi bila saya tengok rekod, ada gigi yang kena dicabut juga. Dan bila saya periksa mulut dia, gigi yang kena ditampal itu dah ditampal pun. So hanya tinggal gigi yang kena cabut je. Saya pun cakap "tak ada gigi yang makcik kena tampal kat sini tapi nampaknya ada gigi yang kena dicabutlah, sayang. Gigi ni dah bergoyang dan dah rosak juga. Makcik akan letak ubat bius supaya adik tak rasa sakit masa kena cabut."

Adik itu angguk-angguk. Diam.



"So, adik ok tak kalau kita cabut gigi adik sekarang?" Tiba-tiba muka adik tu jadi merah. Dagu dia dah mula berlagu. Maksud saya, dagu dia dah terketar-ketar. Begitu juga kaki dan tangannya. Saya dah gelabah sikit. Petanda tak bagus ni. Saya tak nak kena tempik di muka.

"Ok ok, adik takut ye. Biasalah tu makcik faham. Adik nak mak adik kat sini?" Saya terus rangkul bahu adik tu dan tenangkan dia sebelum keluar teriakannya. I have sensitive ears yang tak boleh tolerate suara nyaring. Ia akan segera buat saya sakit kepala lalu stress dan berpotensi bertukar menjadi murung.

Kat rekod adik tu ada tulis "mom wanted to be with her during treatment." Maka sebab itulah saya tenangkan dia dengan sebut tentang mak dia. Dia angguk, nak mak dia. Receptionist memang sedang mendapatkan mak dia di talian memandangkan dah tertulis begitu di buku rekod adik tersebut.Adik itu berjaya ditenangkan. Mak dia tak dapat dihubungi lalu kami pun dismiss adik tu, buat temujanji lainkali.

Pendek kata, seronok dapat merasa pelbagai pengalaman. Alhamdulillah harap ia membantu menajamkan skill saya dan menjadikan saya dentist yang lebih baik.

p/s: semalam tersalah call number abah. beriya je panggil orang lain abah. nasib baik yang jawab tu seorang 'abah' juga (kalau lelaki miang yg jawab, tak ke haru.) tertanya-tanya pakcik tu sejak bila pulak dia ada anak nama dhuha, call dari kutub selatan plak tu.

p/s: tadi bersemangat nak kaut sayur dalam mangkuk yang berisi sup. rupanya itu hanyalah ilusi optik. corak dalam mangkuk je padahal. boleh tak jangan lukis corak pinggan mangkuk yang kelihatan real sangat. tipah tertipu.

Tuesday, June 19, 2012

Dhuha DD







A characteristic of the normal child is he doesn't act that way very often



Ahah, title di atas bermaksud Dhuha Dental Doctor. Guiguigui..Inspired by username tweeter cik nawal, NawalMD juga nama belog enda, endaMD. Juga HouseMD...MD stands for medical doctor, in case you don't know. Saya pun dengki, "MD je? DD takde ke?"


Begitulah selok belok kisah Dhuha DD.

Baiklah, kenapalah gedik sangat mahu bertajukkan nama dan title ittew? Kerana today I feel like a REAL dentist.

Hari ini kali pertama saya ditempatkan di Waha Ora. Waha Ora ialah semacam klinik komuniti tapi hanya untuk kanak-kanak sekolah sahaja. Kat NZ, free dental treatment hanya untuk kanak-kanak atau remaja-remaji sekolah sahaja.

Waha Ora tak ramai staff. Tak ada dentist juga. Hanya ada dental therapist dan dental assistant sahaja. Tapi dental therapist yang kerja kat situ adalah seorang dentist cuma diaorang belum didaftarkan lagi sebagai dentist. Diorang tu pasangan baru berkahwin berasal daripada Fiji. Katanya nak daftar jadi dentist kat NZ sangat mahal maka diorang pun daftar sebagai dental therapist je dulu, kerja dan kumpul duit sambil kumpul pengalaman, nanti barulah daftar sebagai dentist. Comel kan mereka ini.

Makanya, saya diberi tugas untuk berjumpa dan merawat pesakit-pesakit cilik ini sementara cik dentist itu tadi jadi assistant saya. Saya pun berasa segan sambil suruh dialah jadi dentist. Haruslah, dia dah graduate 3 tahun dah, saya baru final year dentistry. Apakehe nya saya nak jadi dentist, dia jadi assistant pulak?

Tapi cik dentist sangat humble dan sweet. Sambil tersenyum dia kata "saya dibayar untuk jadi assistant je kat sini. Awak bolehlah praktis jadi dentist." Akhirnya saya terima watikah pelantikan tidak rasmi itu.


Terus saya seronok. Walaupun cik dentist membantu, tapi dia tak bertindak sebagai supervisor. So saya rasa konfiden nak buat kerja tanpa supervision gaya maharaja. Saya jenis yang tak boleh orang perhatikan saya buat kerja lepas tu nak interfere sokmo itu tak kena ini tak kena. Saya selalu boleh pergi salah (can go wrong) bila saya diperhatikan. U know, macam kalau kita diperhatikan seorang jejaka ganteng kita akan jadi seperti cacing kepanasan, terus berubah personaliti 360 darjah. Bukan sayalah, mungkin anda yang sedang membacalah kot.

*cute grin*

Saya berterima kasih kepada cik dentist kerana memberikan saya perasaan selesa untuk bekerja sendiri lagak seorang dentist. Saya yang buat keputusan, saya yang bertanggungjawab, saya yang tulis rekod dan saya terima pesakit dengan banyaknya dalam satu-satu tempoh masa. Wah, inikah profesion dentist yang sebenar. Memang tidak salah lagi pilihanku. Namun sakit otot-ototku. Penat. Lenguh.

Dekat sekolah gigi, dalam masa 3 jam, kami hanya boleh jumpa 2 pesakit. Selalunya masa akan dihabiskan dalam klinik untuk menunggu supervisor yang sibuk direbut pelajar lain. Kalau dapat supervisor yang suka bercakap, lagilah penat nak tunggu. Kadang-kadang saya rasa frust dan ridiculous sangat bila pesakit berjaya dirawat dalam masa setengah jam tapi kena tunggu supervisor sampai sejam. Sungguh tak seronok.

Maka di Waha Ora ini, saya sangat mendapat kepuasan bekerja. Lagipula, di sini kami merawat kanak-kanak. Untuk pengetahuan, kami hanya rawat kanak-kanak tahun lepas sahaja semasa di sekolah pergigian, itupun seminggu sekali. Hari ni saya rasa jumlah pesakit yang saya rawat tadi sama je dengan jumlah pesakit kanak-kanak yang saya rawat sepanjang tahun lepas. You know how satisfying is that? Puas ke tahap petala jutaan.

Saya juga telah diberi authority untuk masuk ke dalam sistem rekod pesakit saya sendiri sebagai dental provider. How cool is that? Sejuk!

Saya nak jadi dentist dan saya tak sabar untuk jadi dentist! Walaupun ini mungkin akan jadi hangat-hangat tahi ayam tapi cukuplah di waktu ini ia menjadi booster saya. I really need a booster hokkay.

Saya nak kongsi pengalaman merawat kanak-kanak sebenarnya. Lihatlah betapa Dhuha DD ialah seorang kaki lencong. Silakan setiap kali anda terserempak dengannya, nyalakan lampu "Awas, lencongan di hadapan!"



Kanak-kanak adalah subjek yang menarik. Dahulu saya agak-agak bahawa diri saya ini pencinta kanak-kanak lalu saya menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian kanak-kanak. Namun, bila dah jumpa pesakit kanak-kanak di dunia sebenar semasa tahun lepas, Dhuha DD terus tersentak dihempuk kenyataan.

Bahawa kanak-kanak adalah makhluk aneh lagi menakutkan. Makhluk ini bisa menempik di muka anda dengan tiba-tiba. Saya tak pernah kena tempik lagilah tapi melihat pengalaman rakan-rakan lain, ngeri dibuatnya. Setakat ini pesakit paling susah yang saya dapat pun ialah pesakit yang tak mahu bercakap serta sentiasa berwajah monyok.



Bahawa kanak-kanak ini adalah makhluk yang tak boleh duduk diam. Kena diingatkan banyak-banyak kali "buka mulut!!!!"..Bayangkan objek yang berada dalam mulut mereka tu dahlah tajam, mereka boleh pula sesuka hati nak tutup mulut, karang tercucuk segala objek tajam dalam mulut, baru tahu lelangit engkorang tu tinggi mana.

Lepas tu time kita nak buat kerjalah, dia pun nak buat kerja. Nak belek peralatan kita, nak tekan sana sini, nak tanya itu ini. Time tu jugaklah nak garu sana sini, nak goyang sana sini, nak bersin nak batuk. Haihlah budak-budak...Bukan kerja senang tahu. Itu baru jadi dentist kepada kanak-kanak. Belum lagi jadi mak budak.



Tapi the best part is, merawat kanak-kanak memberikan kepuasan yang luar biasa. Setelah susah payah kita terbongkok-bongkok nak menyelamatkan gigi mereka, setelah susah payah menanam tebu di bibir demi nak memujuk mereka, setelah susah payah melayan kerenah dan pertanyaan mereka, akhirnya bila selesai rawatan mereka akan tersenyum gembira. Rasuah sahaja dengan sticker Ben10 mahupun sticker Disney Princess, mereka akan peluk cium kita. Itu adalah...itu adalah...itulah yang dipanggil kepuasan sebenar.




Ye, kanak-kanak adalah makhluk aneh lagi menakutkan. Tapi itu adalah kerana mereka adalah makhluk ajaib. Mereka mampu mengubah suasana, mampu mengubah perasaan sekeliling. Mereka adalah makhluk suci ibarat kain putih :)

Dan saya truly appreciate pesakit kanak-kanak yang saaaaaaangaaaaattttt bertoleransi, yang boleh duduk diam, yang ikut je kata saya sebab saya tahu bukan mudah untuk mereka behave macam tu tapi mereka terlalu comel bila berjaya behave camtu. Bukan senang nak buka mulut lama-lama dan duduk atas dental chair lama-lama, saya tahu. Jadi saya sangat menghargai pesakit kanak-kanak yang sanggup bertahan dengan saya yang terhegeh-hegeh buat kerja. At the end of the appointment you just feel like rewarding them with something because they behaved so welll!


They test my patience and they are the best patients!


p/s: in a way saya rasa kenapa saya masih belum kena tempik dengan pesakit kanak-kanak adalah mungkin kerana saya kelihatan "comel-comel" seperti kaum mereka juga *uhuk uhuk*

Monday, June 18, 2012

istikharah bukan magik




Kalau tak nak kahwin, baik kita jangan kawan




Dulu masa sekolah agama madrasah lagi ustazah dah ajar solat istikharah. Pada waktu itu saya rasa solat istikharah itu solat miracle. Dulu saya juga rasa ia solat yang paling susah nak buat.

Saya masih ingat ustazah kata kalau nak solat istikharah, kena tidur malam dulu. Lepas tu kena jaga daripada tidur. Dah terjaga, cepat-cepat kena ingat untuk solat. Lepas dah solat dan doa sungguh-sungguh, cepat-cepat kena tidur supaya nanti lebih berkesan. Ustazah kata nanti Allah bagi jawapan dalam mimpi.

Disebabkan saya percaya macam tu, maka saya rasa walaweh magiknya solat ini, dapat petunjuk dalam mimpi. Saya cuba untuk buat solat ini tapi saya putus asa di tengah jalan. Sebab saya tak boleh bangkit tengah malam. Dan kalau terjaga dan berjaya solat pun, saya susah nak tidur semula. Maka waktu saya rasa lecehlah nak buat solat istikharah ni.

Saya pun tak pernah menunaikan solat istikharah sampailah saya habis SPM, saya updated tentang solat istikharah ini lagi. Bahawa tak perlu tidur dan jaga semula pun untuk menunaikannya. Dan juga petunjuk tak semestinya datang dalam mimpi so tak perlu rush untuk tidur setelah melakukannya. Maka saya menjadi ringan untuk menunaikan solat istikharah tak kira dalam apa hal sekalipun. Nak exam, nak pilih jemaah, nak pilih course pengajian dan sebagainya.

Tapi di waktu itu saya masih ada konsep istikharah itu magik. Saya rasa bahawa segalanya yang ditunjuk kepada saya melalui istikharah itu adalah yang terbaik dan saya akan selamat serta tak akan melalui kesusahan melaluinya.

Hanya tahun ini baru saya tersedar.



Saya melakukan istikharah untuk memilih bidang pengajian. Hati saya kuat memilih bidang pergigian dalam saya tidak menyukainya. Saya ditekan dan tertekan sepanjang melalui tahun-tahun gigi ini tapi saya diam dan berfikir "kenapa Allah kuatkan saya untuk pilih jalan ini walaupun saya rasa macam suffer sungguh nak buat kerja-kerja gigi ini"..maka saya fikir mesti ada hikmahnya so saya redah ajer. Saya yakin saya tak tersilap pilih. Ini kes selamat. Kes yang saya terlepas pandang.

Tahun ini saya buat istikharah yang paling panjang dalam hayat saya setakat ini. Tentang soal masa depan. Hati saya sangat yakin dengan tindakan itu. Tidak salah lagi. Saya terus bertindak dan merasa tenang selepasnya. Saya tenang untuk beberapa bulan sambil dalam hati gembira, "saya tak tersilap pilih"..kemudian setelah lama berasa selesa dan tenang, seakan ada ticking bomb dalam hati yang bersedia untuk meletup bila-bila masa saja. Seakan ada tumor yang sedang membesar dan bersedia untuk bermetastasis.

Dan dalam tempoh itu saya rasa sungguh tidak tenang dan berserabut. Dan saya tanya diri saya sendiri "aku salah pilih ke? tapi aku buat istikharah." jeng jeng jeng. Ini kes tidak selamat.


  1. mula tidak yakin dengan tindakan sendiri yang dibuat berpandukan petunjuk istikharah. 
  2. sort of berbunyi seperti sebuah penyesalan
  3. menganggap keputusan istikharah itu tidak akan menimbulkan musibah
Allah suka menguji hamba-hambaNya. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan pelbagai cara. Allah memankbulkan doa hambaNya dengan caraNya tersendiri. Istikharah bukan jaminan bahawa kita akan terlepas daripada masalah. Bukan jaminan kita akan hidup happily ever after setelah membuat pilihan yang tepat.

Pilihan yang tepat itu sendiri bukanlah pilihan yang menjamin keamanan pemilihnya. Orang yang memilih antara nak buat bisnes sendiri atau kerja makan gaji, kedua-dua pilihan ada buruk baiknya tersendiri. Memilih untuk bekerja sendiri mendedahkannya kepada risiko-risiko tertentu. Memilih untuk untuk kerja makan gaji pun mendedahkannya kepada risiko-risiko tersendiri. Dan risiko atau musibah itu semua bukanlah semestinya buruk untuk kita malah ia adalah sebuah proses untuk menjadikan kita 'seseorang'.



I've learned my lesson. 

That my decision is right but it comes with a consequence. That I have nothing to regret (ber'kalau-kalau' itu perangai syaitan). I was free from the consequence for months and only now that I'm receiving it. Allah nak uji sejauh mana kita redha, sejauh mana kita yakin dan sejauh mana kita masih merendah sebagai hamba yang lemah dan tak berdaya.



Sumpah ia adalah konsekuensi yang maha perit. Yang saya tidak menjangka langsung. Yang mustahil untuk saya undurkan balik. Yang saya dah tak boleh nak mencapainya semula. Tapi penerimaan saya lebih baik daripada penerimaan di waktu jahiliyyah dahulu dan saya percaya kalau saya bertahan, saya akan lebih kuat di masa akan datang.

I've learned my lesson
Been down that road before
I've learned my lesson
And the message is you'll never fly
'Til you learn how to fall
It seemed to me there was a ring of truth
In what the old man said
jump back take a look at your life
You learn a lot about living when you're on the edge
Your wounds will heal,you gotta give it time
And though your troubles may be real
it's just a state of mind
(a song lyric) 






dengarkanlah!






"Sesungguhnya mahluk bergerak yang bernyawa yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah; orang-orang yang tuli dan bisu yang tidak mengerti apa-apapun. Kalau sekiranya Allah mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah menjadikan mereka dapat mendengar.” (Al-Anfal [8]: 22-23)


hari ni kami belajar tentang resolusi konflik atau dalam bahasa indahnya "negosiasi hasil". ahhh apekah yang gue terjemah ini.

conflict resolution or negotiating outcomes.

penyelesaian konflik atau merundingkan hasil haha masih gagal menterjemah negotiating outcomes.

pendek cerita itulah tajuk perbincangan kami. iaitu bila berdepan dengan konflik, kenapa timbul konflik?apa kena buat? macam mana nak buat?

menarik tajuk ini sebab konflik adalah benda yang kita hadapi hari-hari. macam juga cornflake yang kita makan hari-hari cumanya cornflake itu sedap dan konflik itu tak berapa sedap (contoh analogi yang gagal)

kenapa timbul konflik?

kerana manusia diciptakan rambut sama hitam, hati lain-lain warna (teringat zaman SPM, tak sah karangan kalau tak tak letak peribahasa kat setiap perenggan. sebab itulah jadi pelajar terbaik BM ;p)






Penting untuk kita sentiasa sedar hakikat ini. Kita tak boleh nak harapkan semua orang sama macam kita, semua orang fikir macam kita, semua orang suka dengan pemikiran kita dan semua orang ada kemampuan yang sama macam kita. Kalau macam itulah kita fikir, mari kita namakan planet ini dengan nama sendiri. Katakan selamat tinggal kepada nama bumi. Ini planet dhuha. Semua makhluk adalah dhuha.

Maka setiap perbezaan yang timbul itu selalunya menghadirkan konflik yang tegang antara kedua pihak akibat tidak mampu untuk menyambut baik peribahasa 'rambut sama hitam, hati warna pelangi'.

warna-warna pelangi personaliti

Warna hati yang bermacam-macam itu juga dipengaruhi latar belakang hidup masing-masing. Setiap orang didedahkan dengan suasana kehidupan yang berbeza yang mempengaruhi personaliti masing-masing. Orang yang hidup susah biasanya lebih kuat dan cekal. Orang yang membesar dengan hanya "petik jari semua dapat" biasanya manja. Orang yang hidupnya asyik dibuli biasanya ada masalah rendah diri yang kritikal. Orang yang sering ditekan dan ditindas biasanya akan jadi penggarang etcetera etcetera. Tu belum masuk faktor dia anak ke berapa dalam keluarga. Hah, kompleksnya manusia itu. Shopping complex pun tidak sekompleks itu.

hi pavi! i miss your foodcourt!

Dalam budaya kerja antara berbeza professional (interprofessional) pula, setiap orang ada falsafah atau pemikiran atau prinsip tersendiri. Doktor mungkin lebih kritis soal penyakit, jururawat mungkin lebih cenderung tentang pesakit, doktor gigi pula dengan gigi-giginya, ahli farmasi dengan ubat-ubatnya dadidaa..maka wajiblah akan berlaku konflik di situ dalam memberikan yang terbaik buat pesakit dan diri sendiri.kwiskwiskwis..


Ok ok kemudian? Nak buat camne kat si konflik ni?

Kita makan dia! Om nom nom. Eh serius ni. Ingat tak saya cerita pasal pakcik Patch Adams tu? Dalam cerita tu saya tekankan tentang falsafah 4 jari. Jangan memfokuskan 4 jari tapi lihatlah melangkaui itu. Anda akan nampak 8 jari. Tadi Dr. Patrick starfish pun ada cakap, "what you pay attention to grows stronger!"

Anda bagi tumpuan kat masalah, masalah jadi lebih besar. Anda bagi tumpuan kat penyelesaian, maka masalah pun jadi kecik. Eh, nampak tak perkataan 'kecik' tu? Tak nampak? Baguslah, dah sampai tak nampak dah masalah. *tepuk tepuk tepuk*


 Selain itu kena kenalah memahami. Pada setiap perlakuan itu ada perasaan dibawahnya. Pada setiap perasaan itu, ada keperluan disebaliknya. Ecewahhh rasa macam ahli saikoloji (euw loji saiko jepun mana tu?)


behaviour----> feeling-----> need

mengamuk sebab geram. geram sebab tak dapat gula-gula.

Maka kalau nak faham apakah yang terjadi di sebalik perlakuan pesakit yang tak mahu berhenti merokok, kenalah jadi pendengar yang baik dan aktif supaya kita dapat gali, kenapa dia tak mahu berhenti? Apa perasaan dia terhadap cadangan memberhentikan hobi merokok? Apa yang dia mahu sebenarnya? 



Dan seterusnya kami juga bincang apa itu mendengar dengan aktif dan bagaimana. 70-80% daripada kesan mendengar yang baik ialah datang daripada bahasa tubuh seseorang. Masa kita mendengar, kenalah pandang orang yang meluahkan perasaan tu. Janganlah pula time orang nak ceritalah kita sibuk nak menulis, nak membaca dan nak menunjuk 'aku pakai gajet canggih'. Time orang sedang bercakap juga, kita janganlah duduk berpeluk tubuh sambil bersandar di sofa empuk, sebaliknya kita cuba menunjukkan kita berminat dengar cerita dia dengan cara lean your body towards that person. Heh, janganlah rapat sangat. Skinship betullah. Cukuplah sekadar nak tunjukkan "oh menarik ni. tak dengar sangat kalau duduk jauh-jauh, kena dekatkan sikit telinga ni"..Sambil orang bercerita, angguk-angguklah, bagi respon dan akhir sekali clarify balik cerita dia dengan cara paraphrase.

mulakan dengan merasa/mendalami. merespon adalah perkara terakhir dalam mendengar i.e bagi pendapat atau nasihat.




Contoh:

Wanita Anggun: Saya ada masalah jerawat ni. Betul-betul mengganggu kehidupan saya. Nak keluar pun malu. Sebab tu kadang-kadang saya terpaksa ambil cuti sakit sebab masalah jerawat yang tidak dapat dibendung lagi. Saya tertekan betullah.

Wanita Memahami: Oh, jadi masalah jerawat cik puan ni susah nak diubati ye. Dan cik puan rasa ia menganggu kehidupan cik puan seharian?

Wanita Anggun: Oh, tepat sekali! Macam mana cik boleh tahu sampai camtu sekali. Akhirnya ada orang yang memahami saya! Sayangnya Wanita Memahami! *menangis keharuan sambil memeluk si pendengar yang baik*

Wanita Memahami: Eh, saya ulang balik je kata-kata cik puan tadi *tersipu-sipu malu*



Lagi tips nak jadi pendengar yang baik:
  • jangan melompat ke dalam konklusi hanya bila melihat perangai orang sahaja.Dalam erti kata lain, jangan menghakimi buku daripada kulitnyalah.
  • jangan menyampuk semasa orang sedang bercerita. Bagi dia perabih dulu segala kata-katanya
Kemudian buat pertama kalinya saya dengar falsafah ini "chunk up chunk down"

Ia bermaksud, dalam kita mendengar masalah orang lepas tu kita tak memotivasikannya, kita kenalah mengingatkan dia tentang gol besarnya. Tapi lepas tu kita tekankan balik bahawa takkan dapat gol besar kalau gol kecik kita tak buat.

Contoh:

Perokok Tegar: Susahlah nak berhenti merokok ni. Asyik terbayang-bayang je wajah rokok. Kalau tak hisap sehari, rasa bagaikan setahun. Mulalah rasa tak sihat badan ini mengenangkan perpisahan kami. Apakan daya~

usahlah membakar kehidupan anda dengan rokok. tiada apa yang tinggal nanti. ayuh bakar semangat untuk menjadi lebih bagus!


Penasihat Berjaya: Ish ish ish.. macam orang putus cinta ya. Dahsyat betul kesannya, baru saya tahu. Tapi hari tu awak kata isteri awak mengandung. Awak tak nak bayi dalam kandungan dia dapat kesan buruk daripada tabiat rokok awak tu kan? Awak sendiri pun yang kata awak insaf lepas Majlis Fatwa Kebangsaan bagitahu merokok itu haram kan? Awak nak berubah jadi suami dan ayah yang lebih soleh dan mithali, itu yang awak beritahu saya hari tu. Mana lagi yang awak sayang dan cinta sekarang ni? (Chunk Up)

Perokok Tegar: Gulp~ oh terima kasih ingatkan saya. Saya ni mudah lupa. Tapi susah sangatlah Encik Penasihat Bejaya.

Penasihat Berjaya: Nak tak nak, awak kena melalui semua tu. Awak kena ingat misi besar awak ni. Awak perlu berkorban. Inilah pengorbanan awak yang paling besar untuk diri awak sendiri dan juga keluarga awak. Suatu hari nanti awak akan kenang pengorbanan ini sebagai kenangan manis awak. Tapi sebelum ia jadi kenangan manis, awak kenalah lalui kepahitan ni semua. Saya akan bantu awak. Kita ada banyak lagi rawatan-rawatan susulan. Awak kena cuba untuk jadi pesakit setia saya dan saya juga akan cuba jadi penasihat dan pembantu setia untuk awak. (Chunk down)

Perokok Tegar: Terharu~

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan. Kebanyakan konflik terjadi bila kita tak mahu faham. Kita tak boleh faham sebab kita tak mahu mendengar. To listen is the key. Masalah rumahtangga pun banyak yang berpunca dengan ketidaksediaan sesebuah pihak untuk mendengar. Ingat tak dalam surah Abasa, bila Rasulullah menolak untuk mendengar luahan Abdullah Ibnu Maktum, maka Allah telah menegurnya. Betapa setiap orang punya hak untuk didengari dengan saksama.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf [7]: 179)


Malulah, sedangkan Allah pun mendengar setiap luahan hamba-hambaNya. Benar, kita bukan tuhan. Jadi kenapa kita berlagak tuhan di depan makhluk?