Monday, February 28, 2011

balik balik

air asia memang gila, bagi tiket NZD 200 one way christchurch-KL untuk akhir tahun ni. takkan saya nak balik dua kali kot tahun ni?

yang penting, saya kena balik Jun ini!

tapi maaf, balik Jun, memang takde souvenir untuk semua oranglah. sebab saya balik naik airline murah. bawak beg banyak2 memang saya takmo. balik tak sampai sebulan pula tu. nak bawak diri je kalau boleh. insyaAllah bila balik for good nanti baru bersungguh beli souvenir untuk semua orang.

saya sungguh gembira dengan plan saya ni sampaikan saya dah siapkan tentatif dalam minda tentang plan-plan saya bila dah sampai tanah air nanti. saya harap exam tidak mengecewakan saya dengan memunculkan diri di tengah-tengah waktu cuti. satu paper je pun. tolonglah finish segera jangan tangguh-tangguh.

bulan Jun saya pilih instead of bulan november-feb kerana semua orang pun sedang bercuti. almaklumlah uni2 kat malaysia kan start sem bulan 9. maka saya boleh jumpa most of my cousins and friends. lagipun saya tak sabar nak baking untuk family ^__^..kalau balik hujung tahun, nanti saya dan nu'man je kat rumah, adik2 lain semua sedang beruniversiti.

p/s: tangan saya kesunyian kerana cincin saya telah hilang.wuuu saya tak biasalah hidup tanpa cincin. cincin itu saya beli untuk diri sendiri dekat mid valley sempena bernekad untuk mendekati Allah kira-kira tiga tahun yang lepas. sunyi! sunyi! balik malaysia nanti nak beli cincin baru. cincin NZ tak lawa.

p/s lagi: saya juga merasakan perlu untuk balik untuk spend masa sebagai anak dara memandangkan i have a strong feeling that someone among us might get married soon :P

nak balik nak balik

salam ^_____^ (wahh panjangnya senyum)

tadi saya pegi tergerak hati tengok tiket airasia. tiket balik malaysialah apa lagi. lepas tu tiket pergi balik NZD 900 je untuk bulan jun ni. saya ade sebulan winter break. wahhh daku mahu pulanggg!!!

terus call mak. mak kata 'baliklah'..1st time ok mak cakap camtu. selama ni asyik tak bagi je.yayyyy! saya berdoa sangat-sangat exam habis cepat so that saya boleh balik 14 jun ni. doakan saya tau semua orang!

p/s: dah balik winter, summer ni stay lagilah buat kali kedua kat dunedin ni. nak kerja lagi. pastikan kaya :p

Sunday, February 27, 2011

Usul 20- intro

Alhamdulillah saya dah berjaya habiskan topik Usul 20 dalam masa 3 minggu. Usul 20 dibincangkan dalam halaqah kendalian kakak-kakak senior area rumah saya.

Apakah usul 20? Ia adalah perkara pokok atau asas dalam islam yang dihimpunkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Usul ni dibuat sewaktu rakyat mesir berada dalam era pengaruh barat beberapa puluh tahun dulu. Ia adalah untuk mngembalikan umat islam kepada islam yang sebenar.

Seronok belajar benda baru serta dapat banyak kesedaran juga. Teringin sangat nak kongsi kat belog ini. InsyaAllah akan cuba kupas satu persatu semampu mungkin :) BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Saturday, February 26, 2011

pedodontic?

assalamualaikum ^__^ (wah senyum senyum pula. pasti mood gemilanglah ni)

berlalulah sudah minggu pertama sekolah. menarik tak? menarik tak dhuha???

menarik..memang menarik... sambil dalam hati berdebar-debar je 'boleh tak aku survive ni? tahan ke aku? dhuha, tolong kuatlah!!'

dalam banyak-banyak perkara kat sekolah, saya paling teruja untuk masuk paeds. atau dalam bahasa dentalnya, 'PEDODONTICS' (paediatric dentistry/ pergigian kanak-kanak)

ianya (ini adalah penggunaan tatabahasa yang salah ye) adalah seperti satu anugerah atau dalam kata lainnya, peluang yang diberi oleh Allah untuk saya brush-up kemahiran keibubapaan (parental skill) serta mungkin menyuntik dan meningkatkan lagi naluri keibuan saya. ececeehhh..

saya agak tidak punya kesabaran yang tinggi dengan budak-budak. kiranya attention span saya dengan budak-budak sangatlah pendek. dalam setengah jam camtu? lepas tu terus hilang kesabaran. saya akan biar je budak tu buat sesuka hatinya, daku malas nak layan. yela sebab budak-budak ni kan sangat butuh perhatian, kemudian nanti kalau tak dapat layanan yang diharapkan, mulalah mengada-ada especially budak perempuan. saya agak allergiklah dengan budak extra mengada ni.

ok enough tentang kejelekan saya dengan budak-budak. hoho. saya akan guna peluang tahun ini untuk bersiap sedia menjadi ibu. fullstop.

dalam module paeds, kami dikehendaki untuk sort of 'adopt' a child dan jaga serta follow-up itu budak selama 4 BULAN! mencabar tak? bagi saya, agak mencabar tu. walaupun tak sabar-sabar nak beranak, masih lagi segan silu dengan budak. tak boleh tak boleh. selepas tamat tempoh 4 bulan, kena tulis report tentang pengalaman kita itu and the mark constitutes 5% for the final exam.

apa yang kita kena tulis dalam report?
  1. perkembangan kanak-kanak dari segi fizikal, dental, mental dan psychosocialnya.
  2. apa yang telah kita lakukan kepada budak itu. baby sitting? bawak keluar tengok movies? tutoring? picnic? bullying?
  3. reflection. apa yang kita suka, tak suka dan kita belajar daripada pengalaman itu
  4. sertakan gambar-gambar bersama kanak-kanak itu
menarik tak? masalahnya anak siapa saya nak culik ni? seelok-eloknya cari 'anak angkat' sendiri. boleh amik sedara-mara atau adik sendiri. kalau tak dapat jugak baru sekolah tolong carikan. saya masa tu terbayanglah sepupu-sepupu kecil dan anak sepupuku, firdaus. alangkah bestnya kalau boleh culik mereka kan..namun i have no one di sini. maka saya apa lagi, nak menyelit kat rumah kakak abang post-grad lah..pegi menagih anak kat mereka. tak pun pegi sunday school kat masjid sambil browsing for kids. apakah..

akhir kata saya cuak nak treat kanak-kanak. attention span mereka kat dental chair adalah lebih kurang 20 minutes. heh tak heran. saya punya attention span terhadap mereka pun pendek. so kena sangat be prepared dan be organised untuk paeds supaya menepati attention span masing-masing!

lepas tu saya sangat suka dental material untuk kanak-kanak. bayangkan dental filling (bahan untuk menampal gigi) tu sangat colourful, boleh pilih-pilih warna siap ada glitter-glitter. ada corak spidermanlah etc etc. demanding kan kanak-kanak. takpelah asalkan comel. pastu instruments sume macam dah kena 'honey i shrunk the kids'. comel-comel, kecik-kecik, mini-mini je sume. ahhh daku geram!! sangat sesuailah dengan dentist yang comel ni kan (wekkk). ada ke dental nurse kat paeds department tanya saya "have you signed up for 'hobbit audition' for The Lord of The Ring"...dan nurse yang tanya saya about the same height as me so saya tanya dia soalan yang sama juga. both of us rupanya telah melepaskan peluang menjadi hobbit yang kaya-raya. haha..haih saya datang sini mestilah untuk belajar, bukanlah jadi superstar (atau superhobbit??).kalau jadi hobbit, babai dentistry.

apa lagi saya nak cerita ni?

oh ye, saya tak suka orang buat main status saya. saya maksudkan status perkahwinan. dalam hidup saya, cuma akan ada dua status. single atau married. status yang jelas dan nyata. saya tak suka orang sesuka-hati buat spekulasi saya sudah tak single lah, tidak available lah. maksudnya, status yang tak clearlah. status yang samar-samar, yang boleh bawa fitnah. contohnya 'not available', 'its complicated', 'pending' dan lain-lain. i am serious about this walaupun orang hanya bergurau. please be clear about this. saya takdelah marah pun. tapi saya just tak suka. saya tak boleh nak marah sebab orang lain pun tak tahu yang saya tak suka. so saya nak bagitahulah ni. dan harap semua yang baca ni menjadi lebih sensitif. saya tak suka digossipkan dengan siapa-siapa. saya tak suka benda macam ni jadi fitnah. saya tak nak orang get me wrong as if ingat saya ada boyfriend ke tunang ke. saya tak nak ada hati yang terluka oleh berita yang palsu. saya juga tak nak menjejaskan hubungan dengan future husband oleh sebab benda yang tak pernah wujud macam ni. paling penting, ini MARUAH saya sebagai seorang muslimah.

saya betul-betul sedang menjaga hati serta mengelak benda-benda macam ni from happening to me. betul kita tak boleh hentikan mulut orang daripada berkata-kata, tapi kita boleh berusaha untuk mengelak diri daripada difitnah. jaga diri macam mana pun, orang nak kata juga, memanglah kadang2 memarahkan tapi sila ambil tindakanlah daripada membiarkan orang terus bersangka-sangka.

kesimpulannya, saya masih bujang, masih belum dikhitbah dan juga masih belum terikat oleh apa-apa yang pasti dan halal. dan saya tak suka berita yang palsu dan samar-samar disebarluaskan. terima kasih. wah macam buat press conference kan. eh tapi saya serius ni. bukankah nada berbunyi sungguh serius.

Wednesday, February 23, 2011

My life

I have no regrets so far in my life, alhamdulillah...

The road was bumpy and quite tough but its sooo beautiful when i looked back at what i've been through.

Someone told me a long time ago that i like to act strong when i was actually shaking and trembling inside. I like to play cool and refuse to be helped.

I thought i was pretending. But i think the more i pretend, the more i get used to it. The strength just got infused into my very veins. No i'm not pretending because i am really strong. Syukur O Allah for the strength You gave me. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, February 22, 2011

tremors

hari ni terasa beberapa tremors. christchurch dilanda gempa bumi dgn skala 6.3.. lebih rendah daripada last ramadhan which was 7.1 but this time lebih banyak damage. even the cathedral yang menjadi ikon christchurch itu pun runtuh dan saya sendiri saksikan how it colllapsed kat dalam live news. sangat scary.

skala yang lebih kecil tapi lebih banyak casualties and fatalities sebab berlaku waktu lunch. lebih banyak bangunan roboh. kuasa Allah. semoga sahabat2 di sana dilindungi dan diharapnya menjadi semakin reda kerana agak risau sebab kita di dunedin juga boleh rasa walaupun tengah duduk. walaupun tengah dgr lecture kat ground floor.

Show off

Nu'man. Benda ptama yg dia nk tunjuk kt saya masa video call ialah MISAInya yg baru segan2 nk tumbuh. haish..

Ingat lg masa dia tadika, dia heran knapa bulu kaki dia takde. Cita2nya nak bulu kaki yg lebat mcm saif (my cousin yg setahun lg tua dari saya) BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Video call pertama dgn family

Sungguh seronok tadi sy webcam dgn mak, sarah dan nu'man for the first time. Saya baru tgah nak tido tadi lepas tu sarah skype memberitahu yang abah dh bli webcam. terima kasih juta2. Ni mesti kes saya meraung kat sarah suruh abah beli webcam. Hoho.

Saya dapat tunjuk satu rumah ni kat mereka. Excited gila!! Mujur ada ipod. Nk harapkan laptop, mmg xdpt nk bawak ronda2 rumah. Sebab laptop saya bateri short lifespan. 99% bgantung kat charger.

Hepi sangat boleh tido sambil senyum :) alhamdulillah BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, February 21, 2011

hari pertama sekolah

assalamualaikum..peace ^__^ V

hari ni saya bersekolah hari pertama. saya pakai baju sekolah baru, kasut sekolah baru, beg sekolah baru, alat tulis.

takdelah. gila apa. bukan kanak2 lagi. saya dah dewasa. lagi sebulan dah nak masuk 23 tahun. apa?? 23 tahun?? ok lah tak nak ingat. sebab kalau boleh saya nak skip umur 23. saya nak umur 24 tahun terus boleh tak?

bukan barang2 baru yang saya nak cerita tapi saya nak cerita hari pertama sekolah.

mula2 excited pegi sekolah pagi-pagi. kemudian bila dah mula orientasi klinik, saya bosan saya ngantuk saya lapar saya nak BALIKLAHHH!!!! pening. information overload. pegi klinik itu klinik ini, sampai saya jadi konfius. tak baiklah bagi orang konfius di hari pertama (-,-")

hari ni takde lecture lagi. esok baru mula lecture oral pathology dan restorative dentistry. klinik pula bermula pada hari jumaat. history taking jelah awal2 ni so takde apa yang harus dicuakkan sangat. yang mencuakkan saya adalah bila masuk paeds, endo, orthodontic dan fixed-prosthesis nanti. cuak ok sebab tak pernah buat lagi prosedur2 tersebut dekat patient. tambahan pula otak telah berkarat langsung tak buka buku di waktu cuti.

dah tahu camtu, sila equip yourself with everything yang necessary ye.

perasaan saya, saya sungguh blur. saya malas nak hambik tahu. saya stress dengan jadual yang tak tersusun. dekat imu dulu kitorang diberi jadual untuk satu sem so kami ikut jadual jela. tapi kat sini pandai2lah accesss sume course documents then catat sendirilah kelas ni bila, kelas tu bila. sungguh kena independent. takde hal la sebab baru rasa macam student uni yang independent. masalahnya beterabur sume benda. lecture yang sama tapi haribulan dan harinya lain2. maka saya ambil jalan untuk follow the flow jelah. pening kepala.

i am looking forward to new challenges in new clinics i.e paediatrics and orthodontics. tapi at the same time, cuak. semoga terus tabah dan maju jaya untuk diri sendiri.

saya tahu dah berapa kali saya bagitahu kat sini betapa saya tidak suka dentistry. but this is my choice. i made my choice. its not the wrong one but its the tough and challenging one. its a journey of lessons. i must try hard to go through all of the obstacles to win the battle i.e the battle of overcoming my fear. my fear of living with something that i hate. i'm going to live with it, not going to leave it. face it, not run from it. kadang2 rasa benci tu datang kerana syaitan. i mean most of the time. diciptakan pelbagai alasan supaya kita malas menuntut ilmu. dilalaikan kita dengan benda lain.

saya telah hidup dengan dentistry selama 3 tahun tanpa perasaan cinta. saya akan terus hidup dengannya sampai..err entahlah kita tengok dulu. yang pasti saya MESTI habiskan apa yang saya dah mulakan. in the meanwhile saya akan terus berdoa supaya rasa cinta terhadap dentistry akan mula bersemi bercambah berkembang etc etc. bukanlah saya tak sayang langsung-langsung bidang saya ni cuma saya takde passion. maka sebab itu, effort pun kuranglah. tapi saya belajar muwasafat tarbiyyah, saya belajar usul 20, saya belajar dasar-dasar islam, semua tu saya belajar dari sesi usrah saya dan saya tahu saya kena bertindak sebagai seorang muslim. tak suka, malas, takde passion tu sume berpunca kpd kurangnya rasa ikhlas kepada Allah, kurangnya kualiti seorang muslim. itu untuk sayalah. korang kenalpastilah punca masing2.

sedangkan rasa cinta antara seorang lelaki dan wanita yang belum dikenali pun boleh dicambah oleh Allah melalui perkahwinan, apatah lagi dengan ilmu kan. asalkan ilmu itu ilmu yang baik, yang bermanfaat, bila2 saja Allah boleh bagi kita passion di dalamnya dan berjaya dengannya. berusaha dan berdoa. saya percaya satu hari nanti saya akan jatuh cinta jugak. anggaplah dentistry ni suami saya. saya kena kenal dia betul2, kena follow je dia. rasa itu akan datang kemudian, insyaAllah. i believe =)

dhuha, sila lupakan segala kebencian anda kepada 'suami' anda. belajar mencintai lebih baik daripada terus meninggalkan. bersungguh-sungguhlah kerana sesungguhnya sikap bersungguh itu adalah akhlak seorang muslim.

secara jujurnya saya amat takut dengan 4th year sebab tahun ini final paper. banyak paper pulak tuh dan banyak benda baru. semuanya bergabung dan bercantum dalam tahun ini. its a critical year for me. tapi dhuha, setiap waktu kritikal pun kau dah berjaya harungi. dont let fear overcomes your potential.

tahun ni jangan risau umur 23 tahun. kahwinlah secara serius dengan dentistry and do not think about marrying other things, i mean somebody. hoho..sensitif ok dengan isu umur 23 tahun sebab mak kahwin umur 23. nanti umur 25 lebih sensitif sebab abah pun kahwin usia 25. adik2 pun dah cakap, 'sila jangan stress ye tahun ni.'..hoho..kalau ikut angan2 zaman intec, umur 23 dah timang anak. tapi kalau ikut angan2 zaman sekolah, 25 tahun baru kahwin. saya nak ikut angan2 sekolah lah camni (bunyi orang putus harapan)

kahwin adalah topik terlarang tahun ini.

sekian bebelan hari ini.

Saturday, February 19, 2011

lamanya cuti

Assalamualaikum!

lamanya cuti! sedar tak sedar dah 3 BULAN saya cuti! IMU pun tak pernahlah cuti panjang sangat macam ni. sampai dah lupa diri yang saya ni seorang pelajar. huhu..ingatkan pelancong.

apakah cuti saya terisi? seperti yang tak terjangka, alhamdulillah Allah mengizinkan saya melalui masa cuti yang berisi berinti bersalut, pahit manis masam masin. alhamdulillah =)

cuti bermula akhir oktober, pada waktu itu kelas telah tamat. kemudian ada final exam pada 4, 8 dan 11 november. lepas tu baru betul-betul merdeka.

seminggu setelah exam, hanya sibuk berkemas-kemas, duduk-duduk di rumah, melawat-lawat senior2 yang bakal pergi dan entahlah. lepas tu 20 november saya dan yani berangkat ke auckland. saya melancong sambil melawat kawan selama 5 hari di auckland manakala yani hanya transit untuk pulang ke malaysia. suriani study kat auckland dan dia akan pulang for good in few weeks time dari masa saya ke sana tu. so ambil kesempatan ni melawat beliau.

di auckland saya melawat tempat makan dan minum yang best. ada kedai bubble tea yang enak, kedai ayam goreng yang rangup dan halal, kedai makan indon, kedai makan thai yang marvelous. sebagai orang dunny yang jakun dan terpencil, sememangnya amat berbesar hati dapat merasa makanan-makanan yang dirindui. bandar auckland sangat rapat dengan KL je so sangat rasa homey. kejap2 rasa macam kat jalan TAR, kejap2 macam kat sogo, kejap2 macam kat kajang. macam-macamlah. kemudian pegi melawat auckland skytower, rangitoto island, rose garden, mission bay, lepas tu naik sailboat. bestnye first time dapat sailing sendiri! berpeluang mengendalikan kapal layar secara sendiri. saya naik dengan suriani. masa tu hujan agak lebat. maka kami berdua je yang buang tebiat naik sailboat. macam orang yang sedang berbulan madu pula naik kapal layar berdua. huhu.. hujan dan awan yang tebal agak menghalang kegembiraan berlayarlah. dapat duduk luar sekejap je lepas tu kepala dah pening2 dan badan mula kesejukan hingga ke tulang. tak ketinggalan, saya juga melawat university of auckland. dapat melepaskan rindu kat kak aishah juga yang sanggup spend masa melayan walaupun sedang exam :)

tanggal 24 november, saya meninggalkan bumi auckland dengan menaiki pesawat jetstar menuju ke sydney. saya ke sana untuk melawat sahabat lama, cik amirah mustafa. beliau telah menduduki sydney sejak 2 tahun yang lalu dan memang tak pulang ke malaysia. jadi memang sangat rindulah dah lama tak jumpa. sepatutnya dia nak melawat saya di NZ dulu tapi takde jodoh nak buat camne. sayalah yang akhirnya terjejak kaki ke sydney. masa tu lagi dua minggu je myra akan pulang for good ke malaysia. saya fly, dia pulak pulang =)

di sydney saya memang dibawa berjalan habis-habisan oleh myra mengikut tentatif yang telah disediakannya. apa yang buat saya kagum tentang sydney ialah pengangkutan awamnya which i heard about it so many times before. saya beli tiket 'MyMulti Pass' yang membolehkan saya mengakses bandar sydney seluas-luasnya dan sepuas-sepuasnya dalam masa seminggu hanya dengan harga AUD 37 (tengah ade offer kebetulan). dengan tiket itu saya boleh naik tren, bas atau feri, pergi dan balik. seronok kan? rasa macam bandar tu saya yang punya. hohoho. hanya menggunakan kuasa tiket, saya bebas melangkah tanpa ragu. ditambah pula dengan tour guide bernama amirah. memang tak ragulah :P

inilah tentatifnya:
  • sesudah sampai, saya terus di bawa ke Malaysian Hall. seronoknya sebab bersuasana Malaysia. ada surau, ada toilet yang ade tempat wudhu serta ada hose. then myra bawak dinner kat indonesian restoran. saya sorang je yang macam jakun terlompat2 tengok makanan2 seperti paru goreng, rendang, sambal, masak lemak..haishhh mmg tak dapatla kat dunedin.
  • day 1(a day after arrival): macquarie university (uni myra), waterloo park (ade anjing yang mengelilingi meja kami), macquarie center (tempat shopping. teman myra shopping dan dinner)
  • day 2: sydney wildlife (tengok koala, kangaroo, wallaby dan wombat), sydney aquarium (aquaria lagi best tapi kat sini ade dugong yang comel!), lepas tu penat sangat. jalan2 tengok city sikit. tengok laut. tengok gelagat orang. layan myra yang tengah emo pasal hal perpindahan rumah.
  • day 3: coogee beach (sangat cantik! tapi sgt ramai orang yang bersalai-salai), pegi jalan2 city dan shopping2 kat paddy's market. nak pergi chinese garden tapi dah tutup. then akhir sekali pegi sydney tower (menyampahkan sebab tak jumpa entrance. bayangkan tower tu bercantum dengan shopping complex. tapak dia shopping complex. nak masuk, kena masuk dalam shopping complex dulu rupanya. lepas tu beratur 45 minit untuk masuk, punyalah ramai manusia. tapi puas hati dapat tengok sunset)
  • day 4: university of sydney (hujan, bangunan sangat antik.), sydney opera house (tengok ballet show yang comel tapi tak faham mesejnya,huhu), jalan2 tepi harbour di waktu malam sambil makan aiskrim baskin robbins perisa cotton candy yang dirindui. kat tempat saya takde ok. sedih.
  • day 5: melawat muslim town, Auburn dan Lakemba. best2! dekat auburn singgah masjid gallipoli. dekat lakemba pegi tengok kedai jubah sambil pegang2 (tak cukup bajet nak beli belah), beli buku kat islamic bookshop, then berhajat nak makan makanan indonesia namun kedai tutup sebab tokey balik kampung. terserempak dengan sekumpulan kanak2 berwajah asia nusantara sewaktu kami on the way ke masjid. kanak2 tu ajak main maka kami layanlah. orang malaysia dan indonesia rupanya. tiba2 mak mereka pulang lalu kami dijemput masuk. we had tea there. the kids ajak main dengan mereka lagi esok harinya namun maaf adik2, akak pulang NZ keesokan harinya :(..takpe, mereka dah dekat malaysia sekarang ni. pasti ramai kawan :)
setelah sampai dunny, saya kesunyian kat rumah sorang2. belajar knitting dengan gigih sambil bake macam2. then kak nuha datang bersama che ngoh, mama dan amin. kami jalan2 dunny lepas tu jalan ke south, pegi alexandra, cromwell dan queenstown. after kak nuha's convo we headed to the north pegi christchurch. maka saya telah agak melengkapkan percutian ke seluruh south island ini buat pertama kali dengan family sendiri pulak tuh. cuma ada beberapa tempat je yang tak sampai lagi serta beberapa aktiviti yang belum dipenuhi lantaran aktiviti yang saya nak buat tersangat extreme, takde sape nak teman :(

i want skydiving, i want bungee jumping, i want to ride the luge (yg ni ramaila yang nak teman tapi belum kesempatan lagi), i want skiing, i want snowboarding. grrr!!! walaupun kos nak buat semua bnda ni capai ratus2, tapi bila lagikan. saya nak saya nak saya naaaakkk!

lepas sedara mara sume dah balik saya kesunyian lagi kat rumah. sedih sesungguhnya,huhu...seb baek dah nak kena pindah rumah so adela keje kena buat iaitu kemas mengemas.

bila dah pindah rumah baru, kematian hati sebab rumah sedang renovate dengan dahsyat. habuk sangat banyak. saya rasa akan kematian pernafasan kalau duduk lagi 2 bulan kat rumah tu. tiba2 saya dipanggil kerja kat orchard. gembira bukan kepalang, Allah dah selamatkan saya dan masa saya yang berharga. esoknya terus packing2 balik untuk ke orchard.

selama 6 minggu tinggal di roxburgh, bekerja di orchard, jadi cherry grader. nanti korang makan2 cherry nz tuh, bekas air tangan sayalah tu. huhu.. seronok tinggal di rumah Bedah (Janis) sebab rumah dia sangat isolated, takde orang lain. so sangatlah privacy. boleh keluar rumah sidai kain, main frisbee, main lempar selipar, petik2 buah tanpa memakai tudung. bila dengan bunyi kereta dari jauh, kelam kabut semua lari masuk rumah. ianya seperti tinggal dalam mimpi. dulu masa kat sekolah, bila baca cerpen 'Kerana Manisnya Epal' karya Faizal Tehrani (yeke? seingat sayalah), saya selalu berangan alangkah indah tinggal di ladang epal. siap masa tu saya buat novel berlatarbelakangkan rumah di ladang epal jugak. akhirnya angan2 saya menjadi kenyataan dan Allah yang menjadikannya nyata, memang tak percaya mula2 tuh.

bayangkan keluar rumah je rasa bahagia tengok epal2. pegi kerja ada bau epal, bau nectarine, sambil2 petik ceri. penat2 balik kerja, petik pulak buah nectarine, petik buah epal sambil jalan balik rumah. nikmat bukan? nak masak pie ke crumble ke, main petik je kat luar rumah. rasa macam cerita dongenglah. belakang rumah kami ada bukit. petang2 pegi panjat bukit, memandang sejauh mata memandang. saujana mata memandang. luasnya bumi ciptaan Allah, indahnya..hari2 dok puji Allah. terasa dekatnya dengan alam semulajadi. rasa macam untouchable sungguh bumi Allah di roxburgh ni. air sungainya pun sehijau-hijaunya.

malam2 pula pegi baring kat luar rumah, dengan berselubung sleeping bag sambil stargazing. petang2 pun boleh main baring golek2 atas rumput tengok langit, tengok awan. malam2 bintang kat situ nampak besar dan sungguh bergemerlapan. tak henti2 bertasbih bila memandang. ajaibnya. memang rasa macam fairytale, kisah dongeng, mimpi kayangan etc etc..

sampai saya tanya bedah boleh tak saya datang lagi untuk honeymoon. nak stay rumah bedah jugak. haha..memang bestlah. bedah kata boleh. siap bagi stay free of charge lagi. haha..nanti saya bagi cadangan ni dekat encik suami ye.

eh ke situ pulak. saya cakap jugak nak bawak family datang situ nanti. hehe seronooookkkknyeee! tapi kena datang time summer la, musim buah especiallynya. boleh fruit picking. nyum3~

akhir kata saya suka cuti terpanjang saya ni. i'm soooo free of stress. Allah telah selamatkan dan peliharakan saya. Alhamdulillah =)

semoga melangkah ke 4th year dengan yakinnya dengan hati penuh tenang tenteram tanpa stress2 lagi. u had enough of holiday ok dhuha.