Sunday, December 26, 2010

1014 hari

Masih ingat lagi saat itu. saat awan berkepul mendung, berarak perlahan. angin datang berpintal-pintal. tiba-tiba guruh berdentum-dentam. pekak sesaat dua. dan hujan turun mencurah-curah.langit mendung, guruh berdentum, angin berpintal dan hujan mencurah selama berbulan-bulan lamanya. tak nampak tanda hari mahu cerah. langsung tak nampak.

rasa mahu buta. rasa mahu dihantuk kepala agar segala memori terpadam begitu saja. rasa mahu diakhirkan nyawa ini. berat sungguh segala beban yang dipikul di waktu itu. terasa tiada ruang untuk bernafas. tersemput-semput dalam meneruskan kehidupan. berkali-kali memotivasikan diri agar terus kuat dan tabah.

berbekalkan iman yang tipis, terpaksa merangkak-rangkak mencari cahaya. mencari arah tuju. membangunkan harapan. terasa seakan bangkai bernyawa. mahu merangkak pun payah. dipukul-pukul angin lintang. setapak dua sahaja yang mampu diusahakan. tersungkur kembali. hari-hari semalam mengikut rentak angin lintang. langsung tak boleh nak ke hadapan. tertolak-tolak ke belakang secara berguling-guling. kotak memori semakin rancak memainkan segala perkara yang dipanggil sejarah. sejarah yang terus menolakku ke belakang.

hati seperti tuli dan buta buat sementara waktu. masakan tidak. hati itu telah dipanah, ditikam dan ditebuk berkali-kali dari arah depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. sakitnya mencucuk-cucuk. menembus ke segala urat nadi. remuk rendam luka berdarah. kalau diubat pun, parutnya pasti ada. strukturnya pasti tidak lagi seperti asal.

hujan airmata setiap hari, setiap kelapangan waktu. berendam airmata itu rutin. buntu dan penat. bilakah mahu berhenti menangis. hingga seakan ada suara memanggil setiap malam. maka esakan menjadi semakin kuat saat sepertiga malam. rintih-merintih. teriak- teriak. keluh-mengeluh. basah telekung, basah sejadah. hanya kepada Dia. sungguh tak nampak cara lain. tak nampak orang lain. hanya Dia.

8 bulan menjadi zaman gelap yang penuh bersejarah buat diriku. berperang dengan kejahilan diri sendiri. berperang dengan iblis. berperang dengan hati sendiri. satu tempoh pencarian. satu tempoh muhasabah. satu tempoh untuk mengumpul kekuatan dan bersedia untuk kebangkitan.

8 bulan itu berakhir akhirnya. dunia kulihat cerah menyala-nyala. harapan bersinar-sinar. bintang-bintang seakan boleh dipetik-petik begitu saja. pelangi terbentuk indah dengan kelebaran luar biasa menembus dari awan ke satu awan yang lain. pepohon hijau berseri-seri. burung-burung bersiul gembira.

aku berlari-lari merasa bebas. bekalku sudah cukup padat untuk aku kembali bangkit. perlahan-lahan aku menuju puncak. hati yang bersepai-sepai dikutip-kutip sepanjang jalan dan cuba dicantumkan kembali. indahnya hidup merasa berTuhan. segala yang dirasa mustahil menjadi mudah begitu saja. luka-luka hati menjadi sembuh. namun parut itu masih ada. yang akan menjadi tanda pengingat diri bahawa aku juga pernah terluka. aku juga pernah jatuh. aku juga pernah hina. paling manis, aku juga pernah terubat dan yang mengubatnya ialah Tuhanku sendiri *smile ear to ear*

ya Allah indahnya mehnahMu. ya Allah cantikNya tribulasi anugerahMu ini. sekali ia datang, seakan seperti tak bernyawa aku menyahutnya namun sekali ia pergi, aku seperti bisa terbang ke langit ke tujuh.

1014 hari yang lalu, takkan pernah aku lupa dalam lipatan sejarah hidupku. ujian berderet daripada Allah 2 tahun 9 bulan yang lalu, sampai ke hari ini aku merasa manisnya. baru 1014 hari ia berlalu namun kurasakan hikmahnya melebihi jumlah hari itu.

syukur alhamdulillah, aku ada Allah. alhamdulillah apa yang terjadi 1014 hari yang lalu menjadi tanda pengukur buat aku menghadapi ujian-ujian yang seterusnya. bertambah yakin, bahawa setiap ujian yang melanda, Allah pasti bersamaku dan aku pasti boleh melaluinya.

AYUH! TERUS MAJU BERJUANG KE HADAPAN! JANGAN LUPAKAN SEJARAH KERANA SEJARAH MENGAJARMU ERTI KEHIDUPAN SEBENAR!

Saturday, December 25, 2010

christmas di NZ (south island)

bagaimanakan sambutan perayaan krismas di sini?

mari saya bagitahu.

christmas eve sungguh senyap. maksud saya, town sunyi. christmas day pun sunyi, semua kedai tutup. mungkin ade santa parade tapi tu few weeks before christmas

terus terang, tak meriah langsung. cerita kat tv pun biasa2 je. adela show christmas tapi biasa2 je, macam talkshow. sume stesen tunjuk talkshow yang sungguh boring. konsert nyanyi2? takde pun. movie2 best? hmm..setiap hari satu je movie. iklan sempena christmas memang banyaklah.

buat saya terfikir "malaysia lagi meriah krismas daripada kat sini. apehal?"

bukankah malaysia negara islam? kenapa lagi meriah sambutan krismasnya?

p/s: di christmas day adela movie2 banyak. i was talking about christmas eve sebab menulis diwaktu eve tersebut

my first working experience

salaammm~

haha i'm back. dapat cuti dua hari sempena christmas nih. so kami balik dunny la.. maka dapatlah berinternet. di orchard, nak internet, kena berjalan kaki 45 minit ke bangsal bos. lepas tu connection dia very very very bad. saya tak dapat buat ape2 pun selama setengah jam menunggu loading nak bukak email :(

luckily on the way ke bangsal yang jauh itu, ade sebuah kedai aiskrim buah-buahan. untuk penggila aiskrim seperti saya, ia amat soothing sekali. kat kedai tu, dia blend frozen fruit bersama-sama dengan vanilla ice-cream. boleh pilih nak berry ape. saya pilih my favourite lah kan, raspberry,strawberry dan cherry. blended together. nyum!

how's work?

alhamdulillah, fantastic bombastic. saya suka kerja saya ni sampai buat saya rasa macam nak kerja kat orchard forever.

mak tanya saya "so camne? belajar ke kerja lagi best?"

saya jawab, "kerjalah mak! semangat bangun pagi2! sebab tahu in the end dapat habuan duit.hahaha"

inilah sebabnya saya rase better saya jadi suri rumah. memang cenderung menjadi mata duitan -,-''

marilah saya cerita tentang kerjaya baru saya. kerjaya pertama saya!

setiap pagi, lepas subuh terpaksa tidur balik sebab subuh pukul 3.30 pagi. isyak pula pukul 11 malam. kalau turn kena masak untuk lunch, pukul 6 pg dah buat bising kat dapur. pukul 7.45 dah pegi bekerja. kerja start pukul 8 pagi. bos selalu impress kami datang kerja awal. hehe...

gaji kami berdasarkan berapa banyak bucket cherry yang kami berjaya habiskan. basically kami akan berdiri dalam satu barisan untuk asingkan cherry rosak, cherry local market dan cherry untuk export. nak buat kerja pengasingan tu atas meja dia yang agak tinggi. saya yg pendek ini kena berdiri atas stool dia. lepas tu startlah asingkan buah2 itu secara cekap, laju dan pantas (mcm sama maksud je)

every 2 hour ade break 10 minit. tapi pukul 12.30 pm akan ade lunch break selama setengah jam. kami makan bekal yang dibawa. Gary (bos kami) akan hari2 bertanya 'who's got my lunch'..

kerja habis pukul 5 petang. tapi hari tu kami kena buat overtime sempena nak christmas. so kami pulang pukul 7 pm.. rela je sebab lagi banyak gaji kan :P

suasana tempat kerja? bunyi mesin2. yang bercakap cuma supervisor kami iaitu bedah (nama sebenar ialah janis)..janis akan berborak dengan setiap orang bila sampai turn orang itu untuk di selia. pastu sangat stress bila orang sebelah dah buat ber'bucket2'..kita pun jadi nak laju je. terus speed up 400 kmph..hehe takdelah.. saya jenis yang tak boleh tahan bila orang lain laju daripada saya. saya akan cuba sampai saya dapat potong dia. kalau orang lain boleh buat, kenapa saya tak boleh kan? saya cepat hilang fokus, sebab tu saya slow. dan kerjaya ini pula sangat memerlukan konsentrasi yang tinggi. kena maintain speed dan kualiti buah yang kita sort.

what drives me? money! suasana tempat kerja yang sunyi hanya ade bunyi mesin buat saya cepat mengantuk. dan saya juga tak mahu terbawa-bawa oleh sikap mata duitan itu. maka saya bawa mp3 yang termuat lagu2 nasyid especially nasyid2 berbentuk perjuangan. yang mengingatkan berkali-kali "KERANA ALLAH!" especially lagu 'amalulillah' by Shoutul Amal. lagu2 berbentuk perjuangan ni memang sangat2 membantu saya melajukan tangan membuat kerja.

tapi ingat, not only quantity that matters but QUALITY. buat keje laju2 tapi banyak buat silap, tak boleh jugak. kena hati2.

bila dah bekerja ni juga buat saya lebih berfikir tentang status duit gaji yang bakal didapati nanti. kalau kerja cincai2, berkatkah gaji itu nnt? so, BERSUNGGUHLAH!

2 minggu lagi, kerja kat apricot packhouse pula. yang tu, bayar per hour. so maknanya jangan nak curi2 tulang dalam working hours. jika tidak, tidak bersihlah hasil pendapatan itu nanti.

Saturday, December 18, 2010

off to Roxburgh

assalamualaikum.

nak ucapkan selamat tinggal kepada dunia maya jap sebab saya dah mahu ke orchard esok. mungkin akan pergi untuk sebulan lebih.

kat entry bawah saya cakap saya pegi after christmas, namun alhamdulillah murah rezeki, boss dah panggil esok. dia bagitau 2 days before, jadi agak kalut bermeeting dengan kawan2 lepas tu beli barang2 keperluan. macam nak pegi mana je, makanan banyak giler borong.

saya tak tahu ape nak expect. saya kerja bahagian packhouse. dengar cerita, penat jugak. lepas tu stay dengan bedah (nama samaran tuan rumah). lepas tu anggota badan yang akan paling disakiti ialah kaki, sebab kena berdiri.

saya excited dan berdebar. tapi excited tu lebih sikit sebab tak pernah merasa bekerja seumur hidup. kerja pulak kat ladang buah. macam best je :p

excited je tahu tapi packing belum lagi ni. bosanlah. sejak sebulan yang lalu kerja saya berpacking je. packing nak pegi auckland dan sydney. packing nak pulang dunny. lepas tu unpack. then packing nak pindah rumah pulak. dah pindah, unpack. baru unpack semalam, hari ni dah kena packing balik.

uhh..layaklah saya kerja dekat pack house. dah expert dalam packing memacking.

Friday, December 17, 2010

post pertama di rumah baru

assalamualaikum!

ini 1st post from 109A York Place. sampai2 umah tadi dua orang pakcik sedang mengerjakan rumah ni. kak azam takde umah so i was all alone in this world. oh xdela..i was with the two pakciks. scary ok. saya berkurung dalam bilik je sampai tertidur sementara menunggu cik adik fairuz memindahkan dirinya pula.

saya seronok kerana sekarang saya sudah tidak all alone in this world. cik adik fairuz dah pulang ke dunny.

dan alhamdulillah kami dah dapat kerja kat kebun buah di Roxburgh. excitednye nak bekerja dan dapat gaji pertama! heee :D (seriously sdg papa kedana ni)

insyaAllah akan mula bekerja after christmas ni, bagus jugaklah sebab tak tahan saya duduk sini. rumah berhabuk dan bising sebab tgah renovate. tapi wanie cakap kat orchard pun berhabuk. saya kena prepare anti-histamine lah camni.

ok tu saje. agenda hari ini ialah berkurung dalam bilik. tengok fairuz unpack dan kacau dia sambil saya takde mood nak unpack barang sendiri. baru pack je.. kena unpack balik. haih i need a rest lah. (inilah sindrom orang dah lama tak berhousemate. kita kacau orang lain buat kerja)

lepas ni ben jemput g umah dia, bermakan malam bersama family munir. bagus. tak payah masak. sebab seriously kat bawah sangat messy sampai tak tahu nak kucar dapur camne. oh did i mention rumah baru saya dua tingkat? ye. dan tangga dia berputar lepas tu cerun. rumah ni juga atas bukit.

situasi A: hari ni sejuk. winter. hari ni juga ade kelas, bangun lambat. mandi laju2 lepas tu turun tangga laju2 sampai berguling ke bawah dek kerana kecerunan tangga. pakai kasut boot yang tapak tak strong sebab tengah gelabah ni takut terlambat pegi kelas. takde masa nak melihat-lihat kualiti kasut. lepas tu berlari pegi kelas lalu tergelincir berguling2 dari rumah terus sampai kelas sebab jalan frosty di waktu pagi.

situasi B: xde situasi B. just nak ceritakan secara exaggerative tentang masa hadapan yang bakal dilalui di rumah baru yang adventurous ni :P

p/s: saya homesick. homesick terhadap rumah lama. saya akan merindui saat2 berjalan ke kelas dengan tenangnya sebab pemandangan sekeliling yang sangat indah. kalau terlambat pun, tak stress sgt sebab on the way g kelas boleh enjoy pemandangan. kat rumah baru ni, tengah bandar. maka nak pegi kelas akan lalu kedai2. habislah duit akuuuu

sayonara

final post from 399B leith street central, dunedin north.

its 10.39 AM, 17th December 2010.

selamat tinggal rumah comel.




Thursday, December 16, 2010

i have a dream


well i have a dream. everyone of us has a dream. i dream that one day i will become a full time housewife. tak salah kan? masing2 ade cita2.

orang yang bercita-cita nak jadi doktor tersohor tak boleh nak halang orang lain untuk bercita-cita menjadi housewife. tak boleh nak kata 'sia-sia kau belajar kalau duduk kat rumah je'.

saya tak pernah bercita-cita untuk menjadi pensia-sia. of course lah i have my own mission and vision yang saya tanamkan dalam setiap cita-cita atau impian saya.

menuntut ilmu bukankah kewajipan? tak boleh nak kata sia-sia belajar walaupun dalam hati ada jugak saya cakap "ceh, sia-sia je belajar add math. tak apply pun." namun dengan keputusan add math itu saya sampai ke sini. tiada yang sia-sia.

ilmu dalam bidang pergigian pula, ialah satu ilmu yang praktikal. yang menuntut kemahiran yang tinggi. kalau belajar berhempas-pulas kemudian duduk rumah jadi housewife, memang semua orang pun rasa nak bunuh saya. saya tak kata pun kan lepas belajar terus jadi surirumah. macam mana kalau mase dah habis belajar, saya belum bersuami? mestilah saya bekerja.

i have my own mission and vision in dentistry. yang saya dah aim akan tunaikan dalam satu tempoh jangkamasa. kemudian saya akan quit dan mahu jadi surirumah sepenuh masa. at least ilmu yang saya belajar tu saya praktikkan dan menabur jasa utk manusia sejagat.

orang kata mengubat orang ini kerja mulia, menolong orang. berkhidmat untuk masyarakat. besar pahala. saya tahu. saya tahu sangat. tapi saya ada impian saya. misi saya lebih besar dalam bidang lain. saya tahu kemampuan saya. saya tak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. untuk berjaya, salah satu kunci, FOKUS.

i am not a good multi tasker.
i cant handle stress very well especially physical stress. baru buat scaling 2 jam pun saya rasa penat tak terkata. nanti time pregnant camne? saya boleh bunuh patient tersebut.
dentistry ialah bidang yang sangat cenderung ke arah materialistik. saya tak mahu terlampau ke arah itu.

kalau saya tak berkahwin lagi (i mean kahwin lambat la. nauzubillah, saya harap saya tidak membujang sampai ke tua), takdelah saya nak jadi suri rumah. tu baru sia2 namanya. saya akan guna kemahiran saya untuk kemanusiaan sejagat. saya mahu travel around the world, serve the unfortunate people around the world. serve the poor nation. (kalau camtu sila jangan mengeluh rase geli ke ape ok)

itulah impian saya. harap maklum. saya harap takde orang akan object lagi cita-cita saya itu.

p/s: manusia akan berubah dari masa ke semasa. apa pun impian kita, saya percaya, Allah knows best.

Wednesday, December 15, 2010

penyakitku

berehat sekejap.

sambil memakan instant tomyum noodle dalam periuk.

dalam periuk? yela dalam periuk! macam dalam citer korea tu. kuatnye penangan citer korea sampai ke tabiat makan '-.-

bukan2. saya makan dalam periuk sebab segala pinggan mangkuk dah disimpan rapi.

baru habis kemas dapur. dapur dah licin putih berseri. oh atau hijau berseri? hijaulah. dapurku kan warna hijau. i mean tabletop la. stove n kabinet kaler putih. maka konsep dapurku hijau putih. dapurku?? wuu sedih2..dalam mase 2 hari lagi, no longer my dapur. nak nangis jap..

*sambil flashback memori2 bersama dapur. terbakar tangan. terbakar kain buruk. bunyi fire alarm. huhu xde ke kenangan lain selain terbakar??***

the best dapur i've ever had! ade segala kelengakapan sehingga mentrigger bakat memasakku especially dalam pembakaran brownies. tempat yang selalu ade bau wangi2 menyelerakan. saya dah mula kamceng dengan oven itu namun takdir akan memisahkan kami. anda nak tahu sesuatu? untuk menghasilakan masakan berkualiti, anda harus besfren dengan oven anda. anda kena kenal hati budi oven anda. barulah segala aktiviti pembakaran menjadi. tak kenal maka tak cinta. saya dah mula kenal rapat oven saya maka sebab tu saya dah jatuh cinta oleh itu saya amat sedih mengenangkan perpisahan kami.

tempat main masak2 yang dicintai

heppp..bukan dapur jela. satu rumah ni pun saya sayang! sepertimana saya sayang rumah kat intec, rumah kat vista, rumah lama kat cheras dan rumah baru kat nilai, macam tu jugaklah saya sayang rumah yang baru saya duduk 6 bulan ni! 6 bulan je dah mampu hasilkan kasih sayang kan? nanti bila tiba waktu nak tinggalkan NZ, mesti nangis semahu-mahunya. takpe, bulan madu nanti datang NZ lagi (cehh cakap macam konfem je. eh bukan. cakap macam ade suami je.)

sememangnya tempat tinggal itu satu nikmat daripada Allah kan? alhamdulillah Allah telah bagi saya duduk di tempat yang best :)

kenangan yang paling best di rumah ini ialah, having my relatives here! rasa macam ade sense of belonging :)

my two wonderful aunties, mama dan che ngoh di depan rumahku :)


my most beloved kebun bunga! sekarang ni roses pulak sedang blooming. sume rhodendron purple2 dan putih2 tu dah layu.


399 B, you will be missed :(

ok2 enough drama. sebenarnye nak cerita tentang penyakit mentalku. suka simpan sampah. memang akan menjadi satu masalah besar bila berpindah rumah. kesian, muda2 dah ade sakit mental :(

saya tak tahu sejak bila saya develop habit simpan sampah ni. saya rasa memang sejak azali saya ade tabiat ni.

sampah? euwww dhuha simpan sampah sarap?

bukan sampah yang sampah tu. bukan sampah yang busuk2 lalat keliling tu. bukan bukan. bukan sama sekali. i'm talking about benda yang asalnya bukan sampah tapi bila dikumpul2, jadi sampah.

saya suka simpan resit bertimbun2 sampai gemuk wallet. bila wallet dah tersangat gemuk sampai tak boleh tutup wallet (dan terkoyak rabak juga. betul. tak tipu!) , harus berfikir lama2 samada nak buang atau tidak resit tu. kalau nasib baik, memang ke tong sampahlah resit2 tu. kalau nasib tak baik, saya simpan dalam drawer lah. kenapa eh? apa yang penting sangat resit2 tu sampai saya sayang sangat?

  • 1st, tu bukti pembayaran, mana tahu tiba2 seminggu lepas shopping saya dituduh mencuri. at least ade bukti.
  • 2nd, nanti kalau ade kes jenayah ke ape2 ke, saya ade resit yang menunjukkan bukti saya tiada di tempat kejadian pada waktu jenayah terbabit terjadi. yang menunjukkan sewaktu jenayah berlaku di sekian2 waktu, saya sedang bershopping di dunia lain.
  • 3rd, sayang. hoho..sayang sebab contohnya masa kita beli barang tu, kita beli dengan orang2 tersayang. maka resit menjadi salah satu bahan kenangan juga. ataupun kita beli barang kat tempat2 pelancongan, maka jadi bahan kenangan yang disayangi.

alhamdulillah saya rase aktiviti kumpul resit tu dah berkurang sekarang. sekarang bila wallet penuh, memang terus ke tong sampah. takde nak masuk2 laci ke selit bawah bantal ke ape ke..

saya juga suka kutip sampah tepi jalan dan simpan dalam beg lepas tu tak reti2 nak buang balik. eh tapi saya takdelah melampau sampai kutip lampin pakai buang tepi jalan pastu simpan dalam beg. tidak tidak. saya kutip sampah2 yang kecik2 lah dan tak berbau seperti gumpalan2 kertas dan wrapper gula2 yang bertabur atas jalan. (ini termasuklah juga wrapper gula2 yang dimakan dalam lecture hall)

saya jugak suka kumpul tiket. dulu sangat obses menyimpan tiket wayang. sampaikan tiket wayang orang lain pun saya simpankan memandangkan mereka tak sudi simpannya. bila tengok2 balik tiket wayang, macam ade kenangan2 yang terflashback dengan sendirinya. haha..lepas tu tiket themepark ke, muslimah night ke, mahupun tiket bas mini atau KTM saya simpan jugak. asalkan ia tiket dan ade sentimental value tersendiri. kronik tak penyakit sy ni?

sy rase sgt kronik dah bila sampai bab mengemas barang. sanggup beli kotak baru untuk simpan sampah2. masa nak pindah from cheras ke nilai dulu, kotak saya memang berkotak-kotaklah. sebab ape? sebab nak bawak pindah sampah2 sekali. seperti kertas xm dari form 1 sampai form 5. kertas sekolah rendah pun ade tapi tak menimbun. kertas2 percubaan, gerak gempur sampailah the real UPSR, PMR dan SPM papers pun masih dalam simpanan saya. kertas conteng2 bersama kawan2 pun saya simpan. sketchbook saya simpan. buku tulis yang berjudul 'conteng-conteng' pun saya simpan. buku2 latihan sekolah yang cikgu puji2 dalamnya pun saya simpan. maka tak hairanlah kotak saya berkotak-kotak.

hari ini, hari saya menyimpan segala barang untuk berpindah rumah, masalah itu datang lagi sampai serabut kepala saya sebab takde transport nak angkut barang2 saya yang banyak. saya dah cuba buang ape yang perlu. terpaksa membuang botol2 kosong dengan berat hati. terpaksa buang kertas2 yang saya sayang termasuk kertas tisu. tapi masih banyak jugak dalam simpanan saya :(

terasa diri sangat melampau dalam memberi kasih sayang kepada benda2.


go travel

Tuesday, December 14, 2010

perpisahan

saya tak suka perpisahan.

sungguh2 tak suka. mula2 kena berpisah dengan yani yang nak balik malaysia. pastu berpisah dengan myra kat sydney. lepas tu hari ni terpaksa berpisah dengan sedara-mara di christchurch.

dan mereka semua pulang ke malaysia.

tak suka!tak suka! tak suka! perpisahan ialah benda terpahit untuk ditelan. how i wish perpisahan itu tidak wujud sama sekali.

namun, sunnah alam. setiap pertemuan pasti ada perpisahan. walau tak suka, kena telan, kena redha jugak. bersabarlah. pasti ada pertemuan seterusnya, insyaAllah..

...dan sepi, kembali memelukku...TAK SUKA..tapi xpe, sekejap je, insyaAllah :)