Saturday, May 14, 2011

buletin sakit rumah

hand luggage saya dah tersergam indah berdiri depan pintu bilik, tunggu lagi 4 minggu je untuk saya tarik keluar beg itu melawat christchurch airport, check-in dan menjejak malaysia, yayy!! hehe excited sungguh ni :D

saya dah bagitau mak plan2 saya nanti. kebetulan pula masa saya balik tu, mak baru pulang umrah so saya mengharap ada sepasang jubah untuk saya juga :D...dan dah pesan kat mak tolong doa untuk dhuha :D

semalam 2 orang kawan saya dah menikah. hari ni dapat berita tak lama ada majlis kahwin kawan saya kat nz ni (org auckland & org dunedin). weee~ dpt merasa kenduri kahwin kat oversea! pastu ada orang tu baru lepas taaruf. oh saya bila lagi ni, asyik dengar berita orang je berita sendiri sunyi sepi.

tadi call mak, mak cakap yang hajar masuk IJN semalam sebab pengsan masa main futsal. yang kelakarnya masuk IJN pulak tu. yang kalau dengar org tersayang masuk ke sana, mesti rasa nak heart attack jugak. kawan2 dia panik sgt tak tau nak hantar pegi mana. hajar alhamdulillah ok, kurang tekanan darah je. adik beradik saya memang kurang tekanan darah
-,-" tapi saya tak pernah la pulak pengsan masa main futsal. saya hanya pengsan ketika makan karipap. hoho betul la ni. awal2 pagi kat sekolah masa saya form 2, saya pun beli karipap untuk sarapan pagi, baru 1 gigitan, saya dah jalan terhuyung-hayang kat kantin pastu pengsan.hoho badan..badan..sabarlah...tak sempat-menyempat nak pengsan pun. orang baru nak makan tuh..saya juga pernah pengsan masa lumba lari 200m, masa tu saya form 1, baru first time masuk lumba lari sebab sebelum ni doktor larang memandangkan keadaan asthma yang tak mengizinkan. tapi saya tak pernah la masuk IJN :P (epi gelak sebab hajar pengsan main futsal.cet)

p/s: tak sabar nak balik rumah :)

Thursday, May 12, 2011

halangan-halangan

lari berhalangan. (tak boleh upload gmbr manusia sebab sume tak tutup aurat)

‎"We can argue with the Palestinians about who's to blame; but about who is suffering worse - there is no argument. They are a destitute nation living in an elaborate prison under the guns of the Israeli army."

minggu ni ditugaskan untuk present peristiwa nakba palestin dalam Quranic Circle (QC)..QC ni ada every friday, setiap minggu. kira macam daurah la juga kot. dan ini merupakan pertama kali saya jadi presenter/moderator.cuak habis. nervous. dalam kepala banyak idea tapi masa yang terhad menghalang untuk segala idea dilaksanakan. QC sejam lebih je.

buat research pasal nakba lagi dan makin banyak lagi maklumat yg saya dapat. kemudian tonton movie 'courageous heart' tentang peristiwa holocaust kaum yahudi, dapat bagi gambaran jugak dan menimbulkan curiosity, betapa sebenarnya holocaust berlangsung serentak dengan usaha merebut tanah palestin.

dalam keghairahan musuh-musuh Islam memusnahkan ummat Muhammad ini, namun ada Tangan yang lebih berkuasa dan mengawal segala pergerakan makhluk di bumi dan seluruh alam semesta ini. Bayangkan, dengan the so called kecanggihan dan kebijaksanaan yahudi yang geliga dan licik itu, bumi Palestin masih belum dapat dikuasai sepenuhnya walaupun sudah 63 tahun masa berlalu.

dalam kesungguhan kita mencapai kemenangan untuk umat, janganlah disangka jalannya akan smooth-sailing malah kita pasti akan diuji seberat-berat ujian. halangan pasti ada tapi janganlah sehingga kita berasa tersemput-semput yang akhirnya mematikan langkah tersebut dan lalu memilih jalan yang senang-lenang tanpa perjuangan.

dalam ketabahan mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar pun, halangan-halangan pasti ada. kesejukan yang menggigit memalaskan diri untuk bangun pagi. melangkah ke kelas setiap pagi, macam kena lempang-lempang dengan ais. dan pagi ini pula, perjalanan ke sekolah seakan tersekat bila angin dengan kelajuan lebih 100kmph. dahla musim luruh, daun sume terbang laju-laju kena muka semua. pedih-pedih mata rasa nak give up je. tak nak g sekolah. yani ckp patient pn ramai tak datang. alhamdulillah lepas je masuk bangunan dental school, angin menjadi lebih ganas, pokok tumbang2, ada sekolah tutup dan flight kena cancel, airport pun kena tutup. ini baru halangan fizikal.

yang penting sekali janganlah anggap halangan itu sebagai sekatan/halangan. anggaplah ia sebagai ujian dan cabaran yang akan bagi pulangan yang lebih lumayan kat kita di kemudian hari. Perumpamaannya ialah seperti abang kita tumbuk muka kita kemudian kita nangis kesakitan, report kat ayah, ayah pun marah dan denda abang serta pujuk dan belikan kita aiskrim ataupun cd game baru.eh perumpamaan tuh bukan bahan gurau tu. ini serius. sila renungkan :D


Monday, May 9, 2011

scentimental

anda punyai hidung yang sensitif?

hidung saya sangat-sangat sensitif dan kesannya kepada fikiran adalah-unexpected!

hidung saya kalau terbau udang, boleh gatal. hidung saya kalau kena habuk sikiiit je, dah berhingus. hidung saya juga kalau berubah temperature, akan bersin. contohnya dari tempat sejuk ke tempat panas dan vice versa, maka saya akan bersin semacam hacchhhuuum!

kesimpulannya selain daripada bau-bauan, hidung saya sensitif kat benda lain gak.

sejak boxing day yang lepas, saya juga telah mula menggilai perfume yang mana pada waktu sebelum2 ni saya amat sensitif dengan perfume. bau perfume boleh buat saya pening. boleh buat saya moody. baru saya tau, sebab dulu2 saya selalu bau pefume kat kedai runcit, kat mydin, kat giant..mane boleh..memang xbesh dan memeningkanlah.

masa zaman sekolah, bedak pun saya tak boleh pakai sebab saya akan bersin. maka bau saya hanyalah bau sabun tak pun deodorant. lepas tu after spm, wany bagi saya hadiah perfume masa birthday. agak kecewa sebab saya allergik perfume, tapi saya appreciate je. sembur sekali dan dari jarak jauh. haha..

masuk kedai perfume je dah pening2 lalat. masuk intec, saya pun beli perfume oil kat bodyshop. kat situ je satu-satunya perfume yang saya boleh pakai. dan saya pilih bau yang pernah dibeli suli dulu: oceanus dan dewberry. my two favourite smell. bila pakai je teringat zaman sekolah rendah. masa sekolah rendah suli duduk dengan kami sekeluarga. so bau suli tu boleh terus membawa saya kepada kenangan lalu.

itulah istimewanya bau-bauan kepada saya. setiap bau ada kenangan yang tersendiri. yang bila terbau je, terus terimbas zaman dulukala. pekanya saya terhadap bau-bauan membuatkan saya ada habit pelik masa zaman sekolah. kumpul botol deodorant yang da habis tu. masa nak pindah rumah, saya terjumpa balik kotak koleksi tersebut. ibarat orang menghidu gam, saya bau satu2 deodorant yang saya kumpul. setiap satunya membawa saya kepada kenangan yang ada di antaranya tak pernah teringat pun tapi bila bau je terus teringat.

bukan deodorant je malah botol sabun, pencuci muka semualah. sebab tu jugak saya suka tukar-tukar brand supaya masing2 simpan kenangan2 yang lain2.

sejak datang nz ni pula, fairuz pada suatu hari bawak saya pegi sale perfume. saya pun macam layan jela. dia nak cari miracle by lancome. saya pun ok je sebab dia dah tahu nak beli apa, so xdela lama sangat kat situ dan takdela saya terpening-pening dalam kedai tu. saya tahu bau miracle mmg sangat best. maka saya gatal tangan pegi sembur miracle kat kertas tester, wah nyamannya bau. tiba2 nampak satu botol perfume yang unik ni, britney kot. sembur2 kat kertas, mak aih wangi betul lah. sedapnyaa...pastu try chanel no 5 pulak. busuk! pening2! pegi lari dekat clinique happy, try bau yang tu plak. oh sedap2..pergi lari kat fairuz "fairuz, akak pun nak beli satulah..ngeh3..."

maka episod pencarian perfume untuk saya bermula. 3 kedai saya survey, semua botol saya picit. macam2 bau masuk dalam lubang hidung. akhirnya fairuz terduduk kat sudut kedai sambil menunggu saya yang macam orang gila pergi try semua jenis bau. akhirnya saya beli satu.hoho..agak aneh jugak sebab saya tak pening mcm selalu. kalau pening pun, sikit. happy tu lebih. huhu..mungkin sebab cuaca yang sejuk maka tak rasa stuffy sgt maka tak pening sangat.

dan itu merupakan episod satu bagi keobsesian saya dengan perfume. hari tu saya beli lagi satu. maka sekarang dah ada dua botol, hamik kau. siap promo kat kawan2 malaysia n mak sdara, sepupu2 sume. buat bisnes perfume pulak dah. bertambah sukalah saya sebab boleh test macam2 bau lagi. haha dan sekarang saya dah pandai nak describe bau.

dan sekarang saya harap bau-bau tu sume boleh saya calit kat setiap page study notes supaya saya leh ingat sume yang saya baca.hoho..(skrg saya kumpul kertas tester perfume sebabsetiap kali balik dari sekolah, on the way balik rumah akan lalu kedai perfume. mesti ada je botol perfume yang saya akan spray kat kertas tester.huhu)

oops tapi ingat! saya tak galakkan langsung anda pam minyak wangi kat badan 10 kali pastu berjalan-jalan depan khalayak dengan minyak wangi semerbak. ingat, wanita muslim yang berjalan dengan haruman yang memikat orang ramai tu ibarat penzina. walaupun saya suka bau2 wangi tu, tapi i keep that to myself. sembur dari jauh pastu sebelum kua umah, tanya kawan "kau bau apa2 tak kat aku?" kalau orang kata tak, baru saya keluar rumah. kalau terbau, basuhla/tukar baju. biar orang xdpt bau. tp hidung saya mesti nak bau wangi sblm pegi sekolah sebab bau wangi boleh buat saya gembira manakala bila dah petang sikit, saya akan tidak gembira sebab bau mulut pesakit semua dah melekat dalam hidung saya.

jadi, apa yang saya buat dengan dua botol minyak wangi yang saya tengok macam penuh lagi tu walaupun dah 4 bulan guna? sembur masa nak solat, sembur masa nak tidur. hehe..n kalau rasa bau mulut patient masih menghantui hidung dan fikiran sampai ke malam, saya sembur sepuas hati. itupun saya tak pernah sembur 2 kali sebab saya kedekutlah jugak :P (sembur sepuas hati maksud saya ialah tekan pam secara penuh dan dari jarak dekat)

anda suka wangian macam mana? (soalan tak pasal-pasal)

Sunday, May 8, 2011

saya tak nak bukak fb dah

setiap kali saya bukak fb, saya rasa macam kena darah tinggi.

sebab banyak sangat terkejut. terkejut ada kawan ni post gambar tunang tiba2 beberapa hari pastu post gambar kahwin. pastu tiba2 berlambak orang kahwin. sorang demi sorang pegi kahwin. rupanya camnila stress tu ye. sebelum ni tak rasa sangat. tapi lately ni terlampau banyak. sudah tidak tertanggung TT___TT

saya tanak bukak fb dah.tanakkkk! stwess! bukanlah stress sebab saya belum kahwin2 lagi. stress sebab saya tengah tahan diri. nak isi borang BM tahun depan. jangan sampai saya terisi borang tahun ni. boleh je, semua dah kata, isi je borang tahun ni. tapi sabarlah. ada misi saya belum tercapai lagi ni.tahun depan, dhuha. tahun depan. tahun ni, sila jangan bukak fb. kalau bukak pun, bukak kejap je pastu tutup laju2.

saya tak nak berkahwin atas rasa tidak sabar atau rasa tercabar ok.

mak saya tak cool

hari ni semua orang aksi(eksyen) dengan mak masing-masing. mak saya itu, mak saya ini. eh ingat mak awak sorang? ni, my turn pulak nak aksi dengan mak saya.ngeh2~


masa saya baby, mak kata saya dilahirkan di texas, amerika. mak kata masa melahirkan saya tu dia muda lagi. dia menangis sorang-sorang lepas lahirkan saya sebab dia rasa lost dan tak tahu nak menyusukan saya.

itu baru hari pertama mak berdepan dengan saya. bayangkan selama 23 tahun mak berdepan dengan saya, berapa liter airmata mak dah nangis untuk saya agaknya.

masa saya kanak-kanak, saya selalu bercerita dengan mak itu dan ini. saya juga mengadu kat mak pasal kawan-kawan kat sekolah tapi mak cakap saya yang buat salah dulu. mak tak akan marah anak orang lain.

mak masukkan saya ke tadika islam masa umur 5 tahun. kena pakai tudung. tak boleh pakai skirt. saya suka sebab kawan-kawan pun pakai tudung dan baju kurung hijau.

mak suruh saya solat, suruh saya mengaji al-Quran masa umur 5 tahun jugak.

masa darjah 1 saya kena bertudung ke sekolah. saya tak suka sebab saya sorang je budak darjah 1 yang bertudung kat sekolah. saya juga cemburu kawan-kawan lain pakai skirt kat sekolah. saya rasa malu dan rendah diri. maka saya sembunyi2 buka tudung masa di sekolah. bila ambil gambar kelas, saya juga tak bertudung. saya terbagi mak tengok gambar tu. tapi mak tak marah.

mak tak kasi saya masuk pertandingan tarian dan nyanyian sejak masuk darjah 1. mak galakkan saya masuk pertandingan hafazan, bercerita, bersajak, menulis, mewarna dan melukis.

mak suruh saya pakai tudung masa umur 9 tahun. mak kata keluar shopping atau jalan-jalan atau pergi rumah orang, kena pakai tudung. dalam hati, saya tak suka. takde pun kawan-kawan saya yang dikenakan peraturan macam tu. dekat sekolah, kadang2 saya buka tudung masa PJ dan masa perjumpaan tunas puteri.

umur 12 tahun, mak selalu marah saya. mak suruh saya mengalah dengan adik-adik sampai saya rasa mak tak sayang saya, mak dah lupakan saya.

mak tak suka saya kawan dengan lelaki. mak akan marah bila ada kawan lelaki telefon rumah.

mak marah saya bangun lambat, mak marah saya merayau-rayau dengan kawan-kawan, mak marah saya melawan kata mak, mak kata saya dah jadi anak dara. saya tak boleh berperangai tak senonoh. mak selalu marah saya, saya memberontak.

saya semakin jauh dengan mak. saya lebih suka duduk dengan kawan-kawan. saya rasa mak saya sangat mengongkong. saya rasa mak saya tak faham saya.saya envy kawan-kawan yang mak mereka sporting.

masa sekolah menengah, saya hanya jumpa mak saya di hari minggu, setiap pagi sebelum ke sekolah dan setiap petang selepas pukul 5. maka 70% masa saya ialah bersama kawan-kawan.

saya sayang mak saya tapi saya tak nak gaduh selalu dengan mak saya sebab tu saya suka jauhkan diri dengan mak.

lepas PMR mak suruh saya masuk asrama. saya tak nak. saya sedih, saya rasa mak tak suka saya duduk rumah.

selepas sekolah menengah, saya cemburu melihat kawan-kawan saya berpasang-pasangan. saya teringin. mak tak suka saya bercinta. tapi keinginan saya membuatkan emak rela dalam terpaksa. mak pesan, jaga diri, jaga maruah.

saya terpaksa berpisah dengan mak buat pertama kali. saya duduk kat shah alam, yang jauhnya dalam 2 jam perjalanan kereta termasuk keadaan lalu lintas yang teruk.

saya rindu mak. saya mula sedar apa yang saya dah miss. masa-masa berharga dengan mak. setiap minggu saya balik rumah sebab saya rindu.

saya lihat kawan-kawan saya dah banyak yang berubah. semua yang mak mereka 'sporting', saya lihat mereka mula hidup bebas. saya cuba nak mengikut tapi saya ingat segala pesanan mak. walaupun mak dah takde di sisi untuk menghalang saya bergaul bebas dan berhibur sepuasnya, tapi kata-kata mak dah tertanam dalam hati. saya tak sampai hati nak melukakan emak lagi. melihat kawan-kawan saya, saya insaf sendiri.

bila difikirkan, masa kecil, mak suruh saya pakai tudung di sekolah tapi saya buka juga di sekolah sebab mak tak nampak saya.

bila dewasa, saya dah tak sanggup mengkhianati apa yang mak suruh dan mak larang sebab saya dah lihat akibatnya dalam hidup kawan-kawan saya. walaupun mak tak nampak, tapi mak dah pesan, Allah nampak. bila dah meningkat usia, barulah saya timbul rasa takut. Allah nampak.

mak, maafkan dhuha atas segala pemberontakan yang dhuha buat. bukanlah dhuha buat atas dasar tak sayangkan mak. tapi atas dasar kejahilan dhuha sendiri. pada hari ini, dhuha berasa bertuah sebab ada mak yang tak 'sporting' dan tak 'cool'...yang sentiasa kawal anak-anaknya. yang marah bertempat. itulah mak saya, mak mithali. pada hari ini, dhuha nampak dan faham kenapa mak buat itu dan ini masa dhuha kecik dulu. syukur alhamdulillah. atas didikan mak, dhuha tahu jaga diri, tahu pelihara maruah diri.

mak bukanlah orang yang sayangnya sampai membiarkan anak-anak melakukan apa saja. sayang seorang ibu itu bila diletakkan atas dasar keimanan dan ketakwaan, pastilah ada peraturan-peraturannya. segala peraturan yang dibuat itu mestilah ada manfaatnya. dengarlah kata ibu kita, ok? sesungguhnya syurga terletak di bawah kaki ibu.

terima kasih mak sebab masukkan dhuha ke tadika islam. itulah foundation paling kuat untuk dhuha.

terima kasih mak sebab didik dhuha tutup aurat sejak kecil sampai dhuha ada rasa malu yang tinggi dalam menjada maruah diri.

terima kasih mak sebab tak layan aduan dhuha sampai dhuha fed-up tak suka mengadu pasal orang lain dah.

terima kasih mak sebab tak kasi dhuha masuk nyanyian dan tarian kat sekolah sampai dhuha dah hilang keinginan tersebut.

terima kasih mak sebab tak kasi dhuha berkawan dengan lelaki sampai dhuha memang jadi pendiam dan pemalu dengan orang laki dan suruh mak yang tolong carikan jodoh.

terima kasih mak sebab ajar dhuha al-Quran sampai dhuha dah pandai membaca dan menghafaz, mentadabbur serta mengamalkannya. sesungguhnya emaklah orang yang pertama yang mendedahkan dhuha dengan al-Quran, yang mengajar sendiri al-Quran. dan insyaAllah selagi dhuha mengamalkan apa yang ada dalam al-Quran, pahalanya sentiasa mengalir untuk mak :)

terima kasih mak sebab tak manjakan dhuha sampai dhuha sedar tanggungjawab dhuha sebagai anak sulung. sampai dhuha menjadi orang berdikari, tabah dan kuat.

terima kasih sebab selalu marah dhuha dan bersabar dengan jawapan2 dhuha. terima kasih banyak-banyak, kalau mak tak bersabar, mesti dhuha dah kemana-mana je tanpa tujuan.

terima kasih mak sebab doakan dhuha. dhuha percaya tanpa doa mak, dhuha takkan jadi dhuha macam hari ni. dhuha minta tolong mak selalukan doakan dhuha.

dhuha juga minta maaf atas segala kesusahan yang dhuha dah bagi dekat mak. insyaAllah, dhuha akan membalasnya seumur hidup ni. semoga dhuha dijauhkan daripada golongan anak derhaka.

akhir kata, marah-marah, suruh-suruh, larang-larang itu tanda sayang seorang mak. jika ibu redha, Allah pun akan redha. selagi masih hidup, berbaktilah kepada ibu bapa, jagalah hati mereka.sekian :)

Saturday, May 7, 2011

jalan perubahan

"permulaan itu adalah separuh daripada sesuatu"

tertarik dengan artikel ustaz hasrizal yang ini. menyimpulkan dua potong ayat daripada sebuah surah dalam al-Quran, membentuk formula perubahan. Maha suci Allah, ayat-ayatNya benar-benar bermanfaat buat umat manusia sekalipun hanya satu ayat, namun ibrahnya memang banyak sekali. itu yang saya belajar sejak tiba di dunedin ni, belajar mengupas sepotong ayat daripada pelbagai sudut perspektif. setiap orang boleh kupas satu ayat, maka jadilah banyak-banyak pengajaran yang diperoleh drpd sepotong ayat sahaja. Alhamdulillah. tadabbur al-Quran bukan saja baca maksud tapi fahamkan maksudnya dan renungkan,kupaskan,brainstormingkan..tapi tak bermaksud boleh sesuka hati ditafsirkan.

“Sesungguhnya mereka itu adalah para pemuda yang telah beriman kepada Tuhan mereka. Lalu Kami pertambahkan kepada mereka petunjuk. Dan Kami ikatkan hati mereka…” [Al-Kahf 18: 13-14]

FORMULA PERUBAHAN:
  1. Buat pilihan, mula bertindak
  2. Allah akan mudahkan
  3. Hati akan diikat untuk nekad

Thursday, May 5, 2011

ada apa dengan memali

saya didedahkan dengan isu memali sewaktu belajar malay studies tahun lepas. yang saya ingat ketika itu ialah saya mendengar lecture tentang hal tersebut dengan hati yang panas membara kerana konsep jihad yang songsang telah disebarkan kepada pelajar-pelajar yang lain. and during that time, saya hanya boleh berpanas hati. tidak kuat untuk bersuara. kerana hakikatnya saya memang zero idea tentang apa yang terjadi di memali.

saya tidak tahu apa yang terjadi kepada saya setelah itu kerana jelas sekali saya tidak pula interested untuk mengorek sejarah memali. kalau tak mesti saya dah menconteng di atas blog ini. saya hanya baru tahu tentang sejarah memali semalam yang kebetulan di post oleh adik junior di FB. dan terus saya tidak sia-siakan curiosity yang ada itu untuk mengorek dalam-dalam kisah memali.

sayang seribu sekali sayang. operasinya adalah operasi rahsia sehingga polis pun ingat mereka sedang berhadapan dengan pasukan komunis. kejamlah. sedih. berasa simpati juga kepada polis-polis yang berasa sesal atas apa yang berlaku. menuduh seorang tokoh agama di memali sebagai pengganas, pembawa ajaran sesat sehingga satu kampung diserangnya termasuk wanita dan kanak-kanak. wajarkah ini? ayah pin dan pengikutnya pun tak diserang macam ni. kancah-kancah maksiat yang berbahaya tu pun tak diserangnya macam ni. yelah kerana mereka tidak berkepentingan dalam kerajaan.

saya tidak berhasrat untuk menulis sejarah memali dengan panjang lebar kerana hakikatnya saya juga masih membaca. silalah gali sendiri dengan bekal curiosity yang ada.

pendek kata, islam dan pengganas dah memang 'serasi' sejak dulu kala lagi. islam telah menjadi bahan fitnah, telah menjadi asing, telah dikelirukan. siapa lagi kalau bukan kita yang mengubah persepsi tersebut. namun tak semestinya kena jadi umat islam yang pasif yang tidak bertindak ke atas ancaman-ancaman yang bertujuan menghina dan menjatuhkan islam.

cintakan kebenaran. cintakan keadilan. cintakan islam.

perkembangan dunia

oh bukan nak cerita tentang dunia yang makin mengembang dan akan meletus tidak lama lagi. ini adalah senarai-senarai berita terkini yang sangat membuat fikiran pusing-pusing dan neuron berlumba-lumba.

malu ok: http://www.stuff.co.nz/travel/australia/4894016/Passenger-behaved-like-terrorist

memalukan teramat-amat. fullstop.


sedih sangat. saudara seakidah attack mereka for an obviously invalid reason. tak boleh dimaafkan.(bukan berita terkini juga. cuma ilmu pengetahuan terkini)


bangga sangat. Turki sememangnya lantang bersuara menegakkan kebenaran. Qudwah yang baik untuk umat Islam zaman ini. (oh ni bukanlah terkini sangat. saya je yang baru tahu)


gembira sangat-sangat! padan muka israel dan hidup palestin! semoga Allah membuka luas jalan-jalan kemenangan yang dilihat semakin hampir. takbir!


sangat umno. no komen. no komen.

p/s: semua berita diinspirasikan oleh post-post di facebook. kesimpulannya, facebook agak bagus dalam memberi nilai 'ambil tahu isu semasa' :D

Tuesday, May 3, 2011

punahlah generasi muda

sila baca link ini: Satu Perkongsian

dan kemudian sila rasa sedih. rasa sedih sekarang! CEPAT! cepat rasa sedih! tolong menangis sekali boleh tak?

eh eh buat apa tu? menangis? laa..nanti, jangan nangis dulu! salah siapa ni? tanggungjawab siapa ni? jangan tengok orang lain, sila lihat dalam diri sendiri dulu. salah kita dan tanggungjawab kita.

kerajaan pening-pening dengan masalah anak-anak muda buat apa? mereka juga yang bagi greenlight dengan benda2 macam ni. kalau dulu sekolah tempat menuntut ilmu dan membentuk jati diri mulia tapi sekarang ni sekolah pun dah jadi pentas hiburan. saya merajuklah dengan sekolah-sekolah macam ni. saya haramkan anak-anak saya jejak sekolah-sekolah macam ni. bak kata bob lokman dalam satu ceramah yg saya dengar kat youtube, patutnya kita hantar anak-anak kita ke sekolah yang besar masjidnya, bukan yang masjid/suraunya lagi kecik daripada dewan sekolah. memanglah budak-budak malas nak solat camtu, kena berebut-rebut bersempit-sempit.

by the way ini bukanlah benda baru. sekolah saya pun dulu sangat terpengaruh dengan akademi fantasia sampai mewujudkan pertandingan sedemikian dekat sekolah untuk mencungkil bakat-bakat baru tanpa mempedulikan soal aurat dan batas-batas pergaulan para peserta.

bagaimanakah anak-anak muda nak berakhlak mulia kalau sejak dari kecil dah dididik dengan hiburan? bagaimana negara nak maju kalau hedonisme diagungkan di sekolah-sekolah? bagaimana negara nak disegani kalau saban hari ada je masalah akhlak?


jomlah kita renungkan dan fikirkan bersama jalan keluar daripada budaya hedonism yang melampau ini.

Sunday, May 1, 2011

my first autumn break

assalamualaikum wbt!

sedih cuti musim luruh telah berakhir! :(

tapi alhamdulillah i gained so many many many things sepanjang cuti autumn ini.sukaaaaa :)

it all started on friday, woke up early in the morning with a happy face. my housemates and I had a breakfast together in our lovely dining room of course. two of them will be going to the north island for an awesome trip, leaving me and yani in that house but we both had a plan as well. jaulah awesome autumn with the rest of Dunedin Pearls of The South (Dunedin POTS-wanita2 isma dunedin) members on the next day (saturday) yayyyy!

ok ok belum nak cerita dulu. nak describe kegembiraan hari jumaat. bangun pagi2, had a breakfast together, say goodbye to the two among us yang akan ke north. yani masak beriyani untuk ahli york tengah (kami ahli york atas). and then we went to york tengah untuk bersosial.

daun-daun sudah menguning dan berguguran indah ditup angin. i love autumn. saya suka warna-warna musim luruh. subhanallah tinggal di negara 4 musim buat saya bertambah kagum dengan ciptaan Allah. bagaimana masa mula-mula saya menjejakkan kaki ke bumi NZ ni, pokok2 semua botak licin, tiada daun. seolah-olah mati tidak bernyawa. apabila musim bunga membuka tirai, pokok-pokok yang kelihatan mati itu mula berputik dan berdaun dan berbunga dengan pantas sekali. laju masa berlalu, pokok-pokok itu seakan tidak pernah mati, seakan-akan tidak pernah botak. masuk je musim panas, banyak pokok buah mula mengeluarkan buah-buahannya. dapat merasa macam-macam jenis buah. bunga-bunga pun terus memekar. cantik, sangat cantik. dengan udara yang nyaman. tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. just nice. tapi kadang-kadang je. sebab dunedin ni winternya 9 bulan. huhu..sejuk.

kini pokok-pokok mula kekuning-jinggaan daun-daunnya. bunga-bunga mulai layu dan luruh. cantik!!! walaupun hakikatnya nak gugur tapi tetap nampak indah. warna yang sangat vibrant dan warm, dpt gak menyelamatkan diri daripada merasa kesejukan hanya dengan memandang warna daun.

percaya tak kesejukan buat kita rasa lebih lonely dari biasa. sebab itu saya selalu rasa lonely kat sini walaupun kawan-kawan ada je kat sekeliling. tapi alhamdulillah cuti autumn buat saya busy dan dihangatkan dengan jalinan ukhwah fillah. Rasulullah pernah cakap 3 perkara ni akan buat kita lebih kenal dengan seseorang:
  1. tidur dengannya
  2. makan dengannya
  3. bermusafir dengannya
dan walaupun perjalanan kami selama tiga hari bukanlah perjalanan yang bermalam, tapi balik hari. namun di hari kedua kami bemalam bersama dekat york tengah. maka kami lebih kenal antara satu sama lain dengan adanya ketiga-tiga komponen di atas. alhamdulillah.

apa yang menarik ialah, weather forecast menunjukkan 3 hari yang dipilih untuk bermusafir itu akan turun hujan. siap diramalkan akan ada angin yang terkuat untuk tahun ini, namun alhamdulillah berkat doa dan solat hajat disertai niat yang bersih lillahi taala, ketiga-tiga hari perjalanan tersebut disertai dengan cuaca yang indah sengan sinaran matahari yang sangat gemilang =)

the most essential thing yang saya belajar ialah skill tadabbur alam. betapa dungunya saya dah banyak melihat bumi ciptaan Allah tapi masih gagal bertadabbur sekhusyuknya. dalam jaulah kali ni kami belajar untuk relate semua yang kami lihat dengan ayat-ayat al-Quran. memang sejak saya join usrah dunedin ni, asyik ditekankan tadabbur alam, tadabbur alam. sebab maklumlah dunedin ni amat cantik, dikelilingi ciptaan2 Allah yang indah. tapi trip kali ni kami betul-betul dapat mentadabbur alam dengan sebenar-benarnya.

hari pertama kami ke duntroon-the vanished world. kat sini terdapat elephant rocks, iaitu susunan batu-batu yang bermacam rupa. tempat penggambaran narnia gak so terdapat castle narnia. maka kak diha membuka kisah yang diceritakan dalam al-Quran tentang the perished nations, kaum tsamud, kaum nabi nuh, kaum nabi lut, kaum nabi musa. kami disuruh merenung segala yang terdapat disekeliling kami dan menghayati kejadiannya serta belajar doa melihat ciptaan Allah:

"Rabbana Makhalakta haza batila Subhanaka faqina azabannar."
Wahai Tuhan kami, tiada yang engkau ciptakan sia-sia. Maha suci Engkau maka peliharakanlah kami daripada azab api nerakaMu

sungguh, tiada yang sia-sia dalam setiap penciptaan Allah itu. bila melihat batu-batu yang bermacam bentuk, serta tinggalan-tinggalan fossil, buat kita terfikir untuk apakah semua ni? bukankah Allah tinggalkan segala macam tanda untuk manusia berfikir. maka itulah sebabnya. untuk kita merenung dan menghayati. kaitannya pula dengan batu2 tersebut ialah tanda-tanda yang Allah tinggalkan dalam setiap kaum yang Dia musnahkan. ingat tak peristiwa letusan gunung berapi vesuvius yang memusnahkan penduduk pompeii yang Allah preserve rupa bentuk rakyatnya untuk tatapan generasi masa hadapan. itu akan buat kita teringat kisah kaum nabi lut yang dimusnahkan akibat kesongsangan nafsu mereka. ingat pula tak rupa firaun yang Allah preserve jugak untuk tatapan kita? untuk kita sentiasa ingat kisahnya yang bongkak dan angkuh. bumi pun tak nak terima jasad firaun. sampai hari ni pun ada manusia yang nak kaji-kaji tubuh firaun tu. kalaulah mereka bileh mengambil ibrahnya.

hari kedua kami ke tunnel beach. subhanallah sungguh indah dan unik penciptaannya. air laut yang asa tunnel kat bawah. kalau air surut, boleh turun. alhamdulillah masa saya datang tu air sedang surut so boleh turun bawah dan ada gua bawah tu! maka kami dibawa mengenang kisah pemuda al-kahfi(gua). bagaimana Allah selamatkan pemuda2 yang beriman daripada cengkaman pemerintah yang zalim. dan betapa berkuasanya Allah boleh menidurkan manusia selama beratus-ratus tahun lamanya kemudia dibangkitkan mereka semula seolah-olah mereka baru tertidur selama 1 malam.

hari ketiga kami ke aramoana beach, kutip kerang. saya dah bosan ok kutip kerang maka saya tengok dari jauh je sambil baca buku. air pasang masa tu so tak dapat pergi jauh. tapi budak2 tu tak putus asa nak kutip kerang. membasahkan diri dalam air laut untuk cari rezeki. hehe..tiba2 air pun surut perlahan2 dan makin banyak kerang dorang dapat kutip. jadi tamak pula, takmo balik2 sekalipun dah dipanggil balik berkali-kali. seronoknya mereka. and then kami diingatkan dengan kisah bani israel yang licik dan degil. peristiwa sabbath day. Allah melarang memancing pada hari sabtu tapi sabtulah ikan sangat banyak naik ke permukaan. maka bani israel pun pasang pukat hari jumaat dan kutip hasilnya pada hari ahad. licik kan? maka Allah menjadikan mereka2 yang degil dan licik ni menjadi kera. maka kami memanggil geng kutip kerang yang ghairah ni sebagai kera, yang memanggil pulang tu ibarat pendakwah yang beriman manakala saya dan fila yang duduk membaca tanpa mempedulikan orang2 yang mengutip kerang tu pula ialah golongan yang tidak memainkan peranan yang tidak ada kepentingan dalam agama ;p

hehe seronok dapat, ibrah pun dapat, ukhwah pun dapat.

the next day duit jpa masuk. tapi saya dan yani yang kepenatan duduk di rumah je. esoknya kami ke briscoes, ada sale. maka shopping ala mak-mak.hehe..ada sale corelle tp ade dua je design yang saya panggil hodoh. so saya tak jadi beli corelle. maka beli set baking glassware brand anchor untuk mak. keesokannya pula kami duduk rumah berdua lagi. kemas2 rumah sebab nak buat housewarming sabtu tu. pastu saya belajar buat roti. ikut youtube je. doh takmau kembang. menurut oya, sebab rumah saya sejuk sangat. yeast takmo membiak. maka roti saya sedap time panas je. bila dah sejuk, keras cam batu. nak makan, kenalah dip dalam air teh panas. sedap jugak. hehe..

esoknya(jumaat), saya ke rumah york tengah untuk tolong masak sebab ada perjumpaan dengan pegawai JPA. kami masak untuk 100 orang. dah macam ada kenduri. kerja saya macam biasa, potong nenas. dah jadi tukang potong nenas sejak duduk kat sini. saya pun memang suka potong2 nenas ni sebab lain daripada yang lain. hehe..saya jugak ketua acar timun. first time buat acar timun banyak camtu. tak tau nak bajet gula garam cmne last2 hentam main tuang2 je sesuka hati. alhamdulillah menjadi. orang2 yang tak pernah suka makan acar timun tiba2 suka makan acar timun saya.wee :D and then tolong kak diha kelim curry puff jugak. sebab baru revise skill kelim karipap masa kat orchard, maka kali ni saya lebih laju mengelim puff yayyy!

masak dari pagi sampai senja. pastu kelam kabut pegi meeting JPA. balik rumah, kena masak lagi untuk housewarming esoknya. masak kat rumah kitorang so ramai-ramai sleepover rumah kami pula. seronok walaupun penat :) belajar buat kuah rojak dan sekali lagi mengelim karipap. saya dah addicted, rasa nak kelim karipap je hari2.kehkehkeh..dan..potong nenas lagi sekali untuk dibuat rojak buah.kihkihkih..

dua hari berturut-turut masak besar-besaran macam orang gila. penat pun macam gila jugalah. rasa macam raya, guling2 kepenatan kat hall tunggu next tetamu datang. 2 malam ada orang ramai tido rumah kami, sangat seronoklah. tidak sunyi sangat. hehe..semalam sesi kakak2 senior tunjuk album dan video kahwin mereka. jeles jeles. saya juga dah tahu camne nak control privacy facebook tuh. boleh create list manusia-manusia tertentu pastu control apa yang boleh mereka lihat. maka saya tiru kak ili, buat list 'boys' dan block mereka daripada stalk saya :P

dulu saya hanya tahu block manusia2 daripada tengok gambar tagged. tapi kali ni saya dah tahu camne nak block list manusia besar-besaran daripada tengok gambar dan tengok wall juga. bukan apa, nak pelihara mata dan hati mereka jugak kan. soal gambar tu alhamdulillah dah reti bergambar dari jarak jauh dan kini lebih suka MEngambil gambar daripada DIambil gambar. tapi sebenarnya bukan gambar kita je boleh buat kaum lelaki tak keruan, tapi post2 kita jugak. setuju tak?

saya ni jenis yang gatal tangan, suka share itu ini kat facebook, update statuslah. manalah tahu dengan sebab itu, akan menimbulkan minat kaum adam untuk men'stalk' saya dan mendekati saya. hanya kerana status2 saya atau fikrah(ideologi) saya yang nampak ngam dengan mereka. saya tak mahu didekati dengan cara tersebut. kata-kata seperti "bagus awak guna fb untuk berdakwah" daripada seorang lelaki adalah seperti ada yang tidak kena di situ. bukan nak berburuk sangka atau perasantan, tapi tak perlu kot nak bagitahu kan. saya juga tak mahu ganggu hati mereka apatah lagi mendatangkan fitnah ke dalam hati mereka. at the same time, saya sendiri dapat jaga hati sendiri. bila post something tu, takdelah nak fikir yang 'eh kalau si A baca post aku ni, mesti dia suka aku'...nauzubillah. niat kena selalu diluruskan lillahi taala. alhamdulillah, ada cara untuk membendungnya. dulu serba salah gak kalau nak block itu ini sebab memikirkan nanti family tak dapat tengok, tak dapat tahu perkembangan saya. rupanya ada cara.wee~ alhamdulillah :D

sekarang rasa lebih tenang sebab semakin jauh daripada insan yang bergelar lelaki bukan muhrim :) (oops tapi saya tak block sepupu lelaki pun hehe sebab kami close family)

"dhuha, kau nak kahwin sangat tapi kau sembunyi daripada lelaki, awatnya?"
"aku sebolehnya nak jadi mutiara berharga yang tersembunyi di dasar laut :) "

bukanlah dengan menonjolkan diri itu dapat meraih jodoh tapi dengan doa dan usaha mensolehahkan diri..setuju tak? tak setuju takpe. saya setuju sorang2 je