oh panjang pulak rasanya tajuk kali ni. takpelah sekadar nak berkongsi tips2 memujuk ibubapa supaya beri izin restu untuk berkahwin di usia muda/ketika masih belajar.
Wednesday, April 20, 2011
ibubapa tak bagi kahwin awal?
oh panjang pulak rasanya tajuk kali ni. takpelah sekadar nak berkongsi tips2 memujuk ibubapa supaya beri izin restu untuk berkahwin di usia muda/ketika masih belajar.
Saturday, April 16, 2011
pantun jihad
“Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Harta dan nyawa hamba serahkan.”
hari ni saya belajar pantun ni dalam slot ISK. apa perasaan saya? terharu, sebab sebenarnya ini SERUAN JIHAD di TANAH MELAYU! tapi telah disalahgunakan sebagai pantun orang bercinta! Korang rasa sedih tak baca pantun di atas? betapa kuatnya ukhwah sesama Islam di rantau melayu ni, sehingga tercipta seruan jihad di atas yang masa ni nak tolong melaka yang diserang portugis. itu bukti melayu tidak lemah! sila baca pantun di atas dengan nada penuh semangat jihad, pasti mengalir airmata, mengenangkan semangat nenek moyang kita dulu. mengenangkan betapa kita telah dilemahkan! kita telah ditipu!
BANGKIT! bangkit anak melayu! Allahuakbar!
Friday, April 15, 2011
ajari aku
Thursday, April 14, 2011
kemaskan pergaulan
Wednesday, April 13, 2011
pop-up books
Tuesday, April 12, 2011
jom kita cuci hati!

kawan-kawan! kesiannya hati tuuu..siapalah tuan yang malas nak bersihkan dia tu? jangan tuding kat orang lain! entah-entah itu hati kita! OH NO! what to do??!!!

jom bersihkan hati kita semua!! sabun bersih-bersih, sental kua-kuat hati kita, buangkan segala kekotorang dan contengan-contengan arang tu. MACAM MANA?
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - walaupun rasa tak buat solat besar, tunaikanlah juga solat taubat sebab selalunya kita tak sedar dosa yang kita buat.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari dan jangan lupa maafkan orang lain juga :)
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)..optimislah!
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!
8. Berpuasa - berpuasa dapat menghindarkan dari melakukan perkara-perkara kejahatan dan yang merosakkan hati.
9. Banyak ingat tentang kematian
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah walaupun hanya dengan segari senyuman :)
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang haram dan syubhah.
14. Berkawan dengan orang-orang berilmu dan beramal soleh
15. Berkawan dengan orang miskin- dapat buat kita rasa insaf dan bersyukur .
16. Saling pesan memesan ke arah kebaikan.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) daripada perkara-perkara melalaikan dan maksiat.


pesanan penaja: banyak-banyakkan mengingati Allah kerana HANYA dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang ( AQ 13:28).. dan seterusnya perkara-perkara baik yang lain menyusul.
Monday, April 11, 2011
masyitahku ♥
syok sendiri
Sunday, April 10, 2011
ayat-ayat cinta
sedar tak sedar, dah 3 tahun saya tak tengok movie nih. bukannya mesti pun. tapi bila saya tengok balik trailer ni, saya macam dibawak terbang terus ke zaman 3 tahun lepas. zaman kegilaan 'ayat-ayat cinta'..