Thursday, March 17, 2011

emo day

saya rasa dah lama tidak emo sebegini. emo saya bukan emo yang melepaskan emosi kepada manusia. yang jadi mangsa ke'emo'an saya ialah barang2, benda2.

pagi tadi marahkan tali yang serabut2 kat bubble jacket saya.

lepas tu marah titisan air hujan yang jatuh kat muka saya.

lepas tu marah dummy head yang longgar, asyik nak pusing2 kepala je.

then marah gigi plastik yang sempit, tak reti duduk diam pula tu.

baca buku tapi tak faham lepas tu marah buku

nasib baik tak jumpa pesakit hari ni.

habit marah benda2 ni memang saya ada sejak kecil lagi. orang perak kata 'merampuih' (merampus). sejak dah dewasa ni, dah lama rasanya tak marah benda2 ni. hari ni ia kembali lagi. rindu pulak.

emo yang tak ada valid reason. langsung tak ada.

walaubagaimanapun, tak baik ok merampus-rampus ni. jangan dibiasakan. belajar2lah mengawalnya :)

Wednesday, March 16, 2011

Sewel

Apakah kesewelan sedang mendominasi atmosfera malaysia sekarang??

Sakit hati dgn respon malaysia terhadap bencana gempa dan tsunami di jepun. Sampaikan student malaysia kat sini kena kutuk kerana statement2 yang lantang mewakili malaysia. Kecewa!! Kecewa!! Bila patient tanya saya berasal dari mana td, rasa malu sangat2 nk cakap saya dari malaysia. Mujurlah patient tidak tahu isu tu. Atau dia buat2 tak tahu??

Cis. Kita bakor je mereka2 tu.

Oh lupe nk warning, entry ini agak emosi. Terasa maruah tercalar pula. Dah tahu kamu mewakili suara rakyat malaysia, agak2la sikit nak keluarkan statement hatta nak melukis pun.

Dan... Dah tahu diri tu first lady, behave sikit. Bukan setakat memalukan dan menyusahkan suami sendiri malah memalukan dan menyusahkan rakyat malaysia. Kesian golongan innocent(rakyat) yg tak pasal2 dikutuk tu. Tambahan pula org yg dikutuk tu tak tahu atas sebab apa dia dikutuk sebab tak tengok berita lagi. Kesian tak. Tolonglah!!!

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, March 15, 2011

a beautiful mind

last friday Oya nomad rumah kami. nomad tu budaya student kat sini. bermaksud, sleepoverlah. it is like a routine of visiting friends, merapatkan ukhwah. cuma saya belum get used to this tradition. saya suka orang datang rumah saya tapi saya liat nak tinggalkan rumah saya. hoho..masa kecik suka nak sleep over rumah orang tapi mak tak pernah bagi. lepas sekolah je saya dibenarkan buat macam tu. itu pun jarang sangat2 lah. sebab akhirnya ajaran mak itu telah tertanam dalam-dalam di hati ini, tak berapa selesa nak duduk rumah orang. tak salah pun kalau niat cuma nak melawat demi ukhwah. cuma saya tak biasa.

ok2 kembali kepada cerita asal. Oya datang rumah dengan membawa DVD A Beautiful Mind. movi ni saya boleh bagi 5 stars! sangat best! touching and inspiring. tak nak cerita. sila tengok sendiri.

Monday, March 14, 2011

merekalah pesakit

last week saya dapat pesakit seorang wanita tua yang gigi atasnya tinggal 5 batang, gigi bawahnya tinggal 5 batang dan out of 10 gigi yang tinggal, 8 batang dah bergoyang tahap dahsyatnya (mobility type III), tunggu masa nak luruh je. saya dikehendaki buat full denture untuk beliau maka seperti yang dimintanya, kesemua giginya pinta dicabut. nak tahu apa reaksi saya saat berdepan dengan wanita tua itu. insaf. towards the end of life, apa lagi yang tinggal pada jasad. gigi pun nak luruh. saya shaking saat memeriksa setiap batang gigi yang tinggal. they were all so fragile! silap sentuh, mahu tercabut terus semua gigi tu.

wanita tua yang itu pun bercerita cerita yang sungguh menarik kepada saya. dia bekerja di sebuah rumah orang-orang tua untuk pesakit istimewa (down sydrome, autism, schizo). dia cerita every ragam pesakit-pesakit di rumah tu. sungguh menarik. stressful tapi it is a noble job. saya tanya dia kenapa dia pilih kerja tu. she said 'they are all normal people. they are human. i just want to provide the best service to them. they are very special.'

apalah yang ada pada kudrat seorang wanita tua, sehingga mampu bersabar menjaga golongan istimewa selama bertahun lamanya. pastilah sebuah ketulusan. sebuah hati yang jernih. i was touched by her stories and by herself. airmata kutahan-tahan je. adakah saya boleh jadi setulus itu? semoga Allah kurniakan taufik dan hidayahNya. ameen~ (eh korang, aminkan jugak!)

kemudian my first paeds patient. she is 7 years old. SANGAT BANYAK CAKAP! penat saya melayannya. tak boleh duduk diam. orang tengah check mulut dia, dia pusing kanan kiri. sabar jelah. pastu demand nak itu ini. suruh saya naik turunkan dental chair tu because she thought its fun to play with. terpaksa saya tipu yang kerusi tu boleh naik setakat tu je padahal kerusi tu boleh naik beyond that. nasib baik agak cooperative dan sangat suka jumpa dentist. bukan jenis dental anxious. saya kena assess diet dia. lepas tu dengan semangatnya bawak keluar lunch box beliau, tunjuk apa yang dia makan. saya masa tu terliur sangat2 sebab tengah lapar! "aku ngap jugak makanan budak ni karang" kataku dalam hati. kemudian the way she talked, adalah sangat rare untuk dijumpa di malaysia. bercakap gaya orang besar sambil mengata kawannya "she's annoying, dia ada kutu, dia suka peluk orang maka saya rimas"..haih...ada satu masa tu masa dia bercakap, saya tak berapa pay attention sebab saya tengah isi diet form. saya pun gelaklah sebagai respon untuk apa yang dia bagitahu saya tu. lepas tu budak tu cakap "its not funny." HOHOHO padan muka kau dhuha. lain kali dengar elok2.

she came with her father yang dah tua sangat dah. mak dia dah tak boleh jalan, pakai walker. saya ingat dia cucu kepada pakcik tu. saya pun tanya si kecil tu, ada abang kakak tak? dia kata dia anak tunggal. oh noiii.. saya tak nak kahwin lambat.

and then hari ni patient saya ialah seorang lelaki. which i hate it. hari ni ialah kali 3 dia appointment dengan saya. dalam patient list saya ada 3 orang lelaki including this one. tapi saya tak panggil pun lelaki lain sebab i couldnt handle more than 1 guy at one time! hoho..agak stress merawat pesakit lelaki. sebelum ni patient lelaki saya mestilah yang dah tua dan yang dah kahwin. tapi kali ni, dia setahun lebih tua daripada saya. dan saya tak suka the way he looked at me! sangat2 uncomfortable. sentiasa mengantuk setiap kali datang appointment. setiap kali saya treat dia, dia pandang saya. takut ok! dentist bekerja dalam jarak yang agak dekat dengan pesakit. lepas tu dekat otago ni, takde assistant untuk 4th and 5th year. maka kami handle patient seorang diri. pastu bila saya nak capai barang, saya kena bend across the patient. dan untuk perempuan, sangat tak selesa! masa first time, saya redah je sebab saya tak aware yang saya treat patient lelaki sebab dah biasa wat camtu dekat dummy head. sekarang ni memang setiap kali nak capai barang, saya kena bangun, bergerak to the opposite side. leceh memang leceh but i have to! masa first time jumpa patient tu, saya buat2lah friendly to build rapport. tp utk 2nd and 3rd visit, saya cakap straight to the point terus. memang kalau boleh tak nak treat dia tapi dialah patient saya yang paling urgent sekali since he's in pain. saya tak sabar nak habiskan treatment dia supaya takyah jumpa forever. HOHO..followup pass kat orang lain boleh tak. takdelah dia tu gatal ke apa. tak pernahlah buat nasty thing or said nasty things. tak pernah. tak pernah. cuma dia selalu pandang saya. saya memang ada masalah dengan pandangan orang ni.

kesimpulan, dalam arena mengubati orang ni, macam2 ragam orang kita akan jumpa. ada yang best ada yang membencikan. belajar untuk sesuaikan diri dan be professional. belajar how to handle each one of them. saya paling suka jumpa patient perempuan yang friendly dan inspiring (bukan lesbian ok). saya berdoa agar calon suami bukanlah pesakit saya sebab saya akan benci dia -___-

Saturday, March 12, 2011

Terfikir

Semalam tiba2 dapat idea. Kalau kahwin masa belajar, u hv more time to spend with your spouse. U have weekends and plenty of holidays at the end of semester.

Wah selama ni xpnah terfikir. X ingat plak cmne leh dapat idea. Rasanya masa dengar keluhan senior kot.

And then masa dengar berita earthquake yg dahsyat, ada rasa takut yg amat. Gempa bumi datang tanpa bagi rest kat bumi. One after another. One of my friend ada ke cakap "aku nak kahwin". Tak salah pun tapi macam tak masuk dgn isu sikit. Huhu. And it made me think too. Sape yg tak nak merasa agama dilengkapkan separuh, nilai amal digandakan bila berkahwin. Lebih rasa at peace, insyaAllah.

Walaupun saya berazam tak nak fikir soal kahwin, it keeps bothering me. Hapelah. Nak isi borang BM takut plak. After 25/3/2012 saya akan isi borang BM, insyaAllah. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, March 11, 2011

My bestfriend's wedding

Tahun lepas walimah iman. Tahun ni giliran afifi. Saya telah mendapat jemputan walimah beliau. InsyaAllah akan melangsungkan majlis pada 17 april ni. Sedih sekali tak dapat menghadirkan diri. Mmg buat majlis pada tarikh budak oversea tak cuti, nak wat camne.

Kenal afifi ni time BTN kt intec. Saya mmg tak kenal bdk engine ausmat especially lelaki. mase BTN satu group dengan beliau. Sejak tu agak besfren la.

And then dia fly ke christchurh, NZ. Still close mase kami awal 1st year. Masuk 2nd semester, saya dah ubah haluan hidup. Tak nak besfren dgn mane2 lelaki. Mula nak jaga pergaulan. Dia pun senyap. Kami lost contact terus.

Tahun lepas jumpa balik kt fb. Tup2 dah bertunang dan bulan depan akan nikah. Alhamdulilah happy untuk beliau. Sebab saya tahu kisah sedih beliau maka bila dah ada happy news macam ni, saya rasa gembira dan terharu jadinya.

Terima kasih jugak jadi besfren untuk setahun, tolong macam2. One of my biggest supporter di saat saya jatuh tersungkur hilang nyawa dulu.

Semoga Allah merahmati bahtera rumahtangga yang bakal dibina, afifi dan adilla ^__^ BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Thursday, March 10, 2011

resepi kek pertama ciptaanku!

hehe sungguh gembira nak tell the story nih

senyum dulu

^______________^ (panjang lebarnyeee)


ok! orang kata bila dah selalu baking maka kita lebih konfiden sehingga boleh tercipta resepi sendiri. setelah dalam 9 bulan saya di arena baking, kini saya sudah punya confidence sehingga tercipta resepi baru saya yang diberi nama...........'1 in a million' aka 'cheesecake ini dhuha punya'.
oh mcm riak. terima kasih kerana Allah lah yang sebenarnya telah memberi ilham.

saya mula membuat cheesecake februari lalu dan saya ter'addicted' terhadapnya. asyik nak beli creamcheese (creamcheese sini murah GILA) pastu baking. mula-mula saya buat brownies cheesecake sebab brownies tu resepi asasi sayalah memandangkan saya mula baking dengan brownies dulu. maka saya cuma topup resepi cheesecake atas brownies.

kemudian saya jadi bertambah yakin lalu saya pun buat whole cheesecake. masa tu baru balik dari orchard, buah ceri ada 3 kilo kat rumah. maka saya make use of the cherries. buat cherry cheesecake. tak ambil gambar sebab malas nak naik atas amik kamera. so amik gambar dgn ipod je tapi buruk gila gambar so tak payah tunjuk ah. cherry cheesecake saya itu paling saya suka. cantik jelita sebab saya dah tahu cara nak wat corak marble atas kek.

yang tu saya bake. lepas tu try buat cheesecake yang disejukkan dalam peti pula, iaitu 'rare strawberry cheesecake' sebab nak habiskan stok strawberry kat rumah. sedap juga rasa seperti makan yogurt.

dan minggu ni saya nak wat cheesecake yang di'cupcake' kan. maka saya ikut jela resepi sebelum ni cuma diseparuhkan sukatan. sebab creamcheese tinggal half. saya juga letak buah ceri sebagai filling sebab buah ceri masih bermaharajalela dalam peti. bila dah siap buat base, saya pun tuanglah adunan creamcheese. sekali tak cukup. nipis je layer creamcheese. pastilah tak best! maka saya pun bakarla dulu 10 minit. dalam tempoh tu saya laju-laju mencapai butter,telur,tepung, baking powder dan esen vanila. main taruk je dan gaul je sampai jadi adunan. dalam hati berdoa biarlah adunan tu jadi mcm kek butter (saya tak pernah buat kek butter)

tepat je sepuluh minit, saya keluarkan 'kek separuh tak jadi' tu dari oven pastu topup dengan adunan yang baru saya siapkan. bakar lagi selama 20 minit. hati sungguh berdebar. kalau tak jadi, kalau tak sedap, siapa nak makan? cheesecake hentaman sungguh ni. menunggu depan oven dengan berdebar-debar. tengok kek makin kembang. gembira! tapi tak boleh sangat sebab belum tau apa rasa dia.



ALHAMDULILLAH MENJADI DAN SEDAP!




ni yang dah digigit. ada 3 layer. cookies,creamcheese dan kek butter. gabungan rasa yang mengancem :p

oh biskut ni saya buat beberapa minggu yang lalu sebab nak habiskan stok raspberry dan cherry. tapi ceri terlampau banyak sampai tak habis-habis lagi sehingga hari ni biarpun dah campak dalam macam2 resepi. biskut ni namanya 'white choc raspberry/cherry'..ianya chewy dan saya buat besar2 sebab mmg style biskut NZ cmtu. huhu..tiru Mrs Higgins.

Tuesday, March 8, 2011

berlumbalah!


fastabiqul khairat! (1:148)

berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan.

ayat itu saya tampal di dinding malam tadi. semoga lebih bersikap berlumba-lumba dalam beramal lillahi ta'ala.

saya kurang semangat berlumba, baru perasan. HOHO. kini tidak lagi! saya akan cuba berlumba!

on your mark...get set..GO!!!!!

gear 1..gear 2..gear 3..gear 4..gear 10..terus maju!

p/s: baru teringat lesen L saya dah expired. kena ambil lesen balik
-___-

Monday, March 7, 2011

surat hati yang rawak

saya tunggu.

saya akan tunggu. insyaAllah. sebab saya jenis yang kalau dah nekad nak tunggu, maknanya saya akan tunggu juga walaupun ada sesuatu yang datang nak potong line.

pendek kata, saya tunggu. sampai bila saya tak tahu. yang pasti saya akan tunggu buat masa ini. tahun ini. tahun depan. tahun satu lagi. wallahualam. insyaAllah.

walaupun sebegitu lama mensenyapkan diri, tak bermakna saya lupa.

saya cuma fikir, kita sedang menuju ke arah kebaikan. therefore no worries. if we are not going to meet at one point, i know we are walking toward the same goal. syurga. insyaAllah. tiada kerugian apa-apa.

p/s: sayalah penunggu. hohoho~~ (bunyi muzik seram berkumandang)

world tour

tak mungkin saya akan buat world tour concert.

tapi mungkin saya dapat tour satu dunia :)

ye, itu impian saya. impian yang tercetus sejak saya sampai NZ dan berjalan ke sydney. sebelum ni saya takde angan2 nak pusing dunia sebab saya rasa macam tak mampu. hoho..tapi sekarang saya rasa mampu. saya boleh!

i love travelling and i want to do it every year. antara tempat-tempat idaman saya ialah (tidak mengikut turutan sebab malas nak susun gambar)




madinah


egypt

london. lokasi drama2 melayu korporat :P


jordan


holland. tulipsss!!! dan windmill!!!


mekah


scotland. nak jugak tengok tempat origin dunedin ni.


japan


korea. ini ialah pulau jeju, yg selalu ada dalm citer korea maka saya teringiiin sangatlah :D


palestine. al-aqsa, mahu!!


turki


italy


germany (luxembourg). sebab saya minat team germany utk FIFA :P


rome


france


hohoho..tempat lahir saya. tak pernah teringin nak pegi. tapi baru sekarang rasa teringin. semangatla nak cari gambar nak tengok tempat tanah tumpah darah sendiri. sume tak menarik. last2 amik uni mak jela. hohoho tempat kelahiranku tak menarik. patutla tak pernah teringin nak pegi. TEXAS hold 'em poker. eh? eh?


switzerland


ireland. especially tempat bukit2 tepi laut yg dalam citer 'p.s. i love you'.

sebelum tu saya nak tour NZ dan australia habis-habisan. that's a MUST before i go back to malaysia for good!

insyaAllah plan raya september ini (2011): tasmania-melbourne-brisbane.

next year plan (2012): part of europe (still in planning. landing dkt london kot pastu we'll see where to go from there), adelaide & perth. NZ north island. korea & japan (in case kalau tak sampai london)

plan after graduate (2013): dgn duit gaji yang ada, i want to visit mekah, madinah, jordan, palestine dan egypt. not sure how to get to palestine but will figure it out

kalau boleh nak habiskan semuanya before getting married or at least before having children :)
seronok kalau dapat jalan2 keliling dunia dengan hubby. tapi dengan anak...err...saya bukan orang kaya unless saya kahwin Tan Sri :P

saya juga ada keinginan nak pegi north/south pole. naaaak sangat tengok aurora. tapi yang tu paling bawah dalam list priority.

last but not least, saya akan berusaha supaya mampu keliling dunia tapi semua ni hanya tercapai biiznillah :)

p/s: plan melancong yang extensive inilah yang menjadikan saya mata duitan lately ni. jauh perjalanan, luas pengalaman lepas tu boleh penuhkan travel journal saya.