Thursday, January 7, 2010

:: wanita dan fesyen

tadi saya tengok satu cite ni kat astro ria.tajuknya 'tangkap muat'.citer ala2 fashion police la.mencari mangsa fesyen untuk diubah suai menjadi anggun jelita.

frankly speaking i dont like this show.and any fahion show pun tak suka.dulu saaangat suka sampai kena marah dgn mak asyik2 tengok citer fesyen2,citer mekap2..yela dulu cita-cita pun nak jadi fashion designer.suka bergaya dari kecik sampai besar. kalau tak main mak2,suke main modelling.buat fashion show kecil2an dengan cousins dekat balcony rumah che,pada waktu malam. ala2 project runaway. we used anything yang ada dalam almari bilik suli mahupun bilik che rah.make-up pulak curi che rah punye.we created our own design dengan menggunakan kain2 ela mahupun kain2 tudung serta baju2 lama aunties.memang giler fesyen.memang suka bergaya.

sekarang pun masih suka bergaya dan berfesyen tapi dengan konsep yang berbeza.konsep be yourself,be proud of who you are,be natural and practical.

oleh sebab itu rancangan fesyen sekarang sudah tidak mendapat tempat di hati.banyak program2 sebegitu yang offensive.mengutuk secara terbuka tentang style orang lain.orang yang tak mekap dikatakan tak updated.pakai baju kurung selalu dikatakan fesyen hari raya.tak show some skin,dikatakan kolot.biarlah orang nak pakai apa yang mereka suka.kita mungkin boleh ubah penampilan mereka hari ni tapi esok mereka kembali dengan penampilan yang dulu.sebab apa,itu adalah mereka.itu yang mereka suka dan selesa.beauty lies in the eyes of the beholder.

fesyen terlampau terikat dengan aliran trend.kasut macam ni tak boleh pakai dah.dah outdated.stail rambut sekarang ni dah takde dye2 lagi.perempuan sekarang tak mainla pakai seluar.pakai legging sudeyh.lepas tu bila zaman berubah, fesyen hari ni dah jadi outdated dan para wanita kena ubah suai almari,buang baju2 lama,ikut trend baru.pembaziran.menjadi hamba fesyen hanya membuat kita membazir,hilang identiti diri,tiada pendirian sendiri.

apa salahnya follow the trend?takkan nak ketinggalan zaman?

memanglah tak salah.tapi jangan membuta tuli mengikut sahaja tanpa tahu di mana kita berada, siapa kita, apa peranan pakaian kepada kita, apa tanggungjawab kita dalam memilih pakaian dan apa status kewangan kita. pendek kata dont be a fashion slave.

cantiknya islam bila wanita disuruh menutup aurat dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan.dengan cara ini,kita takkan terkena tempias fesyen.kita lebih moderate.kita bangga dengan siapa kita.bangga dengan budaya kita.bangga menjadi orang islam.fesyen kita tak lapuk dek zaman.kita adalah kita.dan kita akan stand proud among wanita2 jahiliyyah.

tapi sekarang dah ade fesyen muslimah kan.menunjukkan kita pun dah ada tag fesyen tersendiri dan we should be proud of it.namun agak kecewa sebab kadang2 tak praktikal dan kadang2 tak mengikut syarak.ada je yang terkurang kain di sana sini.sayangnya fesyen je yang diperjuangkan tanpa memperjuangkan nilai agama serta moral itu sendiri. fesyen muslimah patut dipromosikan sekali dengan garis2 panduan menutup aurat yang betul.bukannya terpengaruh dengan fesyen barat.nampak kelakar fesyen muslimah pakai legging.atau pun pakai topi hanya untuk tutup rambut.ade tu dah nampak macam alien planet mane tah.fesyen muslimah bukan hanya tutup kulit dan tutup rambut.

dulu saya juga kaki fesyen.sentiasa follow perkembangan terbaru fesyen.ni zaman lepas spm.biasala nak jadi remaja trendy.majalah cleo every edition mmg tak pernah miss la. buktinya sila datang ke rumah saya.berderet cleo.tapi sejak dulu saya suka menokok tambah serta menokok tolak (???) fesyen yang ada dlm mag.kiranya saya suka ubah suai ikut selera sendiri.maka, tak nampak sangatla hamba fesyen walaupun sbnrnye ade sket2 pengaruh.kalo kua shopping,ade je item yg nak beli.lepas tu match itu ini.kadang2 nampak plek tp boleh kata saya agak berani mencuba dan berfesyen.saya tak kesah orang nak kata apa yang penting saya suka dan menjadi diri sendiri.

lepas tu semakin berani untuk bermekap.mak sendiri pun tak mekap,saya pulak lebih2..masa masuk intec, kat situ ade watson.saya suka jalan2 g watson dengan wa dan najla.dari situ kami start usha2 barang2 mekap lepas tu kami beli sorang satu dan mencuba kat rumah dgn mcm2 gaya mekap la.lepas tu saya yang anti-mekap trus suka bermekap.tp pakai occasionally jela.
fesyen dan mekap sentiasa berubah-ubah ikut musim.semputla nak follow sume tu..

akhirnya saya ambil keputusan untuk tinggalkan era itu.alat2 solek tinggal hiasan je atas meja.baju2 dulu dah sumbat dalam beg pastu sorong bawah katil.bila sampai masa yang seswai,saya pakaila balik.nak derma,mcm xproper lak.seolah2 nak mendorong orang lain pakai baju tak cukup kain.

saya suka dan selesa serta tenang dengan jalan yang saya pilih sekarang.pembaziran dapat dikurangkan dan harapnya taun ni semakin berkurang sampai jadi zero pembaziran.saya juga dah tak bazir nak beli majalah2 fesyen.saya pakai je apa yang saya suka,apa yang tuhan saya suruh pakai,apa yang tuhan saya redha.pada awal2 transformation tu agak banyak duit yang dikeluarkan demi mencari baju2 yang sempurna ukuran kainnya.tapi saya anggap itu satu pelaburan untuk kehidupan dekat akhirat kelak.masa mula2 je kua banyak duit.sekarang ni pakai la ape yang ada sebab almari dah semakin sempurna dgn koleksi baju2 ni.pakaila sampai lusuh.

kepada wanita2 muslim di luar sana, saya menasihatkan, tutuplah aurat dengan sempurna.benar,yang Allah pandang itu takwa.benar, soal dalam hati lebih penting.tapi, menutup aurat itu perkara wajib.sama jugaklah macam solat.bila kita dah tahu hukumnya wajib, bermakna seruan dah sampai kepada kita. soal hati tu takde guide yang sempurna untuk memastikan kita benar2 calon syurga.hanya Allah yang layak mengukurnya.tapi soal aurat,guide yang diberi cukup jelas.hukumnya pun cukup jelas.ada orang tak nak 'terlampau menutup' sebab takut riak.ketahuilah perasaan 'takut riak' itulah riak yang sebenarnya.nak membentuk perasaan ikhlas dalam menutup aurat pula bukannya senang.mula2 kita terpaksa,lama2 ia dah sebati dan lama2 ikhlas itu datang sendiri.nak tunggu kita rela dan ikhlas serta sampai seru, bila lah agaknya.kalau ajal menjemput sat lagi?tergantunglah kita di neraka bagai itik gantung.wallahu'alam..ingatlah kaum wanitalah paling banyak menghuni api neraka.

Monday, January 4, 2010

♦ malam yang hujan

at times like this, saya amat merindui para sepupu :(

tah kenapala sentimental pulak malam ini.dengan mood yang tunggang langgang.hari ini ku tidak melakukan apa-apa.hanya membuang masa lalu menambahkan lagi kekacauan jiwa akibat menyesal kerana membuang masa.assigment di depan mata hanya ditenung sepi.tak rasa nak buat pun.buku-buku yang belum habis dibaca ditolak tepi.tak rasa nak membaca juga.makan tengahari seciput aje.makan malam kutinggalkan.mujur tak diserang gastrik (berkeriuk-keriuk jugak perut ni sekarang)..

takkanla rindu epi pulak.gila.adikku itu bekas musuh yang tegar.haha..seronok rasanya tengok dia rela hati nak pegi sekolah tahfiz tu.semangat pulak nak beli jubah dan memakai semutar(tok ayoh panggil semutar which is serban la..or ketayap?whateverla..asalkan ianya benda yang lilit2/putar2 kat kepala tu) ingatkan dia akan bermati-matian tak mau pegi sekolah tahfiz.maklumla adikku yang seorang itu rockers metallover yang sejati.agak-agaknya balik nanti dia berubah tak?tiba-tiba compose lagu nasyid pulak.whatever it is,aku sokong je apa dia buat.asalkan tak melampaui batas.

at times like this, i couldnt help myself.rasa macam nak melepak je.takde mood untuk buat apa2 pun.dan saya juga tak memahami diri sendiri when it comes to a time like this.

i miss my cousins(kenyataan kedua dah ni)

bila compare masa kanak2 dan masa dewasa, kami lebih kerap berjumpa semasa dewasa sbb sume dah pindah KL.dulu masa kecik2 kami jumpa masa raya dan cuti panjang je.berkumpul kat umah che.kadang2 ade gakla melawat rumah each other.dan bila ada event besar seperti wedding,kami pun akan berkumpul.

tapi bila fikir2 balik,masa yang dihabiskan bersama sewaktu kanak-kanak lebih precious dan lebih mantop.sebab we really spent time together.mana taknya,tidur makan main dan mandi sumenye bersama. we hardly get separated. kalau bercuti seminggu tu,mmg habis-habisan guna masa seminggu tu.

as compared to this time, kitorang dah tak mandi sama2.so terbuang la masa sket.lepas tu masing2 ada handphone dan laptop so bila takde topik nak sembang, masing2 layan perasaan dengan alat elektronik masing2.lepas tu kitorang dah tak main.ganti dgn aktiviti tgk movies tak pun record video.kiranya masa yang dihabiskan tak semantop masa yang dulu la.ade masa kami berpisah buat hal masing2.lepas tu bila dah balik rumah,rindu la pulak.ala,nyesal tak buat itu ini hari tu.

bertambah sayu pulak bila fikir aku bakal fly.nanti i missed A LOT of events!! dahla cuti raya cina mak kata tak balik umah che.bila pulak nak jumpa para sepupu ni.wahai geng anak dara 1st class,silalah kumpul duit.bulan 5 nanti kita outing eh.kalo tak nak,korang kena ikut aku fly.ngeh3..(still kena kumpul duit.edd tengah kumpul tuh :P)

last few days saya travel ke kelantan melalui pahang dan terengganu. we stayed at cherating pastu jalan2 kat ganu termasuk melawat rumah tante.sepanjang perjalanan tu mmg rase sentimental la mengenang kisah kanak2.dulu family tasneem duduk kuantan.family dee duduk tganu.so along the way tu dapat berjumpa cousin,mmg bestla.sebelum sampai kelantan akan overnight rumah sepupu.tapi kali ni,xde rumah dah untuk overnite.i mean rumah anak dara 1st class la.so keseronokan travel ikut jalan tu dah berkurang.

dulu jugak kalo convoy ikut jalan tu mmg syok habis.banyak kali gakla convoy tu tp yang plg aku ingat masa balik dari wedding enda kat besut. bila orang lalu jalan tu,mesti akan singgah beberapa rumah kat terengganu dan pahang sebab ramai sedara mara kat situ.kadang2 singgah rumah sedara yang xkenal pun.paling seronok kalau singgah rumah pok su.hehe..rumah pok su terletak di kerteh,kat kawasan perumahan barat.rumah2 kat situ cantik2 belaka design ala2 western punya rumah.dekat dengan laut.sampai aku menyimpan impian nak beli rumah kat situ satu hari nanti.

ok berbalik kepada rumah pok su. selain rumah yang cantik dan besar, kami amat suka pegi rumah poksu sebab ade satu bilik tu dipenuhi dengan barbie dolls beserta set2nya!!wehee!! pemilik barbie sume tu ialah wani,mak sepupu kami yang muda 4 tahun dari aku.kitorang pulak mane la ade set2 barbie se'grand' itu,maka mcm jakun la main kat rumah orang.nak panggil balik pun susah sbb terlampau asyik bermain barbie doll.as for me,seumur hidup tak pernah merasa ada barbie sendiri.maka kalau jumpa barbie kat rumah orang,akan kulayan seperti barbie sendiri :D..sekarang poksu dah pindah subang dan rumah dia still ade collection barbie tapi kami tak pandang dah.anak dara 2nd class pulak yang mnjadi 'intruder' di bilik barbie.

lepas rumah poksu biasanya destinasi seterusnya ialah rumah ateh kat kuantan.rumah cik tasneem dan hanan la.dalam banyak2 rumah mereka kat kuantan, saya paling suka rumah panjang.rumah itu dipanggil rumah panjang kerana bentuknya panjang.takde kena-mengena dgn rumah panjang sarawak.saya suka rumah itu sebab bilik tasneem dan hannan agak luas lepas tu ada almari yang built-in (jakun sketla ble tgk almari dalam dinding)..lepas tu mereka pn suke bwk kami jalan2 kat area rumah yang sguh fun.g taman la.lalu kubur la..lalu jalan raya la..ada angsa sebelah rumahla.

on the way dari terengganu ke kuantan,akan lalu kat planet alien. tempat tu ialah tempat orang proses minyak tu.kat kerteh dan paka.saya ingat lagi masa kecik2 kalo lalu kat situ waktu malam,kami mcm orang jakun tengok api menyala-nyala dan bangunan yang plek2.sebab tula dipanggil planet asing.rasa macam kat dunia lain.kalo waktu siang tak terasa sangat.kami akan bising melihat api berkibar-kibar megah di udara(hiperbola je ayat ni)..tu pun kalo kami berada dalam kereta yang sama la.kalo sesama adik beradik saya,xdela sebising dan sekecoh itu.

oh itula yang saya rindu tentang kehidupan masa kecilku bersama para sepupu.nak cerita lagi tapi dah ngantuk pulak.untuk destinasi tganu,rumah enda dan che ngoh tak masuk lagi dalam zon masa tersebut kerana mereka belum menetap di terengganu masa tu.rumah tante pulak saya tak berapa ingat.

pendek kata,saya nak tidur.assalamualaikum..

Monday, December 28, 2009

♦ sharing is caring :)

salam..
alhamdulillah dah selesai kursus friendly comparative religion(fcr) yg dilangsungkan selama 2 hari di KUIS. 2 days straight dari pagi sampai petang duduk kat lecture hall,menggunakan deria pendengaran yang maximum ditemani deria penglihatan dan memerah otak berfikir.

the first day,saya tidur sejam je akibat bersembang panjang dgn my sis,sarah...so saya sgt risau boleh x sy bertahan dgr ceramah selama 7 hours?? ajaibnya,boleh! tak ngantuk langsung.sangat menarik.lepas ceramah terus g umah che ngoh yg baru berpindah from tganu ke damansara.tak berkesempatan qada tidur.

the second day, saya tidur cukup jam.malah lebih dari cukup.sebab saya tidur awal lepas balik dr umah che ngoh.keletihan sgt. namun masa di kuliah,saya mengantuk gila..rasa rugi sebab ada missing pieces dlm notes yg saya tulis :(..heran kan..saya lagila heran...

apa yg saya belajar dalam kursus tu? belajar tentang agama2 lain..christian,buddhism,hinduism..turut mengupas isu muallaf serta common misconceptions in Islam.setiap misconception tersebut diberikan juga dalil2 untuk counter balik those misconceptions...turut didedahkan dgn strategi untuk berhujah dgn mcm2 target group spt group core christian,atheist serta tak dilupakan apostates..fcr mmg sgt aktif kebelakangan ini.mereka jugak byk tackle kes2 murtad di malaysia.interesting kan..

paling interesting, saya dapat peluang untuk membelek sendiri kitab bible..memang dapat tgk sendiri betapa corruptnya kitab ini.isi2 dalamnya bercanggah sesama sendiri.dan apa yang missionaries nyatakan pun kadang2 xde pun dalam kitab mereka ni.apa yang ada dalam kitab tu pun kebanyakan christians tak praktikkan.konsep ketuhanan juga sungguh ganjil.contohnya tuhan tak tahu di mana nabi adam menyorok(genesis 3:8-9)..tuhan berehat(genesis 2:2, exodus 31:17)..tuhan takut(genesis 3:22-23)...

learning abaut hinduism sungguh interesting.ada banyak kisah tentang tuhan dan jelmaan2 tuhan mereka(pening saya..nama pun macam2). even cerpen yang kita belajar dekat sekolah tentang seri rama tu pun sebenarnya kisah tentang jelmaan tuhan mereka.by the way amat interesting dapat tahu kitab hindu juga ada cakap tentang kedatangan nabi Muhammad dan kitab hindu juga ada yang menekankan konsep ketuhanan yang esa.just like kitab bible.check bhagabat purana 12:2:18..google je..ade jugak bukti2 lain tp sy rasa mcm saya salah eja je..xtau ejaan sebenar :P..tp berdasarkan research yg sy wat kt nternet, leh google: kalki avtar book...oh ye sbnrnye perkataan avatar tu dr bahasa sanskrip yg bermaksud jelmaan..cm avatar kita kat ym tuh..jelmaan kitala konon2nya..

buddhism plak mcm hinduism je kisah2 ketuhanannya..of course ada perbezaan..which is buddhism biasanya ambil tokoh2 yang hebat(yg asalnya manusia) menjadi dewa..biasalah fitrah manusia,suka mengagung2kan sesuatu yang hebat..contohnya confucianisme..menariknya tentang confucianism ialah ia banyak persamaan dgn islam..ia menyeru ke arah konsep ketuhanan yang satu.common similarities antara buddhism dan hinduisme pulak ialah mereka percaya dgn konsep reincarnation=lahir semula..adala peringkat2 alam diorang sebelum dilahirkan semula dan ia berkait rapat dengan perangai si mati semasa hayatnya.

bila dikaji kitab2 semua agama2 ni,nampak satu persamaan iaitu menyeru tuhan yang satu..tp kemudian banyak penyelewengan telah berlaku dalam kitab2 ini..lagipun kena ingat yang sebelum kedatangan Rasulullah SAW, Allah menghantar utusannya kepada setiap kaum dan could be agama2 ni bermula dengan ajaran2 nabi utusan Allah tetapi kemudiannya dipesongkan..

kesimpulannya sungguh banyakla belajar sampai tak mampu nak tulis semua.nak tau banyak, nanti contact directly la..karang kalo tulis banyak2 kat sini takut menjadi fitnah ke atas agama lain pulak..kena banyak refer kpd sumber yang dipercayai..bak kata bro mas yuri,xboleh la nak goreng je..

saya jugak mendapat kesedaran baru, tentang kepentingan berdakwah kepada non-muslim..selama ni asyik pentingkan org islam je..esok2 dekat akhirat silap2 kita dipersoalkan oleh kenalan2 non- muslim "dia ni dulu selalu je jumpe saya tapi tak pernah bagitau pasal islam"...dah memang tugas dan tanggungjawab kita kt dunia ni untuk menyampaikan islam..kalau bukan orang islam sendiri,siapa lagi..sekurang-kurangnya sampaikanlah walau satu ayat..walau hanya kalimah 'la ilahaillallah'...tu saje untuk hari ni..

p/s: hormatilah pegangan agama orang lain.jgn sekali2 menghina agama serta amalan mereka mahupun menggunakan pendekatan kasar kepada meraka.we love each other n we want each other masuk syurga :)..semoga ilmu yg sy baru dpt ni boleh dipraktikkan in the future..amiin...

Saturday, December 26, 2009

♦ kahwin vs couple

saya x faham dan saya konfius dgn apa yg terjadi di zaman kini..
sepatutnya para ibu bapa gembira la anak nak kahwin..tp ni sebaliknya pulak..anak yang nak kahwin dikatanya gatal..disuruhnya berkawan dulu,biar kenal hati budi..kalaulah mmg boleh buat itu je...masalahnye bila dah kenal hati budi,nak kenal yang lebih2 pulak..ibarat diberi betis nak peha..parents cuba menjadi sporting tapi anak2 menjadi tidak bermoral...

in my humble opinion, ibubapa perlu mainkan peranan dalam membendung gejala couple..mereka mungkin tak tahu couple zaman dulu2 dgn couple zaman sekarang dh tak sama walaupun nama tetap sama.

p/s: i'm not blaming the parents only..mungkin saya jugak ptt dipersalahkan sbb mungkin semasa saya couple dulu sy telah menimbulkan minat kpd org lain utk bercouple..

Tuesday, December 22, 2009

do you see what you do not see?

salam..hari tu saya tengok cerita charlie and the chocolate factory..saya gila choc,maka itu yg drive saya utk tgk cite tu..tp xterliur pn tgk..geli je..huhu..too many colours n flavours, i dont like..

oops bukan nak cerita pasal choc..tp satu benda yg sy dpt extract drpd story tersebut yg saya nak share di sini.."TV will only teach you to see not to think"

as we know tv mmg byk pengaruh especially kat manusia..kita akan disuap dengan perkara yang 'mereka' nak kita 'makan'..kita disudu dengan macam2 hidangan mata dan secara tidak sedarnya kita di'paksa' untuk percaya apa yang kita lihat..kalau tv tu dunia kita ataupun tv3 duniaku,maka kita memang lemah dalam berfikir..

dilahirkn dalam generasi 'tv' membuat saya menilai balik diri ini..yep,saya kurang fikir..infact most of people nowadays mmg kurang berfikir sampai keluar statement manusia sekarang hanya guna 2% of their brain to think.meaning that we didnt use it to the max.kalau di belek balik sejarah silam, pada usia 20 tahun ibnu sina berjaya menguasai ilmu agama dan ilmu pemikiran serta mula mendalami ilmu perubatan.bukan ibnu sina je malah kebanyakan ilmuan islam dulukala.tapi masyarakat kita hari ni termasuklah saya,pada umur 20 tahun,ilmu perubatan pun tak khatam lagi.ilmu agama ape lagi.ilmu pemikiran..err..ape tu?

penggunaan daya penglihatan fizikal yang terlampau memalaskan manusia berfikir.hanya tahu melihat lepas tu menilai apa yg dilihat je.lepas tu sekarang disudukan dengan terlampau banyak hiburan.TERLAMPAU..sampai naik muak..sampai iklan alat perhubungan (handphone,prepaid etc) pun nak tunjukkan music..

i came across an article from majalah solusi tentang mata hati..yup mata yang ini yang kurang kita gunakan atau tak guna langsung?menyebut tentang umat akhir zaman yang hanya tidur semasa hidupnya dan akhirnya baru terjaga (sedar) setelah mati (petikan kata2 sayyidina Ali ra)..apa yang salah nampak betul..apa yg betul nampak salah..tutup aurat salah,semakin kurang benang baju baru betul..tak bersosial salah,berparti liar baru betul...takde boyfren/girlfren kolot,bercouple baru maju..cakap betul masuk penjara,cakap salah dapat duit..inilah dunia akhir zaman..

dan saya amat suka dengan penerangan tentang tahu vs. sedar..ramai antara kita yang tahu..tapi berapa ramai yang sedar? 'tahu' melibatkan akal semata..tapi 'sedar' melibatkan hati..'tahu' takkan membawa efek dalam kehidupan melainkan dapat skor A dalam exam..itu sebabnya ramai student yang skor A1 dalam pendidikan islam tapi perangai terbalik dengan ilmu di minda...'sedar' pulak merupakan satu cahaya hidayah daripada Allah..yang seterusnya akan meresap ke dalam rohani dan jasmani dan akhirnya membawa perubahan yang lebih baik kepada diri dan hidup sesorang.

harapan saya agar kita sama2 tergolong dalam golongan yang sedar.semoga taufiq dan hidayah Allah sentiasa dilimpahkan untuk kita semua.insyaAllah..

semoga post kali ni bermanfaat dan maafkan kesilapan atau kekasaran bahasa.saya insan biasa yg buat salah jugak.cuma nak berkongsi dan saling mengingatkan untuk ana wa antum :)

Thursday, December 17, 2009

♦ esok mungkin tak ada

Tadi aku pandang langit...lagi..

Awan biru..cerah..ada tompok2 gelap..ada tompok2 cahaya..

Cantik..menarik..tertarik..

Aku dengar bunyi burung2 menyanyi riang..

Aku terasa angin sepoi2 bahasa menyapu muka..

Aku tengok daun2 turut menari dengan angin..

Aku bau rumput yang sungguh menyegarkan..

Nyaman..aman..damai..tenang..

boleh lagikah aku merasa semua ini esok?

adakah esok akan aman seperti hari ini?

♦ musykil

"sesungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari seorang mu'min. maka di mana saja ia ditemui,dialah yg berhak mengambilnya"

i think i got the concept but can somebody translate this to me..kurang memahami..(dh semalaman asyik pk je pe maksud sebenar ayat ni)

does it means semua orang mu'min itu bijak?does it means kebijaksaan ialah berdasarkan pengalaman hidup?does it means kebijaksanaan ada di mana2?

Sunday, December 13, 2009

♦ first step towards dentistry

salam wbt..
memandangkan sekarang tgah cuti, i intended to write what i like..eh silap,tu tagline blog lame..hehe..i intended to write about some serious stuff and what i planned to write before this.

dah lama nak menulis tentang 'studying dentistry' namun rasenye perlukan masa yang agak banyak dan seriously xboleh nak menulis sambil study sbb nanti jadi entry emo.hehe..so dah cuti macam ni,eloklah nak menulis tentang course saya ini.

apa yang bakal saya tulis ini based on my own experiences dan beberapa info tambahan regarding dentistry.maafkan penggunaan bahasa rojak :P

a little bit bout my education background. i am a dental student sponsored by JPA.now i am studying dentistry(2nd year) in IMU.i was in a usual daily school,never been studied in boarding school (since i've never been offered :P)

ok2 mari kita terus ke titik tuju.first of all, ape itu dentistry?
senang je..dentistry ialah pergigian.hehe...bermaksud apa2 berkaitan gigi lah yang akan dipelajari dan kerjaya pun sekitar kawasan gigi je..oops...itulah kesilapan pada tanggapan masyarakat..sebenarnya ruang kerja dentist meliputi seluruh area muka.sebabnya kawasan muka tu ada banyak nerves and they are related to each other.dan dentist pulak akan sentiasa membuat kerja2 penyucukan(injection) yang sangat berkaitan dengan saraf2 dekat muka.salah cucuk,mata pulak yg jadi mangsa.

subjek apa yang perlu saya kuasai masa di sekolah?
of course subjek sciences and math termasuk add math..bkn basic science tu tp masuk science stream dan blaja sume science tula spt fizik,bio dan kimia.penting untuk skor A untuk sume subjek2 tersebut if you want to get a scholarship for dentistry.dgr kata skrg dah ade A+,A dan A- plak(gedik sguh)..so agknye kalo nk mng dlm persaingan merebut scholarship,knala dpt A+...dptkn result setinggi yg mungkinla..if u study dekat daily school,xsemestinya xdpt peluang.ade je.cuma daya saing kna tinggi.

lepas spm masuk uni!!
ooops!rilek2..belum lagi...kalau ambil dentistry,kena ambil preparation class..macam foundation/matrix la.unless kalu you all pegi ke mesir..tp still ade prep class utk arabic.u all boleh apply matrix..matrix ni mcm korang pegi skolah skali lagila..result matrix akan menentukan course ape yang korang dapat nanti..kalau result spm bagus,matrix jadi setahun je.jadi xlama la gap untuk masuk ke uni..TAPI..jgn main2 dkt matrix..do the best n for dentistry,kena secure 3.0 and above..tapi biasanya yg dpt 3.9-4.0 yg dapat offer.ingat,persaingan sentiasa tinggi.oh ye,of course for dentistry, kena amik sains hayat kat matrix (physic will be excluded)

sesiapa yang go for overseas study dan mahu ditaja,hendaklah apply JPA atau MARA..ni famous penaja untuk course dentistry.application yang diterima akan ditapis dan sesiapa yang layak, akan dipanggil untuk interview.perform your best in the interview.untuk interview JPA masa my time, it is done in group.dalam more than 5 per group pastu u all akan diberi topik dan discuss beramai-ramai dalam group.hendaklah menonjol ye adik2..jgn senyap je..kalau adik2 pendiam,masa tu kna otomatik jd pembising.bising je pun xcukup.kena nampakkan professionalism dari segi cara pakai,cara cakap..pembawakan diri itu penting...point2 yang dikatakan pun perlu bernas la..jgn main ckp tp xde point.untuk interview solo pulak,just be professional,tenang dan be yourself.masa interview juga ada ujian..ujian penilaian psikologi la lepas tu penilaian kerjaya..nak tgk wether u suit ke tak dgn course yg u apply..kuiz kerjaya ni rasanya dah bocor dah kat peringkat sekolah..lagipun ikut logikla..kalau nk apply dentistry,letak la jwpn yang berbunyi ke arah dentistry.jgn pulak letak minat membaiki kipas ke,baiki kereta dan sebagainya..(ni in case adik2 xjujur dgn pilihan sndri la spt kes dipaksa ibubapa ke)

kalau x masuk uni,masuk mana pulak?
pusat matrikulasi atau kolej2/uni yang menawarkan course persediaan.walaupun membuat persediaan di uni,tp kena ingat u r not yet a university student since belum dapat tawaran untuk apa2 ijazah atau diploma (in case of dentistry,xde program diploma)..kalau adik2 apply JPA/MARA, adik2 mungkin akan ditempatkan di INTEC@UiTM,Kolej Mara,Kolej Teknologi Timur,Taylors College etc...Program2 yang bakal diambil ialah A-level, Australian Matriculation(AUSMAT-khas utk mereka yg nak ke australia/new zealand) atau International Baccalaureate(IB)..

dalam semua program ni, A-level dan IB mengambil masa 2 tahun manakala ausmat pulak setahun setengah.ada jugak A-level yg setahun tp i'm not sure bout it since i was an ausmat student. ada jugak yang mungkin dapat offer untuk twinning program..twinning ialah program berkembar.adik2 akan belajar separuh degree kat malaysia separuh lagi dkt luar negara.untuk program twinning,kebiasaannya penaja akan menghantar student ke IMU(for medical student only)..rasenye mmg xde offer twinning utk dentistry.xtaula sekarang ade ke x tapi my sponsor(JPA) pnah cakap yang kalau boleh mereka xnk hantar dental student kat IMu lagi..we were the first and last batch kat IMU yg buat twinning for dentistry.

study ape masa course persediaan?
study subjek2 masa kat skolah cuma lebih detail.untuk ausmat, adik2 akan belajar bio,fizik(yes fizik!),kimia,math dan english.untuk A-level xde fizik.IB xsure pulak.kenapa kena belajar fizik??penting ke?penting la jugak kalau nak ke autralia/new zealand.dah mmg tu requirement dia.memandangkan i was an ausmat student.meh i cerita apekah yang i study.ausmat/SAM untuk pelajar tajaan biasanya akan dibuat di INTEC/taylors.bio fizik dan kimia mmg core subjects that u really have to score.silibusnye simple je tapi intinya mmg dalam la.math pulak, ada campuran add math..mmg susah tapi dgn practice ianya menjadi mudah :)

INTEC? hows life there?
life sungguh seronok dan sungguh stress..hehe..u all akan duduk kolej yang cukupla kemudahannya(di shah alam).duduk rumah ala flat/apartment yang ade 2 bilik tidur,1 toilet,1 dapur,1 ruang tamu.perabot sume ade dah.kalau duduk kolej cemara/akasia, mmg beruntungla sbb anda dikelilingi kedai2..ada mall jugak..ole2 mall..ade supermarket spt mydin dan giant.xperlu bawak kereta...setiap selasa lak ade pasar malam betul2 depan kolej. jalan kaki je semuanya dah terhidang.mmg complete la..makan mmg xde masalah.xperlu masak dan mmg xdibolehkan memasak pun.

pagi2 akan ade bas yg bawak u all g campus.bas tu ade time2 tertentu dia akan dtg.selalunya akan berebut dan berhimpit.hehe..study kat intec mcm kat sekolah je.ade bilik darjah(bezanya bilik darjah dia ade aircond),ada kafe/kantin..ausmat students selalu digelar zombie.sbb mmg bz pun.ada snior cakap ausmat student jugak mostly jalan laju.keh3..ade assignments yang berlambak.ade research paper for english subjects yang mmg membuat org menangis.ada exam yg amat tinggi kualiti soalannya(susahla maknanya tu)..

whatever it takes,kalau dah minat,redah je semua ni..alhamdulillah xpernah dgr lagila kes dental student mati sbb stress :)...

oklah..penat sudah..to be continued insyaAllah..salam :)

Friday, December 11, 2009

♦ yang kutunggu

yang kutunggu
bukanlah si kacak rupa
bukan juga si hartawan

yang kutunggu
bukanlah si manis mulut
bukan juga si penjanji

yang kutunggu
bukanlah si bijak pandai
bukan juga si lurus bendul

yang kutunggu
bukan cinta si teman lelaki
ape lagi sugar daddy

yang kutunggu
namanya ada di lauh mahfuz
sejak belum lagi ku dilahirkan

yang kutunggu
ada di sana
di suatu tempat yang aku sendiri tak pasti
tapi aku yakin dia ada
hanya menunggu waktu

yang kutunggu
dialah pahlawan agama
dialah pendekar bangsa
dialah pencinta Muhammad SAW
dialah pejuang keamanan
dialah penegak keadilan

yang kutunggu
saat kami bertemu
dalam akad yang penuh mawaddah
dalam doa yang penuh rahmah
dalam janji bersaksikan Allah
dalam ikatan beserta tanggungjawab amanah-Nya
dalam berkat restu kedua orang tua
dalam cinta yang halal


dialah suamiku
yang masih kutunggu gerangannya




Loading image

Click anywhere to cancel

Image unavailable