Sunday, April 28, 2013

I ♥ Terengganu

Eh? Haha bunyinya macam dah tak nak tinggalkan Terengganu.

But seriously, saya tak kisah untuk menetap di Terengganu. Saya suka suasananya, persekitarannya, orangnya and the best things is that it reminds me so much of Dunedin!

Di Dunedin, ada pantai. Small town. Takde traffic jam. Suasananya laid back. Sume orang relax je. Orangnya friendly. Just nice la KT. I like. In fact dulu2 masa elective kat KT pn dah in love dengan KT n pernah berangan nak kerja dekat Terengganu. So dream came true la ni.

Satu je tak suka. Jauh sangat dengan rumah. Duduk sini betul2 buat saya rasa macam saya duduk kat Dunedin. Nak balik kampung halaman kena check tiket flight or tiket bas, kena saving duit. huhu. Mujurlah ada makcik dekat sini dan duduk dengan makcik, so tak rasa homesick sangat pun.

At the moment kawan-kawan sekerja yang perempuan semuanya asal Terengganu. So mereka semuanya duduk rumah masing-masing. While yang non-muslims stay with each other campur laki perempuan. Makanya sangat bersyukur ada makcik di sini kalau tak merana sensorang nak cari tempat tinggal.

Setelah agak berminggu tinggal di sini, saya dah tahu kosa kata rakyat terengganu sikit2. Saya juga dah biasa makan nasi lemak lauk ikan. Tapi saya belum biasa makan lauk dekat kafe lagi. Banyak sangat lauk ikan! Gulai ikan pulak tu. Saya kurang gemar ikan. Dan kalau dimasak gulai, lagilah kurang gemar. Tapi saya makan je kalau xde choice. Kalau ada choice lain, memang babailah lauk ikan except ikan keli or asam pedas ikan pari. Ikan pari masak apa pun i like ^__^

To jimat duit, i always menempek dengan nurse dekat dalam pantry. Mereka bawa banyak makanan. Pastu mesti offer saya makan. hehe..tapi kalau nampak banyak lauk ikan, saya makan kat luar la. kuikuikui..

Seperti Dunedin, Terengganu juga xde mall. I mean mega shopping mall. Mall paling besar pun Giant dan Mydin. Mcm kat Dunedin, New World dan Countdown. Itu kategori hypermarket la. Sangat bagus kerana dapat menjimatkan duit saya. Kalau nak habis duit banyak sangat pun dekat kedai batikla kan. Sebab batik kan mahal.

Yang paling saya suka, pantailah! Kalau tengah ward round, pandang luar je nampak pantai. Nice. Tapi kat klinik tak nampak pantai sebab klinik ground floor dan bilik saya takde tingkap.

All in all, Terengganu is a really nice place to stay. I would consider to menetap di sini :)

Thursday, April 25, 2013

my first posting

Assalamualaikum my lovely readers! Mesti korang tertanya-tanyakan apa perkembangan terbaru saya sejak balik dari NZ ni *sila muntah hijau kebiruan*

Alhamdulillah setelah hampir 4 bulan menunggu kerja daripada kerajaan, akhirnya kini saya bergelar penjawat awam yang terikat dengan akta-akta serta mempunyai banyak jenis cuti dan banyak jenis elaun juga. sila minta duit raya dengan saya nanti only if u manage to grab my attention *sila muntah kuning kehijauan pula*

Ok sekarang saya akan terangkan how did i get here, as pegawai pergigian. teknikal sikitlah ye. please bear with me. if this is not related to you, please move to another blogger in your list-to-read :)


  1. Setelah pulang dari luar negara, jika anda pelajar tajaan JPA, anda dikehendaki report kepulangan anda kepada JPA. boleh dilakukan secara online mahupun pergi sahaja melawat mereka di pejabat mereka di Putrajaya. Ada form yang kena isi.
  2. Call Malaysian Dental Coucil (MDC) to book an appointment for registration. Untuk register dengan council tersebut memang kena buat appointment sebab nanti akan diberi briefing jugak. Selepas register, anda akan diberi nombor pendaftaran.
  3. Print out borang 'Permohonan Jawatan' from website Suruhanjaya Penjawat Awam (SPA). Then isi. Boleh hantar pos or pergi office mereka kat putrajaya. I did mine online so its easier. I submitted all the documents required online too. Then u have to call them just to make sure they got your application processed. Call jugak untuk tanya dan book tarikh interview. Dont just sit and wait. kalau dalam seminggu dua tak dengar apa-apa, just call them. 
  4. Register with Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM/MOH). They need your MDC registration number so you MUST register with MDC first, before KKM. eh..tiba-tiba speaking english pulak. Boleh print out KKM punya Borang Maklumat Diri (download from their website). They require some documents so just bring all of them to KKM  including Borang Maklumat Diri.
  5. Then you're done with applications and registration. Next you just have to wait and prepare for the interview. The interview is quite simple. Just chit chatting and they will ask some questions on KKM. But it depends on the interviewer too. I did not get any clinical questions but some of my friends did. Usually the interview will take 10-15 minutes but if you really like to talk, it can goes up to 30 mins to 1 hour, really!
  6. After the interview you will get offer letter from SPA. They will also send some forms to be filled in including borang medical checkup. In the offer, they ask us to wait for calling letter from KKM.
  7. In my case, after almost 4 months (this depends on the kekosongan jawatan dan tempat), the calling letter from KKM came. asking me to attend Program Transformasi Minda (TPM). it is a new program and it is used to be called 'induction'. It is more or less like induction but just for 5 days minus the exam (mind u we still hv exam but not as complicated as the previous batch. no time allocated for studying also and carries only 20% from the overall module)
  8. We got our placement result during the PTM/induction. I heard many are sent to Sabah Sarawak. And I felt so relieved when I got Terengganu. Although its quite faraway from home, I have 2 aunts living in Terengganu and my grandparents live in Kelantan so I can visit them often hopefully. 
  9. PTM/induction ends on friday and you are required to start working on the next monday. In my case, Sunday is Monday in Terengganu. My PTM was in Penang. So Friday night i took a flight home. Arrived  midnight. Saturday morning malas-malas kemas barang. still in denial. Afternoon went to neighbour's wedding. 3.30 pm baru start packing. 5.30 pergi airport. 7.45 flight to Terengganu. Penat sungguh rasanya tak cukup rehat, fly sana sini. But you can claim for your journey to PTM and to the place where you're posted. *pheww*
  10. ok tu saja. enjoy your working life!

Ok tamat bab teknikal. Bab luahan rasa nak tulis kat sini ke next post eh? ahax tiba-tiba malas nak menyambung tulisan. Till the next post! Sorry ^___^

Jodoh 2 + paeds

ehem ekskiusmi. ini bukan entry jiwang dua insan. ini sambungan drpd entry Jodoh yang ditulis pada tahun 2012.

Benci boleh bertukar jadi rindu kemudian cinta? uhuks geli sedikit di situ


Saya boleh testify bahawa kenyataan tersebut benar.

Ini kisah benci yang semakin hilang. Rindu yang semakin menebal. Dan cinta yang semakin berputik. it's ok. you can vomit if you want.

hampir 4 bulan saya terpisah daripada dia semenjak kami diijabkabulkan akhir tahun yang lepas. Rasa sungguh bebas sebebas-bebasnya. Seronok dan teruja. Tapi dalam masa 4 bulan tu jugak, selalu teringat kat dia.

Sebulan berlalu, saya tertanya-tanya manalah dia ni.

Dua bulan berlalu, saya tertunggu-tunggu dia datang pujuk saya ke, apa ke.

Tiga bulan berlalu, saya resah kalau dia dah lupakan saya.

Saya sendiri hairan kenapa saya rasa rindu. Sebelum ni, rasa rindu tu memang jauh panggang dari api la. Mustahil sungguh nak rindu-rinduan layu-layuan begitu. Saya tanya pada hati, mungkinkah cinta telah tiba? yelah kan, orang tua-tua cakap huhu kesian orang tua jadi mangsa kalau rindu maknanya sayang.

Hampir 4 bulan, akhirnya saya sendiri cari dia. Dan dia sedia mengadakan 'comeback' dalam hidup saya. Setelah berminggu-minggu bersama dia, saya yakin cinta telah hadir. Dan kini saya sedang bahagia bersamanya ^___^

Alhamdulillah, dentistry, I am finally in love with you!



Tak sia-sia saya bersabar dalam memupuk cinta dalam bidang ini. Akhirnya rasa yang saya rasakan macam mustahil nak hadir tu kini dah say hello kepada saya. Saya harap ini bukan hangat-hangat tahi ayam ataupun suam-suam teh O. Sekarang ni tugas saya adalah untuk me'maintain'kan pula rasa cinta tersebut. Semoga Allah kurniakan saya keikhlasan dalam bekerja. Ameen~

I know it's too early to declare love sebab baru mula kerja je kot. but isn't it a good thing to have a good start? kalau dulu berharap selepas tamat kontrak 10 tahun, nak berhenti kerja, sekarang berharap ingin bekerja sampai hujung nyawa.

nak update sikit boleh? Apa? tak boleh? Hello, ini belog saya, suka hati sayalah. tak perlu minta izin pun tapi saje nak bersopan santun dengan pembaca yang dah lama tidak bersua di alam maya.

Alhamdulillah I started with paeds. I used to hate paeds but now i'm loving it. Boss kami sungguh cool dan great. Kami dengan boss macam kawan. Mungkin itu faktor yang buat saya semakin suka paeds jugak. Sebab bila anda ada boss yang best, anda boleh tanya macam-macam soalan tanpa kena marah. Boss pula suka jawab semua soalan dengan penuh keterujaan. Boss juga suka tanya kami soalan yang kalau kami tak dapat jawab takdela kami kena marah. Tak pernah boss muka masam dengan kami. I like.

Apa? kenapa saya tak suka paeds? Sebab saya tak suka budaklah, obvious kot. Yeke?

Apa? saya sungguh tidak kewanitaan dan keibuan kerana tidak suka budak2? Mari saya cerita. Saya sangat suka budak-budak. Sungguh. Tapi budak-budak yang ceria, yang ketawa comel. Bukan budak yang meraung dan throw tantrum. To play with kids, I have no problem. Saya memang suka main dengan budak-budak. Tapi untuk suruh budak bukak mulut sambil kita masukkan jari dalam mulut, korek gigi dan tampal gigi, cucuk sana sini dan cabut gigi mereka, THEY WONT LAUGH OR GIGGLE BUT THEY THROW TANTRUM i tell you.   itu yang saya tak suka. First, sakit telinga. Second, kesian kat dorg. Third, saya rasa saya macam pengganas. They made me feel like I am such a bad person in the world. The way they stare at you..fuuhh sepertinya kamu raksasa yang jahat.




Memang ada kanak-kanak yang super duper good dan cooperative tapi tak banyak. Sejak 2 minggu duduk dalam paeds ni, hari-hari tengok patient menangis, menjerit dan lari. ada patient 5 years old mencarut, meludah dan menendang perut saya. Ada yang siap cakap "nanti aku dah besar aku cari mung, aku bunuh mung!" scary mary dapat ugutan bunuh daripada seorang kanak-kanak 5 tahun.

Mencabar. Dan perlukan kesabaran yang tinggi. Serta kena pandai psiko kanak-kanak. memang bab nak psiko kanak-kanak saya fail la. sebab tu saya tak suka paeds. saya bukan tak suka kanak-kanak secara total. tapi saya cuma tak suka paeds. Behaviour managemeny sangat mencabar.

Namun begitu sekarang saya suka paeds. Saya suka cabarannya. Tak kisahlah kanak-kanak tu benci saya, nak bunuh saya ke. They're special in their own way and they can make me smile. Sebab walau macam mana pun budak tu punya perangai, kita akan senyum jugak, tak ambil hati, tak sakit hati dan senang nak maafkan sebab mereka cumalah kanak-kanak yang plain dan innocent.

During paeds ni jugak, saya banyak jumpa pesakit yang istimewa. Syndrome Down terutamanya. Saya tak pernah jumpa kanak-kanak down syndrome secara rapat dan bila dapat jumpa mereka, mereka ni lovely sangat. Walaupun dah nangis-nangis atas dental chair, lepas dah habis treatment mereka boleh senyum dan salam kita. Mungkin jugak saya akan specialize in 'special needs' sebab saya suka dengan pesakit yang 'istimewa'. Golongan-golongan (kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak biasa) ini sukar untuk diuruskan but once u did, level of satisfaction dia hanya Allah yang tahu.

Saya jugak suka buat paeds sebab bidangnya luas daripada speciality yang lain. macam medical punya paeds jugaklah kan, involve anything under the sun. selain tu, boleh masuk OT jugak--saya suka sangat masuk OT. kalau macam rasa tak larat nak handle pesakit kat klinik, saya suka lari pegi OT. sebab kat OT, pesakit sume tidur ^__^




Other speciality yang saya look forward ialah public health. tak payah jumpa pesakit. hehe. tak pun jadi admin je.

ok maaf entry macam rojak. terpaksa gabung 2 tajuk sebab malas nak asingkan. hoho. namun tajuknya takdelah lari jauh kan? kan?

Assalamualaikum dan selamat mengundi!