Monday, June 14, 2010

♦ takdir tak bersalah


assalamu'alaikum wbt....

semalam citer 'Tanyalah Ustaz' ada membincangkan topik tawakkal dan ikhtiar. amat menarik sekali. antara persoalan yang paling menarik ialah "bukankah segalanya telah ditakdirkan, jadi buat apa nak usaha..kalau buat jahat pun, dah takdirnya macam tu.."

yelah, kadang2 saya terfikir jugak soal qada' dan qadar..soal ikhtiar dan tawakkal..kefahaman saya dalam hal ni belum mantap..namun saya masih lagi yakin soal qada' dan qadar..cuma dalam hal2 tertentu saya jadi konfius. macam2 falsafah masuk dalam otak. "hidup anda, anda yang tentukan", "you lead your life", "your future lies in your hand"...jadi saya fikir, di mana peranan Tuhan dalam ketiga-tiga the-so-called philosophy ni?

ustaz telah bagi satu penjelasan yang jelas dan meningkatkan kefahaman saya.

peranan manusia dalam hidup ialah dalam membuat pilihan. peranan Allah pulak di atasnya. iaitu dalam menentukan qada' dan qadar. mengatakan 'kun faya kun'. Qada' dan qadar Allah telah tetapkan sejak azali dan kita memang terhijab daripada mengetahuinya. tapi dalam hidup, Allah berikan pilihan dan ilham. kita ada akal, kita ada hati. dengan agama yakni agama Islam, pilihan kita lebih terpandu ke arah kebenaran.

ingat tak surah as-Syams ayat 7-10?

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya)(7); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa(8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)(9), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)(10)

antara yang boleh di'extract' daripada ayat ini ialah:
  1. Allah mengurniakan kita alat untuk membuat pertimbangan. Allah bagi akal, bagi ilham, bagi petunjuk dan lain-lain.
  2. Allah memberi dua pilihan jalan. jalan kebaikan atau jalan keburukan.
  3. Allah memberi jawapan kepada pilihan2 yang diberi. jika pilih kebaikan, maka bertambah-tambah bersih dirinya dan menjadikannya manusia yang berjaya. jika pilih kehinaan, dirinya diselaputi kekotoran dan kekusutan, menjadikannya manusia yang hampa.
  4. Fitrah manusia itu bersih. terpulang kepada manusia sendiri samada nak mengilaukan lagi dirinya dgn amal soleh dan kebajikan atau mengotorkan dirinya dengan maksiat.
Subhanallah, maha suci Allah..ayat yang pendek ini terkandung hikmah yang besar sekiranya kita manusia yang celik hati dan celik akal, bijak mengupas hikmah daripada butir2 ayat2 cinta Allah.. kita pasti tak akan menjadi orang yang menyalahkan takdir. kerana hakikatnya kita yang memilih kehidupan bagaimana yang kita nak, betul tak?

depan mata kita terbentang luas macam2 cara hidup. sekiranya al-Quran dan sunnah yang dipegang dalam menjalani kehidupan, pastinya kilauan-kilauan gaya hidup bebas atau gaya hidup liberal atau gaya hidup barat dan pelbagai lagi gaya hidup seumpamanya takkan kita hiraukan. kita hanya memilih gaya hidup Islam yang benar.

jom renungi hadith ni:

Dahulu ada seorang dari suku Juhainah atau Muzainah datang kepada Nabi saw. Ialu bertanya "Ya Rasulullah apakah usaha perjuangan manusia ini sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atas mereka, atau memang usaha mereka terhadap sesuatu yang masih belum diketahui untuk dituntut dan dijadikan bukti?"
Jawab Nabi saw.: "Bahkan semua itu telah ditadirkan Allah atas mereka".
Dia bertanya pula: "Jika demikian untuk apakah kita berusaha?".
Jawab Nabi saw.:"Siapa yang dijadikan untuk sesuatu maka tersedia baginya kemudahannya, seperti firman Allah: "Qad aflaha man zakkaa ha waqqad khaa ba man dassaa haa wanafsin wamaa sawwaa ha' fa'alhamahaa fujuu raha wataqwa haa" (seperti ayat 8 hingga ayat 10).
"Ya Allah berilah pada diriku takwanya, dan bersihkanlah, Engkau sebuk-baik yang membersihkannya, Engkau, Tuhan yang memimpin dan melindunginya". (nabi SAW membaca doa ini selepas dengar ayat tersebut- HR. Afthabarani,Ibn Abi Hatim juga meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.)
yes, in fact Allah bagi kemudahan untuk kita, bagi pilihan untuk kita.

jadi kenapa nak salahkan takdir? berhenti menuding jari dan muhasabahlah diri sendiri.

ya, kita berkuasa menentukan hidup kita. tapi ingat, kita hanya berkuasa memilih. jadi, buatlah pilihan yang tepat, mintalah petunjuk Yang Maha Kuasa, Yang Maha Menentukan. jika memilih kebaikan, seumur hidup ini kita akan diringi kebaikan. jika memilih keburukan, nah tanggunglah akibatnya.

jadi, mana satu pilihan anda? saya pilih ISLAM untuk hidup,untuk mati dan untuk kehidupan seterusnya yang abadi. insyaAllah, tolong doakan :)


Wednesday, June 9, 2010

♦ tazkirah pendek

saya sedang baca tentang mustafa kamal ataturk kemudian saya jumpa hadis qudsi ini. just want to share. something to ponder upon :)

Rasulullah SAW bersabda : “.. Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”

p/s: sedang baca tentang umar al-khattab jugak. ngee...dua orang manusia yang bagai langit dan bumi.

Tuesday, June 1, 2010

♦ two for israel; two for palestine



alhamdulillah my masterpieces for israel laknatullah. no copyright. anda digalakkan mengambilnya.terima kasih.oh gambar pakcik tu saya google aje.siapa2 yang rasa gambar itu dia punya, saya minta maaf :)




yang dua ni pulak untuk palestine. heee sungguh takde kerja..tp mmg dah hobi pun.hobi yang dah lama ditinggalkan.